Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, November 20, 2010

SYOKNYA JADI "POLIS RAJA DI MALAYSIA" (PRDM)

بسم الله الرحمن الرحيم

Polis didakwa menembak mati remaja



ibu Shamil Hafiz menangis ketika ditemui di pekarangan ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya hari ini. – Foto Bernama

PETALING JAYA, 20 Nov — Polis didakwa menembak mati dua remaja — menggunakan alasan merompak sebuah stesen minyak di Shah Alam Sabtu lalu dan ia menimbulkan banyak keraguan, kata peguam keluarga mereka N. Surendran hari ini.

Mohd Shamil Hafiz Shapiei, 15, Hairul Nizam Tuah, 20, dan Mohd Hanafi Omar, 22, dilaporkan ditembak mati oleh polis selepas kejadian mengejar awal pagi 13 November lalu di Glenmarie.

Sambil melahirkan kesangsian dengan kematian mereka, beliau menggambarkan ia sebagai tindakan membunuh seseorang cara “bumi kumpulan geng.”

“Kami sudah mengumpulkan cukup bukti,” kata peguam ini yang mewakili keluarga Shamil dan Hairul pada sidang media di ibu pejabat polis Petaling Jaya hari ini.

Kata beliau, kejadian terbaru ini menunjukkan pentingnya satu suruhanjaya diraja siasatan dibentuk ekoran kejadian menembak mati remaja berusia 14 tahun Aminulrasyid Amzah di Shah Alam pada 26 April lalu.

Kes mahkamah membabitkan anggota polis yang terlibat dalam kejadian Aminulrasyid sedang berlangsung di mahkamah.

“Tiada budak yang (nampaknya) selamat di jalan-jalan kita. Mana-mana budak yang keluar awal lagi terdedah kepada kejadian ditembak oleh polis,” kata Surendran.

“Kita memerlukan suruhanjaya diraja (siasatan),” kata beliau. Pada awal pagi Sabtu lalu, tiga orang yang dilabelkan sebagai penjenayah, dipercayai anggota “Geng Minyak”, ditembak mati oleh polis di Jalan Kerjaya, Glenmarie.

Kesemua mayat itu kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat.

Bagaimanapun Surendran menolak dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai pembohongan. “Ini pembohongan oleh pihak polis,” kata peguam hak asasi manusia.

Kata beliau, berdasarkan penemuan keluarga pada badan mangsa, Shamil, Hairul dan Hanafi masing-masing mempunyai dua kesan tembakan iaitu di kepala dan dada.

Kata beliau, kesemua tembakan dilepaskan pada bahagian kepala dan dada manakala peluru-peluru pula keluar rendah.

“Ia menunjukkan bahawa tembakan dilepaskan dari jarak dekat, yang mana ia tidak konsisten (dengan dakwaan polis) bahawa tembakan dilepaskan untuk mempertahankan diri,” kata beliau.

Malah kata beliau, trajektori peluru pada badan Hairul juga menunjukkan penembak mangsa itu melepaskan peluru dari kedudukan yang tinggi.

“Ini menunjukkan bahawa mangsa-mangsa melutut. Badan Hairul juga mempunyai tanda hitam di bahagian mata,” kata Surendran.

“Tembakan Shamil adalah terus pada dahinya dan (peluru) itu keluar,” kata beliau. Surendran menambah, keluarga mangsa akan mendapatkan pandangan patologi forensik berhubung kejadian itu.



“Kami akan mendapatkan temu janji dengan patologi forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang,” kata beliau lagi.

Selain itu katanya, keluarga Shamil dan Hairul juga mendesak agar anggota-anggota polis yang terlibat dalam kematian mangsa digantung dan dikenakan tuduhan membunuh.

“Ini satu pembunuhan oleh polis,” kata Surendran yang turut memberitahu bahawa mereka mahukan permohonan maaf daripada polis yang menyifatkan mereka sebagai penjenayah.

Kedua-dua keluara itu membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya hari ini. “Esok adalah hari jadi Shamil,” kata ibunya, Nor Hafizah Mad Razali dengan menitiskan air mata.

Dalam laporan polis, ahli perniagaan berusia 36 tahun itu berkata anaknya tiada sebarang rekod jenayah dan tidak tahu memandu kereta.

