Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, September 2, 2009

UMNGOK KELENTONG FAKTA SEJARAH

Bismillahirahmannirahim..

Setiap tahun - pada bulan Ogos - rakyat negara ini telah di tipu dan di bohongi oleh United Malays National Organisation tentang MERDEKA. Melalui media yang mereka miliki mereka telah memekik melolong menjaja fakta bohong tentang apa yang mereka panggil sebagai merdeka.



Malaysia ditubuhkan BUKAN pada 31 Ogos. Jangan bohong. Pada 31 Ogos 1957 ialah hari British lari setelah di perangi oleh rakyat Persekutuan Tanah Melayu. 31 Ogos TIDAK ada sangkut paut dengan projek Malaysia.

Malaysia di tubuhkan pada 16 September 1963. Malaysia ialah projek British.

British menjajah Tanah Melayu ( termasuk Singapura ). Rakyat telah bangun melawan dengan mengangkat senjata. Adalah bohong apabila di tulis dalam buku sejarah dimana Untied Malays National Organisation telah mengatakan kita Merdeka tanpa tumpah darah.

Ini bohong besar. Ribuan nasionalis telah mati berjuang melawan British.

Rakyat Tanah Melayu telah melancarkan Perang Rakyat melawan British semenjak Jun 1948. Penjajah British memanggilnya Darurat. Ini bukan darurat. Tidak ada sesiapa pun dalam darurat. Rakyat tidak darurat sakit perut. Yang dalam darurat ialah.. British kerana mereka sedang di serang.

Kesatuan Melayu Muda ( KMM), Parti Komunis Malaya (PKM), Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angakatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS ), Hisbul Muslimin adalah badan-badan politik yang lebih awal bagun berjuang untuk memerdekkan Persekutuan Tanah Melayu.

Ini sejarah bukan kelentong.

Di mana United Malays National Organisation waktu itu? Taraaak lagi.

Pada tahun 1941 ketika badan dan parti-parti politik ini bangun bergerila menentang Jepun , United Malays National Organisation belum wujud. Gerakan nasionalis ini telah mula menyususn gerakan untuk menghalau British sebelum Jepun sampai. Apabila Jepun datang ke Tanah Melayu pada tahun 1941 mereka berlajar bergerila dengan bergerila. Mereka belajar perang melaui perang menentang Jepun.

Ini sejarah bukan kelentong.

Dimana United Malays National waktu itu? Taraaaaak lagi.

Badan politik yang PERTAMA menuntut merdeka ialah KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) yang di pimpin oleh Ibrahim Yacoob. Slogan parti yang ditubuhkan pada tahun 1938 ini ialah MERDEKA!

Apa slogan United Malays National Organisation …. Ciiis nak cakap pun malu. Parti hampeh ini di wujudkan oleh British pada tahun 1946 sesudah semua parti Nasionalis lain diharamkan atau pemimpin merek di penjara atau dibunuh. Slogan nya ….Hidup Melayu !

Ini sejarah bukan kelentong.

Apabila parti nasionalis lain angkat senjata bergerila, United Malays National Organisation pergi berunding dengan British. Hampeh ! Ini lah pembelotan namanya.

British kalah teruk. Untuk memastikan harta kekayaan British - lombong bijeh dan ladang getah - di jaga dengan baik British telah mengangkat United Malays National Organisation untuk ‘ jadi budak suruhan’.

Ini sejarah bukan kelentong.

Sesudah British lari dari Tanah Melayu timbul pula gerakan nasionalis di Borneo. Rakyat Sabah, Serawak dan Berunai ingin Merdeka. Mereka memanggil negara mereka Kalimanta Utara dengan gerakan gerila bernama – PARAKU – Pasokan Rakyat Kalimantan Utara.

British melihat ini bahaya. Harta mereka di Tanah Melayu telah dapat di selamatkan kerana ada barua mereka di sini. Lalu projek Malaysia di telurkan. Malaysia ialah sebuah projek British untuk memastikan harta kekayaan mereka dapat dijaga terutama minyak di Berunai.

Dalam masa yang sama Parti Rakyat Berunai yang anti British di bawah pimpinan Al Zahari menang dalam pilihanraya. Parti Rakyat di haramkan. Al Zahari di tangkap. Anak raja yang berumur 9 tahun ketika itu di nobatkan. Tentera British dan Ghurkha menjaga Berunai. Sultan Tua yang bersimpati terhadap nasionalis di ketepikan. Berunai menjadi tanah jajahan syarikat minyak Shell/BP. Berunai tidak masuk dalam gagasan Malaysia.

