Bismillahirahmannirahim..
Menurut Imam Abu Bakr al-warraq (guru al-Ghazali): "Apabila engkau dengar perihal kaum kafir akan berkekalan di dalam neraka, maka jangan engkau, kerana engkau orang Islam, berasa aman dan terselamat atau terlepas daripada pembalasan seperti orang-orang kafir itu. Sebabnya, urusanmu dan dirimu itu masih di dalam ancaman bahaya. Engkau belum tahu bagaiaman keadaanmu di hujung hayatmu nanti dan betapa nasib dirimu dalan suratan di Lauhul-Mahfudz. Sebab itu, janganlah berasa sedap hati dengan masa gemilangmu sekarang. Di sebalik kegemilangan itu berkemungkinan besar tersembunyi kecelakaan".
Imam al-Ghazali pula berkata, "Jangan terpesona, terpedaya dan berasa terlalu sedap hati dan aman dengan ni'mat Islam dan ni'mat terlepas daripada kemungkaran, karena kelurusan di pangkal jalan tidak semestinya lurus juga di hujung jalan. Ambillah iktibar daipada kisah-kisah di kalangan golongan 'abidin dahulu yang dengan tak semena-mena menjadi sesat di hujung jalan, lalu ditimpa 'kecelakaan' pada saat
terakhir hayatnya".
Kita tidak boleh berperasaan terlalu yakin yang ni'mat Islam yang kita miliki sekarang dapat kekal sehingga akhir hayat kita. Untuk mengatasi perasaan terlalu yakin ini, kita mesti mempunyai perasaan khauf dan raja'. Raja' ialah perasaan mengharap. Khauf ialah perasaan bimbang, takut atau cemas. Biasanya khauf dan raja' juga disebut dengan istilah "harap-harap cemas".
Selayaknya sebagai hamba kepada Allah, kita kena sentiasa menaruh perasaan mengharap. Kita juga kena sentiasa menaruh perasaan cemas, perasaan kalau-kalau, perasaan mana tahu, kerana kuasa mutlak adalah milik Allah. Mari pastikan perasaan "harap-harap cemas" ini telah kita miliki. Perkataan "moga" adalah antara perkataan yang melambangkan "harap-harap cemas". Moga Allah sentiasa melimpahkan hidayah, taufiq, rahmat dan keredhaanNya kepada kita.
Moga kita berjaya mendapat khusnul-hotimah( kesudahan yang baik) ketika akhir hayat nanti.
Lenggang Kangkung
tunang@yahoo.com
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Thursday, October 29, 2009
HARAP - HARAP CEMAS
Wednesday, October 28, 2009
APA NAK BUAT NI ?
Bismillahirahmannirahim..
Perlu bantuan: masalah berkaitan diri saya
delima.anum@yahoo.com
Assalamualikum. .
Saya ada masalah berkaitan diri saya yang agak berat untuk saya menanggungnya lagi.
Saya telah berkahwin hampir 7 tahun. Telah mempunyai 3 orang anak yang masih kecil.
Saya dilahirkan sebagai seorang muslim. Pernah bersekolah agama sehingga ting 3 sahaja. Kemudian menyambung pelajaran hingga ting 6 di sekolah biasa. Selepas tamat ting 6 saya menyambung pelajaran peringkat diploma sahaja dan sekarang bekerja hampir 10 tahun.
Selepas 3 tahun bekerja saya berkahwin dengan seorang kenalan yang 20 tahun lebih tua dari saya.
Masalah saya ialah; suami saya tidak mengajar saya pasal agama kerana alasan saya pernah sekolah agama maka saya tahu pasal agama. Memang ya pada anggapannya itu. Saya boleh mengaji dengan baik tapi jarang mengaji. Saya juga jarang solat sehingga sekarang. Saya pernah amal hidup bebas. Pernah tidur dengan beberapa lelaki sebelum kahwin. Pernah ada pasangan lesbian. Suami tahu sejarah hidup saya. Tetapi dia menerima saya dengan baik kerana selepas kahwin saya hanya setia kepada suami sahaja .
Selepas kelahiran anak ke-3, saya dan suami bergaduh kerana hal remeh. Suami ingin mencari lelaki lain untuk saya semata-mata untuk memuaskan sex saya. Suami saya memang tidak kuat lagi dalam soal sex walaupun sebelum ini dia juga ligat seperti saya. Semenjak kahwin saya dan suami tidak pernah mengadakan hubungan sex dengan orang lain. Saya percaya pada beliau keran apabila bersama saya dia tidak lagi sekuat seperti sebelum berkahwin. Oleh kerana sayangkan saya , suami rela saya tidur dengan lelaki lain asalkan saya puas . Syarat beliau ialah saya tidak akan tinggalkan dia walaupun saya bersama lelaki lain. Bahkan saya juga tidak boleh memberitahu, saya ada suami. Suami bercerita dan mengajar saya cara-cara yang membolehkan saya tidur dengan lelaki semata-mata sex. Bila saya tanya adakah dia ingin menjual tubuh saya tapi dia menafikan. Dia hanya hendak saya bahagia. Saya rasa amat marah dengan cadangannya. Semasa berasmara juga suami suka menyebut dan
membayangkan saya dengan lelaki lain.Seminggu selepas itu dia membawa balik rantai salib dan meminta saya memakainya untuk memikat lelaki lain. Saya mulanya mengikut cadangannya itu dan memakai rantai salib tanpa niat apa-apa pun. Apabila dia mula betul-betul mencari lelaki untuk saya, saya rasa marah sangat. Anggapan saya dia betul-betul tidak menyayangi saya kerana rela saya tidur dengan jantan lain. Saya dan suami bergaduh. Saya memang amat marah dengan cadangan. Saya meminta diceraikan tapi dia enggan.
Akibat terlalu marah saya memberitahunya saya tidak ada lagi hubungan dengannya kerana saya betul-betul keluar dari Islam dan masuk kristian. Masa itu saya betul2 tekad semata-mata tidak mahu bersama suami lagi. Selepas berkata begitu, saya rasakan fikiran saya kosong..Sekosongnya . Saya rasa hendak pitam dan gelap mata. Suami juga terkejut dengan kenyataan dari mulut saya itu. Saya mengulanginya sebanyak 3 kali saya keluar islam dan masuk kristian sambil mengucup salib.
