بسم الله الرحمن الرحيم
19 SEPT — Najib berkata yang beliau tidak takut dengan Anwar kerana beliau mengakui yang dalam sebuah demokrasi parti adalah lebih kehadapan dari individu. Tetapi jika benar apa yang di katakan oleh PM itu maka beliau tidak payah menyebut nama Anwar tetapi di sebaliknya beliau sepatutnya bercakap tentang PR, bukannya Anwar.
Apa yang di katakan oleh PM itu benar kerana tidak ada sesiapa yang perlu takut pada mana-mana individu. Saya yang begitu kecil ini pun tidak takut pada Anwar dan pada sesiapa sahaja yang melakukan rasuah dan salah guna kuasa. Yang perlu semua pihak takut dalam politik ini ialah rakyat yang ramai yang mempunyai hak kepada seluruh negara kita.
Itu sebabnya selama ini saya hairan kenapa pemimpin-pemimpin kita begitu berani melakukan rasuah dan mengenepikan perasaan rakyat yang begitu jemu mendengar perlakuan rasuah itu dilakukan dengan terang dan mudah dilihat oleh rakyat. Hanya rakyat tidak mampu membuktikannya kerana perlakuan rasuah yang besar-besaran banyak dilindungi oleh Akta-Akta yang ketat seperti Akta Rahsia Resmi dan lain-lain.
Jika sesuatu projek dilaksanakan dengan “scale” yang besar maka projek-projek itu akan dilindungi oleh Akta Rahsia Resmi kerana dalam projek itu adalah sumber mereka yang berkuasa untuk melakukan rasuah yang menggunakan wang rakyat. Rasuah adalah isu yang terhadapan sekali dan selagi kerajaan masih melekat dengan stigma rasuah itu selagi itulah kerajaan hari ini tidak akan mendapat perhatian rakyat lagi.
Di UiTM semalam Najib telah mengaku yang BN telah insaf di atas segala kesalahan yang telah dilakukannya semasa memerintah negeri itu sejak merdeka dahulu. Dengan kenyataan itu maka kita dapat menyimpulkan yang BN memang telah melakukan kesalahan sebagai parti yang memerintah negeri Selangor dan dengan itu rakyat Selangor telah mengenepikan mereka dalam pilihanraya yang lalu.
Jika BN telah mengaku kesalahan itu kenapa pula parti-parti pembangkang yang dipilih oleh rakyat Selangor itu menjadi “punching bag” bagi Umno dan BN. Kenapa pembangkang dipersalahkan jika BN mengaku kesalahan itu letaknya dibahu BN. Kenapa yang bersalah menghemtam yang tidak bersalah? Itulah yang menjadi masalah kepada BN. Mengaku bersalah tetapi pihak lain pula yang dihentam setiap hari dan waktu.
Sekarang BN sedang berusaha mencari kesalahan PR di Selangor, sama seperti yang dilakukan di negeri-negeri lain yang dipimpin oleh PR. BN mencari kesalahan pentadbiran Selangor seperti orang mencari kutu dikepala. Kuman diseberang laut mereka nampak tetapi gajah dibibir mata tidak dihiraukannya.
Apa yang BN perlu lakukan untuk mengembalikan keyakinan rakyat Selangor ialah untuk menunjukan siapa yang akan menjadi MB jika Selangor dipimpin BN. Ini amat penting kerana seperti yang kita lihat semua MB BN Selangor sebelum diambil alih oleh PR dalam pilihanraya yang lalu telah bergelumang dengan masalah rasuah.
Keseluruhan pemimpin-pemimpin Selangor telah dipersepsikan melakukan kesalahan ini dan itulah sebabnya mereka diketepikan oleh rakyat. Sekarang pemimpin-pemimpin yang sama pula yang membuat janji untuk mentadbir negeri yang kaya itu untuk melakukan perubahan yang dikehendak rakyat Selangor. Bagaimana rakyat hendak percaya. Secara konklusifnya kita melihat yang isu ini amat susah untuk dilakukan oleh BN Selangor.
