Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, November 19, 2010

MEMALI 25 TAHUN

بسم الله الرحمن الرحيم



Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara tokoh yang akan mewarnai sambutan Majlis Memperingati 25 Tahun Memali.

Setiausaha Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mohd Rosli Azmi berkata, perasmian majlis tersebut akan disempurnakan Tuan Guru Abdul Hadi, malam ini, jam 9 malam. Turut menyampaikan ucapan ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi dipetik Harakah Daily Online.

Manakala Anwar akan mengisi pentas pidato pada hari kedua program, 20 November bersama Timbalan Pesuruhjaya I dan Ketua Penerangan PAS Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Pada malam terakhir, ceramah akan disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani dan Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.


para syuhadah memali

Pelbagai acara akan dilangsungkan sepanjang majlis tiga hari itu antaranya konvoi Pemuda, persembahan nasyid dan pentomen, tahlil perdana, acara Pasti, Klinik Smart Solat, Ijtimak Ulama dan Guru-guru Pondok serta Ijtimak Pelajar Memali.

Turut diadakan juga adalah pameran Memali dan Pendidikan Islam Kedah, kaunter pemeriksaan kesihatan dan perubatan percuma, kaunter daftar pemilih, kaunter keahlian PAS dan Sukarelawan Pemuda PAS Kedah serta gerai-gerai jualan.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir ke program tersebut yang akan dilangsungkan di Madrasah Islahiah Diniah dan perkarangan rumah As-syahid Ustaz Ibrahim Libya di Kampung Memali.- tvs

Note: Inilah salah satu diantara kerja mulia umno terhadap umat islam Malaysia. Ingatlah para penyokong umno.. anda semua turut mendapat saham. anda akan dituntut di akhirat nanti.


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

6 comments:

tuyuk said...

ALLAHUAKBAR!

zmah said...

Ingat-ingat lupa dah peristiwa ini.

wann said...

al-fatihah untuk yang shahid

aimi nadiah said...

ms tu sy xwujud lg kat dunia.. xtau pun psl nie.. tp hr tu gi kedah.. sinngah kat tempat tu.. org kampung tunjuk la kubur yg dah meninggal dunia.. klu abah x pergi kat tmpat tu, xmgkin sy tau psl memali nie..

Anonymous said...

kalau ayah pin tak tembok la pulok... apa nak jadi .....

ABD RAHMAN said...

Masih subur di ingat saya masa peristiwa tersebut saya masih di sekolah rendah...walaupun masih kerdil saya sempat membuat lawatan pada tempat kejadian beberapa hari selepas kejadian...

kesan darah dan dendam penduduk kampung masih lagi kuat pada masa tersebut...peristiwa ini harus dijadikan tauladan untuk semua....

Bertindaklah mengikut akal fikiran dan bukan mengikut fahaman politik...umpama menarik rambut di dalam tepung...inilah jadinya sekiranya tidak matang berpolitik.Rakyat perlukan cerita sebenar kejadian tersebut dan bukanya dari media yang menyebelahi mana mama pihak...