بسم الله الرحمن الرحيم
Dear All
message to take NOTE, Something interesting for family members to be aware
Urgent Message from TELEKOM
To those who have a telekom home phone, please read. Here is the original text received from Telekom:
If you get a call from someone identifying himself as a phone technician performing a test, and this person asks you to touch nine( 9 ), zero( 0 ),hash sign ( # ) and then hang up... Please REFUSE TO DO SO! By pushing 90# , you are giving the individual, who called you, access to your telephone line and allowing them to place a long distance call with the charges appearing on your telephone bill.
We were further informed that line scam has been originating from many of the local jails/prisons.
Please pass the word around.
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Tuesday, December 21, 2010
PESANAN PENTING DARI TELEKOM
FITNAH BULITIN UTAMA KANTOI
بسم الله الرحمن الرحيم
'S'gor tak terlibat pelan pembangunan tapak surau'
Kerajaan Selangor tidak terlibat langsung dengan pelan pembangunan tapak sebuah surau di Rawang yang dibantah sekumpulan penduduknya semalam, dakwa setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin.
Beliau menjelaskan bahawa tanah yang terlibat dalam projek pembangunan tersebut dimiliki oleh dua buah syarikat pemaju yang menjalankan projek tersebut secara usaha sama.
Sebuah daripada syarikat itu didakwa tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan negeri.
Sehubungan itu, Faekah (kiri) berkata, pihak yang terlibat dalam perhimpunan itu, termasuk pemimpin Umno sepatutnya membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang "tuduhan liar".
Beliau juga mendakwa kerajaan terdahulu pimpinan BN sebenarnya yang telah meluluskan kedua-dua syarikat terbabit menjalankan projek tersebut atas tanah tersebut termasuk lot yang telah diwartakan untuk pembinaan surau.
“Fakta jelas mendedahkan siapa yang sebenarnya telah mengorban orang Melayu dan Islam di Rawang.
"Saya rasa mungkin lebih sesuai penduduk berhimpun di pejabat Umno dan MCA untuk membuat aduan mereka,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Jemput SPRM
Semalam, Badan Bertindak Surau Al-Hidayah (BBSAH) Kampung Melayu Rawang dilaporkan berhimpun dalam demonstrasi secara aman bagi membantah pengambilan tapak surau itu.
Penasihat BBSAH Datuk Ir Md Nasir Ibrahim dilaporkan berkata ketidakcekapan kerajaan negeri sekaran menyebabkan satu-satunya tanah orang Melayu di pekan Rawang yang luasnya tidak seberapa jatuh ke tangan swasta.
Beberapa pemimpin BN, antaranya Pengerusi Biro Agama Umno Selangor Datuk Zainal Abidin Sakom (gambar) turut kelihatan turut serta dalam perhimpunan itu.
Berhubung status gerai-gerai tanpa lesen yang beroperasi di sekitar surau berkenaan, Faekah berkata laporan awal yang diterima dari Pejabat Daerah Gombak mendedahkan ia dibina secara haram tetapi sewa dikutip oleh seorang bekas ahli jawatankuasa surau untuk mengisi tabung surau itu.
Bagaimanapun, katanya, ahli jawatankuasa baharu surau berkenaan mendakwa kutipan itu tidak pernah disalurkan ke tabung surau.
“Saya menyeru polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) membuat siasatan lanjut berkenaan hal ini dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memberi kerjasama penuh,” katanya.
Faekah juga berkata kerajaan Selangor akan memastikan penduduk di Kampung Melayu, Rawang, mempunyai kemudahan surau walaupun notis perobohan dan pemindahan telah dikeluarkan oleh syarikat pemaju bagi menjalankan projek pembangunan yang telah diluluskan lapan tahun lalu.
Kerajaan Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini agar penduduk di kampung itu dapat terus menjalankan ibadat seperti biasa. Mkini
Note: Kah..kah..kah..kah... Nak sangat burukan PR tak pasal-pasal kantoi bodoh jer. Umno yang luluskan perobohan surau dan pengambilan tanah hak melayu semasa khir toyol jadi menteri besar dulu. Kah..kah..kah..kah.. Apa lagi SPRM pegi la buat siasatan.. atau sebenarnya bila dah tau yang mmg umno punya kerja SPRM terus batalkan hasrat untuk siasat? Kah..kah..kah..kah.. Percayalah... SPRM akan batalkan siasatannya... melainkan najib mmg nak kantoikan si toyol.. kah..kah..kah..kah..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Monday, December 20, 2010
BUAS GILA MAMAT NI
بسم الله الرحمن الرحيم
Nafsu syaitan suami
KUALA LUMPUR: Malang bagi satu pasangan suami isteri apabila rumah tangga yang pada mulanya aman damai kini bergolak hanya kerana situasi janggal - si suami mempunyai selera pelik ketika bersama.
