Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, May 31, 2010

" INTIFADA "

بسم الله الرحمن الرحيم

Mesyuarat tergempar, Hamas isytihar 'intifada'




Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa, memanggil mesyuarat tergempar bagi membincangkan tindakan perkumpulan 22 negara Arab terhadap apa yang disifatkan "tindakan keganasan" Israel terhadap kapal misi bantuan antarabangsa ke Gaza.

"Setiausaha Agung Liga Arab sudah memanggil mesyuarat tergempar peringkat wakil bagi membincangkan jenayah kejam tentera Israel terhadap orang awam tidak bersenjata yang menyebabkan ramai terbunuh dan cedera.

"Liga Arab mengutuk tindakan keganasan itu," menurut kenyataan pertubuhan itu yang dipetik oleh Reuters.

Sementara itu, AFP pula melaporkan Hamas hari ini menyeru rakyat Arab dan umat Islam supaya 'berhimpun' di kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah serangan maut rejim itu terhadap kapal-kapal yang membawa bekalan bantuan ke Semenanjung Gaza.

“Kami menyeru semua rakyat Arab dan umat Islam supaya berkumpul di kedutaan-kedutaan rejim Zionis itu di seluruh dunia,” kata jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri sambil menggunakan perkataan Arab 'intifada'.

Perdana Menteri Hamas Ismail Haniya di Gaza mengecam 'serangan' berkenaan dan turut meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melindungi aktivis yang mengikuti misi penghantaran bekalan bantuan itu. - malaysiakini


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

KENAPA KITA SUSAH NAK MAJU DAN ILMU PAYAH BERKEMBANG ?

REPOSTING

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak cerita berkenaan dgn ilmu. Bukan ilmu hitam tp ilmu putih. hehehe... Bagaimana ilmu itu dikembangkan. Ilmu.. x kiralah dari ilmu duniamaupun ilmu akhirat. Dari ilmu mcmana nak hidup hinggalah ilmu nak mati.. Ilmu boleh kita timba dari pelbagai sumber dan cara. Melihat, mendengar dan melakukan. Ilmu berpunca dari Yang 1. Iaitu dari Allah diturunkan kepada umat manusia.Kemudian ilmu itu dkembangkan melalui penulisan dan pesanan dari sesuatu dan seseorang kepada sesuatu dan seseorang yg lain. kemudian terus berkembang menjadi beberapa bahagian.

Dalam islam sendiri banyak di tekankan agar kita menyebarkan ilmu yg baik untuk dikongsikan bersama.ini adalah amalan yg dituntut dalam islam itu sendiri. Daripada Mu’awiyah al-Qusyairi katanya, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
Ketahuilah orang yang hadir hendaklah menyampaikan kepada orang yang tidak hadir.
(al-Bukhari Muslim dan Ibnu Majah,)

Huraian
Jika kita menyampaikan ilmu, ia merupakan sedekah dan ia akan semakin bertambah banyak jika dikembangkan dan begitulah sebaliknya jika hanya disimpan menjadikan ilmu semakin berkurang. Justeru janganlah kita meninggalkan kewajipan menyampaikan ilmu kerana ia akan memberi peluang kepada orang-orang fasiq dan jahil menyesatkan manusia lainnya. Hanya orang yang menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran yang mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk lalu dia menjalankan kewajipan atas apa yang diketahuinya itu.

Maksudnya disini satu2 ilmu itu penting untuk disampai2kan. Agar ia dpt di manfaatkan oleh mereka2 yang lain selepas kita, Agar mereka terhindar dari membuat banyak kesilapan.

Zaman dah berubah sekarang. Dulu ilmu disampaikan melalui media cetak spt buku2 akhbar dan bnyk lagi dan media elektronik spt tv serta radio. Maksudnya disini dahulunya sesuatu berita atau ilmu itu lambat sampai kepada kita. Bermakna kita ketinggalan berbanding negara2 maju yang lain.X perlu kita bandingkan dengan Amerika negara yg mula2 mencipta internet yang bermula pada tahun 1962. Cukup sekadar kita bandingkan dgn negara jiran seperti indonesia yg maju dua tahun dari negara kita.Internet di perkenalkan di malaysia sekitar tahun 1996. Namun begitu tanpa kita sedari sudah hampir 13 tahun kita memiliki satu media infomasi yg gitu. Sesungguhnya internet membuatkan satu2 ilmu tersebar dengan begitu pantas.Peringkat kematangan kita jua sudah berubah dgn adanya info globalisasi ini. Kita lihat dari sudut positif. Apa jua info hanya dihujung jari. search dan dpt jawapan dari setiap persoalan. Kita tidak begitu hairan bila kita mendengar berita, hacker dari negara2 barat kebanyakan darinya berumur belasan tahun. tidak kurang juga di negara jiran kita, Indonesia. Namun di malaysia begitu kurang bilangannya.