Selepas itu, suami memberitahu dia hanya memakaikan salib di leher saya tapi bukan mahukan saya tukar agama kerana baginya saya tahu berfikir waras. Selepas peristiwa itu saya demam seminggu. Saya tidak makan atau minum hanya terbaring di bilik. Suami juga tidak mengganggu saya lagi hingga suatu hari dia mengetuk bilik saya.
Dia bertanyakan saya adakah saya tidak menyayangi dia lagi. Saya diam seketika . Bila kali ke-4 dia tanya saya jawab saya tiada hubungan lagi dengan dia kerana saya dan dia beza agama. Suami terdiam dan keluar.
Saya keluar bekerja dan bila balik saya nampak suami sedang sembahyang. Saya juga saat itu terdetik saya Islam sejak lahir. Sbelum masuk rumah saya istighfar dan mengucap syahadat semula. Saya masuk ke dalam rumah dan mandi kemudian terus solat. Saya menyesal tapi saya was-was adakah saya diterima. Saya kembali mengaji tapi seperti biasa tiada dorongan saya selalu lalai solat.
Saya juga membuang salib yang diberi oleh suami.
Kini saya masih kabur adakah saya diterima kembali Islam. Bagaimanakah hubungan saya dengan suami. Adakah hubungan saya dengan suami masih sah sebagai suami isteri. Kerana selepas peristiwa itu saya dan suami seperti biasa berhubungan suami isteri. Adakah dikira zina hubungan saya dan suami selepas saya mengaku keluar islam dan kembali islam. Saya ada bertanya kepada seseorang jawaannya saya dan suami berzina.
Sekarang ini saya hampir setahun tidak melakukan sex dengan suami. Saya juga tidak pernah melakukannya dengan lelaki lain semenjak kahwin.
Bolehkah sesiapa tolong panjangkan masalah saya ini kepada yang lebih arif kerana saya malu untuk bersemuka. Saya perlukan kaunseling. Saya ingin tahu adakah saya dan suami perlu menikah semula kerana antara kami masih berkasih sayang. Bantulah saya..
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
KORANG SUKA MAKAN KAT KOPITIAM KE ?
Bismillahirahmannirahim..
ila nissin noodles bersama kopitiam. TLG LE jangan main boo je..
adek_liana84@yahoo.com.my
Nissin Noodles Non Halal (1)
WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.
Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:-
-Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis dipaket bungkusan)
-Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.
-Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu ' Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?
-Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China . Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA)
Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya-dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.
Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil bekerja. Dimana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan direstoren tersebut. Bagi pengunjung-pengunjung, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoren terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan.Siap pakai tudung lagi) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.
Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK'HAINAN (juga 'TIDAK HALAL'). Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoren beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda diluar restoren juga sungguh besar menunjukkan pekerja islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.
Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Perai pula Kopitiam WHITE HOUSE (juga 'TIDAK HALAL') selain menghidangkan `noodles @ mee' yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tampa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM tampa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.
Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles @ Meenya' yang antara isi kandungannya terdapat 'LUNCHEON MEAT'. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat Agama diambil bagi men`yamak' restoren terbabit.
Perkara ini telah disahkan oleh perkerja Islam White Coffee Oldtown Kopitiam (kini telah berhenti apabila mengetahui perkara ini) selain daripada pekerja pihak pengurusan berbangsa Cina (juga telah berhenti apabila menghadapi tekanan daripada pelanggan mengenai Status HALAL JAKIM).
Selain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari tahun 1999-2008 diseluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM. Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab dinegara ini mengambil sikap berdiam diri. Adakah seseorang dijabatan ini telah disogok agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada aduan yang dibuat. Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHINTUNGAN di PADANG MASYAR nanti? Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat begitu ramai umat islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM' yang 'TIADASTATUS HALAL' dan kini terbukti 'TIDAK HALAL' nya. Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/ KELULUSAN' JAIKIM menjugakan LOGO HALAL JAKIM?
Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM' walaupun baru setahun jagung dibuka. Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Dimana melalui produk menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN,
HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL. Mengapa restoren ini boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM.
Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang dihidangkan di Rangkaian Kopitiam seperti:-
-WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitiam,
- NEWTOWN Kopitiam
-WHITE HOUSE Kopitiam
-PAK HAINAN Kopitiam
-JOM BALI Kopitiam
adalah 'TIDAK HALAL'
For HALAL issues, kindly ask or surf www.hdcglobal.com.my
Nissin Noodles Non Halal (10)
Nissin Noodles Non Halal (11)
Non HALAL Kptm NEWTOWN (1 1)
NON HALAL Kptm PAK HAINAN (1 1)
NON HALAL Kptm PAK HAINAN (2 1)
NON HALAL Kptm PAK HAINAN (5 1)
Non HALAL KPtm White Coffee Oldtown (1 1)
Non HALAL KPtm White Coffee Oldtown (2 1)
Non HALAL KPtm White Coffee Oldtown (4 1)
Non HALAL KPtm White Coffee Oldtown (9 1)
Non HALAL Kptm WHITE Coffee Oldtwn (8 1)
Non HALAL Kptm WHITE HOUSE Illegal LOGO (10 1)
Non HALAL Kptm WHITE HOUSE Illegal LOGO (11 1)
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
Tuesday, October 27, 2009
BAJET 2010 : APAKAH PANDANGAN ISLAM ?
Bismillahirahmannirahim..
Hari ini ramai rakyat Malaysia yang tertunggu-tunggu pembentangan bajet 2010. Ramai yang mengharapkan bonus bagi sektor awam dan pelbagai spekulasi yang berlegar sebelum ini terjawab. Datuk Seri Najib memulakan pembentangan bajet dengan memetik surah Az Zukhruf ayat 32 dengan menekankan bahawa bajet ini adalah amanah yang diberikan yang wajib beliau tunaikan. Ketika artikel ini ditulis, masih terlalu awal bagi saya mengemukakan pandangan-pandangan tokoh mengenai bajet. Tetapi sebagaimana tahun-tahun yang sudah, samada pendangan yang memuji mahupun yang mengkritik masih dalam kerangka bajet dalam ideology kapitalisme.
