Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, October 10, 2009

BERITA RINGKAS DARI BAGAN PINANG

Bismillahirahmannirahim..

Assalamualaikum..

Baru sekejap tadi hamba dapat panggilan dari teman yang berada di Bagan Pinang. Keadaan disana sedikit tegang katanya. Dan mengikut kata teman tu tadi peratusan untuk menang agak banyak jika SPR x menipu katanya.

Hamba bertanya berkenaan serangan kepada petugas2 PAS tempohari.. Dia melahirkan rasa marah yang amat sangat. Waktu berlakunya peristiwa itu, teman saya turut berada di tempat kejadian. Syukur katanya dia hanya mengalami sedikit luka2. Namun satu keajiban yang teman hamba ini rasakan.. Pemuda yang menerima beberapa tetakan (Gambar ada dalam posting hamba yang lepas), hilang segala kesan2 luka tetakan itu sejurus sahaja dia (pemuda itu) mengambil wuduk. Kata teman hamba lagi dgn penuh keyakinan.. "Subhanawallah...Aku x tau la apa amalan yang budak ni amalkan..."

Kesimpulannya Allah itu maha aggung... InsyaAllah sahabat... Allah bersama2 kalian yang memperjuangkan kebenaran.. Kata terakhir teman hamba "Tolong doakan kitaorg semua...".

Ya Allah ya Tuhanku.. berilah perlindungan kepada sahabat serta temanku sekelian yang berdiri memperjuangkan kebenaran demi Mu Ya Allah. Yang teguh memegang amanahMU Ya Allah. Kami berjuang atas kalimah yang 1 Ya Allah... "Laaillahhaillah Muhammadurasullah" ...
Allahuakbar...!!! Allahuakbar..!!! Allahuakbar...!!!


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

12 comments:

FaAtip said...

Semoga Allah perkenankan doa2 org2 yg teraniaya dan kemenangan berpihak pada kita. Takbirrrr!!!!!!

Unknown said...

Subahanallah,Sesungguhnya kemenangan milik Allah dia akan berikan kepada sesiapa yang ikhlas dalam agamanya.Allahuakbar!!
Mohon copy,line tenet low 2-3 hari ni xde mood nak berblog copy je lah..

Briged Akhdor LR2 said...

insyaallah biorpun teman tak dapek poie tapi doa teman mengiringi para pejuangf yg dalam kepayahan ..mmg kezaliman bn kali ini begitu hebat ..klu bt kat johor aku rs lagi hebat samseng nyer.

tinta kasturi said...

Jika tolong agama Allah, Allah pasti tolong!

lain macam lagu tema bujang susah kali ni

sihat dan ceria selaluu hendaknya

(:

apdm said...

salam..

malaysia ni tak habis-habis pilihan raya..
huhu..
x faham dan tak inign faham.
hidup islam..

Azriey SinarMawaddah said...

asal pilihan raya je gaduh, gaduh je pilihan raya.. risau saya...

Werdah said...

Salam,

Kpd pemuda tu.. alhamdulillah.. masyaAllah la hawla wala quwwataillabillah.. Allah Maha Berkuasa..

Semoga beroleh kemenangan..

perawi said...

YA ALLAH Ya Tuhanku, Tuhan Sekalian Alam Yang Mencipta Segala Cakerawala dan Bimasakti... Tuhan Yang Menguasai 7 Petala Langit 7 Petala Bumi, Tiada Sebutir pasir ditengah dasar Lautan yang bergerak tanpa izin ENGKAU.... Tiada sehelai daun kering yang gugur ditengah hutan belantara tanpa Pengetahun MU....Kepada ENGKAU Kami Sembah dan Kepada Kepada ENGKAU kami Adukan Permohonan kami untuk meminta Pertolongan....

Ya ALLAH.......Seandainya memang benar Isa samad pernah Merompak Harta Rakyat, menyelewang dan melakukan pelbagai kerosakkan demi kerosakkan pada rakyat Negeri Sembilan khususnya suatu masa dahulu ketika ENGKAU Amanahkan dia dengan jawatan Menteri Besar...... KAU kalahkan lah calon dari Gerombolan United Malay National Organisation, Parti Warisan Penjajah British ini dengan penuh kehinaan Ya ALLAH....


Tetapi mereka ternyata lebih kuat dari kami dari segi kelengkapan Perangnya Ya ALLAH..... Mereka memilikki akhbar dan media perdana untuk menipu orang kampung dengan mencipta cerita-cerita karut yang tak masuk akal ditambah wang ringgit kepunyaan rakyat pembayar cukai yang disalah guna untuk merasuah para pengundi.... Disamping kami juga terpaksa berperang dikawasan yang secara tradisinya Kubu kuat mereka .....Tidak ketinggalan juga Undi Pos yang diragui ketelusannya .....

Tetapi tiada apa yang mustahil bagi ENGKAU Ya ALLAH..... KAU sama sekali Tidak memerlukan izin makhluk ciptaan MU untuk laksanakan apa yang ENGKAU kehendakki.... ...

