Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, October 7, 2009

MULUT ANDA CELUPAR ?

Bismillahirahmannirahim..

Formula Mengubati Penyakit Mulut Celupar Daripada Rasulullah

Adakah anda sedar anda bermulut celupar? Pernahkah anda berusaha untuk berubah tetapi tidak berjaya? Artikel ini membincangkan teknik mengubati penyakit mulut celupar daripada Al-Quran, khusus untuk mereka yang berniat untuk berubah, Insya Allah.

Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.
Pertama, nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”

Kemudian, nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita. Menurut sahabat Ibnu Umar, nabi pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.

Berhubung dengan zikir, menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’.” Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca “subhanallah wabihamdihi” 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.

Ketiga, sahabat Huzaifah r.a. pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keburukkan yang ada pada lisannya. Maka Rasulullah bersabda, “Bagaimanakah engkau dengan istighfarmu wahai Huzaifah? Sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah s.w.t.seratus kali setiap hari.” Istighfar bermaksud memohon ampun. Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, “Astaghfirullahazim” disertakan “perasaan menyesal” di dalam hati. Jika nabi yang maksum dan yang baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?
Wallahu’alam. Selamat mencuba.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

16 comments:

Media Cyber said...

mulut celupar.. erm.. teringat kat sepanduk, banner, banting dan poster2 PAS ni yang begitu ekstrim sekali menelanjangkan pemerintah pusat.

petua saudara ini cukup sesuai sekali utk mereka2 yang juga penyokong PAS yang terlalu hardcore... bagi kat mereka ek? nak saya tolong sebarkan sekali? :)

turr punya UMNGOK said...

halooo bro... media cyber... bagus-bagus... tolonglah sebarkan.. jangan lupa sebarkan sekali kat geng kepala lembu yang mengaku sgt memperjuangkan islam tu.. hantar kat adnan yakop yang tunjuk isyarat "butuh" tu.

tak lupa juga untuk geng-geng blogger pengecut korang, termasuklah panglima perang cyber, gomo, parpukari, perak bangkit dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya, yang terlebih rajin memaki hamun org tu..

amacam bro...? ok x? tu semua x hard core ke? atau dia org semua tu bukan islam ke? kah...kah..kah..kah... bangang punya MC.

BUJANG SUSAH said...

harap bersabar saudara TPU. komenlah secara berhemah.

Media cyber - terima kasih atas lawatan serta komen anda.

turr punya UMNGOK said...

sorry tuan rumah. ter-emo plak tadi. orang-orang umngok ni nampak salah org jer.. nak perli-perli org tu, tak perasan pungkoq penuh tahi...

Dhamah Syifflah said...

mudah-mudahan...
dapatlah direnung diri sendiri...
itu lebih elok dari mencari...
salah dan silap orang lain...

Rasulullah bersabda...
"usahlah pandang ke langit... pandanglah ke tanah... kerana disitu adalah cermin dirimu..."

ezany said...

Astaghfirullahazim..knaper perlu bertegang lidah ??

x harus begini..sedangkan kita memberi ilmu pengetahuan kepada mereka yg tidak tahu..x kira la..apa pun perjuangan yg dilaungkan..tp itu smua duniawi..akhirat kelak yg pasti..seharus dibalas dgn kata2 yg baik...

maaf jika kata sy kasar..

cookie devine said...

i zipp my mounth even my mouth like puaka.

✖sLap mE pLz!™✖ said...

seb bek sy xbyk ckp..
sbb 2 ske mrepek kat blog huhu...

**abg bujg... ceni..
soklan sy, cane nk tuka shape ank panah segi3 mouse neh kpd bentuk len?
cam laptop, ley r tuka kt control panel.. klu blog, cane nk dpt html dy?nk taruk ktne?phm suda ka xphm suda hahak..

✖sLap mE pLz!™✖ said...

seb bek sy xbyk ckp..
sbb 2 ske mrepek kat blog huhu...

**abg bujg... ceni..
soklan sy, cane nk tuka shape ank panah segi3 mouse neh kpd bentuk len?
cam laptop, ley r tuka kt control panel.. klu blog, cane nk dpt html dy?nk taruk ktne?phm suda ka xphm suda hahak..

BUJANG SUSAH said...

tu namanya cusor style lerr.. search jer la kat google.. seatle masalah.

aintsuperwoman said...

Salam.

Saya suka dgn artikel ini, dan telah copy ke dalam entry di blog saya.

Maaf ye, dah buat baru mintak izin.

Terima kasih, and selamat hari raya!

Ayiem said...

Assalamualaikum dan salam ziarah...

Biarkan sahaja manusia-manusia yang rosak jiwanya bercakap tanpa hujah dan nas yang tepat.

Manusia-manusia-manusia yang rosak jiwanya akan nampak plastik seperti asli,nampak palsu sebagai benar kerana jiwanya telah rosak.

Kebenaran tetap kebenaran....

Airland said...

aku pakai prinsip:

"BERSOPAN DENGAN MEREKA YG SOPAN, CELUPAR DENGAN MEREKA YG CELUPAR DAN MENCARUT DGN MEREKA YG SUKA MENCARUT" ok x??

R.HAREEZ said...

Salam Sdra BS,
Mudah-mudahan Allah SWT sentiasa memberi perlindungan kepada sdra.
Entri yang menarik dan penuh ilmu.
Mudah-mudahan Allah juga mengizinkan kita semua untuk mengamalkan seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAWW.
Mohon izin dilink ke blog saya.
Wassalam.

Werdah said...

Salam,

Jika kita ambil tasbih kita kira kalimat2 yg kita ucapkan sehari berapa agaknya bilangannya? Kemudian kita renung berapakah bilangannya kita gunakan utk memuji n mengingati Allah.. sedangkan apabila kita solat kita janji dgn Allah nak puji DIA sebanyak2nya dan nak puji hanya DIA.. nak puji DIA siang dan malam pagi dan petang..

Saya mengingatkan diri sendiri.. N3 ni mengingatkan saya yg sering lupa..

kAmAliAHyAnGsEnGaL said...

salam,saya share kan artikel ini di Fb yer..saya ingin sedar kan rakan saya dengan cara berhikmah..thanx!