بسم الله الرحمن الرحيم
]
KOTA BHARU, 23 Nov: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bersetuju untuk menasihati Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Ekselutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Persetujuan itu diumum Nik Aziz pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pimpinan PAS di kediaman Menteri Besar, JKR 10 pagi ini. Pertemuan tersebut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, Naib Presiden Salahudin Ayub dan Bendahari Dr. Hatta Ramli.Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan. Menurut Nik Aziz, keputusan itu dibuat bagi menjaga nama baik pimpinan islam khasnya pas sendiri sekaligus menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku di negeri itu.
"Semua (yang hadir) menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihat menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar (PKMB),"
"Fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga (elak) fitnah," katanya.
Beliau dalam pada itu memberitahu akan meminta Ariffahmi yang juga menantunya berbuat demikian. Bagaimanapun, terserah kepada Ariffahmi bila dia mahu meletakkan jawatan tersebut.
"Tarikh tu terserah kepada dia," katanya lagi.
Nasihat peletakan jawatan itu juga tegasnya adalah disebabkan oleh fitnah dan kecaman yang terlalu banyak diterima Ariffahmi.
"Masalah sekarang ini menantu saya tu terlalu banyak kecaman dilempar kepadanya oleh orang yang tak bertanggungjawab,"
Dalam pada itu, Ariffahmi yang turut hadir pada sidang media tersebut menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka memandangkan ianya dilakukan untuk menjaga nama baik banyak pihak.
"Saya dapat terima keputusan dengan hati yang lapang, dan sedar keputusan dibuat untuk jaga nama baik kepimpinan dan jaga nama baik PAS, dan juga nama baik kerajan negeri Kelantan," katanya.
Beliau turut berterima kasih kepada Nik Aziz yang memberikan kepercayaan penuh kepada kepadanya sepanjang berada di PMBK.
"Saya juga berterima kasih kepada tuan guru kerana beri kepercayaan kepada saya untuk berada di PMBK selama 8 tahun, dan jawatan terakhir saya sebagai CEO semenjak Syawal, dan saya amat hargai kepercayaannya," katanya.
Transkrip penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz sila click DISINI
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
13 comments:
..sudah semestinya... Pemimpin Islam berjiwa besar..Tak makan dipuji...Tak rebah dikeji...
langkah yang diambil oleh menteri besar adalah wajar untuk mengelakkan lebih banyak fitnah dilemparkan pada kerajaan negeri, kepimpinan pas, mb sendiri serta menantu mb.. =)
psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.
ULAMA' XMCM ORG LAEN YG XDOP OTAK,.
ALhamduliLlaah, TGNA akur dgn nasihat pimpinan lain bab persepsi...alangkah baik kalu pimpinan lain pun mcm TGNA
Sampai bila2 pun UMNO tak akan jadi seperti PAS,Dasar mereka pun dah sesat dan tersasar daripada Islam....
mereka bera.....ni kot!!
moga ditujukanNya jalan yang benar...
Tuan,
1.Ana sangat bersetuju dgn komen Ibrahim Ali....
Mengulas keputusan terbaru Nik Aziz itu, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Mursyidul Am PAS itu tidak konsisten. “Dulu semasa melantik Ariffahmi, Nik Aziz guna pelbagai hujah termasuk menyamakan tindakannya dengan beberapa tindakan baginda Rasulullah yang turut melantik ahli keluarga Baginda memegang jawatan. “Malah dalam beberapa isu lain, Nik Aziz sering menggunakan hujah tindakannya adalah sesuai dengan tuntutan Allah dan sama dengan tindakan Nabi Muhammad tetapi kini kenapa Nik Aziz tidak mempertahankan hujahnya itu apabila mengarahkan menantunya meletakkan jawatan,”
2.Jadi...bukanlagi soal nasihat tapi soal kegagalan....kalu UMNO dlm situasi ni....ana pasti ramai pemimpin PAS mendesak supaya dilepaskan jawatan......
3.So...apa tunggulagi wahai pejuang..SIlA DESAK NIK AZIZ LETAK jAWAtAN krn jelas kegagalan beliau...
adibeta,
kubang kerian, kelantan
Syabas menantu Tok Guru!Berjiwa besar seperti pak mertua.Demi iman dan Islam sanggup melepaskan jawatan dunia.Bersabarlah,ada hikmahnya.Selama memerintah Kelantan Darul Naim ,Tok Guru lebih hebat diuji.Sudah berulang kali kita melihat air matanya mengalir.Berapa ramai pemimpin UMNO dan PAS yang boleh mencontohi zuhud Tok Guru?Tepuk dada tanya iman.......
Woiii anonymous... Manusia mana yang x pernah buat salah...? Sekurang-kurang nik aziz nak jugak mengakui kesiapan dia dgn cara menasihati menantu dia tu melepaskan jawatan. pemimpin korang yg babi tu semua berani ke nak mengakui kesalahan..? bodoh punya umngok...!!!!
khairy dgn ali rustam sial tu yg terang-terang rasuah ada ke si najis nasihatkan supaya dia org lepaskan jawatan? sprm babi pun xder nak siasat.. kan ke babi namanya umno tu...!!!
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
Berdasarkan kepada ayat di atas
alos laaaaa....turr punya UMNGOK, belah kor dio nok kato gapow...asal, jange dok ngundi kalu dop suko..mugo calon tuh pon ore jugop eh...pakak2 dop tlepah wak saloh blakor...dop payoh mung nok kato kor aku...dop payoh aku nok kato ko mung..bare sene jah...time makoh..mung is mung..aku is aku...ke sene gitu..kor guano tue punyo blog?
alamak.
silap masuk rumah.
minta maaf.
mau berundur
Post a Comment