(218) ABO @ Bukit Gantang -
Email ini dari patik pacal yang hina mempersembahkan untuk bacaan ke bawah Duli Raja Segala Raden yang kini bersemayam di Istana Teluk Intan yang lip lap lip lap siang juga malam. Menjunjung Duli.
Adapun email ini dikirim, bukan mahu menyembah derhaka, jauh sekali untuk menderhaka, kerana patik pacal yang hina sungguh teruja dengan kurniaan bintang yang telah Tuanku berikan kelmarin. Patik juga merasa sungguh terharu apabila sehari selepas kurniaan bintang SDKA itu benar2 meruntun hati patik bila melihat alam ciptaan Tuhan turut 'menangis' gembira.
Sungguh benar Tuanku, kelmarin jam 5 petang hampir 200 buah rumah hamba rakyat di Bachok, Kelantan remuk dibadai angin taufan. Sayugia patik menyusur bicara ini memaklumkan bahwa sejak malam tadi, hampir separuh dari negeri Tuanku dari Kuala Berlumpur hingga ke Kuala Peh..Liss diterkam cahaya kilat dan petir, yang sabung menyabung. Benar Tuanku, pada pagi ini, seluruh negeri Tuanku ini juga lencun bermandikan air, kabus hingga ke tengahari. Itulah penghargaan alam kerana kemurahan Tuanku menganugerahkan bintang2 kepada segala raden di dalam kerajaan langit Tuanku. Ampun Tuanku ! Hamba pacal yang hina memulakan bicara peringkat kedua..
Maafkan patik Tuanku, bukan patik mahu menjulang derhaka kepada Tuanku kerana patik engkar hadir bertamu di majlis Tuanku tempohari. Sesuai dengan persalinan patik sebagai seorang raden, sudah pasti patik amat kalis akan sindrom spesis 'melayu mudah lupa'. Tidak Tuanku. Patik pacal yg hina tidak begitu Tuanku. Terus terang patik menyambung bicara, patik tidak dapat hadir ke majlis doa selamat di hari keputerahan Tuanku di Masjid Diraden Ansoniah itu kerana patik dan sekelian hamba rakyat terasa gementar sangat-sangat Tuanku.
Sesuai dengan persalinan patik dan sekelian hamba rakyat, ke majlis Tuanku di masjid itu senanglah hanya dengan hanya memakai ketayap dan kopiah putih berkain pelikat sahaja, Tuanku. Benar Tuanku ! Ampun Tuanku, kerana niat untuk bersama Tuanku meraikan majlis itu tidak dapat dipenuhi. Patik dan sekelian hamba begitu gerun Tuanku, bila menghampiri Masjid Diraden Ansoniah pada senja itu Tuanku, gerun kerana melihat laskar2 bertopi merah dan berbaju perisai, juga tok2 SILOP melingkari seluruh masjid itu Tuanku. Patik dan sekelian hamba rakyat bimbang disaman kerana tidak memakai helmet ke masjid, Tuanku ! Sedangkan saman tak pakai helmet itu hari pun, patik dan sekelian hamba rakyat belum mampu membayarnya. Ampun Tuanku !
Patik serta sekelian hamba rakyat juga begitu terkesima melihat bala tentera yg sungguh2 berjaga di setiap pintu masuk masjid Tuanku, adakah negeri Tuanku telah diserang Garuda ? Sedangkan esok hari Tuanku begitu ceria mengurniakan darjah kebesaran SDKA kepada sekelian raden yang Tuanku pilih ? Molek sungguh patik pacal yang hina ini menyambung bicara, sekiranya suasana ceria itu seperti hari anugerah bintang, nescaya majlis doa selamat di masjid Diraden Tuanku akan dipenuhi oleh puluhan ribu hamba rakyat Tuanku. Apakah memanda menteri Si bendahara Pasola tidak menasihati Tuanku ? Malang sungguh jika mamak Bendahara hanya menjadi si buta dihadapan Tuanku. Jika patik menjadi Tuanku, sudah pasti patik akan humbankan memanda Pasola itu ke lubang kubur, kerana kemuliaannya ada disitu, menjadi pengali kubur. Bukan memanda Bendahara di negeri Tuanku.
Akhir kalam patik menyusur bicara, patik gumbira dan sangat berterima kasih kepada Tuanku kerana Tuanku sedar walaupun Tuanku seorang kerabat DiRaden, tapi Tuanku tak aksyen. Ampun Tuanku..Duli Raja segala raden, siRadenraja Sheikh Teluk Intan.
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Wednesday, April 22, 2009
Email buat Duli Raja siraden Sheikh Teluk Intan
Jantan di Bukit Gantang, Betina di Penanti ?
(219) ABO @ Bukit Gantang -
Mengapa menjadi satu masalah besar bagi Umno untuk memutuskan samada perlu atau tidak bertanding di dalam Pilihanraya Kecil Dun Penanti yang telah dikosongkan sekarang? Apakah Umno kini sudah kehabisan `peluru' untuk bertempur dengan PR setelah tersungkur di dalam beberapa Pilihanraya Kecil baru-baru ini?
Saya rasa tidak begitu, kerana Umno dikenali terlalu banyak menyimpan `peluru' mereka walaupun sekadar memiliki `peluru' kosong. Atau mungkin juga Umno mempunyai banyak `peluru' tetapi tiada `panglima' yang benar-benar berani dan layak untuk membawa bala tenteranya ke medan perang di Penanti. Sekiranya ada panglima sekalipun, mana mungkin untuk bertempur jika ketiadaan askar? Wah ! sememangnya Umno benar-benar menghadapi kesulitan sekarang.