Bajet adalah pernyataan ekonomi dan kewangan utama yang dibuat setiap tahun. Di Britain, ia disedikan oleh Canselor dar Jabatan Exchequer untuk dibentangkan di Parlimen. Sejak 1698, menjadi satu amalan bagi Canselor untuk membentangkan bajet pada musim bunga atau kebiasaannya pada minggu keempat bulan Oktober. Sehingga hari ini menjadi budaya bagi mereka yang dididik sebagai pengamal ekonomi kapitalisme untuk menyusun bajet sedemikian rupa dan Menteri membentangkannya untuk 2/3 kelulusan di Parlimen.
PANDANGAN ISLAM TENTANG BAJET
1) Amalan membentangkan bajet untuk kelulusan cabinet adalah tatacara penggubalan hukum dalam system demokrasi. Sedangkan dalam system khilafah Islamiah, khalifah boleh meminta input dan pandangan majlis ummat (majlis syura) tetapi tidak perlu mendapat kelulusan. Majlis ummat sekadar bertanggungjawab memuhasabah jika khalifah tidak mengamalkan perbendaharaan yang selari dengan hukum Islam.
2) Segala bentuk sumber pendapatan, hak pemilikan dan pengagihan dalam bajet 2010 adalah sama sekali bertentangan dengan fiqh amwal fil Islam. Bentuk bajet yang dibentangkan adalah dirangka berdasarkan system ekonomi kapitalisme dan sama sekali tiada persamaan dengan sumber pendapatan dan kewangan dalam Islam. Kapitalisme mencipta sendiri hukum pendaatan Negara dan perbelanjaan, sesuai dengan aqidah sekular. Ini bercanggah dengan Firman Allah swrt:
“Maka demi Tuhan mu, mereka sekali-kali tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) sebagai hakim dalam perkara yang kamu perselisihkan antara mereka.” (An Nisa’ 65)
Sabda Rasullulah saw:
“Sesiapa sahaja yang melakukan suatu amalan yang tidak menepati urusan kami maka ianya pasti tertolak” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)
Dalam Shahih Muslim dari Jabir bin Abdullah berkata:
“Saya sedang sakit, kemudian saya dijenguk oleh Rasulullah saw bersama Abu Bakar. Mereka dating untuk menjenguk ketika saya dalam keadaan saya tidak sedarkan diri. Pada masa itu, baginda berwudhu dan mengalirkan air wudhunya kepada saya, kemudian saya tersedar. Saya bertanya, “ Wahai Rasulullah, bagaimanakaha caranya saya mengambil keputusan tentang harta saya?” Baginda tidak meberikan jawapan sehingga turunlah ayat tentang harta waris.
Dalil-dalil di atas menunjukkan bahawa segala bentuk hukum wajib diambil secara rinci berdasarkan hukum yang telah diturunkan oleh Allah dan bukannya mengambil sumber hukum dari ideologi kufur seperti kapitalisme hari ini.
3) Secara purata, 70 peratus sumber pendapatan yang dibentang dalam bajet adalah bersumber dari cukai langsung mahupun cukai tidak langsung. Walhal cukai tersebut adalah jelas haram di sisi Islam. Rasulullah saw bersabda:
“Orang yang memungut cukai tidak akan masuk syurga” (Hadith riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Al Hakim)
“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” (Hadith Riwayat Ahmad)
“Sekiranya kami menjumpai pemungut cukai sempadan, maka bunuhlah dia” ( Hadith Riwayat Ahmad)
4) Tindakan mengenakan cukai akan menyebabkan kenaikan harga barang. Ini adalah sangat jelas haram berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Ma’qal bin Yasar:
“ Sesiapa sahaja yang mencampuri urusan harga kaum Muslimin untuk menaikkannya, maka sesungguhnya Allah swt berhak untuk menempatkannya dalam api neraka pada hari kiamat kelak:
5) Bajet ini tidak membezakan antara bentuk kepemilikan individu, umum dan Negara sebagai mana yang dijelaskan Islam. Akibatnya, Negara merampas harta yang secara syar’inya adalah kepemilikan umum mahupun kepemilikan individu. Rasulullah saw bersabda:
“Harta seorang Muslim tidak dihalalkan (bagi orang lain), selain mengikut kerelaan hatinya”
“Harta setiap Muslim, kehormatannya dan darahnya diharamnkan bagi Muslim yang lain” (Hadith riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)
Antara contohnya, hak milik umum seperti petroleum menjadi hak milik konsesi Petronas, wang rakyat digunakan bailout syarikat berkepentingan dan cukai dari pendapatan kita.
6) Penafian pendapatan negara yang yang tunjukkan oleh A Quran dan Sunnah seperti jizyah, anfal, ghanimah, kharaj, usyur, fa’I dan rikaz. Inilah pendapatan yang wajib diambil dan diusahakan oleh negara tetapi telah dinafikan dalam system sekular demokrasi hari ini.
7) Pendapatan negara yang bersumberkan riba’ dan menyuburkan riba. Riba’atau nama lainnya faedah/interest merupakan antara sumber pendapatan utama dalam bajet. Pakej-pkej raangsangan untuk memastikan sector perbankan yang berasaskan riba’ terus anjal.
لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آكِلَ الرِّباَ وَمُوْكِلَهُ وَكَاتِبَهُ وَشَاهِدَيْهِ, وَقَالَ: هُمْ سَوَاءٌ
“Rasulullah saw melaknat orang memakan riba, yang memberi makan riba, penulisnya, dan dua orang saksinya. Belia bersabda; Mereka semua sama”. (HR Muslim)
JIKA CUKAI DAN RIBA HARAM, JADI APAKAH SUMBER PENDAPATAN NEGARA ISLAM?