Aku bukan nak cerita tantang hacker. Persoalannya mengapa boleh jadi begitu? Berbalik kepada perbincangan asal entri ni. Puncanya kerana sesuatu ilmu itu tidak dikongsi bersama. Yang seharusnya kita semua mesti berfikiran terbuka.. biar kita dan negara sama2 maju. inilah usaha kecil kita untuk menyampaikan ilmu pada org lain.. nak suruh bagi duit memang xder la kan..Ia berkaitan dengan sikap. Ini sebenarnya point yg aku nak aku tekankan. Contoh mudah.. para bloggers misalnya. Mereka menyampaikan sesuatu info dan ilmu itu melalui blognya. Memandangkan dengan keadaan waktu sekarang, blog boleh dikatakan menjadi satu sumber info yang boleh dikira penting. X kira la blog tu memberi info berkenaan perniagaan, politik, isu2 semasa ataupun berkenaan pengalaman peribadi seseorang dan sebagainya. Ini semua boleh kita ambil dan di jadikan sebagai rujukan dan sumber ilmu.Tujuannya ialah supaya kita menjadi lebih maju dan bersifat berdaya saing. Namun masalahnya disini ialah bloggers2 itu sendiri. Dari pemerhatian aku yg x power ni la.. bloggers2 kita ni (bukan semua) nampak mcm kolot sikit. Aku maksudkan kepada bloggers2 yg postingnya x boleh nak dicopy. X seperti bloggers2 indonesia, jauh sekali nak dibandingkan dgn bloggers2 barat. Mereka tidak pernah menghadkan pelawat2 blog mereka untuk membaca seterusnya untuk copy segala posting2 mereka.

Tetapi tidak begitu pada bloggers2 kita. Ada sesetengahnya blog mereka ni aku tgk memang bagus.. banyak info2 yang boleh dikongsi bersama.Namun bloggers kita nampak seperti kurang cerdik. Suruh org melawat blog mereka, kemudian x boleh copy posting mereka. Alasan x berapa pandai mereka ialah blog mereka bersifat peribadi. Klau dah tau peribadi tu awatnya kasi org baca? Sedangkan banyak bahan dalam blog mereka pun hasil dari pengopian dari sumber blog atau website org lain. Ada sesetengahnya tu pula kata bukan x kasi copy, tp kena la minta izin dulu. Ya betul..Aku x nafikan tentang itu. Bagaimana pula klau pemilik blog tu sebulan sekali baru update blognya? apa.. kita ni semua dah x payah la nak buat kerja lain ke. 24 jam sehari on line menunggu jawapan keizinan untuk mengopy posting mereka. Itu kira bagus klau hidup lagi.. klau blogger tu dan mati mcmana? x boleh la kita ambil apa2 ilmu dari blog dia lagi sbb dah x dpt minta izin lagi. Perghhh.. memang best laa... Bila kita komen pasal blog mereka, kenapa x kasi org copy entri2 mereka.. kita pula yg di soundnya.. " x tau etika berblog ker..?" Aku malas la nak cerita pasal etika ni.. Siapa yg tentukan etika ni? Etika hukum yg Allah gariskan pun ramai yang langgar semacam jer.. pastu nak sembang lebih pasal etika berblog. poodahhh....

Satu lagi jenis org yg bila kita copy jer bahan dari blog dia, lepas tu terus jer dia block kita dari masuk blog dia. hehehe.. Korang rasa dia ni seorang yang bijak x? bagi aku blogger ni buat lawak.. mana x lawaknya.. dengan secara langsung siapa yg kena block x boleh nak masuk pada page blog dia.. bistu siapa yg nak baca blog dia ? nak suruh hantu baca ke? memang best la bloggers malaysia ni.. Tu x kira lagi yg menetapkan syarat lagi tu... contohnya.. "nak copy boleh tp sikit je dan sertakan link blog ni.." ataupun ayatnya berbunyi begini.. "boleh copy tp jgn lupa sertakan link blog ini klau tidak aku block korang dari masuk blog aku". Tu x cerita lagi yang disablekan right klick tu..