Setakat ini dari pemerhatian kita, majoriti rakan-rakan dalam komponen Bn serta tokoh-tokoh politik dalam Umno dan Bn bersetuju sekiranya Umno menarik diri dari bertanding di Penanti. Banyak alasan yang masing-masing berikan tetapi tiada satu pun yang berani menyatakan bahawa jika Umno bertanding Umno bakal akan di`telanjang'kan sekali lagi di Penanti. Hampir kesemuanya hanya berkata sepertimana yang Najib kata kerana sudah menjadi tradisi dan tabiat `burung kakak tua' atau `belatuk'.
Ulasan dari seorang tokoh Umno di P.Pinang lagi melucukan, beliau berkata pilihanraya tersebut tidak memberi apa-apa makna pada Umno samada kalah atau menang. Benarkah begitu? Ini bermakna bahawa Umno selama ini bertanding hanyalah untuk mendapatkan kuasa semata-mata, jika menang tetapi tidak boleh mengambil kuasa ia bererti membuang masa. Realiti di P.Pinang jelas bahawa jika calon Umno menang sekalipun, Umno tidak boleh mengambil alih kuasa di P. Pinang. Justeru itu, pada pendapatnya Umno membuang masa jika bertanding di sana. Jadi, tidak perlu lagi kita hendak menuduh bahawa Umno sememangnya gila kuasa bukan untuk berkhidmat untuk rakyat kerana kenyataan tokoh terbabit jelas menggambarkan sikap Umno P.Pinang.
http://mail.google.com/mail/?ui=2&ik=eaf612b410&view=att&th=120be7c2a35d90c9&attid=0.2&disp=inline&zw
Kenyataan tersebut bertepatan dengan apa yang telah berlaku di Perak, betapa kerana inginkan kuasa Umno sanggup membelakangkan demokrasi di Perak. Mereka tidak hiraukan berapa lamakah rakyat Perak akan tinggal di dalam negeri yang tidak tentu hala pemerintahannya apatah lagi ekonominya, asalkan Umno boleh berkuasa di Perak. Jika benar Umno ingin mencurahkan khidmatnya yang dikatakan lebih baik dan telus dari PR, mengapa perlu takut untuk mencuba nasib di Penanti?
Apakah kerana sayangkan duit kononnya pembaziran besar jika diadakan pilihanraya? Memang banyak pembaziran berlaku sebelum ini dalam setiap pilihanraya kerana seluruh jentera kerajaan dikerah untuk membantu calon Umno/Bn termasuk dari pasukan keselamatan yang dikerah bertugas siang dan malam yang mempunyai jumlah kakitangannya mencapai bilangan yang tidak munasabah. Peranan media elektronik seperti TV dan radio yang siang malam berkempen untuk calon Umno/Bn bukannya sedikit perbelanjaan yang digunakan.
Saya bersimpati juga dengan Umno kerana begitu sukar untuk mendapatkan calon yang sesuai untuk diletakkan di Dun Penanti. Sememangnya Pemuda Umno Permatang Pauh begitu kepingin agar Umno meletakkan calon di sana kerana dengan adanya pilihanraya nanti mereka sudah pasti mendapat `habuan' dan dapat bersukaria dan berkhemah, berkelah di Penanti sambil menikmati wang peruntukan yang banyak. Kita dapat lihat betapa golongan-golongan pemuda dan puteri mereka begitu mewah setiap kali pilihanraya kecil diadakan. Jika Umno meletakkan calon mereka di Dun Penanti nanti, belum sempat kotor atau lusuh topi, baju dan payung Umno/Bn yang diberi semasa di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, mereka bakal perolehi topi, baju dan payung yang lain pula. Jadi, memang tindakan bijak Pemuda Umno mendesak agar Umno meletakkan calon mereka di Penanti nanti.
Tentang calon, jika Umno buntu untuk memikirkan siapa yang layak untuk di`sabung'kan di Dun Penanti, mungkin cadangan saya ini dapat membantu Umno sedikit sebanyak. Saya ikhlas ingin mencadangkan agar pertamanya Tun Mahathir di calonkan di Dun Penanti kerana beliau salah seorang tokoh yang benar-benar mahukan Umno bertanding di sana. Manalah tahu kalau-kalau masih ada golongan tua yang hampir tiada gigi di Penanti akan menyokongnya. Golongan-golongan ini kebiasaannya menebal dengan prinsip `takut kembali makan ubi kayu' jika sokong pembangkang. Tokoh kedua yang pada fikiran saya mungkin Umno boleh pertimbangkan adalah dengan meletakkan Sdr Ezam Mohd Noor bertanding di sana. Bukankah semangat `asas perjuangan melayu' Sdr Ezam teramat tebal dan sesuai untuk bertanding di kawasan yang majoritinya Melayu di sana?
Meskipun sebelum ini Sdr Ezam yang digelar `Raja Sesumpah' sering membawa `bala' buat Umno di dalam beberapa Pilihanraya Kecil baru-baru ini, tetapi manalah tahu `badi'nya akan hilang jika ia menjadi calon. Calon ketiga yang pada saya mungkin dapat dipertimbangkan oleh Umno ialah dengan meletakkan mana-mana pemimpin Umno P.Pinang yang Umno rasa ingin `korban'kan kerjaya politiknya secara perlahan-lahan untuk bertanding di Penanti. Jika calon tersebut menang, ia merupakan bonus buat Umno dan jika ia kalah sekali pun tentunya boleh buat Umno P.Pinang bergembira.