Islam menjelaskan hak kepemilikan kepada 3 bahagian, iaitu:
a. Harta milik negara
b. Harta milik umum
c. Harta milik inidvidu
a. Harta Milik Negara
Allah telah menjelaskan kepemilikan milik negara adalah
i. Ghanimah dan Anfal (Rampasan harta dari perang)
Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang anfal. Katakanlah bahawa anfal itu untuk Allah dan Rasulnya. (Al Anfal :1)
Dan ketahuilah bahawa sesunggunya dari ghanimah yang kamu sekalian peroleh, maka seperlimanya untuk Allah dan Rasulnya. (Al Anfal : 41)
ii. Fa’I (Harta Rampasan tanpa berperang)
Dan apa saja fa’I yang diberikan Allah dan Rasulnya (dari harta benda)mereka, maka untuk mendapatkan itu kamu tidak mengerahkan seekor kuda pun dan tidak pula seekor unta pun, tetapi Allah yang member kekuasaan kepada RasulNya terhadap siapa yang dikehendaki- Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Al Hasyr :6)
iii. Kharaj – hak kaum Muslim ke atas tanah kharajiah (seluruh wilayah yang Islam masuk dengan jalanj jihad kecuali Makkah). Ia adalah berdasarkan ijma’ suquti para sahabat terhadap tindakan Umar ketika menjadi khalifah yang tidak membahagi-bahagikan wilayah khaibar.
a. Kharaj Unwah (Kharaj Paksa)
b. Kharaj Sulhi (Kharaj damai)
iv. Usyur – hak kaum muslimin terhadap tanaman di tanah usyuriah (wilayah ummat Islam yang tersebar dengan jalan selain jihad seperti Malaysia).
v. Jizyah – cukai ke atas kaum kafir dzimmi yang tinggal dalam Khilafah Islam.
“ Sehingga mereka membayar jizyah dengan patuh sedangkan mereka dalam keadaan tunduk” (At Taubah : 29)
vi. Khumus dari Rikaz – galian yang yang terhad
vii. Harta kelolaan negara (marafiq) – harta-harta dan apa-apa yang dikelolakan oleh negara seperti perkhidmatan bas, pos dan sebagainya.
viii. Dharibah – harta yang diambil dari orang Islam dan mampu sahaja sekiranya seluruh dana yang ada habis atau tidak mencukup.
“keluarlah kalian dalam keadaan ringan mahupun berat. Dan berjihadlah dengan harta dan diri kalian di jalan Allah. Itulah yang lebih baik bagi kalian jika kalian mengetahui” (At Taubah : 9)
ix. Zakat
x. Harta ahlu riddah (orang murtad) dan harta tanpa tuan.
b. Harta Milik Umum
Harta milik umum adalah harta yang ditetapkan oleh Syar’ (Allah) sebagai milik bersama kaum Muslim. Ia tidak boleh dijadikan milik negara dan tiada ada mana-mana individu atau syarikat yang berhak memonopolinya.
Harta jenis ini boleh dikategorikan kepada 3 jenis, iaitu:-
i. Keperluan yang diperlukan oleh ummat dalam kehidupan seharian. Sabda Nabi
“ Ummat Islam berkongsi tiga perkara iaitu air, oasis dan bahan api”
ii. Harta yang keadaan asalnya terlarang bagi mana-mana individu memilikinya seperti kaabah, mina, masjid, jalan raya dll. Sabda rasulullah saw:
“Mina adalah milik orang-orang yang lebih dahulu sampai”
“Kalian dilarang duduk di jalan-jalan umum”
iii. Seluruh bahan galian yang bersifat tidak terbatas atau istilaf fiqihnya ma’al idd (air yang mengalir) seperti besi, timah, petroleum, gas dan bahan-bahan sumber alam yang bersifat sedemikian. Diriwayatkan oleh Abidh bin Hamal al Mazaniy
Sesungguhnya dia bermaksud meminta lombong gram dari Rasulullah. Maka baginda member kepadanya. Semasa baginda memberikannya, berkata seorang lelaki yang ada pada majlis tersebut, “ Apakah engkai mengetahui apa yang telah engkau berikan kepadanya? Sesungguhnya apa yang telah engkai berikan itu adalah laksana air yang mengali (ma’al idd)”. Lantas baginda bersabda, “ (kalau begitu) tarik kembali darinya”.
C. Harta hak individu
Adalah harta yang dimiliki oleh individu yang diperolehi secara sah. Adalah haram bagi mana-mana pihak merampasnya.
Inilah penjelas ringkas sumber pendapatan negara Islam, yang telah ditunjukkan oleh Al Quran, ditunjukkan oleh Rasulullah dan diamalkan oleh khulafaur rasyidin. Ia sama sekali berbeza dengan mana-mana budget negara kapitalisme hari ini termasuk budget 2010 yang dibentang siang tadi. Ia merupakan suatu kewajipan yang wajib kita lakukan. Tanpa wujudnya khilafah, hukum amwal ini akan hanya jadi hukum yang bersawang tanpa perlaksanaan.
Kesimpulan
Dunia hari ini diatur menggunakan ideology kapitalisme. Sekularisme adalah aqidah bagi ideology, demokrasi adalah system pemerintahannya dan kapitalisme adalah system ekonominya. Bajet yang dibentangkan hari ini adalah sebahagian dari apa yang diajar oleh ideology kapitalisme. Ia bertentangan sama sekali dengan fiqh amwal dalam system ekonomi Islam. Akibat dari kehancuran system khilafah Islamiah , system pemerintahan Islam dan juga ekonomi sama-sekali tidak terlaksana dalam kehidupan hari ini. Maka, sumber pendapatan dan perbelanjaan yang jelaskan oleh Islam sama sekali dipraktikkan. Inilah yang membawa kesengsaraan kepada ummat dunia hari ini. Marilah sama-sama kita berdakwah untuk mengembalikan system khilafah Islam agar hukum seluruh hukum syara’ dapat dilaksanakan.
وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ
بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepada kamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasiq. (Al Maidah :49-50)
CF - http://jemaah- islam.blogspot. com
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
ARTICLE FROM INDONESIAN
Bismillahirahmannirahim..
sarwan2000@yahoo.com
Article from Indonesian (think about it please);
Jangan salah sangka dulu, saya sendiri orang indonesia. Saya malu sekaligus sedih dengan persengketaa orang-orang indonesia terhadap yang pikirannya agak dangkal, tapi orang indonesia harus tau ini. Orang indonesia telah dikenal sebagai orang yang aggresiv dan brutal ketika telah berbicara di forum, sering mengeluarkan kata-kata kasar yang merusak nama baik bangsa indonesia sendiri. Maling, anjing, f*** atau apa pun.
