Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, August 31, 2009

AKU X TAU LA NAK KATA KALAU KORANG BOLEH RELAX JER BACA KISAH NI..

Bismillahirahmannirahim..

Rumah Amal Baitul Kasih telah berpindah di no. 23, JALAN BRP 6/5, BUKIT RAHMAN PUTRA, SUNGAI BULOH.


Anak kecil nih bernama Fatimah. Berumur 3 tahun, anak yatim piatu yang buta matanya. Semenjak kedua ibu bapanya meninggal [kedua2 ibu bapanya juga tidak mempunyai saudara-mara] , tiada siapa yang sanggup menjaga Fatimah. Puan Ummu Liza yang kebetulan menguruskan pengebumian ibu Fatimah, dengan rela hati menjaga Fatimah seperti anaknya sendiri.


Anak ini pula bernama Zakaria. Seorang kanak2 yang mengalami masalah terencat akal. Selain Fatimah dan Zakaria, terdapat beberapa lagi kanak2 istimewa di bawah jagaan Ummu Liza yang berumur dari 1 tahun hingga 17 tahun. Mereka ialah Azlina yang mempunyai masalah hati, Naim [10 tahun] pengidap Hepatitis B, Ammar [12 tahun] yang mengidap sakit buah pinggang dan Amir yang mengalami masalah penglihatan.



Ummu Liza sendiri adalah seorang surirumah sepenuh masa dan ibu kepada 9 orang anak. Tidak mempunyai pendapatan tetap,... menjual kain dari rumah ke rumah. Disamping itu juga, Ummu Liza adalah salah seorang jemaah yang membantu perihal pengebumian jenazah2 wanita di sekitar tempat tinggalnya, di mana kadangkala beliau langsung tidak mengenakan sebarang bayaran di atas hasil kerjanya, kerana dikalangan penduduk di situ juga miskin dan daif.
Suami Ummu Liza pula bekerja sendiri dan hasil pendapatan beliau akan digunakan bagi menampung kehidupan mereka semua termasuklah membayar sewa rumah sebanyak RM 700 sebulan, rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 2 buah bilik yang terletak di Sg. Buloh.
Kelazimannya, selepas memastikan kanak2 istimewa di bawah jagaannya dihantar ke sekolah, rutin harian Ummu Liza ialah ke Pasar Selayang, menunggu sehingga segala aktiviti jualan di pasar tersebut selesai, barulah Ummu Liza membeli sayuran dan ikan2 yang di 'reject' dengan harga yang murah untuk dijadikan santapan mereka pada setiap hari.


Ummu Liza pernah memohon bantuan daripada pihak berwajib, namun prosedur yang ketat telah mengetepikan permohonan beliau.. Daripada membiarkan anak2 istimewa tersebut dibiar hidup melarat, Ummu Liza bernekad untuk terus menjaga mereka selagi hayat dikandung badan, biarpun tidak mendapat bantuan daripada pihak berwajib.

Selepas saya membaca kisah Rumah Amal Baitul Kasih, saya terus menelefon Ummu Liza dan bertanyakan keperluan yang sangat2 diperlukan dalam masa terdekat ni. Berikut adalah senarai barang2 yang dipohon oleh Ummu Liza:

Telekung [15 pasang] - Sudah ada penderma yang memberi sebanyak 3 helai
Blender [4] - Opismet saya dah derma
Iron [4] - Manager saya dah derma
Kipas [4]

Disamping itu juga, Ummu Liza menerima segala jenis bentuk sumbangan termasuklah:

Makanan harian [e.g. garam/gula/beras/ tepung/susu/ milo... etc]
Peti ais
Pembaik-pulihan rumah [e.g. cat]
Baju untuk anak2 dan ibu tunggal/tinggal [yang masih dalam keadaan yang baek]
Mesin basuh



Inilah rumah Ummu Liza yang menempatkan 32 orang kanak2/ibu tunggal. Kelihatan sungguh daif kan?
Dan sekiranya kalian ingin menyampaikan sumbangan secara direct kepada Ummu Liza, kalian bolehlah menghubungi beliau di talian 012-2663649. Alamatnya pula ialah:

Rumah Amal Baitul Kasih
32, Jalan U19/1
Taman Seri Buloh
Sungai Buloh.

BS: Nak harapkan kerajaan korang, memang xder la nampaknya... Mereka lebih suka fikirkan mcmana caranya nak merampas kuasa dari tangan org lain dari nak memikirkan masalah rakyat. 1 (wang) malaysia... rakyat didahulukan kebulur. Menteri malaysia rumah dan kerata berjuta, duduk bersandar, cakap berapi.. Rakyat susah buat x tau jer.. nak minta bantuan pun mcm2 prosidur. klau kroni2 dia yg mintak, kaya raya pun boleh dapat bantuan jugak. Bukankah org miskin ni jugak yg kasi Menteri2 penyapu ni semua makan melalui cukai yg dibayarnya? Pastu menteri badigol ni duduk kat atas nak berlagak plak.. Mcm mak bapak depa yg kasi makan kat kita semua.

Aku malas nak banyak ckp.. lagi lama lagi panas hati aku.. lagi banyak cakap nnt lagi banyak kesalahan aku di bulan mulia nih. So... Kita semua ada tugas sekarang nih. kita yg sama2 susah ni la sama2 cuba membantu.. call ummu liza sekarang...!!!

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

10 comments:

farahamalina DAFRI said...

sungai buluh. insya-allah saya akan dermakan pakaian untuk dorang.

BUJANG SUSAH said...

Alhamdulillah.. teruskan usaha kita membantu dgn keikhlasan. insyaAllah.. Semoga diberkati olehNya.

Ustaz Amin said...

Salam ziarah

tegar blogger said...

Wakil rakyat sungai buluh ni buta ke tido...? kalau rasa bz sgt dgn kerja2 parti atau menguruskan keluarga, letak jer la jawatan.. Org nak ada jawatan hang pun nak ada jawatan jugak.. tp kerja xnak buat.. tanggungjawab x nak laksanakan.. makan gaji buta ke...? ingat gaji hang kami ni semua bayar dgn pasir ke...!!!

GayaPeneroka said...

minta izin saya ambil artikal ini masuk dalam blog saya ...

BUJANG SUSAH said...

Silakan bang.. memang itu yang diharapkan... sebar2kan...

uminas said...

Salam ziarah BS..
Terharu baca posting ni..Tahniah BS kerana membuka ruang utk orang lain beramal..
Mohon masukkan dlm blog akak..memang betul..sesiapa yg membacanya tanpa terasa apa apa..hatinya sebenarnya dah mati..

BUJANG SUSAH said...

Ada masa... mama p la jengah2 dia org eh...

intan.maisarah said...

moga ALLAH cucuri rahmat buat si pemilik rumah

Idalara said...

sedihnya..sertamerta airmata idalara menitis..idalara mng sensitif hal2 anak2 malang ini..mujur anak2 masih ada idalara ibunya..masih dpt ke sekolah makan dan berbaju baru walaupun ayahnya ada hnya tinggal pada kertas..
mulianya hati ummu liza..siapakah yg sudi tampil membela.