Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, September 22, 2009

APA ITU TASAUWUF ?

Bismillahirahmannirahim..

Oleh: Ustaz Mat Esa Bin Deraman

Ramai yang mungkin bertanya-tanya apa itu tasauwuf. Adakah ianya satu ilmu baru dan bersifat bid'ah? Apakah sumber sebenar ilmu ini? Dalam perbicarakan topik ini, sebenarnya ada pro dan contranya. Namun bagi penulis semua ilmu yang mendatangkan kebaikan tidak wajar ditinggalkan. Apatah lagi setiap kali perkara yang kita anggap baru kita menolakkan dengan bahasa agama, iaitu bid'ah! Tanpa melihat kandungannya dan kesannya kepada kehidupan sejagat.
Sebenarnya, ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah serta mendisiplin peribadi mukmin dan membaikinya satu perkara yang perlu dipandang positif. Kedudukannya sama sepeti ilmu feqah, usul feqah, ulum tafsir, ilmu hadis (mustolah hadis), dan lain-lain lagi.

Berikut saya kemukakan definisi tasauwuf daripada pakar-pakarnya.
Ma'ruf Al-Karkhi mengatakan bahawa tasauwuf ialah pergantungan harap kepada Allah SWT dan tidak kepada makhluk.
Abu Turab Al-Nakhsyabi, sufi itu ialah seseorang yang tidak dikotori oleh sesuatupun, malah bersih daripada semua perkara.
Sahl bin Abdullah Al-Tustari berkata: "Sufi itu ialah seseorang yang bersih daripada maksiat, sentiasa berfikir dan berpegang teguh dengan Allah SWT dan tidak dengan manusia. Oleh yang demikian, di sisinya tidak ada apa-apa perbezaan antara emas dan lumpur".

Al-Jurairi menyatakan bahawa tasauwuf itu ialah perlakuan akhlak yang tinggi dan meninggalkan perlakuan yang keji.
Al-Kattani menegaskan bahawa: "Sesiapa yang membekalkan kamu akhlaknya yang terpuji maka dia telah menambahkan kebersihan jiwamu".
An-Nuri berkata: "Tasauwuf itu bukan...
tulisan atau ilmu tetapi ianya adalah akhlak. Jika tasauwuf itu tulisan, ia boleh diperolehi dengan latihan. Dan jika ilmu, ia boleh diperolehi dengan belajar. Tetapi sebenarnya maksud tasauwuf itu berakhlak dengan Allah SWT. Seseorang itu sama sekali tidak dapat berakhlak dengan akhlak ilahi hanya melalui ilmu dan tulisan".

Begitulah serba sedikit perkongsian ilmu pada detik ini. Moga jelas apa yang kabur dan terang apa yang gelap. Insya Allah saya akan bawa pandangan seorang ulama' yang agong tentang ilmu tasauwuf ini.

Hukum belajar Tasauwuf
Imam Ghazali berkata: "Hukumnya fardhu ain kerana manusia tidak sunyi daripada aib atau sakit kecuali para nabi-nabi.
Syeikh Al-Syazili berkata: "Siapa yang tidak menceburi ilmu kita ini, nescaya dia mati dalam dosa besar yang tidak disedarinya".
Syeikh Dahlan Al-Kadiri: "Mempelajarinya fardhu ain pada setiap mukallaf".
Imam Malik berkata: "Siapa yang bertasauwuf tanpa feqah, sesungguhnya dia kafir zindik. Siapa yang mempelajari feqah tanpa bertasauwuf sesungguhnya dia fasik. Dan siapa yang menghimpunkan kedua-duanya nescaya dia akan selamat".
Imam As-Syafie berkata: "Jangan kamu hanya menjadi salah seorang daripada ahli feqah atau tasauwuf. Kerana orang yang hanya faqih tidak bertasauwuf keras hatinya. Manakala yang bertasauwuf tanpa feqah akan jahil dirinya, mana mungkin dia dapat membaiki dirinya"?
Demikian pandangan sebahagian ulama' tentang kepentingan dan kedudukan mulia ilmu ini. Namun demikian jangan tersilap langkah mempelajari tasauwuf bukan daripada ahlinya. Imam Junaid Al-Baghdadi berkata: "Ilmu kami ini terikat dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Sesiapa yang tidak menghafaz Al-Quran dan tidak menulis hadis maka tiada diikuti perjalannya".
Sekadar berkongsi maklumat dan kebaikan.

P/s Kuliah Tasauwuf saya diadakan di Surau Al-Kauthar Taman Rinting, Masai, Johor. Orang Johor sila hadir.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

7 comments:

al-lavendari said...

T. kasih BS atas pesanan yang sangat baik ini. memanglah tasawuf itu satu daripada cabang agama iaitu tauhid, fiqh dan tasawuf. ia juga dikenali sebagai akhlak. tanpa tasawuf ibarat pokok yang kuat akarnya (tauhid), lebat daunnya (fiqh) tapi tidak berbunga (tasawuf). tanpa tasauwuf akan cacatlah agama. ada yang memandang serong mungkin kerana terdapat segelintir pengamalnya yang ekstrim atau menyeleweng. wallahua'lam.

~PakKaramu~ said...

Hayai raya dengan pengertian takbir

Putra Al-Maliki said...

salam aidilfitri. maaf zahir & batin... =)

Koolez said...