Mana tidaknya, si isteri yang inginkan dirinya dibelai dengan kasih sayang dan sentuhan manja, sebaliknya diratah suami yang lebih berselera melihat isteri disakiti.
Itulah nasib malang menimpa Niza, 26, yang tidak tahan dengan kelakuan suami, Ramli, 26, seolah-olah beraksi dalam filem lucah ganas mat saleh.
Ada kalanya Ramli mengikat Niza di katil sambil memukul atau setidak-tidaknya mencubit bahagian tertentu tubuhnya. Bahkan, pernah juga suaminya itu memasukkan sesuatu pada kemaluan isterinya untuk mendapat rangsangan seks.
Selepas hampir dua tahun diperlakukan begitu dan dikurniakan seorang cahaya mata, Niza akhirnya nekad melarikan diri untuk pulang ke pangkuan keluarganya yang menetap di sekitar Gombak, dekat sini, pada Oktober lalu.
Niza berkata, dia sudah kerap menasihati suami supaya tidak melayannya sedemikian rupa, tetapi ia tidak pernah bertahan lama.
“Lama kelamaan dia akan mengulanginya semula. Sebab itu, saya tidak dapat bertahan lagi.
“Sebagai isteri, saya hanya mahu dia (suami) melayan saya sebagaimana isteri normal yang lain. Jika berterusan begini, saya rasa cukup terseksa,” katanya.
Menurut Niza, pada mulanya dia hanya mahu untuk mengasingkan diri bersama suami buat sementara waktu dan tinggal bersama keluarga namun apabila memikirkan suami yang mungkin tidak akan berubah, dia mengambil keputusan untuk bercerai.
“Keluarga sering bertanya dan mendesak, apa masalah saya dengan suami. Saya beritahu mereka kami berkelahi dan hanya mendiamkan diri jika ditanya puncanya.
“Saya malu untuk memberitahu perkara yang sebenarnya. Bagaimanapun, selepas nekad untuk berpisah dengan suami, akhirnya saya terpaksa jelaskan semuanya pada ibu saya,” katanya.
Niza berkata, keluarga menghalang keputusannya untuk bercerai dan mereka mahu perkahwinan mereka diselamatkan.
Katanya, mulanya dia buntu untuk menyelamatkan rumah tangga mereka kerana tidak sanggup menerima layanan buas suaminya lagi.
“Ayah menjelaskan pada saya suami mungkin boleh berubah jika dirawat.
“Mulanya, saya kurang yakin bagaimana soal yang membabitkan hubungan seks dan nafsu begini boleh dirawat.
“Namun selepas memikirkannya dengan keadaan waras, apa salahnya untuk mencuba. Lagi pula, suami tidak membantah dan bersedia untuk mendapatkan rawatan jika perlu demi menyelamatkan rumah tangga kami,” katanya.
Kini, Ramli dibawa mendapatkan rawatan secara Islam bagi membuangkan selera pelik yang membelenggu dirinya ketika bersama dengan isteri.
Ketika ditemui, Ramli tidak menafikan dia suka menyakiti isterinya ketika berasmara semata-mata untuk mendapatkan kepuasan.
“Jika tidak berbuat demikian, saya tidak akan berasa ghairah. Bagaimanapun, saya tahu dia (Niza) tidak suka saya buat dia begitu.
“Masalahnya, sukar pula untuk saya mengawal diri. Jadi keputusan untuk mendapatkan rawatan begini mungkin adalah jalan terbaik untuk saya, lagi pula saya sangat menyayangi isteri dan tidak mahu berpisah dengannya,” katanya.
Ramli berkata, dia nekad untuk mengubah sikapnya dan berharap hubungan mereka suami isteri berkekalan.
Sehubungan itu, katanya, dia akan membuang sikap buruknya yang ada kala gemar menonton filem lucah ganas dan pelik, selain cuba bersikap normal kepada isteri ketika bersama.
