Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, October 28, 2009

APA NAK BUAT NI ?

Bismillahirahmannirahim..

Perlu bantuan: masalah berkaitan diri saya
delima.anum@yahoo.com

Assalamualikum. .

Saya ada masalah berkaitan diri saya yang agak berat untuk saya menanggungnya lagi.
Saya telah berkahwin hampir 7 tahun. Telah mempunyai 3 orang anak yang masih kecil.

Saya dilahirkan sebagai seorang muslim. Pernah bersekolah agama sehingga ting 3 sahaja. Kemudian menyambung pelajaran hingga ting 6 di sekolah biasa. Selepas tamat ting 6 saya menyambung pelajaran peringkat diploma sahaja dan sekarang bekerja hampir 10 tahun.
Selepas 3 tahun bekerja saya berkahwin dengan seorang kenalan yang 20 tahun lebih tua dari saya.
Masalah saya ialah; suami saya tidak mengajar saya pasal agama kerana alasan saya pernah sekolah agama maka saya tahu pasal agama. Memang ya pada anggapannya itu. Saya boleh mengaji dengan baik tapi jarang mengaji. Saya juga jarang solat sehingga sekarang. Saya pernah amal hidup bebas. Pernah tidur dengan beberapa lelaki sebelum kahwin. Pernah ada pasangan lesbian. Suami tahu sejarah hidup saya. Tetapi dia menerima saya dengan baik kerana selepas kahwin saya hanya setia kepada suami sahaja .
Selepas kelahiran anak ke-3, saya dan suami bergaduh kerana hal remeh. Suami ingin mencari lelaki lain untuk saya semata-mata untuk memuaskan sex saya. Suami saya memang tidak kuat lagi dalam soal sex walaupun sebelum ini dia juga ligat seperti saya. Semenjak kahwin saya dan suami tidak pernah mengadakan hubungan sex dengan orang lain. Saya percaya pada beliau keran apabila bersama saya dia tidak lagi sekuat seperti sebelum berkahwin. Oleh kerana sayangkan saya , suami rela saya tidur dengan lelaki lain asalkan saya puas . Syarat beliau ialah saya tidak akan tinggalkan dia walaupun saya bersama lelaki lain. Bahkan saya juga tidak boleh memberitahu, saya ada suami. Suami bercerita dan mengajar saya cara-cara yang membolehkan saya tidur dengan lelaki semata-mata sex. Bila saya tanya adakah dia ingin menjual tubuh saya tapi dia menafikan. Dia hanya hendak saya bahagia. Saya rasa amat marah dengan cadangannya. Semasa berasmara juga suami suka menyebut dan
membayangkan saya dengan lelaki lain.Seminggu selepas itu dia membawa balik rantai salib dan meminta saya memakainya untuk memikat lelaki lain. Saya mulanya mengikut cadangannya itu dan memakai rantai salib tanpa niat apa-apa pun. Apabila dia mula betul-betul mencari lelaki untuk saya, saya rasa marah sangat. Anggapan saya dia betul-betul tidak menyayangi saya kerana rela saya tidur dengan jantan lain. Saya dan suami bergaduh. Saya memang amat marah dengan cadangan. Saya meminta diceraikan tapi dia enggan.
Akibat terlalu marah saya memberitahunya saya tidak ada lagi hubungan dengannya kerana saya betul-betul keluar dari Islam dan masuk kristian. Masa itu saya betul2 tekad semata-mata tidak mahu bersama suami lagi. Selepas berkata begitu, saya rasakan fikiran saya kosong..Sekosongnya . Saya rasa hendak pitam dan gelap mata. Suami juga terkejut dengan kenyataan dari mulut saya itu. Saya mengulanginya sebanyak 3 kali saya keluar islam dan masuk kristian sambil mengucup salib.
Selepas itu, suami memberitahu dia hanya memakaikan salib di leher saya tapi bukan mahukan saya tukar agama kerana baginya saya tahu berfikir waras. Selepas peristiwa itu saya demam seminggu. Saya tidak makan atau minum hanya terbaring di bilik. Suami juga tidak mengganggu saya lagi hingga suatu hari dia mengetuk bilik saya.
Dia bertanyakan saya adakah saya tidak menyayangi dia lagi. Saya diam seketika . Bila kali ke-4 dia tanya saya jawab saya tiada hubungan lagi dengan dia kerana saya dan dia beza agama. Suami terdiam dan keluar.
Saya keluar bekerja dan bila balik saya nampak suami sedang sembahyang. Saya juga saat itu terdetik saya Islam sejak lahir. Sbelum masuk rumah saya istighfar dan mengucap syahadat semula. Saya masuk ke dalam rumah dan mandi kemudian terus solat. Saya menyesal tapi saya was-was adakah saya diterima. Saya kembali mengaji tapi seperti biasa tiada dorongan saya selalu lalai solat.
Saya juga membuang salib yang diberi oleh suami.
Kini saya masih kabur adakah saya diterima kembali Islam. Bagaimanakah hubungan saya dengan suami. Adakah hubungan saya dengan suami masih sah sebagai suami isteri. Kerana selepas peristiwa itu saya dan suami seperti biasa berhubungan suami isteri. Adakah dikira zina hubungan saya dan suami selepas saya mengaku keluar islam dan kembali islam. Saya ada bertanya kepada seseorang jawaannya saya dan suami berzina.
Sekarang ini saya hampir setahun tidak melakukan sex dengan suami. Saya juga tidak pernah melakukannya dengan lelaki lain semenjak kahwin.