Bagi Parti KeAdilan Rakyat khususnya dan PR amnya, pilihanraya yang bakal ditempuhi nanti diibaratkan sebagai proses `pembersihan' kepimpinan PR di P.Pinang. Demi merealisasikan proses ini, sudah tentu calon dari PKR nanti terdiri dari tokoh yang bersih jiwanya zahir dan batin. Samada Umno bersikap `jantan' atau tidak, PR harus berusaha gigih mendapatkan keyakinan rakyat di Penanti. Apa yang pasti, pilihanraya tetap diadakan dan pertandingan tetap wujud samada Umno bertanding mahu pun calon bebas yang pastinya pro- Umno akan bertanding. Mungkinkah rekod calon bebas yang bertanding di Bukit Selambau akan dipecahkan di Penanti? Segalanya tidak mustahil kerana di era Najib, tiada yang mustahil. Kita bakal menyaksikan kembali `roh' Altantuya menjelma di Penanti selepas ini.
Artikel oleh Penulis Tamu@al-Banjari - Saudara WFAUZDIN NS
IMPIAN IBU SEMENTARA IBU MASIH ADA
Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. mak aku dah balik dari hospital. tgk mcm ada kureng sikit sakitnya setelah dua minggu terlantar dalam wad kerana tekanan darah yg x setabil. dua minggu kami adik beradik bergilir temankan mak di hospital. Aku x terasa susah pun utk melawat mak, cuma keadaan saja yg selalu x berapa mengizinkan. Aku mempunyai 9 org adik beradik 6 lelaki dan 3 perempuan. dan aku anak yg ke7. Dari 9 org hanya tinggal aku sorang yg belum berpunya... hihihi...
Yang selalu aku menung dan fikirkan, seorang ibu boleh menjaga makan minum 9 org anak tanpa perlu bergilir gilir. Tp 9 org anak nak jaga seorang ibu pun perlukan jadual. Mungkin bagi manusia yg x tahu di untung akan berkata.. "xkan la aku asyik ambil cuti jer. Klau itulah alasannya, aku nak tanya pernahkah ibu kita merungut kerana x dpt pegi kerja demi untuk menjaga kita sewaktu demam? klau sorang xper lagi. Ni klau dah sembilan org kemudian pula berjangkit dari seorang ker seorang, berapa lama dia terpaksa x berkerja? itu kira ok lagi tu.. klau tiba kesemuanya 9 org tu demam serentak, lagi la haru ibu kita. Tp aku x pernah dengar walau sekalipun dia merungut. Namun hakikatnya kasih seorang ibu kepada 9 org anak xkan sama kasih dari 9 org anak kepada seorang ibunya. Kita selalunya lebih sayang kepada kerja, isteri dan kesibukan kita. Ibu kita letak dibelakang. Kita takut gaji kita dipotong kerana banyak menganbil cuti. Kita takut isteri kita bising2 kerana lebihkan ibu kita. Kita takut cukup bulan nnt gaji tinggal ciput dan x mampu nak bayar mcm2 bil. Kenapa kita takutkan semua itu? Kenapa ibu kita dulu x pernah takut pun? Sedangkan ibu dulu hanya berkerja mengambil upah menoreh getah saja. Gaji x berapa sen. Namun berkat dari yakinnya pada ketentuan Allah, 9 org tiada satu pun yg mati x makan.
Nampak atau tidak dimana silapnya kita sekarang? Silapnya kita ialah sudah jauh dari agama. X yakin dgn rezeki yg Allah janjikan. X yakin dgn qada dan qadar. Yg pastinya x yakin dgn Allah. Takut jatuh miskin. Takut xder kerja. Takut melarat. Kerana mengejar kemewahan, ibu kita letakan di belakang. Sedangkan ketika inilah ibu kita sgt2 memerlukan kasih sayang anak2nya. bukan duit yg dipinta. Bukan emas, rumah besar atau harta yg melimpah. Dan memang sejak dari dulu x pernah itu yg dipinta. Ibu hanya ingin melihat anak2nya bahagia. Anak2nya gembira.
Namun disaat2 begini dia perlukan sangat anak2nya ada disisi. tidak mampukah kita?
Ayah telah dua tahun meninggalkan kami untuk bertemu Illahi. Alhamdulillah ibu masih ada.. Di saat2 usianya hampir tiba ke penghujung inilah perlunya aku berbakti. Sementara ibu masih ada.. Nak membalas jasa ibu sampai mati pun kita xkan mampu. Sementara ibu masih ada.. Bukan wang ringgit yg dia mahukan. Sementara ibu masih ada.. Dia hanya ingin tersenyum dan bergelaktawa bersama anak2nya... Hanya itulah impian ibu.
Buat teman2 yg masih mempunyai ibu, ingatlah... ibu bkn minta kemewahah kita. ibu xminta apa2pun dari kita. malah ibu memberi dan terus memberi dari kita kecil hinggalah kita dewasa. Hargailah pengorbanan ibu. baliklah kekampung untuk menjengok ibu. Sementara ibu kita masih ada di dunia.
Wassalam.
Tuesday, April 21, 2009
Ketua Menteri Sabah & Sarawak Dua Kali Lima, lima kali dua
Posted on Tuesday, April 21 @ 12:47:21 MYT by Reformis
Oleh masdarulawwal
Apakah persamaan di antara Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dan Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud? Jawapan biasa yang kita dengar ialah kedua-duanya berasal dari Wilayah Borneo Sabah dan Sarawak iaitu antara negeri yang kaya dengan minyak dan hasil mahsul bumi tetapi pada masa sama antara negeri termiskin di Malaysia.
