Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, December 8, 2009

UMNGOK VS UMNGOK

بسم الله الرحمن الرحيم



Artikal ni saya ambil dari blogger umno "depa-kata.blogspot"

NAZRI SIFATKAN TDM RASIS

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyifatkan mantan Perdana Menteri 'rasis betul' (dalam Bahasa Inggerisnya disebut 'a bloody racist) kerana mempertahankan kursus-kursus BTN sebelum ini.

“Dia rasis betul. Anda seharusnya bertindak sebagai seorang rakyat Malaysia sama ada menteri ataupun sebaliknya.

“Anda mesti buat apa yang anda perkatakan. Jangan kerana bila anda menjadi Perdana Menteri, anda mahu setiap orang menyokong anda, anda bertindak seperti seorang rakyat Malaysia. Sebaik sahaja bukan lagi jadi Perdana Menteri, anda hanya bercakap pasal orang Melayu, saya tidak boleh menerima komen beliau,” kata Nazri yang percaya bahawa kursus-kursus BTN mesti selari dengan slogan 1Malaysia.

Tun ni pun satu, lain kali kalau nak cakap, suruh la sapa-sapa pi tanya Nazri dulu apa patut cakap. Sekarang ni kan dah kena... Dan terlanjur bercakap bab ni, kita nak tanya Nazri...apa kata dengan benda-benda yang ada imej 'bloody racist' lain... ala, semua yang ada bunyi Melayu-Melayu tu kita pakat rombak biar betul-betul selari dengan 1Malaysia? Tak pa, janji kita popular dan menang pilihan raya. Nak rombak, nak tukar, kalau main celup tang tu, celup tang ni, tak guna. Alang-alang seluk pekasam, takkan sampai jari saja kut...

Dan dibawah ini pula komen dari seorang blogger umno yang mengunakan nama "abe mie terjah".

abe MIE 'TERJAH' said...

Tun sepatutnya tidak campur tangan dalam urusan kerajaan dan jadilah orang yang berhati mulia seperti pak lah... saya tidak menyebelahi sesiapa, tindakan Tun kadang2 mengalahkan Nik Aziz dalam keceluparan.

Tun pernah menjatuhkan Tun Ghafar Baba, Anwar Ibrahim, KULI dsb...UMNO berada parah kini sebab Tun namun anak Tun tetap dipilih sebagai wakil rakyat...kita tidak lupa UMNO diharamkan sebab Tun bergaduh dengan KULI..kemenangan Tun lawan Kuli sebab kebijaksanaan Tun mendaftar cawangan UMNO yang tidak didaftarkan....

Tun pernah memberikan wang petronas sebanyak RM3bilion kepada Mokhzani untuk membiayai projek Diperdana Malaysia berhad namun menjadi gajah putih, rakyat tidak pun membuka mulut...

http://pkrpasdap.blogspot.com


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

4 comments:

pemerhati said...

Tu la orang umno. Dulu mahathir la yang disanjung disembah. mahathir la bapa kemajuan, bapa ekonomi, bapa pembangunan.. sekarang ni mahathir dianggap bapa ayam. dulu mahathir la paling bagus dalam dunia. naik je dollah, mahathir diangap bangsat. dolah la pemimpin terunggul mereka. Dolah la pembawa peradaban islam maju. Dolah tergolek je.. islam hadari pun dilempar ke muka dolah dan khairi jamaluddin. Kini najib pula dianggap tuhan. dolah diangap lembik dan bodoh. Kerana yang lantang bersuara kini adalah mahathir, si tua yang mereka sanjung dulu ni la yang dikutuknya kini. Sebab apa? Sebab nak perhatian dari najib. Kalau tak percaya tengok la nanti kalau najib jatuh. siapa yang diatas nanti akan di junjung dan najib akan dihina seperti mahathir dan dolah juga. Inilah prinsip orang-orang umno. "Siapa di atas dialah raja yang mesti disanjung, walaupun mereka itu lanun, pengkhianat,rakus,bodoh dan dungu".

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

tun patutnya berhenti dari bercakap hal2 berkaitan politik nie.. dia dah tua.. tumpukan untuk hari akhir dia cukup.. =)

psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

Anonymous said...

Tahniah diatas komen "pemerhati".Cukup pedas dan masinnya.Tetapi hang tau la perangai depa ni tak pernah nak nampak salah sendiri.Bila tersepit saja nak gigit orang lain.Tuan dia sendiri pun dia dah tak kenal.Dulu tuan dia hari-hari bagi makan.La ni dia dah dapat tuan yang baru.Tuan yang baru ni masih muda dan ada gaya baru.Yang lama tu dah tak laku.La ni depa dok perang besar sesama depa.Kalau orang kat tepi dia tak lari lagi tentu akan jadi kancil mati tersepit antara gajah.Ketuanan melayu dah makan tuan.Ada sedikit sahaja lagi sisa perjuangan yang tinggal.Tu la pakat dok berebut.Kalau tidak nanti mati kempunanlah agaknya.Begitulah ragam manusia bila diatas disanjung tetapi bila dah tak ada kuasa vito dihina dan dikeji.Sepatutnya gelaran Tun ini adalah tempat rujukan oleh pencari maklumat.Pangkat dan harta tak lagi dapat membeli masa yang telah hilang.Putaran roda berada diatas belakang.Tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja.Tetapi tak mengapalah mungkin Tun akan jadi seperti Michael Jackson akan disanjung setelah tiada dan akan jadi lagenda bagi peminatnya.
-setapa

TURR PUNYA UMNGOK..!!! said...

sokong pemerhati dan setapa 300%...!!!!