“Saya difahamkan juga ada kemungkinan nafsu pelik yang saya miliki ini adalah disebabkan keturunan atau saka. Saya tidak pasti mengenainya, tetapi tidak salah berubat.
“Saya sedar apa yang saya lakukan pada isteri tidak patut sebagai seorang yang beragama Islam. Saya sepatutnya melayan dan membelai dia dengan baik.
“Saya bersyukur, isteri masih memberi peluang kepada saya. Begitu juga dengan keluarga yang ambil berat dan cuba menyelamatkan rumah tangga kami,” katanya. - MyMetro
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
UMI HAFILDA BERJUANG DEMI AGAMA
بسم الله الرحمن الرحيم
Note: Kah..kah..kah..kah.... " Saya buat ini semua kerana agama" kah..kah..kah..kah... aurat tu tutup betul-betul kak baru boleh cerita agama.. kah..kah..kah..kah.. Umi hafilda 12 tahun menghilangkan diri dah nak pilihanraya timbul semula.
SIAPA UMI HAFILDA
Mari kita baca pegakuan dari bapa minah ni... Haji Ali bin Omar...
Note: minah nih kalau tulis nama penuh dia mesti tulis UMMI HAFILDA 'TOM' ALI. TOM adalah nama ibunya.
PENGAKUAN BAPA UMMI HAFILDA
UMMI HAFILDA ialah anak bongsu dari enam beradik, tiga laki-laki tiga perempuan. Lahir pada bulan Jun 1967 di Kampung Klang Gate.
Bersekolah lulus tingkatan lima pelajaran agama lebih dari mencukupi umur enam tahun sudah membaca Koran dengan baik dan sudah tahu bersembahyang. Boleh menulis dan membawa jawi dan dapat melancar pelajaran agama Fekah dan Hadith
Berhenti sekolah dia bekerja di dua buah bank sebagai kerani dan pegawai bank dalam masa empat tahun. Dia meletakkan jawatan itu dan menubuhkan sharikat sendiri. Hasil yang diperolehi dari pinjaman bank yang banyak dia telah menjelajah ke London, Australia, Tokyo dan …(tidak terang). Lain-lain tempat. Sebenarnya business belum diuruskan dengan baik. Dengan sikapnya yang angkuh, riak takbur dan memiliki kenderaan-kenderaan mewah seperti mercedes, Jeep, Isuzu, Van biasa, BMW. Tiga empat kereta dalam satu-satu masa.
Sepanjang masa dalam riwayat hidupnya belum pernah ada ada risik dari mana-mana pihak yang bersetuju meminang hingga sekarang masih seorang andartu.
Bila umurnya meningkat lebih 20 tahun tingkah lakunya yang aggeresive begitu menjadi-jadi. Melawan, tidak pedulikan dengan nasihat, riak, takbur, pembohong, penipu.
25.8.98 kali terakhir dia keluar dari rumah ini. Kelang Gate Setapak KL.
1.9.98 jam 5.20 petang saya memangil kakaknya yang sulong dan memberi nasihat kepadanya bahawa dari tarikh tersebut saya lucutkan warisan zuriat Umi Hafilda dengan tidak mengaku anak dunia dan akhirat dan berwasiat dengan pesanan jangan lagi dia balik kerumah ini.
30.9.98 dia selitkan tiga surat layang dipintu gate besar dengan nama samaran jiran yang bersimpati.
6.10.98 dia suruh kakaknya mengemas semua kain bajunya yang berada dalam tiga bilik di rumah ini.
Kedatangan kakaknya dia menunggu bila saya tidak ada dirumah kerana berjumaat.
Hasil komplot Megat Junid sampai ketangan Khalis Jafri untuk dijadikan buku 50 Dalil sebelum sampai ke PM. Kerja-kerja fitnah ini dibiayai oleh Daim dan Tengku Adnan, Ziela isteri Megat Junit menjadi orang perantaraan.
Dalam hidupnya semasa dewasa ini hutang keliling pinggang. Pernah beberapa kali orang yang memberi hutang datang menyerang di rumah ini. Surat-surat bank dari seluruh KL menuntut hutang datang sepangjang masa pernah saya di tipu dengan lenyapnya kereta mercedes yang berharga $90,000 kerana melangsaikan hutang banknya.
