Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, September 16, 2009

RIAK JADIKAN AMALAN IBARAT DEBU BERTERBANGAN


Bismillahirahmannirahim..


ADAKAH rahsia yang tersimpan di antara diri kita dengan Allah Taala? Menyembunyikan amal kebaikan dari pengetahuan orang lain. Sungguh berat untuk dilakukan kerana lumrahnya manusia memang suka kepada puji-pujian. Berbeza jika seseorang itu melakukan kejahatan, dia akan bersusah-payah menyembunyikan kejahatannya itu daripada pandangan manusia.

Bersyukurlah kerana Allah SWT menghijab segala aib kita daripada mata manusia. Apakah rahsia yang anda sembunyikan itu? Jika ia suatu kejahatan, maka banyakkanlah istighfar, kalau rahsia itu adalah amal ibadat yang ikhlas, maka bersyukurlah kerana Allah SWT menunjukkan diri anda.

Al-Shaikh Muhammad Salih Al-Munajjid menukilkan dalam kitabnya Silsilah A’mal al-Qulub: "Imam al-Mawardi menghasilkan penulisan yang banyak dalam bidang tafsir al-Quran, fiqah dan cabang ilmu lainnya. Namun tiada satu pun karyanya yang diterbitkan semasa hidupnya, melainkan ketika saat akhir hayatnya. Beliau berkata kepada sahabatnya "Semua buku itu adalah hasil karyaku, aku berwasiat kepadamu jika aku sedang menghadapi nazak, letakkanlah telapak tanganmu pada telapak tanganku. Jika aku menggenggamnya ketahuilah bahawa tidak ada satu pun daripada hasil tulisanku itu diterima oleh Allah Taala. Bawalah buku-buku itu ke sungai Tigris dan campakkanlah ia semua ke dalamnya. Sebaliknya, jika aku membuka tanganku, maka ketahuilah bahawa semuanya diterima Allah Taala sebagaimana yang kudambakan dari-Nya." Ternyata Imam al-Mawardi.. membuka tangannya dan sesuai dengan wasiatnya buku beliau telah diterbitkan.

Cukuplah hanya Allah SWT yang tahu segala amal baik yang dilakukan. Ini bukan bermakna kita tidak boleh menghebahkan amal berkenaan. Ia tidak salah jika diniatkan untuk memberi teladan kepada orang lain dan supaya syiar Islam dapat dijadikan contoh manusia seluruhnya. Tetapi bagaimana dengan risiko sifat riak yang merosakkan amal?

Jika kita tidak mahu terjebak oleh penyakit berbahaya ini, sebaiknya kembalilah mengulang kaji pelajaran ikhlas yang pernah membuat Saidina Abu Hurairah RA amat tertekan ketika menyebut tentang hadis Rasulullah SAW berikut ini. Dikatakan bahawa beliau kerap menangis kerana takut ketika membacakannya.

Sabda Rasululllah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang pertama kali diputuskan hukumannya pada hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang mati syahid, dia akan dihadapkan kepada Allah SWT, kemudian Allah SWT mengingatkannya akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu di dunia dulu, maka dia pun kembali mengingatinya, kemudian Allah Taala bertanya "Apa yang engkau lakukan dengan nikmat yang Aku anugerahkan kepadamu? Ia menjawab "Nikmat itu saya pergunakan untuk berperang kerana membela agamaMu sehingga aku mati syahid. Allah SWT berfirman "Engkau dusta! Engkau telah berperang dengan tujuan supaya disebut sebagai orang yang berani (pahlawan) dan perkara itu telahpun diperkatakan orang sebegitu ke atas mu." Kemudian dia diheret di atas mukanya dan dicampakkan ke dalam neraka.

Kemudian dihadapkan pula seorang yang alim, dia mengajar ramai manusia dan banyak membaca al-Quran. Allah SWT bertanya "Apakah yang engkau telah lakukan dengan nikmat-ku itu? Ia berkata "Aku belajar ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain dan banyak membaca al-Quran demi keredaan-Mu. Allah berfirman "Engkau dusta! Sebenarnya engkau belajar dan mengajarkan ilmu supaya disebut sebagai orang alim, dan engkau membaca Al-Quran supaya mendapat gelaran Qari’ dan semua itu telahpun disebut orang sebegitu kepadamu." Orang itu kemudian diheret dan dihumban ke dalam neraka.