Selain kedua negeri tersebut, Terengganu juga antara negeri yang kaya dengan hasil minyak dan tergolong antara negeri termiskin di Malaysia. Mengapa? Tidak lain tidak bukan hasil kekayaan negeri ini telah diratah dan dikaut dengan rakus oleh mantan Perdana Menteri (PM) Tun Dr. Mahathir (kini penasihat PM, Najib Altantuya) selama lebih 20 tahun malah ada yang mengatakan ianya lebih lama dari itu semata-mata untuk menyiapkan Putrajaya dan Cyberjaya yang sehingga kini tidak siap-siap.
Namun, bukan itu isu yang penulis ingin ketengahkan di sini tetapi adalah kekayaan dan budaya kronisme serta rasuah kedua-kedua ketua menteri tersebut yang pernah dilaporkan kepada Polis dan BPR yang sehingga kini tiada perkembangan lanjut. Mari lihat fakta berikut.
Rasuah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman
1. Musa Aman Menggunakan pengaruhnya meluluskan kontrak Penswastaan Skim Bekalan Air Sandakan Fasa 11 kepada syarikat proksinya City Best Corporation Sdn Bhd. Kontrak bernilai RM 450 juta (Baca: Duit Rakyat Sabah) itu diberikan kepada syarikat berkenaan walaupun tanpa pengalaman dan modal untuk menggerakkan projek tersebut.
2. Musa Aman Memanipulasi pengaruhnya ke atas Jabatan Kerjaraya (JKR) Sabah agar menganugerahkan kontrak penyelenggaraan jalanraya di Sabah kepada syarikat proksinya Globanico Sdn Bhd. Projek selama 15 tahun itu bernilai RM 600 juta diberikan tanpa tender terbuka.
3. Musa Aman Mendesak Kementerian Kerja Raya memberikan projek membina Jalan Donggongon-Papar Spurs kepada syarikat proksinya Kenatex Sdn Bhd. Projek 200 juta itu juga tanpa tender terbuka.
4. Musa Aman Menekan Menteri Kewangan Noor Mohamed Yaacob agar membatalkan projek membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) bernilai RM 800 juta kepada yang telah diluluskan kepada Ting Pek King dengan menyerahkan projek itu kepada syarikat WCT Sdn Bhd yang juga syarikat kroninya
5. Musa Aman Mengarahkan Yang di Pertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) agar melantik syarikat yang ada kepentingan dengannya Sagajuta Sdn Bhd bekerjasama dengan Warisan Harta Sabah Sdn Bhd membina Kompleks membeli belah bernilai RM 1 billion, suatu angka yang cukup besar.
6. Musa Aman meluluskan Konsesi Kayu Balak di Benta Wawasan kepada 18 Syarikat Kroninya tanpa tender dan penjualan Kayu Balak Bulat Yayasan Sabah di bawah harga pasaran kepada syarikat proksinya.
7. Beberapa hari lalu, salah seorang Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT)keADILan mempersoalkan perlantikan Mohd Hasnol bin Ayub, 44 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Sabah (IDS). untuk rekod, Hasnol ialah anak kepada abang kandung Musa Aman iaitu Datuk Ayub Aman yang turut menjadi Pengarah Suria Capital Berhad dan Pengarah Urusan Jahsia Construction Sdn, Jahsia Sdn.Bhd, Pengarah Sabah Port Sdn.Bhd, S.P.Satria Sdn.Bhd, Pengarah Hikmat Bumimaju Sdn.Bhd dan menjadi Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah sejak 2004.
Rasuah Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud
1. Taib Mahmud dikatakan menyogok RM 32 juta dalam kes berkaitan kayu balak di Sarawak seperti yang dilaporkan oleh akhbar Japan Times.
2. Keluarga Taib Mahmud memiliki kepentingan perniagaan besar di Sarawak sejak berkuasa selama 26 tahun lalu. Eksport kayu balak di Sarawak dikuasai oleh kerajaan negeri melalui Dewaniaga Sarawak yang diterajui oleh adik Taib Mahmud
3. Syarikat Cahaya Mata Sarawak (CMS) yang berkepentingan dalam bidang perbankan, kewangan dan pembinaan dimiliki oleh isteri Taib Mahmud, Laila.
4. Laila turut memiliki 27 juta saham dalam syarikat pengeluar Simen, CMS.
5. Anak Taib Mahmud turut memiliki saham dalam syarikat CMS bernilai 22 juta.
6. Pada 15 April lalu Bernama melaporkan, anak syarikat CMS, iaitu CMS Land Sdn Bhd menerima surat anugerah bagi kontrak bernilai RM232 juta. Kontrak tersebut adalah bagi pembangunan dan pembinaan bangunan ibu pejabat Sarawak Energy Bhd di Isthmus, Kuching
secara peribadi, Penulis menyokong usaha pembangunan demi rakyat Sabah dan Sarawak kerana itu adalah hak mutlak rakyat di kedua-dua negeri tersebut.
Malah, menjadi tanggungjawab mana-mana manusia yang diberikan amanah untuk memimpin melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan adil pada semua pihak.
Tetapi, penulis amat tidak setuju dengan tindakan kedua-dua KM tersebut yang mengutamakan kekayaan diri dan kroni melebihi kepentingan rakyat.
Lupakah mereka kepada Abdullah, Menantu dan kroni? Yang menjadi punca kejatuhannya? Ataukah mereka buat2 lupa? Jika Abdullah terpaksa melepaskan jawatan lebih awal, akibat desakan pihak berkepentingan, tidak mustahil kedua KM ini akan menimpa nasib yang sama.
Bukankah sejarah sering berulang? Sejarah adalah suatu panduan dan iktibar untuk manusia zaman kini, tetapi manusia tidak suka mengambil pengajaran daripada sejarah tetapi lebih suka mencipta sejarah yang akhirnya memakan diri sendiri.