Semuanya adalah kesalahpahaman
1. Tentang Pendet : COME ON! Jangan terlalu di bodoh2i media, Iklan itu dibuat discovery channel di singapura. Malaysia sama sekali tidak ikut campur dalam pembuatannya. TAPI MEDIA INDONESIA TERKESAN MENUTUP MATA atau mungkin memang udah tuli, masih saja terus2an bilang kalo itu iklan tourism malaysia. HELLO? yang seharusnya kita marah2i itu ya discovery channel. Jero wacik juga sama gobloknya pake nuntut permintaan maaf dari malaysia. SO IGNORANT! jangan lupa kalau tujuan media adalah mencari uang sebanyaknya! selagi beritanya hot mereka akan terus siarkan walaupun tidak benar!
2. Tentang Polisi Malaysia dan TKI : Baru2 ini keluar video penyiksaaan TKI, padahal video tsb telah dinyatakan tidak benar, orang yang disiksa adalah orang malaysia sendiri. Masyarakat malaysia memang tidak menyukai TKI apalagi yang illegal, namun mereka tetap menghormati masyarakat indonesia pada umumnya. Asal anda tau saja ada 3 JUTA TKI ILLEGAL DI MALAYSIA. Meraka berpakaian norak plus alay, dengan kebiasaan hidup yang ugal2ugalan. Tidak jarang mereka nyambi sbg PSK, penjual narkoba, MALING, RAMPOK, dan buat geng yang meresahkan. Sebagian besar penjara di malaysia di penuhi TKI! maka jangan salahkan kalo mereka bertindak tegas thd TKI ( ingat walaupun tindakan mereka sudah keras dan tegas masih tetap saja ada 3 JUTA TKI ILLEGAL di malaysia, apalagi kalo petugas malaysia bersikap lembek????
3. Tentang kekerasan Majikan thd TKI :tidak perlu dibesar2kan, karena ini seharusnya tidak menggangu hubungan kedua negara. COME ON HAL INI JUGA TERJADI DI INDONESIA SETIAP HARI atau mungkin tiap jam (tapi gak ke ekspose) kalo yg gak percaya silahkan nonton sinetron indonesia! ada banyak sinetron yang bertema ini menggambarkan hal tsb benar2 nyata di kehidupan kita.
4. tentang reog dan kuda lumping : ADA 1 JUTA KETURUNAN JAWA DI MALAYSIA di luar TKI. Sebagian besar tinggal di johor. apa salah mereka mempraktekan kebudayaan mereka? ADA BUKTI KALO MALAYSIA MENGATAKAN BAHWA KEBUDAYAAN TSB BERASAL DARI NEGARA MEREKA? TIDAK ADA! lagi2 anda dibodohi MEDIA
5. ARTI KLAIM SEBENARNYA : klaim bukan berarti bahwa budaya tsb BERASAL dari negara si pengklaim. Tapi menunjukan bahwa budaya yg di klaim telah menjadi budaya negara. soal asal muasal budaya tsb tidak jadi soal!! UNESCO SENDIRI TELAH MENGATAKAN BAHWA 1 BUDAYA YANG SAMA DAPAT DI KLAIM OLEH LEBIH DARI 1 NEGARA. KARENA BUDAYA BUKAN MILIK NEGARA TAPI MILIK BANGSA. jadi tidak perlu marah kalo malaysia mengklaim rendang, sate atau kebudayaa melayu dan indonesia lainnya lainnya karena sebenranya kita juga bisa melakukannya!
6. tentang klaim budaya : ADALAH SALAH SATU HAL TERBODOH YANG PERNAH ADA. hal ini benar2 menunjukan bahwa orang indonesia sangat dangkal pikirannya dan gampang di pengaruhi media! orang di luar negeri sedang menertawakan keserakahan dan kebodohan kita!
7. Tentang batik dan wayang : Batik malaysia berasal dari terengganu dan motifnya sangat berbeda dari batik jawa. Wayang malaysia bukan berasal dari jawa tapi dari thailand. BTW thailand tidak pernah mempermasalahkan ini! mereka lebih matang dalam berpikir!
8. TTG rasa sayange : Lagu rasa sayang telah ada di malaysia sejak awal 1940an!! dan lagu ini telah menjadi lagu rakyat! lagipula rasa sayange adalah lagu anonim! tidak ada salahnya mereka memakai lagu itu! toh malaysia tidak mengklaim lagu tersebut! ADA BUKTI KALAU MALAYSAI MENGKLAIM? TIDAK ADA! lagi2 media membodohi anda!
9. Tentang sipadan dan ligitan : tanyakan saja kepada world court yang memenangkan malaysia! mereka mungkin sudah mengetahui kedangkalan kita!
10. Tentang ambalat : Saya yakin orang yang duduk di kantor pemerintahan sana sudah cukup berpengalaman dan pintar ttg masalah sengketa! biarlah masalah ini diselesaikan kedua pimpinan negara.
saya juga mau memberi tau sesuatu :
1. Tau tempura? ya makanan jepang. Tapi taukah anda tempura dibawa dan diperkenalkan oleh orang portugis? nama aslinya adalah tempora! tempura telah menjadi makanan jepang namun portugis tidak pernah mempersalahkannya! karena mereka tidak dangkal seperti kita! mereka tidak ada waktu untuk beteriak di jalan, berdemo spt orang gila, dan membakar bendera.
2. Tau sepak takraw? sepak takraw berasal dari thailand! nama aslinya adalah tuck-rouw! tapi thailand tidak pernah mempermasalahkan malaysia yang memasukkan sepak takraw kedalam iklan promosi wisata!
SO PLEASE INDONESIANS! PLEASE BE SMART, MATURE, dan SOPAN! tunjukan bahwa kita masyarakt beradap! jangan gampang di ombang ambing media!