Kekasarannya pernah beberapa kali ibunya mengeluarkan airmata. Dia sanggup menuding jari telunjuk kemuka ibunya dan disuruh 'shut up' Jaga sikit mulut. Semenjak tahun 1988 sudah tiga empat kali lari dari rumah berbulan-bulan lamanya keluar dari rumah.
Sifat fitnah menjadi-jadi walau pun dinasihati tetapi tidak diindahkan
Saya telah berkahwin dengan ibunya 42 tahun tetapi pada 20.2.1998 dalam masa beberapa minit sahaja tak tahulah apa yang difitnahkan kepada ibunya hingga membuat orang itu menyerang saya dengan keadaan luar biasa sehingga terpaksa saya melafazkan talak kepadanya. Kami bercerai sepuluh hari sebelum rujuk kembali.
Hasil kemuncak fitnahnya adalah dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Jawatan TPM dan dilucutkan keahlian UMNO yang menggemparkan dunia seluruhnya hingga kehari ini. Dialah bertanggungjawab penulis surat kepada PM pada 8.8.1997 memfitnah Anwar berzina dengan kakak iparnya hingga mendapat anak bernama Hafifah dan memfitnah abangnya mehmed Azmin setiausaha Anwar oang yang paling kaya dengan hasil rasuah serta perpakat dengan Azizan Abu Bakar memfitnah Anwar berhomosex dengan Azizan.
Surat-surat tersebut dengan 9.10.98 suruh abangnya Azwan buat laporan polis di Melawati dan menuduh dua abangnya Azman dan Azmin memecah masuk biliknya dan mengambil surat-surat penting dari bilik tersebut serta mendakwa abangnya Azman hendak membakar pakaiannya dan mendakwa Azmin hendak membunuhnya.
Dua orang pegawai polis Inspektor Ramlee dan DSP Ishak datang menyiasat kes tersebut serta seorang Juru gambar. - Catatan Haji Ali bin Omar (Bapa Umi Hafilda) 18.10.98
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
AYAM KFC JIJIK
بسم الله الرحمن الرحيم
Dedak makanan ayam yang terdapat dalam ayam goreng KFC
korang tengok tuuu...eii ado lagi dedak ayam kat daging ayam yang best tu! teruih jadik x best!
laaa...nasib dedak je, kalau najis ayam?...eiiii kotor laaa
Klik pada gambar kalau nak tengok dengan lebih jelas
dorang tak cuci betul2 ke niii...uwekkk!
Pemberi maklumat: kraiutara
- ijoks2009
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
SYIAH DI MALAYSIA SEMAKIN BERKEMBANG
بسم الله الرحمن الرحيم
Video penahanan penganut syiah di Malaysia
Note: Bukan 90 marhala dato' tapi 2 marhala, lebih kurang 89km - 90km.
Allah berfirman: Dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik - Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu). [al-Rum 30:31-32]
Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.
Kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah); dan untuk itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: “Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)” [Hud 11:118-119]
Rasulullah bersabda: Akan datang sesudah aku orang-orang yang berbuat fitnah, keburukan dan kejahatan. Maka sesiapa kamu yang melihatnya memecah-belahkan al-Jamaah atau hendak memecah-belahkan antara umat Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam atau memecah-belahkan urusan mereka, maka bunuhlah dia siapapun orangnya.
Sesungguhnya tangan Allah bersama al-Jamaah dan sesungguhnya Syaitan berlari bersama orang yang memecah-belahkan al-Jamaah.
- (Sahih: Hadis daripada Arfajah bin Syuraihin radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, Ibn Abi Syaibah, Abu Daud, al-Nasa’i (al-Sunan & al-Kubra), Ibn Hibban, al-Hakim dan lain-lain, di atas dengan lafaz Ibn Hibban dan dinilai sahih oleh Syu‘aib al-Arna’uth dalam Sahih Ibn Hibban – no: 4577 (Kitab al-Siyar, Bab Taat kepada pemimpin), demikian juga oleh Nasr al-Din al-Albani dalam Sahih al-Jamii’ al-Sagheir – no: 3621. Juga dikeluarkan secara ringkas oleh Muslim dalam kitab Sahihnya, no: 1852.)