Kemudian dihadapkan pula orang yang dermawan yang diluaskan rezekinya oleh Allah Taala dengan pelbagai macam harta benda. Kemudian Allah bertanya "Apa yang engkau telah lakukan ke atas nikmatKu? Ia menjawab "Tiada satu jalan pun yang Engkau suruh supaya diberikan derma kepadanya kecuali saya telah dermakan harta saya di sana . Allah SWT berfirman "Engkau dusta! Engkau menderma supaya disebut sebagai orang yang dermawan dan ia telahpun disebut orang begitu kepadamu. Kemudian ia diheret ke neraka." Hadis riwayat Imam Muslim

Hasutan syaitan ke atas orang yang beramal tidak akan berhenti. Adakalanya kita berasa malas melakukan ibadat kerana ada bisikan yang mengatakan "Untuk apa beramal jika hati tidak ikhlas, tentu tidak diterima oleh Allah."

Bolehkah kita terhindar daripada niat yang lain selain untuk Allah SWT? Betapa ruginya jika amal itu bagai debu yang berterbangan. Firman Allah Taala yang bermaksud "Dan kami tunjukkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan." (Surah Al-Furqan: Ayat 23).

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.

67 comments:

Anakkhas said...

assalammualaikom....

Terima kasih ingatkan saya. Kena hati2 nie, kena jaga niat betul2. org kata niat nak syahid pun dapat pahala kan? kalau sentiasa jaga niat untuk kebaikan, kita tak sempat buat pun dah ada pahala untuk niat yang baik kan?

jaga niat supaya tak terpesong......... takutnya amalan ditolak.

*bahaya pujian.

shanushy0809 said...

salam kenal
kadang kala kita tidak sadar akan apa yang kita lakukan..
riak..
dan menonjulkan diri kita amat tipis perbedaannya

++***hana zaty**++ said...

assalamualaikum

tq for inviting me to read dis...

setiap manusia haruslah sling ingat mengingati...

tq kmoo!~~

:: hayati :: said...

nk mengekalkn niat yg baik memg tersgt payah bg diri sy...
mudah2an Allah beri kekuatan pd kita semua utk memelihara niat yg benar...amin

wardatul humaira said...

salam singgah
syukran bg link untuk nie..
adalah tlh di amanahkan untuk setiap insan supaya saling peringat memperingati antara satu sama len..
wasalam..

Nur_Ma"Khairatun Hisan" said...

Salam,moge kite sentiase dlm lindungan RahmatNya..
setiap ape yg kite lakukan disertai dgn niat..baik/buruk hanya kite dan Dia yg th..setting iman i'Allah kite akn jls dgn niat kite..ape yg kite sebarkn i'Allah utk m'ingati diri sndri dan sesama insan..time ksh,banyak manfaat dari blog ni m'bantu sye..:)

MiSs TOrA said...

tima ksih sbb mengingatkan sy..sesungguhnya segala yg kta buat dan lakukan mstilah dgn niat yg baik..sghnya ALLAH itu maha mengetahui segala yg kta lakukan..

Kuda Berhias said...

Assalamualikum.
Syukur alhamdulillah dapat bersama dalam ruangan ini. Pastinya saling ingat mempertingati ke jalan yang diredhai itu satu tanggungjawab dan amalan mulia. Salam.

7 taman langit said...

salam sejahtera
salam ziarah dari sahabat
tulisan ini bagus
dan menambah pengetahuan agama saya
thanks

Noor said...

tq utk perkongsian ilmu

MUNALIZA said...

Terima kasih melawat laman blog BaitulMuslim saya. Kini saya ziarah semula laman blog saudara sebagai memulakan hubungan silaturahim...

rae_zen said...

terima kasih telah sharing. semangat dalam dakwah

HAPIA Mesir said...

percuma beramal jika kita riak.
g ada guna. makasih atas post

semoga selalu berjaya dalam dakwah kita

nurasyikin.mokhtar a.k.a ieykin baik said...

riak adalah penyakit hatiu yang sukar diubati teman..
terima kasih...

akur said...

mksh atas ilmu nya

zulkbo said...