FYI ada ratusan ribu masyarakat keturunan bugis, banjar, minang dan palembang dan 1 juta keturunan jawa! semua diluar TKI lo! jadi sangat lumrah adanya share budaya!
FYI presiden malaysia saat ini adalah keturunan bugis!
FYI, istilah `melayu' atau `malay' di malaysia mencakup semua suku yang austronesia (termasuk orang filipino,sumatera, dan jawa) yang beciri kulit sawo matang spt kita! jadi jangan aneh kalo reog di katakan menjadi salah satu kebudayaan melayu! jangan aneh juga kalo misalnya anda datang ke malaysia anda akan dianggap seorang malay (walaupun sebenarnya anda mungkin orang batak atw madura!)
pesan utk para nationalist yang idiot dan brutal : pelajari lagi kebudayaan ASEAN! carilah bukti-bukti bukan media! kalo jalan2 ke luar negeri jangan cuma nyari shopping atau disneyland aja dong, dateng juga ke cultural centre dan museum!
perkaya wawasan anda!
- catatan yang saya terima di email.
RUSLAN ADLI says: 25/06/2009 at 6:24 pm
Sebenarnya orang yg jahat itu ada dan yg baik itu juga ada. Di Indonesia banyak kasus pembunuhan seperti kasus Ryan yg membunuh lebih dari 5 org dan ditanam disekitar rumahnya.Juga kasus mutilasi (kerat anggota badan)yg banyak terjadi di Indonesia.Juga kasus rampok, korupsi, rogol, oborsi, curan, selingkuh dan bermacam-macam kasus jenayah yg bisa ditonton di kaca tv Indonesia seperti rancangan SERGAP,PATROLI, BUSER dan SIDIK yg disiarkan setiap hari. Apakah kejahatan yang berlaku di Indonesia dilakukan oleh orang Malaysia?? Jawabnya TIDAK.
Jenayah ini dilakukan oleh orang Indonesia sendiri tetapi orang Malaysia tidak mengatakan semua orang Indonesia itu jahat. Yg jahat itu adalah siperlakunya itu.Tetapi beda pula sekiranya kasus berlaku di Malaysia, lebih-lebih lagi kasus pembantu rumah yg didera majikan. Orang Indonesia akan menyatakan seluruh orang Malaysia itu jahat. Sepatutnya majikan itu sajalah yg disalahkan, ini sampai PM pun nak disalahkan!! Lihat sajalah berapa banyak orang Indonesia melakukan kejahatan di Malaysia tetapi orang Malaysia tidak mengatakan semua orang Indonesia itu jahat! Yg jahat itu adalah siperlakunya! !.
Apa yg lebih mendukacitakan adalah melihat beberapa kali demonstrasi dibuat dihadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta dan amat sedih bila melihat bendera Malaysia dipijak dan dibakar seperti negara Malaysia ini bukan negara berdaulat. Sebenarnya di Malaysia warganya juga boleh melakukan seperti apa yg dilakukan warga Indonesia tetapi warga Malaysia lebih tenang dan matang dengan tidak menghiraukan perangai keanak-anakkan warga Indonesia. Banyak lagi kerja lain yg perlu dibuat drpd berdemo!!
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
LELAKI MELAYU LAYU ?
Bismillahirahmannirahim..
Sebilangan perempuan Melayu ternyata memandang rendah lelaki sebangsa, 'low class', layu dari segala aspek berbanding lelaki asing, kata mereka.
Menurut mereka, lelaki Melayu tidak ‘gentleman’, mungkin kerana jarang membukakan pintu kereta untuk mereka masuk. Lelaki barat, bukan sahaja membuka pintu kereta malah membuka pintu restoran, pintu kedai, pintu butik dan banyak lagi pintu untuk perempuan.
Perempuan Melayu juga merungut, kata mereka lelaki Melayu tidak romantik. Mungkin kerana jarang mengundang mereka untuk ‘candle light dinner’, disisip dengan madah indah.
Oh! Satu lagi, sebelum terlupa. Lelaki Melayu didakwa suka mengambil kesempatan, antaranya jika keluar makan bersama kekasih, pasti perempuan akan menjelaskan bil.
Jika ada lagi sifat buruk lelaki Melayu, mungkin pembaca perempuan Melayu boleh tambahkan. No hard feeling kepada pembaca lelaki, khususnya lelaki Melayu.
Tetapi sebelum melontarkan komen, fikirkan masalah perempuan Melayu berkahwin atau mempunyai kekasih lelaki asing.
Dilaporkan lebih 50 gadis Melayu kini masih menetap di Lombok, Indonesia. Lelaki Lombok bijak memujuk, romantik dan petah berkata-kata Sebahagian gadis terbabit berjaya dibawa pulang ke Malaysia, kata mereka, hidup di sana menyeksakan, kais pagi makan pagi, kais petang, makan petang, macam ayam. Tanya Maslina Maulat, Che Siti Nor Azreen dan Nurul Wahida Hamzah, cerita mereka pasti sama, ungkapan manis dan keromantisan lelaki Lombok tidak boleh dihidangkan menjadi makanan.
Elis Syuhaila Mokhtar, 34 tahun kini menderita akibat anaknya Feris Mokhtar, 5 tahun dilarikan suami warga Belanda, Frank Theodorus Van De Ven pada 3 Mac 2009. Selepas memeluk Islam, Frank menggunakan nama Melayu, ‘Firdaus’. Lelaki Belanda itu berjaya memperdaya dan menipu Elis, kini hidup sengsara.
Sebilangan perempuan Melayu juga ternyata menggilai lelaki Bangladesh. Mungkin kerana hidung mereka lebih mancung berbanding hidung kebanyakkan lelaki Melayu, penyet. Lelaki Bangladesh dianggap ‘Shah Rukh Khan’ semasa dikenali di Malaysia. Sudah berkahwin, dibawa pulang ke negara asal, hidup terseksa dilayan umpama hamba abdi. Tersedar hakikat hidung mancung tidak bermakna, memohon ‘diselamatkan’ dan kembali ke tanah air.
