Bismillahirahmannirahim..
Adnan tidak perlu bayar RM63 juta
PUTRAJAYA - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (gambar) tidak perlu membayar RM63 juta kepada sebuah syarikat pembalakan seperti yang diperintah oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini, demikian diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di sini semalam.
Hakim Datin Paduka Zaleha Zahari, yang bersidang bersama Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, mendapati Menteri Besar itu tidak sepatutnya dinamakan sebagai responden dalam prosiding semakan penghakiman yang dipohon oleh Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd. bagi mendapatkan bayaran itu daripada kerajaan negeri.
Bagaimanapun, katanya, wang berkenaan masih perlu dibayar kepada syarikat berkenaan kerana keputusan semalam tidak melibatkan keputusan utama (memerintahkan kerajaan Pahang membuat bayaran RM63 juta itu) oleh Mahkamah Tinggi pada 2007. - Bernama
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
7 comments:
Memangnya apa yang dia perbuat
xtau pon kisah ni
DI malaysia pemimpin begini disanjung ...lu rasuah tak pa..janji bg rakyat skit pun jadi lah..x caya buat pilihanraya tgk kat tmpat adnan tue..sultan pahang siap support lagi..apo nak dikato laie jang..
Salam Sejahtera, blog anda adalah salah satu blog yang pasti saya surf setiap hari, untuk membaca dan mencari ilham bagi menulis ke blog saya pulak, ada juga yang saya ciluk aje, yang penting matlamat kita sama, UNTUK MENJATUHKAN UMNO/BN.
Wassalam.
Terima kasih buat sahabat2 semua..
yelah..seingat saya berita ni tak digembar-gemburkan pun dalam media massa sangat. Keluar sekali je. Cuba kalau Adnan ni dari parti politik lain mau sampai hari pun x stop lagi kisah ni dalam media. Media..media...!?
Eh .. adnan penyapu ni yang buncit perut makan duit, kerajaan negeri pahang plak yang kena bayar? ni apa kes ni...?
Post a Comment