Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, September 16, 2009

BEKAS PELAJAR UIA SYAHID DI PALESTINE

Bismillahirahmannirahim..

Semalam sewaktu menunggu waktu berbuka puasa saya dikejutkan dengan berita Bro. Ubaida M.A AlQudsi syahid di tanah tumpah darahnya Palestine kerana ditembak oleh askar Israel laknatullah. Hampir tercampak telepon yang saya pegang mendengar berita sedih itu.

Ubaida yang sepanjang belajar di UIA sangat aktif dalam IIUM Al Aqsa Friends Society dan juga nasyid baru saja menamatkan pengajian komunikasi dan pulang ke kampung halamannya Palestine selepas selesai peperiksaan semester lepas. Saya menalipon rakannya, Herbawi, untuk mengesahkan berita itu. Herbawi dengan nada sayu menjawab, “Yes madam, he was shot by the Israel army 2 weeks ago and passed away yesterday.”

Kelab Al-Aqsa Friends Society adalah kelab yang paling aktif menjalankan program2 kesedaran menyelamatkan Masjid AlAqsa. Kebanyakan ahlinya adalah pelajar Palestine. Mereka sering ke pejabat saya untuk membincangkan program dan pengurusan kelab. Merekalah diantara ribuan anak didik yang saya sayangi di UIA ini. Melihat wajah2 mereka akan membuat anda terasa kecil kerana jiwa muda mereka yang penuh dengan semangat perjuangan. Jasad di UIA tetapi hati nun jauh di negara tercinta.

Dengan perasaan dilselubung cemas sepanjang masa kerana mengenangkan nyawa keluarga yang tidak putus2 diancam yahudi, mereka masih terus belajar untuk meraih ilmu.

Kalau anda biasa beri’tiqaf di IIUM SHAH’S Mosque sepuluh Ramadhan terakhir ini anda akan melihat kumpulan pelajar2 ini membawa walkie-talkie kerana menggerakkan usaha menghidupkan Ramadhan di masjid ini di kalangan pelajar UIAM. Saya dapat rasakan perasaan cinta mereka pada masjid UIA yang merupakan menifestasi dari cinta mereka kepad Masjidil Aqsa.

Syahidnya Ubaida akan semakin membakar semangat rakannya2 di sini.

Ini merupakan pemergian ke.. dua graduan yang bakal menerima skrol semasa konvo 2009 yang akan berlangsung bulan depan. Sebelum ini telah pergi Shafawati yang aktif dalam Kelab Mentor-mentee Gemilang kerana sakit Leukimia. Anak sulung dari 8 beradik berasal dari Sarawak, Shafawati yang dikenali sebagai Kak Sha di kalngan juniornya sangat peka dengan masalah masyarakat sehingga sanggup menghabiskan masanya dalam kerja2 kemasyarakatan CENSERVE tanpa memperdulikan penyakitnya.

Kedua2 mereka adalah hasil produk the Garden of Knowledge and Virtue yang benar2 menterjemahkan ilmu yang mereka dapati dalam bentuk bakti suci buat ummah tercinta. Pemergian mereka yang ditangisi oleh teman2 akan menyemarakkan lagi semangat cintakan ummah di kalangan pelajar2 UIA seluruhnya.

Konvo 2009 dijangka paling syahdu kerana pemergian 2 graduan yang menemui Tuhannya sebelum sempat menerima skrol dan pencapaian dua orang insan istimewa Nik Nor Ermiza dan Fahmi.

Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk terus membantu menghasilkan jiwa2 besar dari UIA yang bakal memimpin ummah tercinta ini. Ameen Ya Rabbal ‘Alameen.

____________ _________ _________ _________ _________ _________ _________ ________

FB produk zionis .. sapa2 yg masih setia lg di FB terminate la dgn segera.... Saya hairan mengapa ada ilmuwan yang masih mengharuskan memiliki produk2 ZIONIS ini... dgn alasan Rasulullah menjalankan muamalah dgn Yahudi di madinah.. Kita kena lihat pada zaman Rasulullah itu.. ISLAM ada kekuatan dan Yahudi adalah lemah ketika itu... apabila yahudi melakukan peperangan dgn ISLAM , Islam memenangi peperangan itu...tp sekarang umat islam tiada kekautan.. hanya dgn kuasa membeli saja yg kita ada... dgn tujuan melumpuhkan kekuatan ZIONIS dlm memerangi umat islam.... fikir2 kan laa..


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

3 comments:

lawan.us said...

insaf insaf dah mw lebaran nuich heheh?

fadzilah said...

sedihnya...saya akui mmg kumpulan2 ini yg mengimarahkan masjid IIUM sbb saya adalah ex-student iium..saya tau camne keadaannya...rindu suasana itu semua...
selamat hari raya aidilfitri

miss khairani said...

mereka terpilih untuk syahid..