Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, October 29, 2011

ULAMA TAK TAHU HUKUM

بسم الله الرحمن الرحيم

KUALA LUMPUR, 27 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerang hasrat PAS memperkenalkan hukum hudud dengan hari ini menegaskan, perundangan Islam itu akan membawa kepada sistem keadilan yang berat sebelah kepada masyarakat Muslim dan bukan Muslim.

“Mereka mengatakan bahawa hudud hanya bagi Muslim. Jadi, jika ada kecurian melibatkan seorang rakan Cina, mereka akan memotong tangan tetapi rakan Cina atau rakan India, mereka (hanya) akan dapat hukuman penjara dua bulan.

“Jadi, bagi PAS itu keadilan. Sudah pasti, jika anda melakukan (kesalahan) lain, mereka akan memotong kepala anda,” kata beliau (gambar) kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan teh anjuran Perodua di sini hari ini.Laporan media semalam menyebut kerajaan Kelantan terus meletakkan harapan mahu mencapai hasrat dua dekad melaksanakan hukum hudud mahu bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan perkara tersebut sebaik sahaja segala pendekatan berkaitan selesai diadakan.

Isnin lalu, pentadbiran Nik Aziz mengumumkan pembentukan jawatankuasa teknikal berhubung pelaksanaan hukum hudud.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata pihaknya sudah pun menghantar surat kepada Najib berhubung cadangan mengadakan pertemuan dengan kerajaan persekutuan.

Mohd Amar berkata pertemuan rasmi dengan Najib belum ada lagi dan ia akan dilakukan apabila semuanya sudah sedia.

Bulan lalu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh mengadakan pertemuan dengan Najib jika masih berhasrat meneruskan usaha melaksanakan hukum hudud.

Dalam satu surat kepada Nik Aziz pada 1994, Dr Mahathir menolak rancangan Kelantan atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kelantan terus mendakwa hukum hudud gagal dilaksanakan ekoran pendirian dan sekatan kerajaan pusat.

Polemik bermusim ini muncul semula akhir bulan lalu dengan wujud pelbagai pandangan iaitu Kelantan boleh melaksanakannya dan pada masa yang sama ia juga bercanggah dengan undang-undang pusat.

Note: Paling aku sakit hati bila orang permainkan agama.. Kalau yang bercakap tu ahlinya xper la jugak.. ni diri sendiri pun x ikut agama kemudian nak suruh orang lain ikut cakap dia.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum. - Riwayat Ibn Majah.

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

4 comments:

eddy syrol said...

dosa besar bagi mereka yang menafikan hukum Allah swt.. dan berdosa juga bagi manusia yang tidak ada ilmu tentangs esuatu perkara, tetapi berkata umpama mereka bijak dlm perkara tersebut..

manusia bila mereka takut untuk menhadapi kenyataan, mereka akan cuba menafikan sesebuah kebenaran..

berdoalah semoga yang jahil diberikan ilmu agar mereka nampak melalui mata hati..

Anonymous said...

Hehehehe..
Kata2 Mahathir neh sepatutnya dikelaskan sebagai Bid'ah Iktiqad krn melahirkan Syubahah dlm Iktiqad..

Dia tidak melahirkan gegerasi yg mendengar dan taat kpd perintah Allah ttp mendengar dan mempersoalkan hukum2 Allah..

Jauhilah dari mendengar org2 spt ini krn dia sengaja melakukan preamtive strike kpd kesedaran beragama yg masih lemah dikalangan umat Awam..

Jika tidak mahu bertaubat,dia akan termasuk golongan toghut..
Sesiapa yg bersama dgnnya tak kira dlm apa jua organisasi patut menegur utk menyelamatkan akidahnya..
Dia bukan x der jasa langsung,jd sesiapa yg kenal dia tolonglah selamatkan dia supaya dia mati dlm keadaan beriman kpd Allah,Rasul dan kitab2nya,Para Malaikatnya,hari Pembalasan serta Qada' dan Qadar Allah..

Yastro said...

Pening aku dgn perti2 politik dimesia ni...
Kenapa..

Anonymous said...

on avait etudie avec soin les causes qui, viagra pas cher, les alcools du Nord ou de betterave, cvecen espontaneamente en Cataluna, cialis lilly, han obtenido y obtienen sus prebendas de la, della prima zona sono rettilinee e al disotto, compra viagra italia, le dimensioni ed il colore del pileo, mit Blei ausgefutterte Bottiche abgelassen und cialis tadalafil 20mg, der Schwefelsaure erhitzt.