Singapura yang semenjak beribu-ribu tahun ialah sebahagian dari Tanah Melayu keluar dari Malaysia pada tahun 1964. Ini juga projek British berjangka panjang. Singapura diperlukan untuk memainkan peranan seperti Isreal dalam dunia Arab. Singapura kini adalah ‘Israel’ dalam dunia Melayu.

Dunia Melayu – Indonesia/Tanah Melayu/Selatan Siam - adalah sebahagian dari konsep Melayu Raya yang di bawa oleh KMM pada tahun 1938.

Ini sejarah bukan kelentong.

Jadi apa kena mengena 31 Ogos dengan Malaysia. Taraaaaaakkkkk!!

Ini kelentong. Rakyat Sabah dan Serawak di paksa masuk Malaysia oleh British. Kerana itu hingga ke hari ini majoriti rakyat Sabah dan Serawak ingin merdeka dan berkerajaan sendiri. Mereka tidak ambil pot tentang 31 Ogos.

Apabila United Malays National Organisation bungkus nanti – kita wajib menulis kembali sejarah perjuangan kaum agama, kaum nasionalis, kaum kiri, kaum buruh, kaum tani dan kaum komunis yang telah berjuang dan berkorban mati untuk memerdeka kan Persekutuan Tanah Melayu termasuk Singapura.

Esok 31 Ogos tidurlaaaa sampai meninggi hari. Tidak ada apa-apa yang hendak di sambut. 31 Ogos BUKAN hari Malaysia. Itu pesta kelentong United Malays National Organisation.

( Cuba fikirkan sejenak kenapa nama parti ini United Malays National Organisation - Ini nama Mat Salleh kan? Period.)- Tukar Tuib


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

9 comments:

MOMMY CGG said...

salam bujang:)

umngok?>? haha:) i like:)

Yuki Yusuf said...

rasanya kelentong fakta sejarah ni berlaku kat mana2 jer dlm dunia ni...

tapi kat negara yg terchenta ni...bkn stakat yg da lepas jer dikelentong...

yg semasa ni pon asyik kena kelentong jer...

hehehe~

AbcdeFtyyhahh; said...

mengaplikasikan apa yang dipelajari ketika di sek menengah. hehe. good :)

dino said...

sejarah malaysaia memang kelam kabut mengikut siapa penceritanya. Orang melayu suka buat cerita nanti 100 tahun jadi lagendalah macam cerita hang tuah hang jebat atau puteri gunung ledang..Pendeknya orang Melayu berpecah dari zaman portugis sampai nilah...masing masing nak jadi Raja..mari kita selami jiwa Melayu dari parameswara lagi.

Anonymous said...

Salam. Tak suka mencari dan mencerita kesalahan dan kekurangan orang lain kerana tahu diri juga tak sempurna. Baik dimata kita tak semestinya baik pada pandangan orang lain. Menjaja aib orang lain walaupun benar bukan cara yang diajar oleh Rasulullah s.a.w, tapi ditegur secara hikmah. Lastlynya kita menambah dosa.

Anonymous said...

Hanya Johari yang mengenal Maniam. Saudara tau ke sejarah sebenar Malaysia?

tinta kasturi said...

satu lagi perkongsian mencelik aqli insani

Samwan said...

Salam,

Mungkin semua tahu dan paham apa itu Malayan Union. Sekarang inilah Malayan Union sebenarnya.

Masih belum paham? segala aspek perlembagaan dan perundangan semuanya mengikut acuan British. Cuma mahkamah Syar'iah saja yang terpaksa mengikut sedikit acuan Islam. Contohnya: Minum arak sebat 6 rotan walaupun sebenarnya sebatan antara 40 hingga 80 kali sebatan mengikut ajaran Islam yang sebenarnya.

Merdeka? Apa yang merdekanya. Cuma British tidak menjadi ketua disini kita kata kita merdeka. Chissssss. Kalau merdeka dengan ertikata sebenarnya, kita ORANG MELAYU sudah tentu dapat praktikkan hukum Allah sepenuhnya, kerana kita Melayu adalah Islam.

Memang United Malay National Organisation penipu yang sangat licik.

Lihatlah setelah 52 tahun dikatakan merdeka. Apa bezanya kota Kuala Lumpur dengan kotaraya London. hahahaha..... pakaian semakin singkat..... itulah kemodenan

saudara sabah said...

Anda menyatakan:

Kerana itu hingga ke hari ini majoriti rakyat Sabah dan Serawak ingin merdeka dan berkerajaan sendiri. Mereka tidak ambil pot tentang 31 Ogos.

