Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, September 1, 2010

BANYAKKANLAH FITNAH DI BULAN RAMADAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Fitnah Umno Dibulan Ramadan, Lim Guang Eng Sembelih Lembu Korban?



Herman Samsudeen | Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Umno terus memainkan intrumen fitnah bagi memburukan Imej PAS-Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadhan. Tindakan cybertrooper Umno yang mengunakan nama "PAS Beruk" mencipta dan menyebarkan gambar super impose yang kononnya Lim Guang Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan tagline "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP??" adalah keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama.

DPPWP kesal kesal budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun dalam bulan Ramadhan ini. Begitu jauh mereka tersasar dari hidayah Allah. Demi kepentingan politik mereka, gambar sedemikian dicipta, walhal gambar sebenar adalah menunjukan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sedang menyembelih lembu korban untuk rakyat. Gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam.

Hal sebegini sudah berakar umbi dalam Umno sehingga diwarisi oleh anak-anak muda hingusan yang baru bersama Umno. Sebelum ini, media Umno-Utusan Malaysia memutar belitkan fakta dengan menyebarkan kepada rakyat yang ahli parlimen DAP-Serdang-Teo Nie Ching beri 'tazkirah' dalam surau. Ucapan aluan sengaja ditukar kepada 'tazkirah' bagi mencetuskan polemik awam.

Dua hari lepas Tan Sri Zainuddin Maidin yang juga manta Ketua Penerangan Umno pula menyebarkan fitnahnya dengan mengatakan PAS mahu rampas harta Cina semasa peristiwa 13 Mei dan PAS kononnya turut menyokong tindakan Indonesia menyerang Malaysia semasa konfrontasi.

Semua ini adalah fantasi Umno. Kini mereka bermain gambar pula, sama seperti gambar Zaid minum arak yang mereka cipta di Hulu Selangor. Tindakan ini menunjukan Umno semakin kehabisan modal untuk burukkan PAS-Pakatan rakyat. DPPWP berharap pemimpin dan ahli Umno bertaubat. Semakin banyak fitnah disebar, semakin terdedah keburukan Umno. Semakin banyak fitnah disebar, semakin meluat rakyat kepada Umno. Malulah kepada bukan Islam, malulah kepada umat Islam, malulah kepada Allah kerana perbuatan fitnah ini begitu jijik dan jauh lebih dahsyat dari membunuh. Ianya tidak akan diterima oleh mana-mana kaum dan agama sekalipun.

Herman Samsudeen
Pemangku Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

3 comments:

Unknown said...

Ya Allah...butanya mereka.Betullah kata Allah dlm surah al-hajj ayt 47...bukan mata yg buta,tapi hati...susah la cmni... T_T

TERBARU: Kasih kerana Tuhan

jemput~

Unknown said...

Salam,
Pertanyaan yang wajib dijawab...
1.Dari blog atau sumber mana anta dapat?

2.Anta pastikah penulis tersebut adalah org UMNO?

Jawable..kalau tak apakah salah ana katakan bhw anta sebenarnya .....lu pikirla sendiri..

adibeta,
kubang kerian,kelantan

nurayunni said...

btl ker nie?