Pelik Tetapi Benar
Suatu yang pelik apabila SPRM memejam mata berkenaan rasuah kedua-dua KM Sabah dan Sarawak yang juga pengerusi BN negeri masing-masing. Sedangkan pada masa bersungguh-sungguh untuk menyiasat hingga ke lubang cacing Menteri Besar Pakatan Rakyat di Selangor, Khalid Ibrahim dalam isu pemberian lembu kepada masjid di sekitar Kuala Lumpur. Ternyata SPRM, PDRM dan Jabatan Peguam Negara telah dilembukan oleh BN dalam perkara ini. Jelas, kedua-dua KM Sabah dan Sarawak ini sama sahaja dan bersifat dua kali lima atau lima kali dua.
RAKYAT SABAH DAN SARAWAK MENANTI PENTADBIRAN PAKATAN
Awas pemutarbelit "Jimadie Othman" dari Malaysiakini
Posted on Tuesday, April 21 @ 16:36:31 MYT by Paktam
Oleh ruslyislam
"Malaysiakini dilihat cuba memutarbelitkan kenyataan daripada setiausaha perhubungan PAS Wilayah Persekutuan, Hedzer Ibrahim. Melalui wartawan Malaysiakini , Jimadie Othman cuba mengandaikan kononnya PAS Wilayah Persekutan menolak kepimpinan Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.
Hari ini Hedzer telah mengeluarkan kenyataan balas bahawa Malaysiakini cuba memutarbelitkan kenyataan beliau tersebut.
Walaubagaimanapun Jimadie sekali lagi memutarbelitkan kenyataan itu kononnya sudah menjadi 'tradisi PAS' Wilayah menolak Ust Abd Hadi. Soalnya mengapa tidak disiarkan kenyataan penuh Hedzer malah cuba memutarbelit pulak kenyataan tersebut. Setidak-tidaknya sediakan link untuk pembaca mengetahui kenyataan yang sebenar.
Oleh yang demikian kredibiliti Malaysiakini sebagai media yang benar dan telus sangat kita ragui kebenarannya. Terlalu banyak berita yang bersifat menghasut. Adalah diharap pembaca Malaysiakini tidak mempercayai berita yang dikeluarkan dilaman web berkenaan tanpa usul periksa.
Sumber-sumber berita yang diambil, terutamanya oleh penulis Jimadie Othman juga biasanya tidak jelas.
Para pemimpin-pemimpin PAS disemua peringkat juga diharap berhati-hati memberi apa-apa kenyataan terbuka kepada Malaysiakini terutamanya kepada wartawan bernama Jimadie ini, kerana beliau merupakan seorang pemutar belit.
Kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini pun dilihat bersifat provokasi dan cuba memecahbelahkan PAS.
Kita juga sangsi kemungkinan Jimadie ni memang di utuskan oleh UMNO untuk memburuk-burukkan pengamal media internet.
Adalah diharapkan juga supaya pengamal media internet terus memaparkan berita secara telus dan sahih supaya menjadi alternatif yang baik kepada berita-berita di TV dan akhbar-akhbar.
Berikut merupakan kenyataan penuh Setiausaha Perhubungan PAS Wilayah En Hedzer Ibrahim Ibrahim
Saya selaku Setiausaha Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan kecewa dengan tindakan wartawan Malaysiakini, Jimadie Shah Othman dalam artikelnya yang bertajuk “PAS Wilayah tolak Hadi?” yang mana beberapa kenyataan saya turut digunakan disitu dan dimanipulasikan dengan niat yang subjudis terhadap proses pemilihan kepimpinan parti peringkat Wilayah Persekutuan.
Adalah dengan ini saya meminta agar pihak Malaysiakini tidak membuat spekulasi melampau terhadap keputusan mesyuarat agung peringkat kawasan di Wilayah Persekutuan.
Perwakilan dan Pimpinan Baru Kawasan Buat Keputusan
Saya tidak menafikan bahawa sehingga kini sebanyak 9 kawasan telah mengadakan mesyuarat agung. Mengikut tradisinya, kebiasaanya Perwakilan mesyuarat agung kawasan akan menyerahkan mandat bagi membuat pencalonan untuk Jawatan Peringkat Pas Pusat kepada kepimpinan Pas Kawasan yang baru dilantik.
Walaubagaimana pun, Pas Titiwangsa telah memecahkan tradisi ini bila mana ada perwakilan mahu beberapa jawatan peringkat tertinggi parti dicadangkan untuk dipilih dalam mesyuarat Agung termasuklah bagi jawatan Presiden.
Kedua-dua tindakan perwakilan ini tidak bercanggah dengan perlembagaan dimana perwakilan boleh mengunakan kuasa mereka untuk menentukan calon dalam mesyuarat agung atau sebulat suara memberikan mandat kepada Kepimpinan yang baru.
Andaian bahawa ke semua kawasan ‘keberatan’ untuk menamakan calon bagi jawatan Presiden adalah tidak benar dan berniat jahat. Hakikatnya saya menegaskan bahawa pencalonan bagi jawatan berkenaan sedang diteliti oleh kawasan dan itu adalah tanggungjawab mereka untuk menamakan siapa pemimpin yang mereka suka. Tidak timbul isu menolak kepimpinan presiden sekarang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti yang digembar-gemburkan oleh Malaysiakini.
Dimaklumkan juga bahawa semua pencalonan dari kawasan diserahkan terus kepada Jawatankuasa Pemilihan diperingkat Pas Pusat tanpa perlu melalui Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan dan saya sebagai Setiausaha Badan Perhubungan hanya menyelaraskan jadual mesyuarat Agung kawasan-kawasan sahaja.
