Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, September 16, 2009

HATI YANG KERAS

Bismillahirahmannirahim..

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya
“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”
” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

12 comments:

sha said...

aik..kisah budak kongsi baju sekolah tu mcm dlm filem yg pernah aku tengok. Bukan filem tempatan.
sinopsis:
keluarga yg susah. Emaknya pernah menyusukan org tua. Baju sekolah itu adalah baju emaknya yg dihadiah oleh ayahnya.Setiap hari sekolah mereka harus bergilir menukar pakaian tersebut..
Anyway, apa yg u paparkan masih menyentuh perasaan.

Na'im Nikmat said...

Sungguh menyayat hati,buatkan aku selalu bersyukur kepada ALLAH S.W.T

juliet4ever said...

Sgt menyentuh perasaan ..Terkenang masa kecil2 dlu, baju sekolah x bertukar selama 3 thn dari darjah 4 hingga darjah 6 ..tapak kasut berlubang ..tebalkan muka ke sekolah ..Alhamdulilah ..rupanya ada yg lebih berat dugaan nya..

anakmuaallaf said...

Salam BS,
Akak pernah mengajar di KL dahulu.Banyak kisah-kisah begini akak jumpa.Pengalaman begini yang mematangkan akak untuk menjadi seorang aktivis masyarakat.
Sebagai pendidik kitalah orang pertama berdepan dengan masalah masyarakat berbanding dengan lain-lain goverment staff.

MAWAR PINK said...

pernah tengok filem ini..jdkan ia sebagai ingatan dan panduan...jangan mudah menghukum seseorang sebelum tahu sebab dan bukti...

Saya sokong dan setuju Anak Muallaf..teruskan usahamu..

bungacahaya said...

Kita akan rasa senang bila kita tahu kesusahan org lain...

Salam aidilfitri BS

Maiyah said...

salam.. sebak gak baca, sy masih bersyukur dlm ketentuan Illahi ini sesungguhnya ujian Allah selaras dgn kemampuan.. dan ujian dlm bentuk yg berlainan.. subhanallah.. selamat hari raya :)

green said...

insaf..

kadang2 kita tak sedar hidup kt ni cukup mewah....

al-lavendari said...

harap2 kejadian yang serupa tidak berlaku lagi pada masa ini.

fadzilah said...

sedih baca citer ni..
terharu rasanya...moga2 anak muridku tiada yg sebegini.

nurull_da_art said...

such a touching story to read, thank u for sharing :)

Daun said...

sedih cite ni,

sesusah kita ada lagi orang susah..