Dan Seandainya Zulkefly Mohd Omar yang lebih ENGKAU Redha dan sukai untuk KAU amanahkan sebagai wakil rakyat di Bagan Pinang.... KAU berikanlah KEMENANGAN keatas calon kami Ya ALLAH....

Sesungguhnya Kemuliaan, Kehebatan, Kekayaan , Keagungan dan Kebesaran MU tidak akan tercalar ataupun berkurang sedikitpun walau sebesar Zarrah seandainya KAU gunakan QudratuLLAH MU untuk memenangkan kami Ya Allah......

Kami Merayu KAU berilah Kemenangan manis pada PRK kali ini pada kami yang bakal menjadi Pemangkin buat rakyat Malaysia menolak Barisan Nasional yang telah Menjajah negara lebih 50 tahun secara total pada PRU ke 13 nanti Ya ALLAH....

Amin...Amin.. Ya Rabbal'Alamin....

Cinta Al-Aqsa said...

Amin.... Allahuakbar..!!! Allahuakbar..!!! Allahuakbar..!!!

Combi said...

Ya betul tu, Sesungguhnya kemenangan milik Allah dia akan berikan kepada sesiapa yang ikhlas dalam agamanya.

Dan saya setuju dgn pendpt Kerna Kasih Azriey Sinar, asal pilihan raya je gaduh, gaduh je pilihan raya.. risau saya... Jika keadaan ini tak dibendung, negara kita akan huru-hara. Nampaknya nilai moral dah semakin tandus/pupus dalam diri rakyat Malaysia.

Mungkin Rakyat Malaysia dah jemu hidup dlm keadaan yang aman, so nak hidup dlm keadaan yang susah pulak, hidup melarat dan merempat, buat le hal. Benda kecik dibesar2kan demi kepentingan, sbb ramai yang ikut rasa dan emosi. Padahal diri sndiri byk yang tak betul juga. selagi kita bernama manusia kita ada kelemahan dan kekuatan.

Nabi s.a.w suruh kita berdakwah dgn cara yang berhikmah bukan dgn cara yang kasar dan melampau. Kerna nila setitik, susu sebelanga rosak. Kita org Islam sendiri yang mencemar dan merosakkan nama Islam itu sendiri. Mcmana org nak ikut, sedang Islam itu bersaudara. Kita sesama Islam bercakaran, org lain tepuk tangan.(Renungan bersama dan Lu fikirlah sendiri )

Abuarif said...

Salam semua...ketipisan moral memang nyata,nafsu menguasai akal,jiwa semakin mengecil maka terjadilah apa yang terjadi(huru-hara dipilihanraya).Dunia dipandang besar hingga akhirat dilihat mengecil.Kata-manusia diikuti,hadith RasulAllah dipinggirkan maka pesengketaan akan berterusan.Ingatlah pesan RasulAllah jika dua orang yang bergaduh(ingin membunuh)yang menang akan keneraka(kerana membunuh tanpa hak) dan yang kalah juga keneraka(kerana jika ia tidak terbunuh ia akan membunuh tanpa hak).

Anonymous said...

Saya setuju dgn pendpt Abuarif (Dunia dipandang besar hingga akhirat dilihat mengecil.Kata-manusia diikuti,hadith RasulAllah dipinggirkan maka pesengketaan akan berterusan.Ingatlah pesan RasulAllah jika dua orang yang bergaduh(ingin membunuh)yang menang akan keneraka(kerana membunuh tanpa hak) dan yang kalah juga keneraka(kerana jika ia tidak terbunuh ia akan membunuh tanpa hak ). Maknanya mana2 parti yg bergaduhlah 2, semua masuk neraka...

Malangnya pemimpin2 (mana2 parti) yg dianggap profesional dan berilmu tapi tak berperangai spt yg dianggap. Mereka yang menunjukkan sifat @ perilaku yang tak banyak. Kepimpinan melalui teladan.. Malangnya pengikut2 hanya mengikut secara membabi buta je. A kata pemimpin, A yg diikut oleh pengikut. Semua org lain salah, diri aje yang betul.Tapi rambut sama hitam, hati lain2. Tak semestinya apa yang kita anggap betul adalah betul, dan tak semesti yg kita anggap tak betul itu salah.
Kdg2 fakta yg betul dimanipulasikan demi utk mendpt sokongan. Mana2 parti yg memerintah pasti akan ada kelemahan dan kekuatannya.

Apa yg kita komen hari ini, apabila kita tak berkuasa, itulah yang akan org komen kpd kita apabila kita berkuasa. Saya dah merasa saat itu. Dulu apabila belum ada pangkat, mcm2 komen diberi kpd boss, tapi apabila kita berada di tmpt dia baru kita tahu, bhw sbg boss tak semudah yg kita sangka. Apatah lagi sebagai pemerintah sebuah negara. Kita takkan dpt memenuhi kehendak semua rakyat yg mempunyai pelbagai karenah.