Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, September 2, 2009

UMNGOK LEMBU

Bismillahirahmannirahim..

Bila Melayu Usung Kepala Lembu



Tunjuk perasaan sudah menjadi perkara biasa di negara ini. Begitu juga dengan sepanduk dan kata-kata nesta dan protes yang beraneka ragam. Tetapi dalam tunjuk perasaan oleh sekumpulan Melayu beragama Islam ini ada kelainannya.

Selepas beberapa orang memberi ucapan upacara mengusung kepala lembu di lakukan. Melihat paparan ini macam dalam satu acara keagamaan orang Asli di Afrika pula. Mengenang kepada lembu ini juga teringatlah saya kepada kepala babi yang digantung di pintu pagar rumah orang dan juga kepada kepala babi yang.. diletakkan di dalam surau di sebuah universiti tidak lama dulu.Apakah tindakan mengusungkan kepala lembu itu diambil ilham atas perbuatan mempermain-mainkan kepala babi itu? Apapun sebagai orang Melayu yang sudah pasti beragama Islam rasanya kurang manis bermain dengan kepala haiwan itu. Apa lagi meniru perbuatan yang menjijikkan dan sangat terkeji itu.

Bukan kerana haiwan itu merupakan haiwan suci bagi satu agama, tetapi kepala lembu yang disembelih itu juga sebahagian daripada makanan manusia (Islam) yang halal apakah elok kalau makanan diperlakukan begitu? Apakah sudah tidak ada cara lain untuk dibawa bersama tunjuk perasaan itu? Diharap mereka dapat memikirkan semula tindakan mereka.
Fikir dan renunglah sendiri apakah perbuatan ini bertepatan dengan akal budi Melayu beragama Islam dan sesuaikah ia dilakukan dalam bulan Ramadhan al mubarak ini.

Harapnya para ulama terutamanya Mufti Perak, Harussani Zakaria dan penceramah Ridhuan Tee Abdullah atau Mohamad Ravi Abdullah dapat memberi pandangan mengenai hal ini seperti mana sepatutnya.

Dekat sebelah ni ialah gambar Ketua Pemuda UMNO Selayang... dia ni salah seorang yang terlibat dalam perhimpunan kepala lembu di Shah Alam...Ketua Pemuda UMNO Selayang..? dok sebok hal dekat Shah Alam apahal..? Tengok dalam rakaman video di atas... mamat ni yang pakai baju kaler merah kusam sebelah kiri... (diakhir rakaman)...

P/S : Pemuda UMNO nie memang Bahalol, nak berlakon jadi orang pas pun agak-agak la... Pakai Serban pastuh Pakai Jeans hahahahaha.. nampak sangat kantoi bangang

BS: Kata kepala lembu tu hanya dibawa oleh org2 yg marah.. tp mamat 2 ekor tu bukan main syok mengusung dan memijaknya. Yang herannya xder pulak FRU atau gas pemedih mata serta pancutan bahan kimia.. Kot ni berlaku kat bawah tanah agaknya sehingga pihak polis tidak mendapat info.

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

3 comments:

Yuki Yusuf said...

kepala lembu diorang ni sume...

ish2...

Nak jahanamkan orang lain sanggup buat sampai macam tu skali...

Kite ingat tadi gmbr ketua pemuda UMNO tu gmbr encik bujang. Hihihi~

BUJANG SUSAH said...

perghhh... sesedap rasa jerr.. kita lagi hensem lerr.. wakakakaka

Anonymous said...

kadangkala kita kita cuma melhat kuman diseberang lautan sahaja.
yang tak baik tetap tak baik.