Ikhlas ke klau mcm tu? Tu aku bagi contoh sikit jer tu, banyak lagi syarat marat yg di kenakan bergantung sejauh mana ketidakmatangan bloggers tu sendiri. Nampak sgt x matang .. perangai mcm budak2 x cukup akal..Tp tengok gambar kat profile masing2 dah tua.. Lagi aku xboleh blah bila tgk banyak dari mereka2 ni bukan guna domain dan hosting sendiri pun. masih bersetinggan pada blogspot atau wordpress jugak.. dah la free.. pun ada hati nak berlagak? Aku rasa mcm bloggers malaysia ni (x semua) kolot dan jakun laa..Di sini jer kita boleh nampak apa tujuan seseorang tu buat blog. Adakah untuk menyampaikan2 ilmu tu kerana Allah, atau just nak belagak nak tunjuk kat org bahawa blog mereka kununnya mcm best jer? Macamana la malaysia ni nak maju dari sudut ilmu. Yang ada ilmu sikit2 pun kedekut. simpan nak bawak masuk kubur agaknya. tp tu la kan, mcm aku kata tadi inilah bloggers kita. mcmana kita nak maju klau berperangai mcm ni. suka pentingkan diri sendiri.. ada ilmu x kasi org tiru. . ingat tulis blog ni just nak buat berlagak ke? just nak tunjuk kita ada yg org lain xder..? kita tengok saja bloggers2 barat.. atau paling tidak pun bloggers indon. korang tengok la, dia org suka bagi2, sebar dan kongsi ilmu dia kat org lain. aku jelous la tgk bloggers dia org. Tp di malaysia kerana ada bloggers2 yg x berapa matang mcm ni la, kita susah nak maju dan bersaing dgn org lain.

So untuk bloggers malaysia ni yg xnak kasi org copy bahan2 dlm blog anda, xpayah la nak buat blog. Simpan jer bahan2 yg korang copy tu dalam computer korang je. Klau rasa nak maju dan bersaing dalam acara keilmuan kena la advancekan minda. klau dok bawah tempurung jer jgn rasa mcm diri tu bagus sgt.

Mungkin ramai yg terasa atau x terima pendapat aku ni. But its ok.. klau rasa diri x boleh kena tegur terpulang. Klau rasa kamu bloggers hebat silakan. Tapi tanyalah diri tu sendiri.. apakah tanggungjawab korang kepada agama, bangsa dan tanahair? buatlah kebaikan dgn cara kita sebagai bloggers walaupun ia sebesar zarah. Banyak ayat al-Quran yang menyeru manusia melakukan kebaikan dan berlumba-lumba ke arahnya, kerana dengannya akan membawa kejayaan, kemenangan dan kebahagiaan. untuk masyarakat maupun diri sendiri.

Lastly sebuah hadis untuk renungan bersama.

"Wahai orang yang beriman, rukuk serta sujudlah (mengerjakan solat) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat." (al-Haj:77)

Al-Quran menegaskan mereka yang berbuat kebaikan walaupun seberat zarah akan dilihatnya, sebagaimana dijelaskan melalui surah al-Zalzalah.Dalam kitab al-Muwatta' diriwayatkan satu hadis bermaksud: "Seorang miskin telah meminta makanan dari Aishah r.a dan di hadapannya ada beberapa biji anggur, lalu Aishah berkata kepada seseorang: Ambil sebutir dan berikan kepadanya! Orang yang disuruh itu hanya memerhatikan sebutir anggur terbabit kerana kehairanan. Maka Aisyah pun berkata: Apakah engkau hairan! Berapa bezanya antara sebiji ini dengan sebesar zarah. Setiap amalan baik yang dihulurkan kepada manusia, bahkan kepada haiwan makhluk lain yang hidup di muka bumi ini, sekalipun kecil adalah diredai Allah. Melemparkan wajah yang manis, senyum bila bertemu, hatta membuang sesuatu yang berbahaya di jalanan dan memulakan langkah ke masjid adalah kebaikan.

Wallahualam.
Wassalam.

Note: Kenapa korang menulis blog? Korang boleh tengok kat SINI

[+/-] Read More...

KALAU DULU BOLEH LA PAK LAH TOLONG

بسم الله الرحمن الرحيم

Khairy Kini Sendirian, Gagal Ketepikan Saman Anwar

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini, gagal dalam permohonannya untuk mengenepikan penghakiman ingkar yang diperoleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman fitnah RM100 juta yang difailkan ketua pembangkang itu.

Penghakiman ingkar itu dikenakan ke atas Khairy pada 4 Disember 2008, selepas beliau gagal memasukkan kehadiran dalam kes itu selepas writ saman diserahkan kepadanya.

Khairy memfailkan permohonannya pada 20 Februari 2009 lalu untuk mengenepikan perintah itu.

Mengumumkan penghakimannya di kamarnya, penolong pendaftar Mahkamah Sivil Kuala Lumpur, Nazri Yahya juga mengarahkan Khairy untuk membayar kos.