Ramai juga perempuan Melayu mencari kekasih warga Afrika. Mungkin kerana mereka ‘besar’ dari segala aspek berbanding fizikal lelaki Melayu. Memang segelintir lelaki Melayu terbabit merogol dan meliwat. Malah sebilangan merelakan diri mereka diliwat berulangkali secara sukarela tetapi lelaki Melayu tidak merogol, meliwat dan membunuh anak kecil berusia 3 tahun! Satu lagi, mungkin lelaki Afrika mampu membayar bil jika makan bersama kekasih perempuan Melayu tetapi selalunya mereka juga turut ‘dimakan’ dan ‘diratah’ dek lelaki sama.
Jadi, kepada sebilangan perempuan Melayu kerap memandang rendah lelaki sebangsa, berfikir secara teliti terlebih dahulu sebelum melontarkan sebarang bentuk penghinaan kerana lelaki asing juga terbukti tidak sebaik mana.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
MUFTI RUSIA KOMEN AYAT PADA KULIT BAYI
Bismillahirahmannirahim..
MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.
Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.
Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestandan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.". Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat. Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi
Ayat al-Quran pada kulit bayi
SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.
MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.
MADINA mendukung anaknya, Ali.
Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.
"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestanmenjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.
SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.
Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan , wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.
"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
Monday, October 26, 2009
IBU MITHALI
Bismillahirahmannirahim..
PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Mithali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.
"Sekarang ....," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "
Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam m anis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.
Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?
Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang
memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.
Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.
'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'
Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.
Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.
Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.
Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.
"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."
Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.
"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang , disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"
"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang.. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Mithali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."
Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.
"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.
"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."
"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."
Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.
"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."
"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."
"Mirah dah besar, kan ? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan ?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya
"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"
"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."
"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"
"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.
"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.
Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."
"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.
"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."
"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.
"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.
Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."
"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.
Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."
Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.
"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.
Penat saya membersihkannya. "
"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak.. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."
"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."
"Mirah!" Ibu merangkul saya. " Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."
"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku.. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.
Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."
"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."
"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"
"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."
"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.
"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."
"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."
"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.
Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."
"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."
"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."
"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."
"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru." "Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "
"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."
"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."
"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"
Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya.. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.
"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."
Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.
"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. .."
"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.
Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka. Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara. Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima , saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut..
"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"
"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"
"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "
"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"
Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.
"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.
"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "
"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.
"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.
Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik. Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.
Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.
"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia . Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "
"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."
"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."
"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu..
Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"
"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya. "
"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."
Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka. Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.
"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."
"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."
"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."
"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."
"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "
Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara. Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.
'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.' Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku. Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.
"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Mithali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Mithali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan. "
Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi. Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.
Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Mithali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir itu.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
JUAL BELI SETELAH AZAN KEDUA JUMAAT
Bismillahirahmannirahim.
Jual Beli Setelah Adzan Kedua Pada Hari Jumaat
Allah SWT berfirman:
"Hai orang-orang yang beriman, apabila siseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan tinggalkan jual beli, yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya. "
Sebahagian pedagang atau restoran atau penjual barang-barang secara kecilan masih melakukan transaksi jual beli setelah adzan kedua di kedai-kedai mereka, di depan dan di tepi masjid. Dalam hal ini penjual dan pembeli sama-sama berdosa, sekalipun yang dibeli hanya berupa makanan atau ubatan. Sedangkan hukum jual beli ini menurut pendapat yang rojih (kuat) adalah bathil.
Ada di antara pemilik-pemilik restoran, kedai-kedai dan gudang-gudang yang memaksa pekerja atau buruhnya bekerja pada waktu solat Jumaat. Mereka ini sekalipun keuntungannya kelihatan bertambah akan tetapi sebenarnya mereka bertambah rugi. Adapun pekerja seharusnya ia menaati printah Rasulullah saw dalam sabdanya;
"Tidak boleh menaati manusia dalam bermaksiat kepada Kholiq (Allah)." Hadith Shahih Bukhari dan Muslim.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
Sunday, October 25, 2009
LELAKI MUDA
Bismillahirahmannirahim..
Kaum Adam dan Hawa haruslah berfikiran terbuka menerima pasangan tanpa mengira usia. Paling penting yang harus dilihat adalah kemuliaan akhlak seseorang itu.
Masyarakat kebanyakkannya masih kurang menerima sekiranya berlaku perkahwinan antara pasangan di mana pasangan lelaki adalah lebih muda dari pasangan wanita. Rata-rata dilihat kebanyakan perkahwinan berlaku antara pasangan yang sebaya atau dimana pasangan wanita lebih muda dari pasangan lelaki. Namun jika diperlihat riwayat Nabi Muhammad s.a.w. ramai yang mengetahui bahawa baginda telah mengahwini isteri pertamanya iaitu Khadijah ra. sewaktu umur Baginda 25 tahun, manakala umur Khadijah ra adalah 40 tahun. Jarak perbezaan 15 tahun jauhnya. Sebelum menikah dengan Nabi Muahammad s.a.w Khadijah pernah menikah dua kali dan dikurniakan 3 cahayamata. Pertama dengan Atiq bin A'idz at-Tamimi, dan yang kedua dengan Abu Halah at-Tamim (Hindun bin Zurarah). 1
Setelah berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w, mereka telah memperoleh 7 org anak pula iaitu Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum, Fatimah r.a, Qasim, Tayyab dan Tahir.
Sesungguhnya Khadijah r.a. merupakan nikmat Allah yang besar bagi Rasulullah s.a.w. Khadijah mendampingi Nabi s.a.w selama seperempat abad, berbuat baik kepadanya di saat beliau gelisah, menolongnya di waktu-waktu yang sulit, membantunya dalam menyampaikan risalahnya, ikut serta merasakan penderitaan yang pahit pada saat jihad dan menolongNya dengan jiwa dan hartanya Rasulullahs. a.w bersabda : "Khadijah beriman kepadaku ketika orang-
orang mengingkari. Dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan. Dan dia memberikan hartanya kepadaku ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa. Allah mengaruniai aku anak darinya dan mengharamkan bagiku anak dari selain dia." [HR. Imam Ahmad dalam "Musnad"-nya, 6/118] Diriwayatkan dalam hadith shahih, dari Abu Hurairah r.a., dia berkata :"Jibril datang kepada Nabi s.a.w, lalu berkata :"Wahai, Rasulullah, ini Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah, makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan kepadanya salam dari Tuhan-nya dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga, (terbuat) dari mutiara yang tiada suara ribut di dalamnya dan tiada kepayahan." [Shahih Bukhari, Bab Perkawinan Nabi s.a.w dengan Khadijah dan Keutamaannya, 1/539].