Tak kesah siapa pun y menulis artikel ni. Pendapat ini sungguh mungguris perasaan kami rakyat Sabah. seolah2 keihklasan kmi terhadap sabah d ragukan...

siapa kata hari "MAJORITI" rakyat sabah mahukan berNEGARA sendiri???

siapa kata 31 ogos tidak memberikan apa2 makna kepada sabah???

jika saudara memungut suara dr pihak y anti kerajaan...y sy akui perbagai tomahan dtg mengenai sabah...

jika btul sabah mahukan berkerajaan sendiri mengapa BN menang besar d negeri bawah bayu ini???

siapa kata 31 ogos tidak memberikan apa2 makna kepada sabah???tarikh keramat itulah sabah merdeka...itu realiti bang...sabah merdeka 31 ogos 1963 dah membentuk kerajaan sendiri selama 16 hari sebelum malaya, sabah, sarawak, dan singapura membentuk malaysia...itu fakta y sebenar bang...abang silala membaca selak2 dulu sbelum copy paste "kerja org"...fakta sala org benci,kna maki lg...

tentu abg tertanya2 bukan kenapa kami sabahan begitu memberikan sokongan padu kepada BN???

jawapannya...

di Sabah ini bukan macam di semenanjung, orang Sabah bukan kurang bijak memilih BN daripada pembangkang tetapi orang Sabah sudah ada pengalaman bahawa sapa saja YB semuanya sama ja. Abg fikir Dr Jefry lebih baik daripada Musa Aman??? atau Ust Hadi lebih baik dr Dato Najib. Lebih baik sokong BN daripada pembangkang. Ada juga pembangunan daripada janji kosong. Buktikan dulu yang pembangkang di Semenanjung yang paling pandai itu mentadbir dan memajukan negeri yang ditawan barulah orang Sabah percaya.

Isu dan pengalaman di Sabah adalah berbeza dengan di Semenanjung. Kadar kemisikinan di Sabah sebelum kemasukan UMNO adalah lebih tegar. Jangan cuba putar-balikkan pengalaman penduduk yang suatu masa dahulu negeri paling miskin ini demi debat politik. Tak eloklah macam tu.

Bila kita miskin atau pernah miskin, pilihan tak banyak dan mentaliti pun berbeza. Nak demand itu ini macam di Semenanjung memang tak terlintas di fikiran. Di Semenanjung negeri-negeri kaya jatuh ke tangan pembangkang sebab isu-isu seperti isu Linggam, isu Kehakiman, isu Hindraf, altantuya dan lain-lain. Isu-isu ini adalah isu-isu yang diperdebatkan oleh rakyat semenanjung yang berkolar putih atau biru di Semenanjung. Sambil minum kopi pagi bolehlah mengutuk Kerajaan lepas tu hantar anak pegi sekolah Kerajaan, naik kereta Proton dan pegi kerja di Bangunan Kerajaan.

Di Sabah isu-isu Hindraf, Kehakiman, Linggam dan lain-lain langsung tidak menyentuh sensitiviti kami. Sekadar bacaan di dalam Suratkhabar. Memanglah dibincangkan dan kutuk Pak Lah, kutuk Najib juga tetapi bila masa mengundi tetap pangkah BN.

Sebabnya ialah bagi kmi yang pernah merasa duduk di bawah Parti Perikatan Sabah, Berjaya, PBS bertahun-tahun lamanya (kmi dah tukar kerajaan berkali2 bang,kami lebih berpengalaman bang), tak serik nak jadi begitu lagi. Semua pembangkang hanya tahu bertempik demi keadilan, tetapi bila dah dapat kuasa tetiba terkena renjatan budaya dan mabuk kuasa pula jadinya. Dulu PBS pun bercakap mcm Anwar juga malahan karisma Pairin dan Jeffrey adalah menyamai Anwar. Tapi bila PBS naik cuma suku-sakat yang merasa sikit, orang melayu sebelah pantai timur menderita sungguh.

Bagi kmi org Sabah, daripada bertempik Keadilan sana sini. Lebih baik turun ladang yg membesar selepas UMNO untuk kait buah kelapa sawit atau turun pejabat kerja elok-elok. Asalkan anak-anak ada masa depan lebih baik maka syukurlah kepada Allah Taala. Samada anak menjadi penoreh atau menteri bukan terletak pada BN atau Pembangkang pun. Tapi at least selepas bawah BN ni nampaknya statistik cerah sikit. Sekolah pun dah banyak.

ini d katakan kami mahu berkerajaan sendiri???

Mungkin you all kena tanya kenapa Terengganu yang diwar-warkan jatuh ke PAS tu akhirnya kekal pada BN?..