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Sunday, December 19, 2010
PENYOKONG DAN PENGIKUT BODOH JAMINAN UNTUK TERUS BERKUASA
بسم الله الرحمن الرحيم
KEMBALIKAN PULAU PINANG KEPADA SULTAN KEDAH - zaini hassan - melalok
SAYA dan profesor kajian alam Melayu, A. Murad Merican mempunyai kepercayaan yang sama. Pulau Pinang harus dikembalikan kepada kerajaan Kesultanan Kedah. Bukanlah kerana saya orang Kedah dan Murad orang Pulau Pinang, maka kami bersetuju dengan cadangan itu. Tapi ia adalah berdasarkan fakta sejarah.Asal cadangan itu datangnya dari Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Wan Shamsuddin Mohd. Yusof melalui kenyataannya kepada Bernama 1 Disember lalu.
Berita itu bertajuk: Kedah dicadang tuntut semula Pulau Pinang:
‘‘PSMCK mencadangkan supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah kerana negeri tersebut pada asalnya kepunyaan Kedah.
Pengerusi PSMCK, Wan Shamsudin Mohd. Yusof berkata, cadangan itu ditimbulkan kerana Pulau Pinang adalah hak milik Kedah sebelum berlakunya perjanjian antara Sultan Kedah dan British pada 1786.
Kalau nak kenal ini lah penulis paling bangang dalam utusan melalok,kalau nak tau ini lah ahli sejarah paling bodoh sekali.Kalau sekali pikir buat apa nak tuntut semula seberang perai dan pulau pinang untuk di kembalikan pada negeri kedah pasal ini negeri sudah berada dalam malaysia.tapi apa yang pelik masa B-end yang memerintah pulau pinang takde pulak bising pasal nak kemabalikan pulau pinang pada kedah.
Kalau berani pergi la tuntut s'pore supaya di kembalikan semula kepada johor seperti hong kong.Kalau nak tau S'pore ni anjing amerika dan israel.Kenapa tiba - tiba muncul pulak idea bangang nak tuntut Pulau Pinang hanya kerana Pulau Pinang kepada kedah bila Pakatan memerintah Pulau Pinang.Dulu masa Si SUKUN perintah Pulau Pinang tak de pulak nak sibuk - sibuk buat tuntutan.
Kalau berani sangat nak buat tuntutan pergi tuntut Singapura,nama asal singapura dalah Temasik yang di perintah oleh Temagi yang kemudian nya di bunuh oleh Parameswara.Singapura pada asalnya adalah sebahagian dari Tanah Melayu,jangan percaya pada si pembohong macam abdullah munsyi yang telah kelentong seluruh anak cucu melayu yang mengatakan Raffles yang jumpa s'pore pada tahun 1819 pada hal Temenggung Ibrahim yang telah jual S'pore pada Raffles.
Apa la punya bodoh persatuan sejarah,yang di baca tu sejarah kelentong yang di tulis oleh nenek moyang para gerombolan.Pejuang melayu macam SI BONGKOK TANJUNG PUTERI yang di tuduh sebagai Lanun dan pengganas oleh barua - barua british macam munsyi abdullah yang telah berjuang untuk mengembalikan takhta johor dan singapura pada Sultan Ali.Sejarah mesti dikaji secara terperinci bukan main hentam "Cromok" saja Bodoh!
Kalau dulu sebelum Merdeka Rumah - rumah penduduk di Alamatkan sebagai Tanah Melayu termasuk rumah Lee Kuan Yew di Singapura Juga turut menggunakan Nama Alamat sebagai Tanah Melayu. Singapura kini dijadikan sebagai Israel dalam Nusantara Melayu untuk memantau semua pejuang - pejuang dari terus memberontak terhadap Israel dan barua - baruanya termasuk gerombolan sendiri.
INGAT !
Lihat Bagaimana dengan anglo-siam treaty 1909.Tanah melayu hilang empat wilayah, Kenapa tak timbulkan agenda ini? apakah seluruh rakyat malaysia tahu dan sedar bahawa didalam perlembagaan filipina dinyatakan bahawa sabah adalah sebahagian dari negara filipina,mungkin ramai yang tidak sedar hal ini! kenapa persatuan sejarah tidak menimbulkan hal ini?
Jawapannya diorang semua sudah jadi bangang sebab di bodohkan dek gerombolan ! - pejuangpro-demokrasi
Note: Sebenarnya penyakit bodoh memang boleh berjangkit.. tapi kepada orang-orang umno je la.. Pengikut dan penyokong bodoh jaminan untuk UMNO terus berkuasa.. Kah..kah..kah..kah...