Sehingga ke hari ini rakyat masih tidak nampak siapa yang akan ditonjolkan sebagai ayam tambatan BN yang tidak boleh dipersoalkan tentang kredibilitinya. Umno yang sedang menghadapi isu kredibiliti terpaksa mencari calon MBnya dengan teliti. Sekarang bukan senang untuk mencari calon yang berkredibiliti di Selangor kerana calon yang akan ditonjolkan itu akan merasa rendah diri dan sangsi samada mereka boleh menang atau pun tidak.
Ramai yang merasa takut untuk melalui pengalaman Awang Adek di Kelantan yang telah berangan-angan untuk menjadi MB Kelantan tetapi Kelantan hanya memberikan sebanyak tiga kerusi DUN sahaja dalam pilihanraya yang lalu. Awang Adek sendiri sebagai calon MB telah kalah dihadapan rakyat Bachok sendiri. Kita masih ingat bagaimana Awang Adek telah berlagak seolah-olah sudah menjadi MB dengan lagak “typical” Umno sambil menghisap cerut yang mahal-mahal semasa berkempen di Bachok.
Di dalam ucapan Najib di Shah Alam semalam Najib dengan terang telah meminta rakyat untuk menerima sahaja calon yang di turunkan oleh pucuk pimpinan. Kata-kata itu telah di sambut dengan tepukan gemuruh dan bertepuk itu merupakan salah satu “attribute” yang sudah lama bersemadi di dalam Umno, tetapi apabila sampai pilihanraya nanti ramai di kalangan yang bertepuk semalam itu jugalah yang akan memberikan undi kepada parti-parti pembangkang seperti yang berlaku di dalam pilihanraya yang lalu.
Jika Umno Selangor perlukan keyakinan rakat kembali pulih, parti itu perlu mengenepikan semua pimpinan yang ada semasa Umno jatuh dalam PRU yang lalu. Tetapi persoalannya mampukah Umno untuk melakukannya? Bagaimana hendak menolak Noh Omar atau mana-mana pemimpin yang lain? Umno terpaksa juga mengharapkan kumpulan yang dahulunya ditolak rakyat untuk merampas kembali kerajaan Selangor dari PR. Kata perbilangan, tidak ada rotan akar pun berguna.
Kita lihat usaha untuk mencacatkan pentadbiran PR di Selangor terus menerus dilakukan terutamanya untuk memberikan gambaran buruk terhadap Menteri Besarnya, sedangkan rakyat tahu yang MB-MB BN Selangor yang sebelumnya semuanya menjadi kaya raya semasa menjadi MB.
Itulah sebabnya saya ada menutup posting saya yang sebelum ini dengan menyatakan, “the worst of the opposition is a lot better than the best of BN”. Yang penting rakyat kena tahu ialah BN memang tidak boleh dibandingkan dengan mana-mana pihak jika dilihat dari sudut perlakuan rasuah.
Dalam isu rasuah BN memang tidak boleh ditandingi oleh mana-mana kerajaan dalam rantau ini. Yang boleh menentukan perasuah ini diketepikan ialah rakyat yang insaf dan sedar tentang bahayanya negara jika terus ditadbir oleh mereka yang sudah ketagih dengan rasuah ini.
Saya berkeyakinan untuk BN kembali memerintah kerajaan Selangor hanyalah ibarat mimpi di siang hari. — aspanaliasnet.blogspot.com
Note: UMNO/BN pasti mampu merampas Selangor kembali dengan pertolongan dari SPR juga PATI seramai 2.3 juta yang telah didaftarkan sebagai pengundi.. sekian terima kasih..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
1 comments:
memang smoga mimpi terus lena dengan air liur sekali... kalau nak dilihat kekayaan x diterima dek akal hanya kerana depa UMNO kan.. kita bukan jeles, tp ADIL la, blajar penat2 kat u, kluar u.. dapat la beli kete malaysia ngan rumah, ngan bayar orang jaga anak.. pas tu ikat la perut menghitung hari nak gaji bulan depan banding orang UMNO x payah kluar duit masuk U kluar air liur basi je, boleh beli rumah gaya istana, keta besar2.. apa2 entah.. sapa tak jeles wooi....
Post a Comment