Anwar, 63, menfailkan saman terhadap Khairy pada 7 Mac 2008 kerana dakwaan Khairy pada ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno telah mengucapkan dan telah menyebabkan penerbitan di laman sesawang termasuk Malaysiakini.com. satu rakaman klip video bersama sebuah artikel bertajuk "Anwar and kin no threat".

Anwar mendakwa rakaman klip video itu dalam Malaysiakini mengandungi kata-kata fitnah yang diucapkan oleh Khairy di satu ceramah di Lembah Pantai, Kuala Lumpur pada atau sekitar 20 Feb 2008.

Beliau berkata kata-kata fitnah itu antara lain bermaksud beliau terlibat dengan aktiviti berlawanan dengan Islam, tidak mempunyai akhlak mulia dan tidak sesuai memegang jawatan politik atau mana-mana jawatan.

Beliau memohon ganti rugi pampasan RM100 juta, teruk, teladan, kos dan relif-relif lain oleh mahkamah.



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

KONVOI GAZA DISERANG, 2 MATI

بسم الله الرحمن الرحيم



KUALA LUMPUR, 31 Mei: Mavi Marmara, Laut Tengah (10.30 pagi waktu Malaysia) Konvoi Freedom Flotilla diserang, menurut laporan televisyen di Turki, dua orang aktivis meninggal dunia, hampir 30 orang cedera.

Laman web Haluan Palestin yang memetik laporan dari live streaming IHH melaporkan bahawa dua orang yang telah meninggal dunia dan hampir 30 orang tercedera kerana serangan helikopter dari Israel.

Belum ada keterangan mengenai siapa yang terkorban dan yang tercederaa tersebut.

Serangan yang dilakukan Israel itu dilakukan saat kapal Mavi Marmara sedang berada di perairan antarabangsa.

Untuk mengikuti lintas langsung perkembangan tersebut, sila layari http://www.livestream.com/insaniyardim/

- Harakahdaily


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Sunday, May 30, 2010

PROJEK TIDAK DIBAYAR KERANA KRITIK MENTERI?

بسم الله الرحمن الرحيم


SIAP.... Kunsul menunjukkan jalan yang telah disiapkan dan papan tanda kewujudan projek berkenaan untuk membuktikan penindasan yang dilakukan oleh KKLW terhadap kontraktor bumiputera.

Oleh: SURIATI MAHMUD

MUNGKIN kerana lantang bersuara mengkritik pemimpin Barisan Nasional, seorang kontraktor kelas F mengalami kerugian RM20,000 apabila Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) enggan membayar projek yang telah disiapkannya dengan sempurna.

Sehubungan itu, kontraktor tersebut, Kunsul Nahul memberi notis 14 hari mulai 2 Jun 2010 agar KKLW membayar nilai kontrak tersebut yang dijalankan melalui A 172499 bertarikh 19 Mac 2009 yang disiapkan dua minggu kemudian.

Sekiranya gagal, kata Kunsul, beliau akan memfailkan saman di Mahkamah untuk menuntut kerugian yang beliau alami akibat ketidak cekapan KKLW dan menterinya melaksanakan projek di Sabah.

Kata Kunsul, Projek Selenggara Jalan Kampung Kg Sapagaya Lahad Datu yang diperolehi melalui KKLW/PD/PJK/S/LDU/SIM/358P/03-09 telah disempurnakan dan telah diserahkan kepada Pejabat Daerah Lahad Datu.

“Namun sehingga kini, percubaan saya untuk mendapatkan bayaran gagal dan Pejabat Daerah Lahad Datu turut bersubahat dengan KKLW,” ujar Kunsul yang kesal dengan sikap kebudak-budakan Juruteknik Pejabat Daerah Lahad Datu yang enggan mengesahkan kerja kontrak berkenaan semata-mata kerana bimbang dengan ugutan seorang AJK UMNO Silam yang ingin mendapatkan projek berkenaan sebelum ini.

Kunsul yang juga Ketua Cawangan UMNO Tanjung Labian, menjelaskan beliau telah dihubungi oleh Juruteknik Pejabat Daerah Lahad Datu untuk memaklumkan bahawa seorang pegawai perempuan daripada KKLW telah melawat projek tersebut dan enggan meluluskan piawaian projek berkenaan.

“Juruteknik tersebut meminta saya mengulangi projek yang sudah siap tanpa sebarang surat peringatan atau teguran sedangkan kerja telah dilaksanakan mengikut arahan yang diberikan dalam GWO berkenaan,” ujar Kunsul yang kesal kerana inilah pertama kalinya projeknya tidak dibayar walau satu sen dibelah tujuh.

Adalah tidak munasabah kata Kunsul, alasan utama Juruteknik berkenaan enggan meluluskan pengesahan kerja bagi projek tersebut kerana bimbang AJK UMNO berkenaan akan membuat laporan terhadap SPRM.