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
APA PANDANGAN ANDA DENGAN ARTIKAL INI?
بسم الله الرحمن الرحيم
Menuju Islam inklusif
Oleh SHAHAROM TM SULAIMAN
shaharomtm@yahoo.com
Perbezaan agama harus dikenal dan diolah lebih lanjut kerana perbezaan itu secara potensinya bernilai dan penting bagi setiap umat yang beragama dalam memperkayakan imannya.
SYARAT pertama iaitu beriman kepada Allah tidak harus dibatasi dengan keimanan menurut cara Islam. - Gambar hiasan
Para pemimpin Islam sering menyatakan bahawa Islam adalah agama toleran, yang menghormati dan menghargai agama-agama lain. Begitu juga pemimpin agama lain turut menyatakan hal yang sama bahawa agama mereka juga mempunyai sikap toleran yang tinggi. Namun, dalam realiti kehidupan, ia menunjukkan betapa konflik umat manusia sama ada konflik etnik, konflik politik-sosial-ekonomi dan keganasan global sering terjadi atas nama agama. Misalnya, lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan di bahagian dunia lain. Apakah ajaran agama-agama itu menuntut sikap dan tindakan sedemikian rupa daripada penganutnya? Apakah penghayatan agama yang mendalam akan melahirkan tindakan keras daripada penganutnya? Tentu sekali jawapannya tidak! Namun, realiti menunjukkan kekerasan sering berlaku atas nama agama sehingga melahirkan sikap eksklusif atau satu sikap bahawa hanya agama aku yang benar atau jaminan keselamatan hanya diperoleh dalam agamanya. Maka, akan ditafsirkan berbagai ayat-ayat suci untuk mengabsahkan tuntutan kebenaran itu.
Seorang pemikir Islam tersohor Indonesia, Nurcholis Madjid dalam bukunya, Dialog Keterbukaan, menjelaskan bahawa daripada sudut ajaran Islam, kerukunan umat beragama merupakan akibat wajar daripada sistem keimanannya. Nabi Muhammad s.a.w diperintahkan oleh Allah untuk menegaskan bahawa beliau bukan pertama dalam kalangan utusan Allah (dalam Surah al-Ahqaf, ayat 46). Juga ditegaskan bahawa Nabi Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, yang sebelumnya telah datang rasul-rasul lain (dalam Surah Ali Imran, ayat 144). Oleh kerana itu, Nabi Muhammad s.a.w juga menegaskan bahawa agama para rasul itu semuanya adalah satu dan sama, sekali pun syariatnya berbeza-beza.
Kesatuan agama para nabi dan rasul itu, sebagaimana disebut dalam al-Quran, adalah kerana semuanya berasal daripada pesanan satu ajaran Allah (dalam Surah Ass Syuura, ayat 13). Jadi, sudah seharusnya kita menghormati 'keberadaan' agama-agama itu tanpa membeza-bezakannya. Justeru, perasaan berat untuk bersatu dalam agama itu disebutkan sebagai sikap kaum musyrik, penyembah berhala (kaum Pagan). Sedangkan perbezaan antara berbagai agama itu hanyalah dalam bentuk jalan (syariah) dan cara (minhaj) menempuh jalan itu. Perbezaan tersebut hendaknya tidak menjadi halangan, tetapi menjadi satu motivasi untuk berlumba-lumba menuju kebaikan. Manusia tidak perlu mempersoalkan perbezaan itu, sebab kelak di hari kemudian, Allah akan menjelaskan tentang semua itu (dalam Surah al-Maaidah, ayat 48).
Kalaulah ini seruan universal al-Quran, mengapa penafsiran agama itu harus bersifat begitu dogmatik dan doktrin atau ia dikatakan menyangkut hal-hal akidah sehingga tidak lagi perlu dibicarakan dan sehingga terkesan teologi dan agama sebagai sesuatu yang tertutup dan eksklusif. Memang, dalam sejarah telah lama berkembang doktrin mengenai eksklusif agama sendiri bahawa 'agama sayalah yang paling benar', agama lain sesat dan menyesatkan. Pandangan semacam itu masih sangat kental, bahkan sampai sekarang, seperti termuat dalam buku-buku polemik dan juga buku ilmiah.
