بسم الله الرحمن الرحيم
Kononnya PERKASA Sanggup Mati Pertahan Utusan
PERKASA hari ini meminta semua orang Melayu supaya bersatu dan tampil mempertahankan akhbar harian nasional Utusan Malaysia daripada asakan pembangkang.
"(Jangan) fitnah dan menghina Utusan dan orang Melayu, PERKASA akan berada di situ. Ini amaran kepada semua... langkah mayat kami dulu,” jerit seorang penunjuk perasaan itu.
Beliau dan kira-kira 80 ahli PERKASA (termasuk polis) berkumpul di ibu pejabat Utusan Malaysia di Cheras, dekat Kuala Lumpur bagi mempertahankan akhbar itu yang dibidas pelbagai pihak kerana mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.
Selepas berhimpun kira-kira 15 minit, kumpulan itu disertai oleh kira-kira 70 ahli Umno yang bergabung bagi meluahkan sokongan mereka kepada akhbar milik parti itu.
Mereka turut membawa poster dan kain rentang yang tertera bahawa PERKASA sedia berjihad mempertahankan maruah agama, bangsa, tanah air dan Utusan sehingga titisan darah terakhir. - Mkini
Sementara itu
PERKASA sebenarnya adalah sebuah pertubuhan melayu yang takut kepada cina MCA kerana tiada apa-apa tindakan pun yang dilakukan apabila sebelum ini timbalan ketua MCA Loh Seng Kok menggesa rakyat Malaysia supaya memulaukan akhbar Utusan Malaysia kerana mecadangkan gerakan '1Melayu, 1Bumi'. Loh juga Dalam kenyataan medianya dalam bahasa Mandarin berkata semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras perlu memulaukan alhbar berkenaan agar mempercepatkan lagi kejatuhan Utusan Malaysia yang kini terus menjunam.
Note: Mana pergi perkasa masa cina MCA kata macam tu? kah kah kah kah,, perkasa takut dengan cina MCA eh? kah kah kah kah.. bangang!!!
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
1 comments:
keh..keh..ini perkasa memang pertubuhan lawak abad ini la..
Post a Comment