“Jika SPRM mahu siasat, silakan datang. Kenapa takut? Saya siapkan projek dengan sempurna dan saya berhak mendapatkan bayaran. Apa kuasa mereka menahan bayaran yang sepatutnya dibayar kepada saya tahun lalu?” tanya Kunsul yang mengalu-alukan siasatan SPRM terhadap keseluruhan projek yang dilaksanakan melalui syarikat beliau dan semua projek kecil di Lahad Datu atau Tungku.

Tegas Kunsul, jika ianya tidak mencapai piawai yang ditetapkan, tolaklah daripada kos projek dan bukannya langsung tidak membayar kepada kontraktor sedangkan beliau telah mengeluarkan belanja untuk membeli bahan binaan dan menyewa jentera dan penduduk kampung gembira kerana jalan berkenaan boleh dilalui oleh kenderaan mereka dengan sempurna.

"Mungkinkah ini cara 'rompakan' zaman modern yang cuba dilaksanakan KKLW?" tanya Kunsul yang kesal kerana Pejabat Daerah tidak cekap menyelia projek kecil yang diamanahkan kepada mereka.

Kegagalan KKLW membayar kerja kontrak beliau kata Kunsul membuktikan kegagalan Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang sudah mula lupa diri daripada dia datang dan memperkecilkan jasa Ketua-Ketua Cawangan UMNO Silam yang terpaksa terkial-kial mencari makan; tetapi dilayan secara tidak adil oleh KKLW.

“Surat aduan dan rayuan saya tidak pernah diambil peduli bahkan beberapa kontrak kecil yang telah saya perolehi telah dipotong daripada senarai projek dan diberikan kepada kontraktor lain,” ujar Kunsul yang menaruh harapan yang tinggi agar semua projek KKLW disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Negeri Sabah supaya dapat diselaraskan dengan sempurna dan bebas daripada kekangan politik.

Kunsul juga menggesa agar Shafie tidak menjadikan tegurannya terhadap kepimpinan Shafie di media sebagai unsur balas dendam dengan menjadikan projek yang dilaksanakan dengan sempurna sebagai ‘kambing hitam’. - sabahkini


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

APA YANG BOLEH ANDA KATA DENGAN FESYEN MENUTUP AURAT BEGINI?

بسم الله الرحمن الرحيم




UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

JUDI BOLA : LIM GUAN ENG SEDIA KE MAHKAMAH

بسم الله الرحمن الرحيم


KOTA BHARU, 30 Mei: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) sedia ke mahkamah sekali lagi jika tindakan beliau mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu tidak memberi kebenaran untuk operasi judi bola sepak bertentangan dengan undang-undang.

"Kalau tindakan saya ini salah, saya rela masuk penjara sekali lagi," kata Setiausaha Agung DAP itu di hadapan puluhan ribu rakyat di Padang Perdana di sini, malam tadi.

Guan Eng mengulas kenyataan timbalan menteri kewangan yang beliau melanggar bidang kuasanya ketika melarang judi bola sepak dari beroperasi di negeri itu ketika berucap dalam cerrtamah perdana di sini.

Turut berucap adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Kelantan, Datuk Husam Musa di majlis ceramah perdana sempena Kongres PKR keenam yang diadakan di sini.

Sebelum ini, Lim Guan Eng pernah dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara kerana mempertahankan seorang gadis Melayu yang dirogol oleh seorang ketua menteri.

Ekoran kelulusan lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak kepada Kumpulan Berjaya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengarah pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri itu tidak mengeluarkan lesen premis untuk judi itu beroperasi.

"Sukan tetap sukan, ia tidak boleh dirosakkan dengan elemen judi. Judi akan jatuhkan kualiti sukan kita. Saya sedia ke mahkamah sekali lagi untuk mempertahankan perkara ini," tegas beliau. Harakahdaily


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

SPR BUAT HAL LAGI

بسم الله الرحمن الرحيم

Pemuda PKR dakwa SPR sabotaj daftar pemilih baru

Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang semalam meluluskan usul berkaitan sistem pilihan raya termasuk meminta pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan, hari ini mendakwa agensi itu mensabotaj urusan pendaftaran pengundi baru.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pihaknya mengatakan wujud unsur sabotaj kerana berlaku kelewatan kelulusan penolong pendaftar pemilih dan kesukaran mendapatkan borang pendaftaran pemilih.

“Ya, kalau tindakan ini hendak dilihat sebagai sabotaj, saya boleh mengatakan ada unsur sabotaj usaha kami untuk membantu menambah pengundi-pengundi baru,” kata beliau.

Shamsul Iskandar berkata, permohonan PKR untuk mendaftar penolong pendaftar pemilih telah dibekukan.

