Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, May 22, 2009

TOPI KELEDAR TUKAR 5 TAHUN SEKALI


BUTTERWORTH, 21 Mei (Bernama) -- Penggunaan topi keledar yang merekah dan uzur perlu dihentikan segera kerana ia boleh membahayakan keselamatan pengguna terutama apabila berlaku kemalangan jalan raya.

Pengarah Bahagian Program dan Projek Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Nik Yusaimi Yusuff berkata kebanyakan topi keledar yang terdedah kepada bahang panas matahari dan hujan mudah merekah dan pecah apabila terhempas pada permukaan yang keras dan ia tidak lagi selamat untuk diguna.

"Jika berlaku kemalangan, bahagian kepala tidak dapat dilindungi. Seelok-eloknya topi keledar itu ditukar kepada yang baru setiap lima tahun sekali. Topi keledar yang belum diguna tetapi disimpan selama lima tahun juga perlu ditukar bagi menjamin fungsinya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen advokasi kepada pengguna motosikal di Pangkalan Sultan Abdul Halim, di sini hari ini.

Beliau berkata selain keadaan topi keledar yang usang, tindakan pengguna yang tidak mengikat tali topi keledar dengan kemas juga boleh mendedahkan mereka kepada bahaya.

Enam puluh peratus atau 3,898 kes kematian akibat kemalangan jalan raya tahun lepas melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal, katanya.

Nik Yusaimi berkata melalui kempen ini, pengedar dan penjual motosikal serta pengeluar topi keledar menggembleng tenaga dalam usaha mendidik, memberi pendedahan dan mempromosi program dan isu-isu keselamatan jalan raya kepada pembeli atau penunggang motosikal.

Pada kempen advokasi yang dianjur bersama oleh Penang Port Sdn Bhd, CNI Holdings Berhad, AAM dan Puspakom Pulau Pinang itu, sebanyak 130 unit topi keledar untuk orang dewasa dan 20 unit topi keledar kanak-kanak diedar kepada pengguna perkhidmatan feri.

Selain program advokasi dan pemberian topi keledar percuma, beliau berkata JKJR akan meneruskan promosi produk keselamatan seperti jaket pemantul cahaya, program khidmat nasihat had laju 60 kmsj dan lapan petua keselamatan jalan raya.

Sementara itu, Pengurus Komunikasi Korporat CNI Holdings, Kim Teoh ketika ditemui berkata sempena ulang tahun ke-20 syarikat itu, CNI akan mengedarkan 1 juta paket kopi UP Cafe dan 250 topi keledar kepada pengguna jalan raya di seluruh negara sebagai tanda penghargaan mereka terhadap sokongan yang diberi pengguna di Malaysia.

-- BERNAMA


BUJANG SUSAH: hehehehe.. topi keledar setiap 5 tahun kena tukar.. kaya la org yg jual topi keledar.. hehehe.. yusaimi pulak dapat berapa juta RM saham dan komisyen? klau mcm ni suka la pengeluar dan pengedar topi keledar ni.. boleh buat topi keledar dari kertas jer.. lagi cepat rosak lagi banyak org tukar. bodoh punya kenyataan.. kenapa x pastikan jer setiap syarikat pembuat dan pengedar topi keledar ni mesti mengeluarkan barangan mereka dari bahan yg berkualiti? supaya x mudah retak dan pecah? klau kualiti low pastikan sirim x boleh release.. x boleh ke nak buat mcm tu? patut2 ler klau nak bodohkan org pun.. igt ni zaman batu ke? Aku ada topi keledar dari jenama shoie yg dah lebih 35 tahun usianya. dari zaman pak sedara aku pakai sampai la skrg ni aku simpan.. x retak pun.. nak try meh aku ketuk kat kepala korang, tgk topi ke atau kepala korang yg bodoh tu yg retak. ni semua sama jer dgn kes buka lampu di siang hari dan guna tali pinggang keledar untuk penumpang belakang kereta. semua ada share dan ada kepentingan atas melaksanakan satu2 undang2. Dah xder kerja lain ke selain nak membodohkan org..?!!!! hangin aku la ...!!!

1 comments:

Anonymous said...

connne les vins des environs de Paris, acheter viagra, pyrogenes ne peuvent plus reproduire les acides, Las publicaciones regaladas a esta Sociedad, cialis valencia, un lider mesianico o agitando la bandera de una, ed e caratterizzata dalla maggiore flessuosita, acquista viagra, e il Boletus subtomentosus L. der linke Vorhof des Herzens strotzten von, cialis erfahrungen, oxydirt es zu Arsenigsaureanhydrid und,