Bolehkah sesiapa tolong panjangkan masalah saya ini kepada yang lebih arif kerana saya malu untuk bersemuka. Saya perlukan kaunseling. Saya ingin tahu adakah saya dan suami perlu menikah semula kerana antara kami masih berkasih sayang. Bantulah saya..


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

9 comments:

nohas said...

Salam..lebih baik bertanya kpd mereka yg lebih arif, supaya setiap permasalahan diperhalusi & dipertimbangkan mengikut hukum syarak..

Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri & bertaubat kepadaNya..

siti ajar bt yaakob said...

inilah akibatnya kalau Islam ikut-ikut. Dah tu..tak nak cari ilmu lebih..duduk di bawah tempurung, pakai ikut sedap..nak masuk, tak nak keluar...macam mana nak settle kes ni ye...nak selamat rujuk la ke majlis agama..

SABAHKITA said...

Sebaiknya pergi dapatkan khidmay kaunsling di Jabatan Agama Islam. Jabatan Agama Islam kena memperkuatkan fugsi bahagian ini kerana kes yang memerlukan kaunseling bukan sedikit. Kewibawaan Khidmat kaunseling ini juga harus diletakkan ke tahap yang murni dan akauntabilitinya dipelihara termasuk kerahsiaan kes-kes yang ditangani. Makluman mengenai keterdapatannya / kewujudan khidmat kaunseling perlu dilakukan. Allahuwallam.

Unknown said...

Macam2 benda pelik berlaku di akhir zaman

Finaz said...

Puan, jangan malu untuk ke pejabat agama. Percayalah mereka yang ada di sana semuanya mmg bersedia mendengar dan membimbing Puan & suami kembali ke pangkal jalan. Jgn risau Puan & Suami tidak akan diaibkan disana (selagi tidak libatkan media) Matlamat mereka membimbing dan mencegah gejala murtad so of coz mereka akan bantu.

Kpd Muslimat yg lain jgn sesekali pandang serong pada org yg diuji Allah begini. Ini pun kira Alhamdulillah Allah beri hidayah dia nak tanya kat sini. KAlau kita diuji seperti Puan ni (nauzubillah) belum tentu kita akan ok kan?

Anonymous said...

salam...
saya cadangkan puan berjumpalah dengan pihak yang lebih arif. kemudian, bertindaklah dengan segera agar masalah ni tidak berpanjangan..
kan ALLAH maha pengampun... berdoalah mohon keampunan..
saya doakan semoga hidup puan lebih diberkati...amin...

wahyu said...

Salam bicara.

Puan bersama suami perlu dapatkan rawatan psikologi, dan doa para ulama. Yang pasti kawal nafsu, melalui latihan ruhaniah seperti berpuasa, dan berzikir kepada Ilahi. Berzikir itu dapat mententeramkan hati.

Puan dan suami perlu berterus terang secara aman dan profesional untuk menangani masalah ini.

Hubungan sex bukanlah rutin yang menjadi perkara utama untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga, apatah lagi sudah mempunyai zuriat.

Banyak lagi perkara yang lebih besar perlu difikirkan, antaranya kebajikan dan masa depan anak, dan aturkan kesejahteraan hidup berkeluarga bersama secara bijaksana.

Bicarawahyu.

Iza said...

Maafkn saya jika terkasar bahasa. Mula2 saya baca, hati saya barkata, "kenapa la bodoh sgt perempuan ni sampai tak tau nak menilai antara baik dan buruk, halal dan haram". Saya tak arif dlm hal2 begini.Lbh baik bertanya pd yg lbh arif.Cuma saya ingin berpesan pd insan lain, sebelum kita buat sesuatu, fikirkan dulu buruk dan baiknya dan jgn sesekali kita mempermainkn agama. Krn mulut badan binasa. Agama bukan mainan.

aRien de GreaT said...

cik bujang..huhuh..ni kite de usulkan mnde nih kat facebook kite...then ini jwapan stengahnyer...

.ustaz hj zahazan maybe..contct him at www.zahazan.net

go to www.saifulislam.com..maybe ustaz hasrizal abdul jamil can help her insyaAllah..

hrp2 dpt mmbantu...