Assalamualikum..
terima kasih sahabatku
amat berguna tips ini..
insyaallah akan di jadikan
panduan dan sempadan hidup
sememangnya yang baik itu
semuanya dari Allah SWT..
cuma yang buruk pekerti adalah
dri dan nafsu kita segalanya..
Wassalam..

tukangkata said...

Astaghfirullah..

salam..terima kasih atas info bermakna ni...seperti hadis nabi juga
malu untuk melakukan ibadah kerana takut riya juga adalah sebahagian dari riya'

astaghfirullah,terima kasih sekali lg ya!

blog anda sgt bermakna,tak setanding dgn blog saya..hehe..mcm langit dan bumi..

Ieza said...

salam kenal bujang susah..info yg berguna untuk dijadikan panduan..
memang elok kita saling ingat mengiati agar mudah tersedar dari lamunan duniawi..

iniAKU said...

btol..syirik walaupun kecik,berat dosa tetap sama. moga dijauhkan

hafiza in da house said...

subhanallah..sungguh mengetuk pintu hati after bace article ini..bukan ssenang untuk melakukan SEMATE2 kerana allah..sbb syaitan laknatullah sering membisikkan kataa2 nista ke dalam hati..same2 kita berdoa moge2 allah kurniakan kepada kita sifat ikhlas dan ihsan dalam beribadat kepadanya....biarlah ape yang ape yang kita lakukan kita merasakan bahawa allah sedang melihat kita..subhanallah..allahuakbar..terima kasih atas article yang bermanfaat ni...

hafiza in da house said...
This comment has been removed by the author.
Fikir positif said...

Dalam hidup ni, kita mesti sentiasa positif dan bermotivasi!

cahaya malam said...

salam..


Saudara,
terima kasih. Tegurlah diri ini jika ada salah dan silap agar bersama-sama kita mendapat manfaat.

InsyAllah.

;)

wassalam..

jeman said...

salam saudara.

terima kasih kerana berkongsi maklumat yg cukup berguna di dunia & untuk akhirat pastinya.

sesungguhnya amalan ikhlas mmg susah untuk ditafsirkan. terkadanag ianya bermula dengan penuh keikhlasan tp pada akhirnya akan bertukar menjadi riak juga.

dan seandainya kita hendak mempersoalkan ttg keikhlasan secara terperinci nescaya akan membuka lebih ruang kpd syaitan utk menyesatkan. kesannya, akan terlintas difikiran kita, "dari beramal xikhlas baik xpyh buat".

maka dari situ akan lahir perasaan malaslah kita tuk beramal sunat sehingga boleh meninggalkan yg wajib juga.

hasilnya, berjayalah syaitan menjalankan tugasnya.

maka dari itu betulkah niat. sesungguhnya solatku, amalanku, hidup dan matiku kerana Allah SWT.

waallahuaklam.
tegurlah dan perbetulkan hamba dari segala kesilapan yg merosakkan.

wassalam

lhakim said...

sangat menginsafkan

Syafinaz Razak said...

Salam...
terima kasih kerana mengingatkan diri saya yang banyak kelemahan nie~:-)

semoga kita saling ingat -mengingati...

conbellydiobeterisme said...

insyaallah marilah kita saling ingat mengingati antara satu sama lain..riak ,takbur,bongkak..adalah amalan yang patut kita hindarkan ..

abah aman said...

salam bujang susah,
alhamdulillah kerana dapat menjalin ukhwah dengan saudara. Banyak tip berkenaan mengendali blog dan tazkirah ilmu yang boleh abah manfaatkan. Semoga Allah memberkati usaha saudara. Jazakallah.

kak zaa said...

salam sang bujang..
tkasih kerana memperingati ..

Bawang Goreng said...

Betul...

Saya tak takut kena kutuk, tapi saya sangat takut kena puji...

