بسم الله الرحمن الرحيم
PAS TAK SETUJU GURU KERJA 9 JAM
PAS menganggap projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran sebagai tidak wajar dan mahu ia dikaji semula kerana akan membebankan guru.
pas muktamar 130610 idris ahmad"Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama sembilan jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja (dengan) pembelajaran dan pengajaran.
"Malahan guru sudah menjadi ‘multi purpose’ kerana semua perkara guru terpaksa lakukan.
“Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," kata ahli jawatankuasa PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media.
Beliau merujuk kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong, semalam yang berkata mulai Januari tahun depan, empat negeri - Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak - akan bekerja sembilan jam sehari.
Projek rintis itu katanya, berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.
"Saya harap semua guru di empat negeri tersebut tidak perlu risau kerana kita hanya membuat percubaan.
"Apabila projek rintis itu meyakinkan kita dan kita dapat membuat kesimpulan secara konkrit, barulah kita memperluaskannya ke semua sekolah di seluruh negara," kata Wee.
azlanSambil membidas tindakan Kementerian Pelajaran yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku menteri pelajaran, Idris berkata kerajaan sepatutnya mencari jalan untuk menyenangkan guru-guru supaya mereka berada di zon selesa.
Ini kerana di tangan mereka yang akan melahirkan modal insan yang berguna untuk masa akan datang.
Bawa kerja balik rumah
"Mungkin ada orang cemburu kerana guru banyak mendapat cuti berbanding dengan mereka yang berada di pejabat.
“Tetapi perlu diingat tugas guru bukan sahaja di sekolah, malahan kerja mereka berterusan sehingga balik ke rumah. Kerana kerja latihan pelajar perlu diperiksa, persiapan mengajar perlu dibuat.
missionary school 241207 students“Budaya ini berlainan dengan mereka yang bekerja di pejabat, selesai sahaja waktu pejabat ia tidak perlu dibawa balik ke rumah," katanya.
Sehubungan dengan itu, Idris juga mahu kerajaan menambah kemudahan dan membina lebih banyak sekolah supaya bilangan pelajar di dalam sebuah kelas dapat dikurangkan agar bebanan guru juga dapat diringankan.
Katanya, kebanyakan sekolah pada hari ini dibina lebih 20 tahun dahulu dan sudah tidak mampu menampung pertambahan penduduk di sekitarnya sehingga suasana di dalam bilik kelas tidak lagi selesa kerana bilangan pelajar yang begitu ramai.
Idris berkata sebagai penghormatan kepada guru-guru yang mendidik rakyat di negara ini, Pakatan Rakyat menjanjikan RM500 kepada mereka jika diberi mandat ke Putrajaya. -MK
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
5 comments:
saya bersetuju.....walaupun saya guru di kolej swasta....memang kerja guru sememangnya banyak.....:)...selamat beramal....
Assalamualaikum..
xsetuju..9 jam kot..guru pun ade keluarga juga^___^
saya cadangkan buat 12 jam lagi baik... selamat beramal
kerja 9 jam? sape yg bangang sgt buat keputusan camtu? b'dasarkan kajian? ntah ye ntah tidak...kononnya guru dlm kajian b'setuju kerja 9 jam. skrg ni pun bnyk kerja dibawa balik ke rmh. masuk kje kul 7.30 pg, balik 3.30 ptg.mlm siapkan kerja yg di bawa balik...kdg2 2-3 jam nk siapkan..
mmg bila musim cuti sekolah guru pun b'cuti tp x kan x tau masa tu la banyak pulak aktiviti/kursus/seminar diadakan utk guru? klu cuti 1 minggu, 3 hari je rht.... klu cuti sekolah hjg tahun, sma jugak...kursus sna sni..
saya cadangkan buat 12 jam lagi baik... selamat beramal
Post a Comment