“Masalah ini berlaku hampir di semua negeri termasuk di Melaka yang perhubungan negeri PKR saya pengerusikan,” katanya.

“Alasan diberikan pejabat SPR negeri ialah arahan daripada Putrajaya,” katanya.

Kata Shamsul Iskandar, pihaknya juga menghadapi kesukaran untuk mendapatkan borang mendaftar pengundi-pengundi.

“Jika SPR menghadapi masalah mengeluarkan, ada masalah kewangan, kami akan membantu SPR mengeluarkan dana dan mencetak borang,” kata beliau sambil ia melibatkan kesemua komponen Pakatan Rakyat.

Shamsul Iskandar berkata, mereka berhadapan dengan masalah ini sejak awal tahu ini.

“Sebenarnya kami tidak mahu memaklumkan sebelum ini tetapi merasakan sudah sampai masanya untuk didedahkan hari ini... kami beri masa seminggu kepada SPR menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media yang diadakan di sini petang ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin (tengah) hari ini mendakwa SPR mensabotaj urusan pendaftaran pengundi baru — Gambar oleh Jack Ooi
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan Kongres Nasional Keenam di sini.

Beberapa pegawai kanan AMK mendakwa masalah ini wujud selepas komponen Pakatan Rakyat berjaya mendaftar ramai pengundi baru tahun lalu.

Berada di depan ialah DAP.

AMK mengadakan kongresnya semalam dan meluluskan usulmendesak Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meletakkan jawatan dengan segera ekoran dakwaan beberapa salah laku dalam mengendalikan pilihan raya kecil Hulu Selangor dan Sibu.

Sayap pemuda PKR ini berpendapat bahawa beliauharus meletakkan jawatan kerana kelemahan yang wujud dalam kedua-dua pilihan raya kecil itu melibatkan bidang kuasanya selaku pengerusi SPR sendiri.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata, proses mendaftar penolong pendaftar pemilih dibekukan baru-baru.

“Kami dimaklumkan oleh SPR supaya menghantar nama baru penolong pendaftar dan kami ikut tetapi baru-baru ini kami dimaklumkan bahawa proses mendaftar penolong pendaftar dibekukan,” katanya.

Pemimpin AMK ini berkata pihaknya juga menghadapi borang yang secukupnya untuk mengendalikan proses pendaftaran pemilih.

“Adakalanya kami meminta 1,000 borang tetapi tidak diberikan. Ini satu halangan.

“Kita sedang berhadapan dengan kesuntukan masa, tidak tahu bila pilihan raya diadakan. Oleh itu kami berharap perkara ini diatasi dengan segera,” katanya.

Sejak awal tahun SPR mengemaskinikan proses pendaftaran penolong pendaftar pemilih dengan membenarkan dua orang untuk satu parti bagi setiap bahagian.- mi


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

UMNO TOLAK NAJIB?

بسم الله الرحمن الرحيم

Penyokong UMNO Sendiri Tolak Model Ekonomi Najib

Kongres Ekonomi Bumiputera di ibunegara hari ini panas apabila Model Ekonomi Baru (MEB) yang disusun oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negera (MPEN) telah dikritik oleh dua bekas pegawai tinggi kerajaan pusat kerana "tidak mengutamakan agenda bumiputera".

Mereka ialah bekas timbalan ketua pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia, Senator Datuk Akbar Ali (gambar) dan bekas ketua pengarah Unit Perancang Ekonomi (UPE) Datuk Halipah Esa.

"Model ekonomi baru adalah dokumen MPEN yang belum diterima oleh kerajaan.

"Ia menyerang bangsa Melayu dan Dasar Ekonomi Baru (DEB)... MPEN kena berpegang kepada kekuatan sendiri, bukan kelemahan orang lain," kata Akbar disambut laungan beberapa peserta "bakar buku itu" dan "buang buku itu".

Modul itu kini dibukukan sebagai cadangan kepada kerajaan dan kulitnya berwarna merah.

Akbar mengulas pembentangan kertas kerja oleh Ketua Setiausaha MPEN, Prof Dr Normah Mansor (kiri) bertajuk "Agenda Melayu Dalam Model Baru Ekonomi" di Dewan Tun Hussein PWTC.

Kongres anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) itu dihadiri oleh kira-kira 300 peserta hadir yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Normah mengakui kekurangan dasar-dasar khusus untuk bumiputera dan Melayu dalam model ekonomi baru tersebut.

Berikutan itu, katanya, MAPEN mahu mendengar dari kongres tersebut mengenai agenda Melayu dan bumiputera kerana ia tidak dirumuskan dalam MEB.