DAKWAH YEOP said...

nasihat dan peringatan berguna daripada saudara,,semoga Allah menambahkan pahala anda dan memebrkati hidup anda...syukran bebeanyak saudara bujang susah dengan nasihat dan sokongan moral anda...salam ukhuwwah

sitinorafatien said...

salam bujang susah...thanks sbb link info ni kt cik patin..bila terbaca semua ni kn bt cik patin terpikir apakah Allah terima amalan cik patin..adakah niat cik patin btl...semua ni bt cik patin rasa takut n sedarkan cik patin tpi harap kesedarn cik patin berkekalan...sbb sebgai hamba allah cik patin sedar yg kita slalu lalai..2 la peranan kengkwan..saling ingt mengingtkan...Ya Allah ya Tuhan ku...terimalah amalan ku...

wardatuljannah said...

salam ziarah..
subhanallah..info yg bermanfaat utk kita bermuhasabah dan utk kita renung2kan..
syukran for inviting me to read your blog..

ziarah la ke blog ana..sama2 kita berkongsi ilmu..
http://jannatulwardah.wordpress.com

mohamadfbi said...

betul, sebut saja perkataan riak kita sudah tahu betapa buruknya sikap itu. tapi manusia tak pernah lari dari bersikap riak, bermegah megah dengan harta pangkat dan wanita (nasyid fatamorgana).

terima kasih bujang kerana mengingati, semoga kita sentiasa dilindungi Allah

amin

maCy said...

salam ziarah tuan tanah..

terkejut memula tengok b4 comment box ni.. hehe

terima kasih ats peringatan. kadangkala memang manusia tidak sedar, dirasa ikhlas, sebenarnya terpalit sedikit riak. moga Allah lindungi kita bersama..

zue zuya said...

assalamualaikum....

ilmu yg bguna utk semua...
slg mmperingti...ssh kn nk tetapkan niat yg btul...

Siti Salha Rosman said...

Assalamualaikum,

Alhamdulilllah. Saya telah membaca entri ini dari awal hingga akhir. Sungguh memberi manfaat. Juga suatu nasihat dan peringatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat yang lain juga. Semoga kita sentiasa ikhlas dalam setiap amal yang dilakukan..=)

SengsarA_DeritA said...

wah!!... 1 pekara lagi aku blajar hari ini,,:) thanks ......nak share link ni...

Dikjaa said...

thanx cuz tgur. sy akan cube perbaiki. thanx a lot :)

afiff edogawa said...

syukran for the tazkirah.. :)

tHis iS Me said...

salam...
teguran yg berkesan...
syukran..

shigellazoster said...

assalammualaikum BS..
salam singgah di blog anda,,,
tQ 4 ur tips and link ni skli lagi.
4 me its good to share.. saling mengingati lebih baik...
wasalam

Yan said...

ALHAMDULLILAH dapat satu pengetahuan dan boleh jd panduan diri saya dan anak2..INSYALLAH

lame star said...

salam ukhwah...
thnx 4 dis link...ingat mengingati sesama muslim amalan mulia...
betul tu,kadang-kadang kita tak perasan yang kita ni 'ter'riak depan orang...even rasa takut untuk buat orang rasa kita riak@menunjuk pun sebenarnya boleh timbulkan rasa riak^^

NAILIMAHAT.BLOGSPOT.COM said...

Salam Pakcik Bujang,info yang sungguh berguna untuk dikongsi.terimakasih.

NAILIMAHAT.BLOGSPOT.COM said...

sunguh bermakna.

NiaNurani said...

salam Bs,

keihklasan mmg sukar utk dinilai..krna ikhlas itu rahsia Allah..org yg ikhlas diibaratkan sperti seekor semut yg hitam, yg berada di atas batu berwarna hitam, di dalam malam yang gelap gelita..peringatan bersama..Same2 kita luruskan niat..^^

FaD + iLaH said...

terima kasih sudi berkongsi..sesungguhnya yg baik dtg dari Allah..yang tidak baik dtg dari kejahilan diri sye sendiri..Waallahualam..

F33Z~Hafizah~cucuatokaji said...

syukran jazilan ya ustaz....huhu..memang tengah jage hati dr sifat riak ni...thats why saye deactivate jap FB saye...dari sane saye lihat ramai rakan2 yg tanpa disedari terjerumus dalam kancah RIAK ni.....asik nak citer pasal diri dlm fb....pandai org yahudi ni ye gune FB hanyutkan org islam...

anyway thanks for the info :)

chacha said...

assalamualaikum....terima kasih sebab jemput saya klik link nie... info yang amat berguna dan bermanfaat...sesama mengingati sesama muslim....

