Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, February 8, 2010

BAGI TAHU LAA... NAK TENDANG TANG MANA NIH...?

بسم الله الرحمن الرحيم

Ketua SPRM: Tendang jika saya salah

Ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamed yang baru dilantik ke jawatan itu, memohon rakyat memberikannya peluang bagi membuktikan ketelusan badan itu.

Mengakui hakikat, SPRM perlu memulihkan imejnya berikutan beberapa kontroversi, Abu Kassim berkata mereka mesti menyakinkan rakyat bahawa suruhanjaya itu adalah bebas.

“Saya memerlukan anda untuk menjuarai perjuangan kami. Dengan berbuat demikian, sesiapa yang ingin 'membunuh' SPRM, anda akan menjadi pelindung kami, Tetapi jika saya silap, anda boleh tendang kami,” katanya dengan tegas.

“Cuma kata, 'Abu, kamu silap. Jika anda mahu kami melindungi kamu, berperangai dengan betul.' Saya akan memastikan tiada penyelewengan. Kata-kata saya dan tindakan saya mesti menunjukkan bahawa saya adalah bebas.”

Abu Kassim membuat kenyataan berkenaan ketika pertemuan sejam antara pengarang kumpulan Malaysiakini, Steven Gan dengan jawatankuasa penasihat SPRM.

Antara tajuk yang disentuh, termasuk tindakan yang perlu diambil oleh SPRM bagi memulihkan keyakinan orang ramai, siasatan ke atas ketua pembangkang Selangor, Dr Khir Toyo dan mengapa suruhanjaya itu kini memilih untuk bermesra dengan media alternatif. - malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/123941


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..