Sesi tersebut dipengerusikan oleh ahli akademik Datuk Kamaruddin Kachar yang meminta ahli panel supaya jangan takut untuk berterus terang mengenai MEB kerana mereka membela hak semulajadi orang Melayu.

Selain Akbar dan Halipah ialah seorang ahli akademik Rajini Ramlan dan profesor sejarah, Datuk Ramlah Adam.

Akbar (kiri) berkata, MPEN perlu bersikap adil kepada DEB agar tidak mengutuk atau menyalahkan DEB untuk menggalakkan model baru ekonomi.

Katanya MEB adalah pandangan MPEN dan beliau bimbang sekiranya modul tersebut digunakan sebagai senjata untuk menumbangkan kerajaan dan menjadi alat baru untuk menjajah bumiputera.

Sehubungan itu, Akhbar (kiri) menggariskan langkah dengan menjadikan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai sumber penggubalan MEB demi menjamin kesejahteraan dan kualiti rakyat.

Beliau juga mencadangkan agar dihapuskan diskriminasi terhadap bumiputera dan menyusun semula guna tenaga dan kekayaan negara.

Manakala Halipah yang turut membahaskan kertas kerja tersebut, juga mengkritik modul MEB.

"Saya tidak nampak agenda bumiputera (dalam MEB). Tidak diberi tempat.

"Dalam lapan SRI (strategic, reform, initiative) dalam MEB, tidak letak agenda bumipoutera sebagai keutamaan," katanya.

Dalam menghadapi cabaran ekonomi hari ini, Halipah (kiri) menggesa agar agenda bumiputera perlu dizahirkan dengan meningkatkan kapasiti dan kebolehan yang tinggi.

Sehubungan itu, katanya, MEB dan Rancangan Malaysia ke-10 perlu lebih perkasa dengan menitikberatkan pendidikan dan latihan serta kouta biasiswa perlu diteruskan.

Sementara itu, pengerusi MPM, Datuk Ibrahim Ali ketika ditemui pemberita berkata agenda bumiputera mesti diutamakan dan menjadi agenda nasional.

"Kedua pembahas menimbulkan kesangsian (terhadap) model ekonomi baru.

"Agenda bumiputera tidak dijelaskan atau kabur dan tidak dititikberatkan, seolah-olah menyalahkan dasar kerajaan itu tidak benar," katanya. -mk


Kongres ekonomi bumiputera tolak MEB

Kongres Ekonomi Bumiputera hari ini yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM) dengan "tegas dan jelas" menolak Model Ekonomi Baru (MEB) 'secara prinsip' sehingga cadangan kongres ini diterima pakai oleh kerajaan.

"MEB gagal meletakkan agenda bumiputera kerana ia adalah asas perlembagaan dan rumusan Model Ekonomi Baru ini adalah satu penghinaan kerana menolak semangat DEB," kata pengerusinya, Datuk Ibrahim Ali yang juga presiden PERKASA.

Sehubungan itu, kongres tersebut meluluskan 31 resolusi antara lain menggesa kerajaan menjadikan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai sumber induk kepada pengggubalan MEB.

Resolusi tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan menyampaikan ucapan penutup kongres tersebut di di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, jam 9 malam ini.

Kongres itu juga meluluskan dua usul tergempar mendesak lembaga pengarah termasuk pengerusi Sime Darby dan pegawai kanan syarikat kaitan kerajaan itu, meletak jawatan serentak ekoran kerugian besar yang dialaminya.

Satu resolusi tergempar turut diyang diluluskan adalah mendesak kerajaan menarik balik keputusan meluluskan lesen ramalan bola kerana ianya memberi kesan buruk kepada masalah sosial.

Kesemua resolusi tersebut diluluskan sebulat suara kira-kira 300 peserta yang hadir dalam kongres sehari itu di Dewan Tun Hussein di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir MAS ditanya mengenai gesaan kongres itu supaya pengagihan kekayaan negara 67 peratus kepada Bumiputera, manakala 33 peratus untuk bukan bumiputera.

Dalam jawapannya, Ibrahim berkata ia "hanya melibatkan pembahagian domestik sahaja".

Dalam sidang media yang sama, Ibrahim turut menegaskan kongres turut bersetuju agar kerajaan mewujudkan semula Kementerian Pembangunan

Kongres itu juga meluluskan dua usul tergempar mendesak lembaga pengarah termasuk pengerusi Sime Darby dan pegawai kanan syarikat kaitan kerajaan itu, meletak jawatan serentak ekoran kerugian besar yang dialaminya.

Kesemua resolusi tersebut diluluskan sebulat suara kira-kira 300 peserta yang hadir dalam kongres sehari itu di Dewan Tun Hussein di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.