Rumusan daripada seorang pakar teologi Kristian kontemporari, Ajith Fernando, misalnya, menarik untuk diungkapkan. Katanya, 'other religions are false path, that mislead their followers' (Agama lain adalah jalan sesat, dan menyesatkan pengikutnya). Ungkapan Fernando itu memang sangat keras dan langsung menggambarkan segi eksklusifnya. Dan yang membimbangkan adalah kitab suci Kristian ditafsirkan seolah-olah membenarkan hal tersebut. Teologi inklusif ini, jika dibaca dari sudut pandang Kristian akan berbunyi, "Jesus adalah satu-satunya jalan yang absah untuk kebenaran dan keselamatan. Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku" (Yohannes 14:6). Pandangan eksklusif seperti itu memang dilegitimasikan atau tepatnya dicarikan keabsahannya melalui kitab suci. Tetapi itu bukan satu-satunya kemungkinan. Misalnya, dalam tradisi Katolik, sejak Konsili Vatikan II (1965), sudah jelas bahawa pandangan menjadi sangat terbuka ke arah adanya kebenaran dan keselamatan dalam agama-agama bukan Kristian. Karl Rahner, seorang pakar teologi besar Kristian yang menafsirkan Konsili Vatikan II, merumuskan teologi inklusifnya yang begitu terbuka dengan mengatakan, "Other religions are implicit forms of our own religion" (Agama lain adalah bentuk-bentuk implisit daripada agama kita). Tulisan Rahner mengenai hal itu dibahas dalam bab Christianity and the non-Christian Religions dan Observations on the Problem of the Anonymous Christian dalam bukunya Theological Investigations.
Dalam pemikiran Islam, masalah itu juga terjadi secara ekspresif. Walaupun sejak awal sudah ada konsep Ahli Kitab yang memberi kedudukan kurang lebih setara kepada kelompok bukan Muslim, dan ini dibenarkan oleh al-Quran, tetapi selalu sahaja ada interpretation away, iaitu satu penafsiran yang akhirnya menafsirkan sesuatu yang tidak sesuai lagi dengan bunyi 'teksual' kitab suci, sehingga ayat inklusif dibaca secara eksklusif.
Kembali pada teologi atau agama eksklusif, sebagai umat Islam mahupun umat Kristian dan umat beragama yang lain, semuanya telah mewarisi teologi eksklusif. Disebabkan pandangan itu, mereka menganggap bahawa hanya ada satu jalan keselamatan iaitu agama mereka sendiri. Pandangan itu jelas mempunyai kecenderungan fanatik dan dogmatik. Oleh kerana itu, diperlukan satu perspektif baru untuk melihat "Apa yang difikirkan oleh suatu agama, mengenai agama lain dibandingkan dengan agama sendiri." Perspektif itu akan menentukan apakah seorang yang beragama itu menganut satu fahaman keberagamaan yang eksklusif, inklusif atau pluralis atau seorang yang terbuka?
Dalam konteks umat Islam, perlu dibangunkan sikap Islam inklusif dan bukannya Islam eksklusif. Alwi Shihab, seorang sarjana perbandingan agama di dalam bukunya bertajuk Islam Inklusif, menjelaskan bahawa Islam inklusif adalah satu sikap terbuka dalam beragama. Alwi berhujah dengan ayat al-Quran, Surah al-Baqarah, ayat 62, "Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani, dan sesiapa saja di antara mereka beriman kepada Allah, hari kemudian, dan beramal soleh, mereka akan menerima pahala daripada Tuhan, tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan tiada pula mereka bersedih hati." Secara sepintas lalu, ayat itu menunjukkan jaminan Allah atas keselamatan semua golongan yang disebutkan dalam ayat tersebut. Jika demikian halnya, di mana letak keistimewaan umat Islam kalau semuanya akan selamat? Lantas, bagaimana pula dengan ayat al-Quran yang lain seperti yang disebut dalam Surah Ali Imran, ayat 85, "Barang siapa yang mencari agama selain Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi."
Perlu diingatkan bahawa maksud 'dalaman' al-Quran tidak akan dapat dijangkau maksudnya secara 'pasti'. Kerana itu, penafsiran ayat al-Quran tidak lain hanyalah penjelasan tentang erti atau maksud firman Allah sesuai dengan batas kemampuan yang menafsirkannya. Buktinya, para sahabat Nabi sendiri berselisih faham dalam hal-hal yang berkaitan tafsiran. Bahkan ada di antara mereka yang memahaminya secara tidak tepat. Logiklah, ketika Ibnu Abbas, seorang ulama yang dinilai paling berwibawa dalam penafsiran al-Quran, menyatakan bahawa ada beberapa ayat al-Quran yang tidak dapat difahami, sekalipun oleh ulama. Hanya Allah yang mengetahuinya.
