Peniaga Kecil Cina Boleh Mohon Pinjaman Tekun

SIBU, 6 Mei (Bernama) -- Peniaga kecil kaum Cina sekarang boleh memohon pinjaman di bawah dana khas Tekun Nasional.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata walaupun pinjaman Tekun itu bagi membantu ahli perniagaan Bumiputera, tetapi kerajaan kini memutuskan untuk memanjangkan kemudahan itu untuk kaum Cina, selain kaum India.
"Ini adalah selaras dengan gagasan 1Malaysia, inisiatif Perdana Menteri.
"Seramai 10 peniaga Cina memperolehi kemudahan ini di Hulu Selangor baru-baru ini. Dan hari ini, tiga peniaga di Sibu turut mendapat manfaat yang sama," katanya kepada pemberita selepas melancarkan seminar keusahawanan Tekun melibatkan 700 peserta dan juga pelancaran Kelab Komuniti Usahawan Tekun yang pertama di negeri itu hari Khamis.
Sejak 2008 sejumlah RM35 juta pinjaman telah diberikan kepada kaum India, katanya.
Noh berkata untuk permulaan sebanyak RM1.5 juta telah diperuntukkan untuk dana khas Tekun bagi membantu ahli perniagaan Cina. - bernama
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
3 comments:
sebab tue r ciner makin kaye..
mlayu xkmaner..
tapi kalu malas tak jalan gak..
tak leh nak salahkan stue2 pihak jer...tapi stue rg pihak jgn lah berat sebelah..
Huhuhu...Bagus bagus..ni la baru real satu malaysia..Asal negara China,adalah china,asal Negara India pun,India,Asal Negara Melayu,MALAYA,Pastu,Malaysia,pasni ?????nie la tunjukkan Kita melayu pandai sangat..
Negara ni yang melayu punya tinggal 2 shj..
KTMB - keretapi Tanah MELAYU berhad
RAMD - rejimen askar MELAYU diraja.
Post a Comment