Dalam resolusi dalam bidang ekonomi, kongres turut mendesak kerajaan memastikan keadilan sosial di negeri ini terlaksana dengan mengagihkan kekayaan negera mengikut komposisi penduduk berdasarkan kaum di negera ini iaitu 67 peratus kekayaan negara wajib diagihkan kepada bumiputera, manakal bakinya 33 peratus untuk bukan bumiputera.

Selain itu, resolusi itu juga turut menggesa kerajaan mendapatkan akujanji daripada pihak swasta untuk menghapuskan diskriminasi terhadap bumiputera, menyusun semula gunatenaga dan kekayaan dan 'mewujudkan permainan yang rata'.

Manakala Majlis Amanah Rakyat (MARA) perlu dipertingkatkan dengan meletakkannya di bawah Jabatan Perdana Menteri dan pengerusinya dinaik taraf menjadi menteri yang mempunyai NKRA membangunkan usahawan bumiputera.

Dalam bidang pendidikan pula, kongres itu bersetuju supaya Institut Kajian Stretegik Tun Razak ditubuhkan bagi mengumpul segala data berhubung dengan pembangunan ekonomi orang Melayu dan membekalkan data-data tersebut kepada NGO Melayu.

Selain itu, kongres juga mendesak agar kerajaan mengembalikan sistem kuota sebagai dasar kemasukan ke semua Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang mana memperuntukan 67 peratus untuk bumiputera dan 33 peratus kepada bukan bumiputera.

Dalam resolusi itu juga, kongres turut mendesak kerajaan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan Petronas tidak meminggirkan bumiputera di dalam pengurusan Petronas dan juga di dalam pemberian kontrak perkhidmatan dan pengeluaran minyak dan gas.

"Kongres bimbang perubahan model pengurusan baru Petronas yang tidak mesra bumiputera ini akan secara tidak langsung merubah seluruh lanskap sosio-ekonomi negara dan memberi kesan kepada bumiputera," resolusi itu dipetik.

Resolusi tersebut dipetik menyebut, difahamkan semenjak Datuk Shamsul Abbas mengambil alih dari Tan Sri Hassan Merican, beliau telah memperkenalkan Model Baru Pengurusan antara lain komposisi ahli lembaga Pengarah (BOD) mengandungi dua wakil kerajaan dan kesemua naib presiden eksekutif dan warga asing boleh dilantik menjadi BOD.

Ibrahim Ali berkata, kongres juga bersetuju mendesak Shamsul meletakkan jawatan kerana didakwanya terdapat "perlantikan jawatan terpenting menggangu gugat kepentingan bumiputera". - greenboc



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

KETUA PAS CAWANGAN KG. BAHAGIA, TELUK INTAN MENINGGAL DUNIA

بسم الله الرحمن الرحيم

AL FATIHAH....



TELUK INTAN, 29 Mei - Ketua PAS Cawangan Kg. Bahagia, Ustaz Haji Shamsuddin bin Tamyis , 85, telah meninggal dunia petang tadi di Hospital Ipoh. Sebelum itu, beliau telah dimasukkan ke Hospital Ipoh pagi tadi oleh anaknya setelah mengadu sakit dada. Sehinggalah petang tadi, apabila beliau pergi ke bilik air lalu telah tergelincir dan meninggal dunia.

Almarhum Ustaz Shamsuddin merupakan mantan Yang Di Pertua PAS Teluk pada awal tahun 80-an. Pernah bertanding di peringkat Parlimen Teluk Intan pada Pilihanraya Umum 1982 tetapi belum diberi kemenangan walaupun menurut beliau semasa penamaan calun, calun BN/Gerakan tidak menulis nama pada borang.

Pada Mesyuarat Agung PAS Teluk Intan tahun lepas (2009), almarhum merupakan salah seorang veteran PAS yang telah menerima penganugerahan Jasamu Dikenang.

Sepanjang hayat almarhum Ustaz Shamsuddin sangat bergiat di dalam aktiviti parti dan juga dakwah. Beliau merupakan Ketua PAS Cawangan Kg. Bahagia (antara cawangan PAS yang mempunyai bilangan ahli teramai di Teluk Intan) dan masih menyampaikan pengajian di beberapa surau di sekitar Teluk Intan.

Pihak PAS Kawasan pernah menziarahi beliau dalam usaha menjejaki mantan-mantan YDP PAS Teluk Intan pada tahun 2008.

Pihak PAS Kawasan Teluk Intan , ADUN Changkat Jong dan seluruh ahli PAS mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum ustaz. Sesungguhnya pemergian almarhum Ustaz Haji Shamsuddin merupakan satu kehilangan yang amat besar bagi PAS Kawasan Teluk Intan.

Al Fatihah... - tintanhijau


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...