Khadijah, menurut riwayat Ibnul Atsir dan Ibnu Hisyam adalah seorang wanita pedagang yang mulia dan kaya. Beliau sering mengirim orang kepercayaannya untuk berdagang. Ketika mendengar kabar tentang kejujuran Nabi s.a.w. dan kemuliaan akhlaknya. Khadijah mencoba memberi amanat kepada Nabi s.a.w. dengan membawa dagangannya ke Syam (sekarang Palestina, Syria, Lebanon, dan Yordania).
Khadijah membawakan barang dagangan yang lebih baik dari apa yang dibawakan kepada orang lain. Dalam perjalanan dagang ini Nabi s.a.w. ditemani Maisarah, seorang kepercayaan Khadijah. Muhammad s.a.w. menerima tawaran ini dan berangkat ke Syam bersama Maisarah meniagakan harta Khadijah. Dalam perjalanan ini Nabi s.a.w berhasil membawa keuntungan yang berlipat ganda, sehingga kepercayaan Khadijah ra. bertambah terhadapnya.
Selama perjalanan tersebut Maisarah sangat mengagumi akhlak dan kejujuran Nabi s.a.w.. Semua sifat dan perilaku tersebut dilaporkan Maisarah kepada Khadijah. Khadijah tertarik pada kejujurannya, dan ia pun terkejut oleh keberkatan yang diperolehnya dari perniagaan Nabi s.a.w. Kemudian Khadijah menyampaikan hasratnya untuk menikah dengan Nabi s.a.w. dengan perantaraan Nafisah binti Muniyah. Nabi s.a.w. menyetujuinya, kemudian Nabi menyampaikan hal itu kepada paman-pamannya. Setelah itu, mereka meminang Khadijah untuk Nabi s.a.w. dari paman Khadijah, Amr bin Asad. Ketika menikahinya, Nabi berusia dua puluh lima tahun, sedangkan Khadijah berusia empat puluh tahun.
Mengenai kedudukan dan keutamaan Khadijah dalam kehidupan Nabi s.a.w., sesungguhnya ia tetap mendapatkan kedudukan yang tinggi di sisi Rasulullah sepanjang hidupnya. Telah disebutkan di dalam riwayat Bukhari dan Muslim, bahwa Khadijah adalah wanita terbaik pada zamannya.
Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Ali ra pernah mendengar Rasulullah bersabda : 'Sebaik-baik wanita (langit) adalah Maryam binti Imran, dan sebaik-baik wanita (bumi) adalah Khadijah binti Khuwailid'.
Bukhari dan Muslim juga meriwayatkan dari Aisyah ra, ia berkata : 'Aku tidak pernah cemburu kepada isteri-isteri Nabi s.a.w kecuali kepada Khadijah, sekalipun aku tidak pernah bertemu dengannya. Adalah Rasulullah ketika menyembelih kambing, ia berpesan, 'Kirimkan daging kepada teman-teman Khadijah'. Pada suatu hari aku memarahinya, lalu aku katakan, 'Khadijah?' Kemudian Nabi bersabda,'Sesungguh nya aku telah dikurniai cintanya'.
Ahmad dan Thabrani meriwayatkan dari Masruq dari Aisyah ra, ia berkata : 'Hampir tidak pernah Rasulullah keluar rumah sehingga menyebut Khadijah dan memujinya. Pada suatu hari Rasulullah menyebutnya, sehingga menimbulkan kecemburuanku. Lalu aku katakan, 'Bukankah ia hanya seorang tua yang Allah telah menggantikannya untuk kakanda orang yang lebih baik darinya?' Kemudian Rasulullah marah seraya bersabda, 'Demi Allah, Allah tidak menggantikan untukku orang yang lebih baik darinya. Dia beriman ketika orang-orang ingkar, dia membenarkanku ketika orang-orang mendustakanku, dia membela dengan hartanya ketika orang-orang menghalangiku, dan aku dikaruniai Allah anak darinya, sementara aku tidak dikaruniai anak sama sekali dari isteri lainnya'.
Sehubungan dengan pernikahan Rasulullah s.a.w. dengan Khadijah, kesan yang pertama sekali diperolehi dari pernikahan ini ialah, bahwa Rasulullah sama sekali tidak memperhatikan faktor kesenangan jasadiah. Seandainya Rasulullah sangat memperhatikan hal tersebut, sebagaimana pemuda seusianya, nescaya beliau mencari orang yang lebih muda, atau orang yang tidak lebih tua darinya. Nampaknya, Rasulullah menginginkan Khadijah kerana kemuliaan akhlaknya diantara kerabat dan kaumnya, sampai ia pernah mendapatkan julukan 'Afifah Thahirah' (wanita suci) pada masa jahiliyah.
Pernikahan itu berlangsung hingga Khadijah meninggal dunia pada usia enam puluh lima tahun, sementara itu Rasulullah telah mendekati lima puluh tahun, tanpa berfikir selama masa ini untuk menikah dengan wanita atau gadis lain.
Oleh : Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buthy
Diriwayatkan oleh Ibnu Sayyidin-Nas dalam 'Uyunul Atsar, Ibnu Hajar dalam al-Ishabah dan lainnya. Kata ganti di dalam kata nisa'iha seperti ditunjukkan oleh riwayat Muslim kembali kepada langit untuk yang pertama (Maryam) dan kepada bumi untuk yang kedua (Khadijah). Berkatalah ath-Thaibi: kata ganti yang pertama kembali kepada umat di masa Maryam hidup., yang kedua kembali kepada umat ini. Lihat Faithul Bari, 7/91. Muttafaq 'Alaih, lafazh ini bagi Muslim (Sumber : Sirah Nabawiyah, Analisis Ilmiah Manhajiah Sejarah Pergerakan Islam di Masa Rasulullah s.a.w).
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..