Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, October 10, 2009

INFO : ANDA SUKA YANG INI ...? AWAS..!!!

Bismillahirahmannirahim..

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periaswamy@ kosmo.com. my

GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.


Gambar-gambar atas, ialah sotong kering. Kalau dibakar atau dimasak sambal, sedap oooo!!! Sedarkah anda, selalu makan sotong kering lebih merbahaya dari merokok. Dalam mazhab Hanafi, sotong adalah haram dimakan.


Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.


Kanser daripada sotong kering - Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat.

"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.


PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemari kadmium di pejabatnya di Pulau Pinang semalam.

"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,' ' ujarnya.

CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.




UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

5 comments:

Prof. Era Pasca said...

huh bahaya nih... kene kurangkan makan ikan bilis...

Werdah said...

Salam,

Bila difikirkan banyak benda2 yg kena diberi perhatian.. Begitu juga Allah dah ingatkan kita supaya pilih mknn halalan thoyyiban.. bkn sotong kering ni je, udang kering, belacan yg warna merah tu, pastu jeruk2..

Kalau boleh dielakkan, kita elaklah mkn benda2 ni kan.. banyak lagi benda lain yg boleh dimakan..

Dolmar Desserts said...

akum,
knpla bende sedap selalu merbahaya utk tubuh....kene makan bende x sedap je lahhhh lepas nii

BUJANG SUSAH said...

Biasa la tu.. pahit itu penawar.. manis tu penyakit... hehehe

Anonymous said...

kalau dah xley mkn yg sedap kiter kene mkn ubi kayu jela.... hahaha