بسم الله الرحمن الرحيم
“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”
Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.
Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.
Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
15 comments:
bismillah...
jauhilah perempuan yg demikian..
dan andai ditakdirakan mndapat isteri yg punya sfat dmikian maka redhakan la..
kerana anda merupakan satu anugerah yg ALLAH hadirkan untuk mereka..
anugerah yg kan merubah mreka atau sebaliknya mrupakan musibah untuk anda jika anda terikut-ikut sifatnya..
maka renung2kan lah...:)
Salam Bujang. Adakah ciri-ciri yang enam itu diambil oleh al-Ghazali daripada hadis Nabi s.a.w. atau ciri-ciri yang digambar al-Ghazali pada zamannya. Saya berpendapat ia hanya merupakan pandangan al-Ghazali. Jika benar, larangan mengahwini wanita yang enam hanyalah nasihat yang tidak semestinya perlu diikuti. Pada zaman sekarang, susah nak mencari wanita yang tiada salah satu daripada ciri tersebut. Kesannya, Bujang akan terus membujang...
oh!mmg sesuai dgn perempuan yg berotot tu!haha
salam bujang,
geli pula tengok gambar td tu...walau apa pun bujang isteri yang solehah sentiasa redha dengan kekurangan dan kelebihan suami.
isteri cerdik yang solehah
penyejuk mata,
penawar hati,
penajam fikiran
dirumah dia isteri
dijalanan kawan
diwaktu kita buntu
dia penunjuk jalan
pandangan kita diperteguhkan
menjadikan kita tetap pendirian
ilmu yang diberi dapat disimpan
kita lupa dia mengingatkan
nasihat kita dijadikan pakaian
silap kita dia betulkan
penghibur diwaktu kesunyian
terasa ramai bila bersamanya
dia umpama tongkat si buta
bila tiada suatu kehilangan
dia ibarat simpanan ilmu
semoga kekal untuk diwariskan
aku mesti jauhi...
Berhubung perkara ini, mari kita sama2 membaca sebuah artikel dalam web ni...http://www.tokeikedai.net.my/v8/index.php?name=News&file=article&sid=4168
ambillah pedoman ini wahai lelaki.
hehe mybabah..salam.. ..salam bjang..ooo bro..betapa malangnya 6kategori wanita2 ini..lantas ats kemalangan e2lah diah trus jd bodybuilder tuu..
syukran for sharing this info...moga diriku tidak termasuk dlm golongan yg enam tu...insyaAllah...aminnn
moga Allah pelihara diriku daripada enam sifat itu
Salam,
aku menyampah betul bila nak kahwin je mencirikan wanita itu ini, knp tak keluarkan ciri jantan munafik yg tak patut dibuat laki apatah lagi suami? Yg makan hasil pendapatan isteri, yg isap dadah, rokok, yg main depan belakang (biseksual),yg tak ade maruah, yg pemalas, yg mengharapkan duit jatuh dari langit, yg kerje berwirid kt masjid tp berlengkar kt rumah tunggu bini kasi nasi,yg cerita di kedai kopi lebih dari separuh hari?kenapa....?sebab blog ni ditulis oleh LELAKI. Peh, benci...
salam sohabat..
mncari sorg y smpurna sbg pasangan smemangnye diimpikan.. namun, mustahil dan memg mustahil.. same2 mperbaik kelemahan y ada itulah y terbaik..
salam,saya x tau saya ktgori pmpuan mana.harap2 x ada pn 6 gologan trsbut dalam diri saya,insyallah
tq sbb komen blog saya. saya x brapa pndai buat blog ni pn saja2 cuba, kadang2 segan gak tguk blog org lain smuanya krif tulisan n mnarik. saya buat blog hanya untuk dairy khidupan saya dan minta org bagi motivasi dalm hidup saya.x ada yg mnarik pn dalam blog saya.
syukran for sharing such a beautiful article .....
Post a Comment