Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, October 11, 2009

JURURAWAT ENGGAN BANTU... WANITA BERSALIN DALAM KERETA

Bismillahirahmannirahim..

Jururawat enggan bantu, wanita bersalin dalam kereta

Seorang wanita berusia 29 tahun di Terengganu terpaksa bersalin di dalam kereta di tempat letak kereta berhadapan klinik yang ia cuba mendapatkan bantuan bagi tujuan tersebut. Jururawat klinik tersebut enggan membantu kerana wanita berkenaan dikatakan 'cuba bersalin' tanpa mengikut prosidur. Apa kata Persatuan Perubatan Malaysia. Betulkah tidak ada apa-apa tindakan yang akan diambil terhadap pemilik klinik ini ? Kambing dan lembu lagi dibantu untuk beranak, inikan pula manusia. Jururawat tersebut wanitakah atau lelaki...manusiakah atau jin?

Wanita bersalin dalam kereta - Jururawat klinik swasta enggan bantu kononnya kelahiran tidak ikut prosedur


NORHAYATI menceritakan semula bagaimana dia melahirkan anak di dalam kereta yang disambut suaminya di Kuala Terengganu kelmarin.

KUALA TERENGGANU - Gara-gara permintaan untuk bersalin di sebuah klinik ditolak jururawat kerana tidak mengikut prosedur, seorang wanita, Norhayati Hambadley, 29, terpaksa melahirkan anaknya di dalam kawasan letak kereta klinik swasta tersebut di sini kelmarin.

Dalam keadaan yang mencemaskan itu, suaminya, Amrun Mamat, 58, terpaksa menjadi bidan untuk menyambut anak perempuan mereka sambil disaksikan jururawat klinik itu yang tidak memberi sebarang bantuan. Menurut Norhayati, ketika kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah hari itu, dia dan suami serta tiga anaknya yang masih kecil datang ke klinik tersebut kerana saat kelahiran dirasakan terlalu hampir.


NORHAYATI menunjukkan anak bongsunya yang dilahirkan di dalam kereta kelmarin.

Namun jururawat klinik berkenaan menegaskan doktor bertugas tiada ketika itu dan mereka harus mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak boleh menerima pesakit sepertinya.Lebih teruk lagi, jururawat itu juga tergamak membiarkan pasangan itu bersama tiga lagi anak mereka berusia antara tujuh hingga dua tahun terkial-kial menyambut kelahiran bayi seberat 3.1 kilogram itu kerana kepala bayi itu sudah terkeluar dari rahim Norhayati.

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

7 comments:

Anonymous said...

ape la punya nurse tu......tak dak kemanusiaan langsung..otak kat lutut....kalo dia bernama Islam aku lagi sodeh....sok2 hari die plak... baru dia ingat sikit..............hidup ni sentiasa Allah adilkan dengan sesuatu....

Anonymous said...

hmm..dah lah dekat terengganu. tergamak buat macam tu.. nasib baik selamat anak beranak tu. hish3..

gummybear said...

salam..
sangat kejam..
x sangka manusia macm tu pun ada dekat dunia ni..
cuba bygkan kalo terkena batang hidung sendiri...

takpe, setiap perbuatan yang kejam ada balasannya...

Nazz@Purple said...

Ini bukan pertama kali sy dengar cite macam nie..dalam dunia sekarang ni memang dah ramai manusia2 yg tak de perasaan..

anyss said...

Ini dah kira betul-betul susah kan...bukan bujang je susah, dah kawin pun susah gak ...

yang bestnya...sanggup pulak tu dia tengok je kat situ ish! ish! ish!

.:sanDORA:. said...

sakit bersalin ooi.. cam mati hidup balik.. sampai hati nurse tu wat cam tu.. agaknyer nurse tu lum kawen kot.. tak pun andartu...

Anonymous said...

Sorry to be off topic but where can I find best resource on car insjury attorney?