Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, May 13, 2010

DEMOKRASI!!! SLOGAN UMNO MENIPU RAKYAT

بسم الله الرحمن الرحيم

Setiap pengundi adalah ‘raja’



SIBU 8 Mei - Barisan Nasional (BN) menggangap setiap pengundi adalah ‘raja’ dan berharap setiap seorang daripada mereka tanpa mengira kaum akan membantu dan menyokong BN dalam pilihan raya. Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sehubungan itu, BN perlu mengetahui bagaimana untuk menguruskan golongan itu dengan baik agar tidak hanya mendapat sokongan daripada satu-satu kaum sahaja. “Harapan kita di semua kawasan, sama ada Cina, Melayu, Iban dan lain-lain akan membantu, dan kita telah sebutkan dalam pilihan raya kecil atau umum yang pengundi adalah raja,” kata Timbalan Perdana Menteri. Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai sokongan BN di kalangan pengundi bumiputera di Sibu pada sidang akhbar selepas selesai proses penamaan calon untuk PRK Sibu di Dewan Suarah Sibu di sini, hari ini. Katanya, jika dahulu hanya bumiputera yang banyak menyokong calon BN di kawasan ini, adalah diharapkan perkara itu akan berubah dengan semua kaum menyokong dalam pilihan raya kali ini. Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu yang akan diadakan 16 Mei ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Robert Lau Hui Yew, calon DAP, Wong Ho Leng dan calon bebas, Narawi Haron.

Muhyiddin berkata, BN mempunyai peluang cerah untuk memenangi pilihan raya kecil itu kali ini asalkan jenteranya bekerja keras dan tidak mengambil mudah dalam berkempen mendekati rakyat . “Setiap kali pilihan raya kecil kita tidak menggangap ia mudah, kita mempunyai lebih 50,000 pengundi di kawasan ini yang agak luas. Jadi, kita ingin pastikan semua pengundi yang ditemui akan membantu calon kita,” tambahnya.

Mengenai persediaan jentera parti, beliau berkata, segalanya telah berada dalam keadaan bersedia dan akan digerakkan dengan seberapa efisien yang boleh. “Kita juga tiada ada apa-apa masalah dalaman dan dari segi semangat parti juga amat tinggi sekali,” tambahnya. Muhyiddin berkata, pendekatan dalam menghadapi pilihan raya ini ialah BN akan memberi penjelasan kepada rakyat mengenai apa-apa jua perkara atau isu yang ditimbulkan pembangkang. Katanya, antara faktor yang dijangka membantu BN juga ialah sumbangan daripada wakil BN sebelum ini, mendiang Robert Lau yang telah banyak berjasa, mencurahkan bakti dan pengorbanan kepada penduduk kawasan ini. “Saya sendiri telah turun ke bawah meninjau kawasan-kawasan yang ada keperluan tertentu. Kita beri perhatian dan membuat perancangan yang lebih supaya warga Sibu yang tinggal di bandar, pinggir bandar, pedalaman dan rumah panjang dapat dibela,” katanya. - Utusan Malaysia 09/05/10

Demokrasi Yang Menipu

Sekali lagi istilah demokrasi dijadikan talian hayat untuk menipu rakyat. Kali ini masyarakat di Sibu akan ditatang dan dijulang oleh penipu-penipu yang menggunakan sihir demokrasi. Rakyat dikatakan sebagai “raja”. Ya, semasa proses pilihanraya terutamanya pilihanraya kecil seperti di Sibu ini, rakyat akan dijulang seumpama raja. Parti-parti yang bertanding akan bertingkahlaku seperti hamba yang cukup taat untuk berkhidmat kepada rajanya. Pada saat inilah kita akan dapat melihat para penjilat dan penipu demokrasi akan berlakon sebagai hamba kepada ‘raja’nya. Sudah pasti ramai di kalangan rakyat yang akan tertipu dengan janji-janji manis yang ditaburkan kepada mereka terutamanya dari kalangan mereka yang tidak mempunyai kesedaran dan pemikiran Islam. Dalam tempoh berkempen ini 1001 macam sihir, silap mata dan apa sahaja yang difikirkan mampu menarik sokongan rakyat akan dilakukan. Ketika ingin memenangi pilihanraya maka rakyatlah yang akan diutamakan tetapi faktanya selepas berkuasa, apa yang akan dikedepankan adalah keinginan dan kerakusan hawa nafsu para politikus demokrasi ini.

Selepas memenangi satu-satu pilihanraya, para pemimpin politik yang berkuasa dengan jalan demokrasi ini akan bertindak sebagai musyarri’ dan mereka akan menggubal undang-undang mengikut hawa nafsu mereka. Dan sudah pastinya undang-undang yang dilahirkan oleh kelompok elit politikus di dalam sistem demokrasi ini akan berpihak kepada mereka dan juga kepada para kroni mereka. Inilah busuknya demokrasi, apabila kekuasaan dan kedaulatan diserahkan kepada rakyat. Keadaan ini berbeda dengan Islam. Dalam sistem pemerintahan Islam (Khilafah) konsep kekuasaan dan kedaulatan itu terpisah. Dalam Islam kuasa untuk mengangkat ketua negara sememangnya merupakan hak rakyat tetapi tidak untuk kedaulatan. Dalam sistem Khilafah kedaulatan adalah milik syara’ semata-mata di mana pemimpin yang dipilih wajib menerapkan hukum syara’ yang bersumberkan wahyu Allah SWT semata-mata dan bukannya hukum yang bersumber dari suara rakyat.

Wahai umat Islam! Sedarlah bahawa demokrasi adalah sihir yang sering menipu manusia. Sebagai contoh, apakah benar suara dan perkiraan rakyat akan diambil kira bila harga minyak dinaikkan? Begitu juga dengan kenaikan harga gula, harga tol, tarif elektrik, tarif air, GST dan sebagainya. Kalaupun ada, ia lebih kepada lakonan dan seperti melepaskan batuk di tangga. Nah, di manakah realistiknya slogan bahawa demokrasi adalah dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat? Rakyat merupakan raja? Hanya fatamorgana yang menipu!! - jebbat.blogspot.com




UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

3 comments:

XYZ said...

slm
dekmokrasi dh lme mati kt malaysia ni...

Anonymous said...

sokong missxyz...!!!

Anonymous said...

demokrasi pala tok dorang la!