Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Monday, September 14, 2009
MALAS...!!!!!
Bismillahirahmannirahim..
Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku
Katanya : "saya adalah yang paling malas"
Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"
Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".
Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"
maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".
Maka raja pun terdiam.....
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:
"saya adalah yang paling malas tuanku".
Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"
budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas"....
Hehehe... Selamat menyambut syawal yang bakal menjelma buat semua sahabat2 serta pengunjung blog ini. Ampun maaf dipinta andai ada terkasar bahasa, terlebih kata2, tersentuh hati terasa jiwa. Semoga segala amalan kita diterima Allah. insyaAllah. Wassalam.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
18 comments:
asalamualikum BS apa khabar, lucu juga lawak awak ni yee!. Blog paling update on time. Tahniah..teruskan perjuangan.etuzawarnakehidupan.
Salam BS,
7 likur ni jangan malas-malas ya dik..Sesekali posting humor gini best juga.Tak tension.Bagus la..
Apapun akak nak ucapkan selamat hariraya maaf zahir batin sekiranya ada terkasar bahasa dan terlebih bicara yang terasa dihati.Raya nanti datanglah Perak.Kemudian kita pergi pilihanraya diBagan Pinang.
nk komen pon malas...
hehe~
dah minta maaf ni ... tak ada entri baru lagi ke? saya pun minta maaf juga atas apa2 komen yang mungkin menyentuh perasaan sdr. tak ada niat pun nak buat begitu.
bulan puasa ni..kak zai paling malas nak berblog..pendek kata mmg malas nak baca sbnrnya..
sy paling malas tuanku..
'nak komen pun malas...
Salam.Ha...ha...ha. 3 X ja pasal letih puasa.
kelakar entri ini..
buat ku tersenyum..hehehe..
memang malas tul le budak tue..
Eloklah tu bermaaf-maafan
bukan nk boleh buat apa pun kalau tak bermaaf-maafan..penat sendiri saja..
anyway selamat menyambut hari mulia
moga kita berjumpa lagi dibulan ramadhan mulia ditahun2 yg akan datang..InsyaAllah
Salam BS,
Lawak bagus untuk release tension. Tapi jangan banyak sangat nanti hati mati dek banyak ketawa kata Rasulullah.
Salam Aidilfitri kepada BS dan blogger lain yang sewaktu dengannya. Hihihi mcm umum waktu berbukala pulak.
heheh..kelakar...
Nak ceritapun malas,memang pemalas sungguh budak tu.anak pakpandir agaknya..
Rajin la Bujang, wat Update nieyh..he3 Bagus Teruskan Usaha..aku doakan engkau berjaya di dunia dan di akhirat..
Nota: lawak tu ada dalam Buku Mastika la kat senyum pisang..hu3
lawak2
aku ingatkan aku la yang paling malas
*malas hidup............
Salam.... nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri and...
"May you be blessed by the love of Allah and be guided by Him in whatever you do......."
dah pnah baca..dalam mastika..hehetp,xpe..
nak tegur pun malas la
huhuhu
baru je join blog ni hari ni..memang up to date.bagus2.dan cite ni memang betol2 buat aku tersenyum,hehehe...memang pemalas tahap cipan lah tu.
Post a Comment