Media jangan siarkan kenyataan yang tidak sahih
Seterusnya saya ingin merujuk kepada perenggan berikut;
“Mengenai hasrat PAS Bukit Bintang mencalonkan Nik Aziz bagi jawatan presiden, seorang pemimpinnya berkata, pihak mahu menjadi “pencetus” kerana terdapat banyak lagi kawasan yang mempunyai hasrat yang sama, tetapi masih “berdiam diri”.”
Saya melihat bahawa ini adalah satu lagi tindakan tidak bertanggungjawab pihak media untuk mempengaruhi dan menganggu perjalanan mesyuarat agung di Wilayah Persekutuan. Berdasarkan etika dan tanggungjawab pengamal media, Malaysiakini tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan atau pandangan yang subjudis tanpa menyatakan siapakah yang mengeluarkan pandangan itu.
Dengan menggunakan pengenalan diri seperti ’seorang pemimpinnya’, ’sumber dalaman’, ‘pimpinan utama’ dan sebagainya tanpa menyatakan nama orang yang bertanggungjawab disebalik gembar gembur politik itu, saya melihat ianya hanyalah sekadar satu andaian dan propaganda media yang tidak beretika.
Seharusnya kenyataan sedemikian tidak disiarkan kerana ianya bukanlah maklumat sahih dan boleh mendorong tanggapan negatif terhadap Pas Wilayah Persekutuan sekaligus menganggu perjalanan Mesyuarat Agung diperingkat Kawasan dan Dewan-dewan yang lain.
Malaysiakini kena tarik balik, hormati Mursyidul Am Pas
Saya menegaskan bahawa saya menolak artikel “PAS Wilayah tolak Hadi?” yang disiarkan oleh Malaysiakini dan meminta agar ianya ditarik balik kerana terlalu banyak manipulasi dan fakta-fakta yang tidak sahih digunakan dalam artikel berkenaan.
Saya juga ingin memperingatkan kepada semua pihak agar menghormati kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat berhubung isu pro-muzakarah dengan pro-Pakatan (atau “kumpulan Erdogan”). Diharapkan isu ini tidak dibangkitkan lagi sesuai dengan penegasan Mursyidul Am bahawa tidak wujud kumpulan-kumpulan seperti yang digemburkan media.
Itu hanyalah persepsi sesetengah pihak yang bukan dilaungkan oleh majoriti ahli dan pimpinan. Perbezaan pendapat adalah lumrah dalam Pas, begitu juga parti-parti politik lain.
Wujudnya kumpulan pro-muzakarah dan pro-Pakatan (atau “kumpulan Erdogan”) hanyalah persepsi terpencil yang diperbesarkan media dan sebenarnya ia tidak wujud seperti yang dinyatakan oleh Mursyidul Am, yang ada hanyalah ahli Pas dan penyokong Pas sahaja.
Diharapkan agar pihak media, terutamanya Malaysiakini berhati-hati dan bertanggungjawab dalam membuat penulisan agar tidak mencetuskan spekulasi atau gossip semata-mata untuk menaikkan rating pembaca mereka. Saya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakkan undang-undang jika terdapat kenyataan saya yang dimanipulasi oleh media sehingga menyebabkan ahli-ahli Pas Wilayah Persekutuan sangsi akan kredibiliti saya sebagai salah seorang pimpinan yang diberi amanah.
Hedzer Ibrahim
Setiausaha
Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan
"
Bujang Susah:
Banyak masyuk ke jimadie?
MUKHRIZ TIDAK MATANG UNDANG-UNDANG
4/20/2009
Assalamu'alaikum Wr,Wb
MUKHRIZ NAMPAKNYA TIDAK MATANG DENGAN UNDANG-UNDANG SPR YANG MEMBOLEHKAN SESUATU PILIHANRAYA ITU DI ADAKAN, BELIAU TIDAK PERLU MEMARAHI ATAU TIDAK PUAS HATI KEPADA ADUN YANG MELETAKKAN JAWATAN MEREKA SEBAGAI ADUN ATAUPUN AHLI PARLIMEN, SELAGI UNDANG-UNDANG MEMBOLEHKAN MEREKA BERBUAT DEMIKIAN MAKA SELAGI ITULAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA KENA TUTUP MULUT, JIKA KITA HENDAK MENEMPELAK MEREKA YANG MELETAK JAWATAN MAKA KITA TEMPELAK DULU UNDANG-UNDANG YANG SEDIA ADA, NAMPAKNYA KELEMAHAN INI DATANG DARI PEHAK YANG MEMERINTAH SENDIRI KERANA UNDANG-UNDANG YANG TIDAK KEMAS DAN LONGGAR, SEBAB ITU DI DALAM ISLAM UNDANG-UNDANG ADALAH MENJADI KENYATAAN YANG TERTINGGI SEHINGGA ORANG YANG MELANGGAR UNDANG-UNDANG BOLEH MENJADI KAFIR WALAUPUN DI KATAKAN UNDANG-UNDANG ITU HANYA SEKADAR 0.01 PERATUS
karangan ~PakKaramu
Mukhriz: Hukum wakil rakyat letak jawatan sesuka hati - malaysiakini
Apr 21, 09 1:40pm
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dicadang mengenakan hukuman terhadap wakil rakyat yang meletak jawatan sesuka hati tanpa alasan yang kukuh.
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata perbuatan meletak jawatan dalam kalangan anggota Parlimen atau ADUN pembangkang dengan sewenang-wenangnya, kini seolah-olah menjadi kecenderungan bagi memastikan parti mereka sentiasa mendapat perhatian.
mukhriz pemuda umno 050906 thinkPerbuatan itu, katanya, merugikan rakyat dan negara kerana pilihanraya kecil memerlukan perbelanjaan besar setiap kali diadakan, selain mewujudkan suasana tidak selesa dalam kalangan penyokong parti-parti yang bertanding, lapor Bernama.
