Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, May 13, 2010

MENGAPA KATAK MEMBISU SERIBU BAHASA?

بسم الله الرحمن الرحيم

Esok Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan satu demontrasi berhubung JUDI HALAL yang akan diadakan pada tarikh masa & tempat berikut:-

Tarikh : 14 Mei 2010 / 29 Jamadilawal 1431 (JUMAAT)
Masa : 1.30 Tengahari (Selepas Solat Jumaat)
Tempat : Perkarangan Masjid Jamek Kg. Bharu, Kuala Lumpur

Sehubungan dengan itu rakyat Malaysia masih menunggu APA KATA MEREKA. Kecuali Tan Sri HARUS sani Zakaria yang membelasah DS Najib dan koncu-koncunya, yang lain masih membisu seribu bahasa. Noh Gadut pun patut beri komen.



KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS pusat (DPPP) mencabar pemuda Umno dan PERKASA agar mengeluarkan suara dan menyatakan pendirian mereka berkait lesen judi yang telah dihalalkan oleh kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional(BN) baru-baru ini.

Bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan At Tantawi, jika PERKASA dan umno tidak menyatakan pendirian mereka ini menunjukkan wajah sebenar mereka yang hanya menggunakan agama hanya untuk kepentingan politik dan meraih undi bagi meneruskan perjuangan politik sempit mereka.

"Bolehlah dikatakan laungan mereka sebelum ini untuk mempertahankan agama di dalam negara ini hanyalah retorik semata-mata," kata Nasrudin dalam kenyataan medianya kepada erapakatan.com.

Menurut beliau, jika dilihat kepada tindak tanduk PERKASA dan Umno sebelum ini berkaitan kes-kes yang melibatkan agama dan akidah, mereka begitu ke hadapan, kononnya mereka pejuang agama yang sejati.

Ketika kempen Pilihan Raya Kecil P094 (PRK P094), PEMUDA Umno juga begitu konsisten dalam memperkatakan tentang arak,judi dan akhlak dengan menyerang peribadi calon yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) iaitu Datuk Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Begitu juga di dalam kes yang melibatkan penggunaan kalimah ‘ALLAH’ oleh orang bukan Islam, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas dengan lantang menyatakan pendirian yang hanya orang Islam sahaja yang boleh menggunakan kalimah tersebut sehingga sanggup menulis surat kepada Pope di Vatican City.

"Beliau juga menyatakan bahawa PAS dan PKR tidak tegas di dalam hal ini hanya kerana hendak menjaga ‘sahabat’ di dalam PR," kata beliau lagi.

Pemuda Umno juga kata beliau tidak kurang hebatnya dengan melancarkan demonstrasi jalanan di beberapa tempat.

"Jadi persoalannya, mengapa dalam isu judi ini, mereka hanya berdiam diri? Apakah judi itu bukan satu dosa? Bukankah judi itu haram disisi agama? Atau benarkah judi sebenarnya merupakan sumber pendapatan bagi mereka?," soal beliau.
Anda mungkin



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

1 comments:

ong ong kedek kedek said...

salam ziarah,

isu ni pon ana ade komen dlm blog ana, dan ana berpendapat golongan2 agama perlu main peranan utama dan menjadi yang paling lantang dalam membahas seterusnya membidas isu ini. mane die slogan Malaysia negara Islam? waduh3 makin teruk pemimpin2 melayu Islam kini, tapi lagi teruk sekiranya golongan2 agama turut membisu.... judi ape bentuk seklapon tetap haram malah lebih menjelekkan bila cadangan ini muncul dari bibir pemimpin2 Islam sendiri dan kebanyakan golongan agama masih membisu. Apa lah agaknye nak dijawab depan Allah kat padang mahsyar nanti ye?

BILA PEMIMPIN SESAT, ULAMA TUNJUKKAN JALAN,
KALAU PEMIMPIN BUTA, ULAMA BAGI TONGKAT,
KALAU PEMIMPIN TERSILAP, ULAMA TOLONG INGATKAN,
KALAU PEMIMPIN LEKA, ULAMA BAGI NASIHAT.