Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, September 17, 2010

FACEBOOK AYAH PIN

بسم الله الرحمن الرحيم



Kehadiran semula Ayah Pin yang sebelum ini cukup sinonim dengan ‘kerajaan langit’ telah mencetuskan perbezaan pendapat di antara pihak berkuasa dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Isunya ialah apabila JHEAT yang memberikan penjelasan ayah Pin tidak perlu ditangkap. Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Muhamad Ramli Nuh, pengasas ‘Kerajaan Langit’ itu tidak perlu ditahan kerana ajarannya sudah berjaya dilumpuhkan.

Apa yang pelik ialah sudah nyata ayah Pin yang suatu ketika dulu pernah memesongkan akidah pengikut ajarannya dibiarkan tanpa perlu diberikan pengajaran. Jika benar kegiatannya sudah berjaya dipatahkan, tetapi kenapa pihak berkuasa sukar untuk menjejaki ayah Pin sekian lama. Ini menunjukkan ayah Pin masih dilindungi oleh pengikutnya yang setia.

Saya masih ingat ketika heboh mengenai ajaran ayah Pin dulu. Pada masa itu, saya masih menuntut di universiti. Ada rakan-rakan yang membeli vcd ayah pin yang dijual secara cetak rompak dan melihat kisahnya secara beramai-ramai di komputer. Saat melihatnya, begitu ramai penganut ajaran yang terpesong itu. Dari Terengganu, ayah Pin bebas menyampaikan ajarannya sehingga dia menerima layanan bagaikan seorang menteri. Sambutan kompang dan tarian dipersembahkan kepadanya. Kelihatan orang Melayu, India dan Orang Asli begitu menyanjugi ayah Pin. Apa yang paling mengejutkan, ajaran ayah Pin tersebar sehingga ke Indonesia. Di sana, masyarakat kelihatan cukup mengenali dan mengagungkan kewibawaan ayah Pin selaku utusan ajarannya. Akhir sekali, sisipan video tersebut diakhiri dengan pemusnahan ‘kerajaan langit’ di Besut, Terengganu.

Namun, sehingga kini ayah Pin terlepas dan memerlukan satu jangka masa yang lama untuk pihak berkuasa mengesannya. Apabila berjaya dikesan dan ingin ditahan, ada pula pihak yang tidak mewajarkan tindakan tersebut. Pelik..pelik.. Tidak tahu apa nak jadi dengan negara Malaysia saya ini. Semakin hari, semakin pelik perkara yang berlaku dalam negara. Yang mungkar semakin dialu-alukan, yang makruf sering disalah erti dengan muncul pelbagai alasan dan fatwa.

Ayah Pin yang menyepi diri sejak sekian lama, kini muncul kembali cuba menyebarkan ajarannya dengan kaedah lebih canggih menggunakan laman sosial Facebook. Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad, 68, yang mendakwa dirinya wakil kerajaan langit dikesan mempunyai akaun Facebook sendiri baru-baru ini dan dipercayai akan meneruskan dakyah sesatnya di laman web sosial itu. Ayah Pin, sebelum ini dikatakan uzur dan tahun lalu beliau dipercayai sudah kembali semula ke pangkalannya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu, selepas menghilangkan diri sejak hampir empat tahun lalu apabila penempatannya dirobohkan pihak berkuasa.

Beliau sebelum ini menjadi buruan pihak berkuasa dan tidak lagi menganjurkan sebarang kegiatan songsang kerana kesihatannya tidak mengizinkan. Ayah Pin secara rasmi mengisytiharkan dirinya keluar Islam pada 2 Ogos 1998. Bagaimanapun, kemunculan semula Ayah Pin melalui laman web itu membimbangkan banyak pihak kerana ada kemungkinan pengikutnya kembali semula dan orang ramai yang sering menggunakan laman sosial itu mungkin terpengaruh dengan ajarannya.

url FB Ayah Pin >>> http://www.facebook.com/profile.php?id=100000838709019#!/profile.php?v=wall&id=100000838709019 (kalau dia belum buang lagi)



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

5 comments:

faINa989 said...

gambar ultraman PIN tu kelakar...=D

arizWanmerahs said...

tu bukan laman ayah pin, tapi laman anti ayah pin laa.. hehee..

Anonymous said...

alahai...
ayah pin ke..ayah pon ke..ayappan ke..
selagi x kacau telo2 org ApNo, dorang pedulik hape?!
yg penting komisen masyukkkkkkk...
projek masyukkkkkkkkk...
yg betul2 nak tegakkan Islam tu yg ApNo takut...

zaili said...

x dapat pun bukak link 2. anyways, gambaq ayah pin 2 sangat klakar. hihi





http://inilablogaku.blogspot.com

Anonymous said...

Hello!

I keep been reading this forum since last year, and instantly I encouraged to chronicle here! Hope we hold some good things to discuss.