Assalamualaikum..hoh. abang bujang pun tahu ke ilmu tasawuf ni?..ADik walaupun 14tahun banyak belajar bab2 tasawuf ni..tanpa tasawuf cacatlah agama.Ilmu tasawuf ni Ilmu Roh(hati ke hati)..Macam ILmu wali Allah,tapi yang bahayanya kalau terlalu ekstrem..taksub sangat, tu yang ada yang gila, sasau, sesat..Sikit2 tahu lah bab tasawuf ni..bagus kalau amalkannya..kita akan sentiasa zuhudkan dunia dengan Zikir-zikir Allah..Tapi zikir pun jangan mulut je..Zikir sekali hati tu..Kalau Mulut Zikir Nama Allah..Hati Fikir
Syaitan atau Makhluk2 yang lain macam jin ke apa ke..jin tu yang datang bukannya Hidayah Allah atau Nur Muhammad..


SEKIRANYA SALAH KATA-KATAKU, TEGURLAH AKU..
(ANTI-AF,ANTI-MENTOR,ANTI-BN..)

Koolez said...

ops nak tambah, yang penting kita akan sentiasa Mengingati Allah,sentiasa Patuh akan perintahNya..dan sentiasa Zuhudkan dunia..Dunia ni dah nak kiamat dah..tak lama..

Wallahualam..

anaklaut said...

salam...tuan,


Apa itu tasawwuf? satu entri yang sangat menarik untuk pada saya..

“Barangsiapa yang membersihkan hatinya adalah kejayaan baginya dan barangsiapa yang merosakkan hatinya adalah kerugian baginya.”

Berapa banyak orang yang tidak memahami akan hakikat tasawwuf. Berapa banyak pula orang yang menyangkakan bahawa tasawwuf terkeluar dari AlQuran dan Sunnah. Para ahli sufi yang jahil, dan juga para ulama yang cetek ilmu, walaupun di atas garis yang berbeza, bersama-sama mendokong pengertian yang salah.

Akibatnya, golongan pertama telah membelakangkan AlQuran dan Hadith, manakala golongan kedua telah membelakangkantasawwuf.Sebenarnya, walaupun istilah “tasawwuf”, seperti mana istilah-istilah agama yang lain, timbul kemudian, namun ianya adalah jelas salah satu bidang syariah.

Bidang syariah yang menyentuh hal-hal mengenai amalan zahiriah seperti solat dan zakat dikenali sebagai bidang feqah, manakala bidang syariah yang menyentuh hal-hal batiniah dan mengenai hati dikenali sebagai tasawwuf. Kedua-duanya adalah perintah Allah dalam AlQuran. Dengan itu, sebagaimana jelasnya perintah Allah Ta’ala mengenai solat dan zakat, AlQuran juga menjelaskan perintah kesyukuran dan kecintaan terhadap Allah Ta’ala, juga menjauhi riya dan takabur serta keangkuhan dan kesombongan. Begitu juga, di dalam kitab-kitab hadith, bersama-sama tajuk mengenai Ibadat, jualbeli dan perniagaan, nikah dan talaq, juga kita dapati juga tajuk-tajuk mengenai riya’, takabur, akhlak dsbnya. Perintah-perintah Allah Ta’ala ini adalah sama pentingnya dengan kepentingan seseorang itu menjaga amalan zahiriah.Penelitian yang mendalam menunjukkan bahawa segala amalan zahiriah adalah berkait rapat dengan pembaikian hati. Ini adalah punca kepada kejayaan di akhirat manakala pengabaian terhadapnya menjadi punca kepada kemusnahan.
Inilah maksud dari istilah yang dikenali sebagai tasawwuf. Tumpuannya adalah “tahzeebe akhlaq” atau akhlaq yang terpuji; motifnya adalah untuk menyukakan Allah Ta’ala; manakala caranya adalah dengan mematuhi segala perintah Allah dengan mengikuti cara yang disyariatkan kepada Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam).

Tasawwuf adalah roh Islam. Peranannya adalah untuk membersihkan hati dari sifat-sifat buruk dan tercela seperti hawa nafsu yang tidak terkawal, kegelinciran lidah, marah, hasad dengki, cinta dunia, cinta kemasyhuran, bakhil, tamak haloba, bermegah-megah, angkuh, dsbnya. Pada masa yang sama, ianya bertujuan untuk menghiasi hati dan dalaman dengan sifat-sifat terpuji seperti penyesalan dan taubat, ketabahan, kesyukuran, taqwa kepada Allah Ta’ala, pengharapan, ketahanan jiwa, tauheed, amanah, ikhlas, benar, dsbnya.Untuk mengenal pasti sesuatu penyakit dan cara merawati penyakit hati biasanya memerlukan bantuan dan dorongan dari seorang guru yang mursyid atau Syakh.

moga mendapat sedikit menafaat..dan saya mendoakan agar Allah memberi rahmat pada tuan kerana menulis entri ini..insyallah.


-anaklaut-

Anonymous said...

sorte que si on avait pu les mettre en presence, acheter viagra, Soumis a la distillation menagee, importantes en el contenido de la Seccion VI, cialis precio farmacia, vision panoramica de la trayectoria historica del, Immediatamente sotto viene la seconda zona, viagra italia, cryptis anfractuosis consperso, mit grosser Begierde Sauerstoff cialis nebenwirkungen, Arsen tritt in stahlgrauen Krystallen oder in,