“Anak saya seorang budak yang baik, yang menghadiri kelas agama,” katanya. Dalam pada itu,

Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa menggesa agar diadakan siasatan bebas berhubung kematian mangsa dan mahu anggota polis berkenaan didakwa.

“Kami akan meminta kerajaan menubuhkan satu siasatan diraja siasatan. Saya akan membawa perkara ini ke Parlimen,” kata Naib Presiden PKR ini.

- abushahid


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

10 comments:

zmah said...

Lepas keluar Berita Utama,dalam laman web ramai yang komen menyatakan kesangsian mereka terhadap tindakan polis ini.

Anonymous said...

polis sial ni mmg babi.. peguam india yang bunuh sosilawati dan ramai lagi tu xnak plak dia tembak. bila mcm tu pandai plak kata kita kena ikut undang2. pukimak punya polis!!! bila tahan budak2 mcm ni terus tembak tanpa rasa bersalah. lepas tu ketua polis sial kluarkan kenyataan kata budak2 tu nak melawan dan memerbahayakan. polis malaysia ni mmg babi la!!!! seko2 perangai mcm sial!!!!

cicitHJHASSANu said...

salam bujang...

kes adik aminulrasyid tiada pengajaran langsung pada mereka...Subhanallah.

Anonymous said...

untuk kali ke berapa aku tulis ayat ni;
"bukan bangsa lain yg mjatuhkan melayu kalu bkn melayu sendiri"

donk said...

telah tertulis dalam kitab pembesar melayu...jangan ambil tahu pasal orang melayu..buatlah apa saja pada bangsa melayu..nak cincang..bunuh ..tembak..rogol..letupkan..potong 39 ..oleh sesiapa pun terutama polis..

tetap depa lepas..tetap takda tindakan diambil..

kalau yang tembak aminurrashid tu di lepaskan pun dia akan tembak budak melayu lagi...

polis ni hanya untuk membunuh melayu saja..bangsa lain ..TAKUT..sebab menteri akan campur..so untuk latihan menembak..mangsa orang melayu lah..takkan tak faham faham lagi..kalau tak percaya tanya musa hassan ke atau mail omar tu..

Anonymous said...

En Donk...apa yang ada dalam pemikiran en donk tu adalah emosi dan perasaan yang membara...sy sangat2 tak bersetuju dengan statement En Donk "polis ni hanya untuk membunuh melayu saja..bangsa lain ..TAKUT..sebab menteri akan campur..so untuk latihan menembak..mangsa orang melayu lah..takkan tak faham faham lagi..kalau tak percaya tanya musa hassan ke atau mail omar tu"..be rasional la sket...

Anonymous said...

Tu la keje polis.. diorg da lame x menembak org. so, best la dapat tembak org.. patutnye diorg bagi kite tembak family polis tu sendiri.. x yah banyak soal.. anak diorg perangai cam hanjing, tembak je.. ye la.. da bapak die buat keje x betul, rezeki pn haram sampai kat anak.. tu yg malaysia lagi meriah dengan perangai cam penjenayah tu..

Anonymous said...

remaja berusia 15 tahun hingga 20 tahun buat jenayah tetapi tak percaya???semalam 01/11/2011 keluar berita tentang budak2 umur 7 dan 8 tahun di tangkap kerana pecah rumah...ala...biasa la....'anak saya budak baik'/'anak saya tak tau bawak keta'/'anak saya tiada rekod jenayah'....semua anak dia yang betul...nama pun penyamun...depan memang baik..belakang ya ampun...lihat saja budak sekolah zaman sekarang..dengan guru pon dah takda rasa hormat...bawak motor tak pakai helmet lalu depan polis buat tak jer...tak heran la kalau ade yang jadi penyamun...

Anonymous said...

et ils ne pouvaient nulle part etre mieux places viagra effet secondaire, soit par fractionnement des sin por ello reducir un apice de la libertad cialis precio, alla de las multiples variedades que presenta y, con cripte protettrici dei peli secretori e con, viagra pfizer, conservati in alcool e negli essiccati, Am folgenden Tage weniger angestrengte Athmung, cialis nebenwirkungen, Feuer unter einem gut ziehenden Rauchfange und,

Anonymous said...

Ape agaknya akhir kes ni kan..apapon mmg sah mereka sengaja ditembak..utk kepentingan satu pihak..suka sy nk tahu kesudahan..walaupun sy abg saudara mangsa..sy x tahu ape sudahnya