Dalam penafsiran moden menurut Alwi, ada berbagai pandangan yang menunjukkan keragaman. Misalnya, Muhammad Abduh berpendapat bahawa syarat pertama iaitu beriman kepada Allah tidak harus dibatasi dengan keimanan menurut cara Islam. Selanjutnya, anak muridnya, Rasyid Ridha, ikut memperkuatkan pendapat gurunya. Ridha mengakui bahawa keimanan sejati kepada Allah dapat ditemukan di luar Islam, mungkin yang ia maksudkan adalah orang-orang terdahulu yang beriman kepada Allah sebelum diutusnya Nabi Muhammad s.a.w. Manakala ahli tafsir Syiah tersohor, Allamh Al-Thabathabai lain pula penafsirannya. Baginya, Allah tidak memandang pada agama tertentu, tetapi yang penting adalah substance dan esensi tersurat yang terkandung dalam agama itu. Selagi tiga syarat dalam ayat (Surah al-Baqarah, ayat 62) telah dipenuhi, maka janji Tuhan itu akan terlaksana. Pandangan Thabathabai itu juga dijelaskan dalam tulisan Fazlur Rahman, pemikir Islam tersohor, yang berusaha untuk menunjukkan semangat inklusif.
Semangat dan sikap Islam inklusif amat bertepatan dengan rumusan Sidang Agama-Agama Dunia yang pernah diadakan pada 1993 dengan mengatakan, "Those who known only their own religion, know none. Those who are not decisively committed to one faith, know no others. To be religious today is to be inter-religious."
Penulis ingin menutup tulisan ini dengan kutipan daripada ajaran sufi. Para sufi tidak sahaja menegaskan kesatuan wahyu, tetapi juga menganggap diri mereka sebagai pelindung Islam dan pelindung agama-agama lain.
Akhirnya dalam semangat inklusif inilah kita menghargai perbezaan. Perbezaan agama harus dikenal dan diolah lebih lanjut kerana perbezaan itu secara potensinya bernilai dan penting bagi setiap umat yang beragama dalam memperkayakan imannya. - kosmo
Note: Dah berat ni... Bunyi macam syiah pun ada.. macam anti hadith pun ada... Tak pasti apa yang ingin disampaikan sebenarnya.. kot kena baca banyak kali la agaknya... Wallahualam.. Apa pandangan anda?
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
74 VS 28 PUKULAN GAMBIR SERAWAK
بسم الله الرحمن الرحيم

Wow! Mancungnya. Sah! Taib kahwini wanita Lubnan berusia 28 tahun malam tadi. Taib dan isteri, seorang wanita Lubnan dinikahkan Mufti Sarawak, Kipli Yassin, kira-kira jam 9.30 malam dengan satu majlis persandingan sederhana turut diadakan di ruang utama kediaman rasmi beliau.
Sah! Pengantin Politik Polular yang dipegang Bung bersama Zizie selama ini akan bertukar tangan kepada Taib Mahmud. Amacam Bung! berilah peluang pada Taib merasa pula, tak gitu!
Note: Fuhhhh... Taib ni umur 74 tahun dan isteri barunya 28 tahun... Gambir serawak pun dah x guna lagi dah ni..Kah..kah..kah..kah... Mungkin ada yang berkata dalam hati. Bila la si badak sumbu ni nak jalan. Kalau tak dah lama dah aku dapat kawin dgn model dari monggol... Kah..kah..kah..kah...
Note: Walaupun bukan hidung ori tapi hidung awek kat bawah ni mancung jugak kan. ala-ala ahli sihir gitu... kah..kah..kah..kah...
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
LUBANG MCA PULA PECAH
بسم الله الرحمن الرحيم
Note: LGE ni pecahkan lubang cina MCA la plak.. Rupanya MCA dalam diam selama ni pandang rendah pada melayu umno dan jadikan pemimpin UMNO ni hamba dia... Hamba untuk MCA mengaut projek jota jota... Kah..kah..kah..kah... hidup MCA...!!!! siapalah BN tanpa MCA... KAh..kah..kah..kah...
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.