"Kita ingat dulu di Permatang Pauh, (Presiden PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan begitu mudah walaupun sihat, menyerahkan jawatan kepada suaminya (Datuk Seri Anwar Ibrahim), maka berlakunya pilihanraya kecil di situ.
"Apa (hukuman) yang dianggap wajar, terpulanglah kepada SPR. " kata Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada pemberita selepas merasmikan satu bengkel usahawan wanita di Kota Bharu hari ini.
Mengenai kekosongan kerusi DUN Penanti yang dikosongkan oleh Mohammad Fairus Khairuddin daripada PKR, Mukhriz berkata beliau setuju dengan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, supaya BN bertanding dalam pilihanraya kecil di situ walaupun BN sedang memikirkan untuk tidak meletakkan calon kerana membantah tindakan penyandang kerusi itu melepaskannya tanpa alasan yang kukuh.
"Mungkin ada baiknya kita bertanding di situ. Tapi saya rasa geram jugalah, geram kerana mereka (pembangkang) seolah-olah setiap bulan nak ada pilihanraya kecil," katanya.
Balai polis Pekan Nanas dikepung - malaysiakini
| Apr 21, 09 5:16pm |
| Apa yang pada mulanya hanya satu salah faham kecil yang berlaku di sebuah sekolah, hampir mencetuskan rusuhan apabila kira-kira 1,000 yang naik angin dan bertindak mengepung balai polis Pekan Nanas di Johor malam tadi. Apa yang pada mulanya hanya merupakan salahfaham kecil yang berlaku di sebuah sekolah, hampir mencetuskan rusuhan apabila kira-kira 1,000 yang naik angin dan bertindak mengepung balai polis Pekan Nanas di Johor semalam. Menurut laporan media, balai polis itu dikunci dan sekumpulan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dikerahkan untuk menghalang orang ramai daripada masuk ke dalam balai.Insiden pada jam 7.30 malam tadi itu juga menyebabkan lalulintas di kawasan tersebut terjejas teruk. Ketua CID Johor, Amer Awal berkata masalah itu bermula di SMK Pekan Nanas di mana seorang pelajar tingkatan satu telah ditampar oleh seorang pelajar tingkatan lima selepas dia secara tidak sengaja terlanggar bahu pelajara berkenaan. Juga dilaporkan ialah pelajar tingkatan satu itu adalah cucu kepada seorang pemimpin MCA di situ. Berikutan itu, bapa pelajar tingkatan satu itu membawa tiga rakannya ke sekolah berkenaan untuk menyelesaikan perkara itu, tetapi dihalang oleh seorang guru, yang dipercayai bapa kepada pelajar yang seorang lagi. Berikutan itu dilaporkan berlaku pergaduhan antara kedua-duanya, dan guru berkenaan kemudiannya membuat laporan polis, mendakwa dia mengalami kecederaan di muka, dada dan bahagian belakang. Bapa pelajar ditahan Polis kemudiannya menahan bapa pelajar tingkatan satu itu apabila dia datang membuat laporan laporan polis di balai Pekan Nanas. Apabila berita mengenainya tersebar, maka rakan-rakan guru berkenaan dan sanak saudaranya mula berhimpun di balai polis tersebut. Pergelutan berlaku antara orang ramai yang berhimpun di situ dengan anggota polis apabila bapa pelajar tingkatan satu itu hendak dipindahkan ke ibupejabat polis daerah Pontian. Mereka cuba menghalang van polis yang membawanya, keluar dari situ, termasuk bertindak membaling objek ke arah kenderaan tersebut, mengakibatkan salah satu tingkapnya pecah. Polis sedang menyiasat insiden pelajar ditampar di sekolah itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan manakala bapa pelajar tingkatan satu itu disiasat atas dakwaan menceroboh dan melakukan kesalahan secara berkumpulan. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wee Jeck Seng; ADUN Pekan Nanas, Tang Nai Soon dan ADUN Kukup, Md Othman Yusof turut berkejar ke tempat kejadian untuk menenangkan keadaan. Ekoran insiden tersebut, SMS tersebar di kalangan penduduk Pekan Nanas supaya jangan keluar dari rumah ekoran kemungkinan berlaku kekecohan. |
Kerabat Kelantan didakwa dera isteri model - malaysiakini
| Apr 21, 09 6:35pm |
| Model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot, didakwa dilarikan oleh seorang kerabat diraja Kelantan, yang juga suaminya, dan pernah didera, termasuk dilukakan di bahagian dada. Ibunya Daisy Fajarina mendakwa, beliau mempunyai bukti penderaan tersebut dan maklumat mengenainya disampaikan oleh orang istana sendiri yang bersimpati dengannya. "Anak saya disiksa, di bagian dadanya disilet (ditoreh) silet. Itu yang ngomong dari pihak dalam istana yang punya hati nurani dan nggak (tidak) tega melihat penderitaan anak saya," wanita itu dipetik berkata. Ibunya juga mendedahkan anaknya, 17, dibawa secara paksa dan tanpa diduga oleh kerabat tersebut selepas mereka sekeluarga selesai mengerjakan umrah bulan lalu dengan pesawat peribadi Challenger 300 dari Jeddah, Arab Saudi."Saya tidak menyangka setelah umrah, mereka sanggup melakukan hal yang sangat tidak manusiawi (berperikemanusiaan)," wanita 44 tahun itu dipetik sebagai berkata di Jakarta. "Alhamdulillah, kami melakukan ibadah dengan baik, hubungan kami dengan Tengku pun baik." Daisy berkata, sewaktu mereka menuju ke lapangan terbang untuk pulang ke Indonesia, Manohara berangkat satu kereta dengan suaminya, sementara beliau sendiri bersama kakak Manohara Odelia dalam kenderaan lain. Tambahnya, bagaimanapun kenderaan yang membawa kerabat tersebut dan model Indonesia itu tidak ke lapangan terbang biasa, sebaliknya ke bahagian berlepas jet peribadi. Daisy mendakwa, beliau dan anak sulungnya Dewi Sari Asih cuba menghalang pesawat tersebut berlepas sehingga hampir terkena sayapnya tetapi tidak dipedulikan. Sehingga kini nasib dan lokasi wanita muda itu masih tinggal misteri, lapor sebuah akhbar di republik tersebut Surya hari ini. Mereka, termasuk kerabat tersebut, mengerjakan umrah bersama-sama antara 25 Februari hingga 9 Mac lalu sebagai undangan untuk berbaik-baik semula. Manohara Odelia - yang pernah tersenarai "100 Pesona Indonesia" - lari dari negara ini ke republik itu selepas berasa sering dikasari oleh suaminya. Model itu berkahwin dengan tergesa-gesa dengan kerabat tersebut, yang berusia 31 tahun, pada 26 Ogos lalu setelah dicabuli lelaki tersebut awal 2007 sewaktu remaja itu berusia 15 tahun, dakwa Daisy lagi.Manohara Odelia diberikan mas kahwin RM50,000, kalung berlian, anting-anting, gelang, cincin dan jam tangan. Lebih kurang seminggu sebelum majlis pernikahan itu, Manohara Odelia dan keluarganya diundang ke Kuala Lumpur atas undangan istana Kelantan. Pertemuan mereka berdua bermula pada Disember 2006 sewaktu Daisy dan anaknya hadir di majlis makan malam Datuk Seri Najib Razak, lapor Surya lagi. Tiada maklumat lengkap bentuk program itu dinyatakan, namun dipercayai satu program rasmi Najib ketika mengunjungi Indonesia pada bulan tersebut. Ibu model itu dilaporkan berkata, dalam pertemuan awal itu kerabat tersebut kelihatan sopan dan pertemuan mereka seterusnya menunjukkan lelaki itu "baik orangnya, rajin bersolat, tidak pernah kasar dan lembut bicaranya." "Saya sudah menganggap Tengku anak saya," Daisy dilaporkan berkata. Selepas kejadian yang tidak diduga di Arab Saudi, menurutnya lagi, beliau terus membuat aduan kepada kedutaan Indonesia di Jeddah. Untuk menjejak anak bongsunya daripada dua beradik itu, Daisy cuba masuk ke Malaysia tetapi dihalang oleh jabatan imigiresen atas alasan "permintaan istana Kelantan." Beliau juga mendapat bantuan daripada Kementerian Luar Indonesia selepas gagal ke Kuala Lumpur. "Rasanya saya ingin mati mati saja, tapi saya tahu saya harus kuat untuk anak saya. "Saya tidak sanggup membayangkan apa yang akan terjadi pada anak saya," Daisy dipetik berkata sambil berlinangan air mata. Manohara Odelia mewarisi darah kacukan Perancis daripada bapanya Reiner Pinot Noack. Akhbar Tempo edisi internet petang ini melaporkan polis republik itu akan mula menyiasat kes penculikan tersebut sekiranya mendapat laporan keluarga model tersebut. Jurucakap ibu pejabat polis, Abubakar Nataprawira berkata sampai saat ini belum mendapatkan laporan daripada keluarganya. "Katanya (keluarga) sudah lapor, tapi belum ada laporannya," beliau dipetik berkata, sambil menambah kes tersebut diketahuinya daripada wartawan. Tambahnya, apabila sudah dilaporkan, siasatan lanjut akan dibuat |
Waran tangkap Mohamad Sabu, 9 aktivis dibatalkan
Mohd Sabri SaidSUNGAI BAKAP, 21 April : - Kes Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan sembilan aktivis lain kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dihari penahanya di Plaza Tol Bukit Tambun pada 9 Disember 2007 lalu ditunda lagi pada tarikh 28, 29 dan 30 September 2009.
Semalam Mahkamah Masjestrit Jawi memutuskan mengeluarkan waran tangkap ke atas kesemua mereka kerana tidak hadir ke mahkamah kerana kesilapan taknikal.
Sembilan lagi yang dituduh melakukan kesalahan tersebut ialah Fauzi Saharat, Mohd Saleh, Mohd Lazim Osman, Abdul Rahim Mohd Arif, Zairul Azrun Zainol Abidin, Mohd Subri Mohd Said, Abdul Razak Ramli, Mohd Biyamin Ishak dan Zamirul Aini Abdul Malek. Harakhadaily.
Menurut laporan media, balai polis itu dikunci dan sekumpulan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dikerahkan untuk menghalang orang ramai daripada masuk ke dalam balai.
Ibunya juga mendedahkan anaknya, 17, dibawa secara paksa dan tanpa diduga oleh kerabat tersebut selepas mereka sekeluarga selesai mengerjakan umrah bulan lalu dengan pesawat peribadi Challenger 300 dari Jeddah, Arab Saudi.
Model itu berkahwin dengan tergesa-gesa dengan kerabat tersebut, yang berusia 31 tahun, pada 26 Ogos lalu setelah dicabuli lelaki tersebut awal 2007 sewaktu remaja itu berusia 15 tahun, dakwa Daisy lagi.