~naddy~ said...

salam. sgt berinfo entry nih, scara tak sedar selama ni sy antara org yg tak amik peduli atas perihal org lain. maksudnya sy bkn la org yg mnyampaikan scara konsisten. moga sy dpt mnjdi penyampai berilmiah satu ari nnti, amin!~

aimi nadiah said...

part ikhlas tu mmg susah kan?
bak kata2.. "ibarat semut itam,di atas batu itam,di malam yg kelam.." susah nk nampak.. susah nk nilai..
tp klu usaha msti boleh jgk len kali..

aimi nadiah said...

part ikhlas tu mmg susah kan?
bak kata2.. "ibarat semut itam,di atas batu itam,di malam yg kelam.." susah nk nampak.. susah nk nilai..
tp klu usaha msti boleh jgk len kali..

Khel Khaliesah said...

TQ, KERANE LINKAN POST NI KAT MY COMMENT... MEMANG BERGUNE...

Joe's Babe said...

saya sendiri kadang2 terlepas pandang. eheemmm...sebenarnya selalu. sebenarnya tak sedar mulut sedap bercerita itu ini . lepas dah terlepas cakap barulah terfikir, nampak berlagak sangat ke aku cerita tadi? hmm..khilaf saya sebagai makhluk Allah.
Anyway, terima kasih sebab tinggalkan link2 ni kat blog saya. memang menyedarkan dan menginsafkan.
salam perkenalan dari saya.

assalamualaikum

MiSS WaNa HeRMan said...

assalamualaikum..
syukran atas nasihat dan perkongsian..
kita manusia sering m'sia sering alfa dan melakukan dosa.
Tapi hamba yg beriman akan memohon keampunan bila melakukan dosa..
moga kita sentiasa diredhai Allah..



~al-faQir ilallah~

nadiahhazirah said...

assalamualaikum w.b.t
syukran coz invite bc artikle ni..uhhu,,btol3,,sometime ta pasan pon yg niat kita sebenarnya salah.. bhye pujian ,,coz sometime bleyh jadikan someone riak,, moge semua muslim n muslimat yg berblogger hnye satu niatnya,,iatu mencari keredhaan ALLAH insyaALLAH,, moge ALLAH memeliahara hati2 semua agar tidak terpesong.. insyaALLAH...

nadhirah said...

syukran ats perkongsian...smoga dpt mndidik hati dr sifat2 riak dn memupuk sifat2 ikhlas dlm diri kita..insyaAllah..

aiyang said...

assalamualaikum...terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membaca n3 saudara...

terima kasih kerana sudi memberi tunjuk ajar...

semoaga Allah merahmati tuan hamba

Arizakiah said...

Assalamualaikum,
Terima kasih sudi menjemput melayari n3 ini.
Semoga segala maklumat mendidik hati dan jiwa,
Semoga segala kerja buat kita mendapat redhaNya...

yusrina said...

alhamdulillah....artikel ini sedikit sebanyak dpt sedarkan kita...semoga saling berkongsi untuk kebaikan di antara kita,,aminn

sayda said...

Assalamu'alaikum

InsyaAllah, mudah2an Allah mempermudahkan untuk berusaha berbuat sesuatu "lillahi ta'ala"

Amin

yatie Awang said...

tak nak jdi seorang yg riak, minta2 dijauhkan Amin...

mujahidah said...

salam.terima kasih mengingatkan.walaupun pada mulanya nak buat baik,tapi syaitan n nafsu kita mesti selitkan jugak sekelumit rasa ujub tu..insyaallah..sama2 kita membetulkan niat..insyaallah

thumbs up 4 entry! *menghargai bukan memuji..

shida said...

trimas!!
tazkirah pepagi ni ha
syirik kecil ni amat bahaya..hu3...semoga Allah pelihara iman kita~~

roha said...

Salam Bujang Susah.
Semoga diberkati dan dirahmati Allah swt. Ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi bersama.

Burnette said...

expensive housing area or move to another part of the country where Eazy E died from aids. I think the most important factor is the listener.