Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, October 15, 2009

MARI BERIKAN BANTUAN "HALUAN"

Bismillahirahmannirahim..

Ayuh Turut serta Bantu Mangsa Gempa Padang

SEPANG, SELANGOR Okt 12, 2009: PASUKAN pertama Misi Bantuan Kemanusiaan dan Perubatan HALUAN selamat pulang ke Malaysia pagi ini setelah lebih seminggu berkhidmat di kawasan bencana gempabumi di Sumatera Barat. Pasukan yang terdiri daripada dua orang doktor perubatan, seorang jururawat kanan serta dua orang relawan itu telah berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Padang pada 7 Oktober lepas.



Presiden HALUAN, Dr Abdullah, bergambar ketika menyambut kepulangan relawan HALUANMereka diketuai oleh Dr Arbaai Shawal, seorang Pegawai Perubatan yang merupakan ahli Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) Johor, Dr Saedah Ali, seorang pakar bius dari KKH Kelantan, Nik Rahmah Nik Abd Rashid, Jururawat Kanan (bersara) dari HALUAN Kelantan, Ahmad Sani Mohd Sahabudin, seorang inspektor kesihatan Kanan dari HALUAN Kedah, dan Hasrin Wagimin, seorang relawan media dari HALUAN Johor.

Pasukan pertama ini telah berkerjasama erat dengan pasukan penyelamat dan NGO dari Indonesia terutamanya Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI). Hasil daripada itu, HALUAN diamanahkan untuk memberikan rawatan terus di beberapa daerah terpencil di kawasan bencana di Padang dan Pariaman. Cabaran utama mereka adalah untuk sampai ke destinasi dengan selamat kerana banyak jalan perhubungan rosak samada terputus ataupun merekah serta jambatan yang tenggelam akibat gempa.

Menurut ketua pasukan ini, Dr Mohd Arbaai Shawal MBBS, pasukannya mendapat kerjasama yang baik daripada kepimpinan penduduk-penduduk kampung yang sedar bahawa pasukan NGO Malaysia telah tiba untuk menghulurkan bantuan.

”Di setiap daerah yang kami dibawa, pasukan HALUAN merawat sekitar puluhan malahan sehingga seratus lebih pesakit yang tercedera ataupun demam dan sebagainya. Trauma yang mereka alami sungguh dahsyat, tidak terbayang sukarnya hidup mereka selepas ini kerana bukan sahaja rumah mereka ranap, ada di kalangan mereka yang hilang tempat bergantung kerana bapa, ibu ataupun suami sudahpun meninggal akibat gempa skala 7 Richter itu. Relawan kami puas menjadi kaunselor untuk menenangkan mangsa trauma yang ramai itu yang terdiri daripada kanak-kanak dan wanita,” berkata Dr Arbaai.

Menurut Presiden HALUAN, Prof. Madya Dr Abdullah Sudin Abdul Rahman, yang turut menyambut kepulangan pasukan ini, HALUAN berharap agar misi ini dapat diteruskan sehingga sebulan lagi demi kemanusiaan. Pasukan kedua HALUAN, juga terdiri daripada gabungan doktor dan relawan am, dijangka berlepas pada 14 Oktober ini.

Ketua Biro Misi Bantuan Kecemasan dan Kemanusiaan HALUAN, Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hassan MD; pula merayu orang ramai supaya terus menghulurkan derma ikhlas untuk membolehkan HALUAN membawa lebih banyak bekalan ubat-ubatan dan makanan mudah masak ke sana. Ubat dan alat bantuan perubatan masih tidak mencukupi di sana, katanya.

Sebarang derma kewangan boleh disalurkan melalui

Tabung Kemanusiaan HALUAN atas nama ”HALUAN”
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun 14-023-01-002 571-8

Pasukan ke 2 telah berlepas pada Rabu, 14 Okt seramai 6 orang.

Laman web haluan .. Kliak DISINI

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

0 comments: