بسم الله الرحمن الرحيم
SPRM digesa siasat 'iklan Rosmah' RM 1.5 juta duit rakyat....!!!
Suruhanjaya Pencegaran Rasuah Malaysia (SPRM) didesak menyiasat iklan mahal tentang isteri perdana menteri Rosmah Mansor dalam sebuah akhbar terkenal Amerika Syarikat New York Times.
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mempersoal bagaimana wang yang didakwanya berjumlah sehingga RM1.5 juta diperolehi untuk membiayai pengiklanan dua mukasurat penuh dalam akhbar itu.
"Ini kerana Pengarah Eksekutif New York Times Dianne McNulty sendiri mengesahkan bahawa iklan itu ditempah oleh sebuah agensi pengiklanan bagi pihak Kerajaan Malaysia.
"Dan bukannya oleh individu-individu seperti yang dinamakan dalam iklan tersebut," katanya.
Sabtu lalu, Zuraida dilaporkan menggesa Rosmah membuat permohonan maaf secara terbuka kerana didakwa merujuk dirinya sebagai "wanita pertama" (first lady) - satu tindakan yang dianggapnya menderhaka.
Zuraidah dilaporkan merujuk kepada yang disiarkan bulan lalu, yang mengucapkan tahniah kepada "Rosmah, Wanita Pertama Malaysia" sempena dikurniakan Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.
Iklan 16 April itu juga dilaporkan oleh agensi berita nasional, Bernama yang mendapat perhatian blog Malaysia Today, yang dikendalikan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang kini diburu kerajaan.
Laman web itu juga melaporkan iklan yang dianggarkan bernilai RM10 juta itu juga memuatkan gambar besar Rosmah dengan tajuk "Malaysia berbangga dengan anda".
Menurut Bernama, kos berkenaan ditampung oleh "keluarga dan sahabat Rosmah di Amerika dan Malaysia".
Dalam satu kenyataan hari ini, Zuraida berkata menjadi tanggungjawab utama bagi SPRM untuk menyiasat perkara ini dengan efisien.
"Saya mahu sumber ini diperjelaskan dengan nyata agar pengkhianatan terhadap wang rakyat tidak berlaku hanya untuk memenuhi selera dan nafsu pihak yang berkuasa," katanya yang juga ahli parlimen Ampang. - RAKYAT MARHAEN
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Wednesday, May 12, 2010
BELUM ADA SEJARAH SPRM BERANI SIASAT BIG MAMA
Tuesday, May 11, 2010
RAYUAN YB DR SITI MARIAH
بسم الله الرحمن الرحيم
Rayuan dari YB Dr Siti Mariah - Sibu Serawak.
KEPADA DERMAWAN-DERMAWAN PAKATAN RAKYAT BANTULAH SAHABAT-SAHABAT KITA DI SIBU UNTUK TERUS BERJUANG.HULURKANLAH SUMBANGAN ANDA.
Assalamualaikum wbth & Salam Perjuang
Semuga surat ini menemui tuan puan dalam kemanisan Iman.
Surat ini saya tulis bagi mewakili YB Dr Siti Mariah Mahmud yang kini berada di Sibu Serawak.
Permintaannya berbunyi begini.
"Tolong masuk dalam Weblog dan Facebook saya, kami perlukan sumbangan kewangan dari Penyokong Pakatan Rakyat untuk kami buat program-program MESRA RAKYAT di lokaliti-lokaliti Melayu, juga untuk membiayai kos pengangkutan pengundi pada hari pilihanraya nanti (16 Mei 2010).
Nanti saya akan fowardkan No Akaun saya, tolonglah MERAYU.
Saya akan kemukakan jumlah yang di masukkah dalam akaun saya nanti untuk ketelusan ... Dr. Mariah"
NO AKAUN : MAYBANK : 5627 4005 1315 (SITI MARIAH BINTI MAHMUD)
Nota :YB Dr Mariah boleh dihubungi di talian 019-2361889
Mewakili beliau saya merayu semua pejuang dan penyokong PR untuk menyambut seruan ini dengan menyumbangkan wang anda untuk perjuangan ini.
Teringat pesanan Tok Guru "Duit yang ada dalam poket atau dompet kita belum tentu jadi hak kita - tapi duit yang kita dermakan sebagai Infak Fisabilillah sudah PASTI menjadi hak kita diakhirat nanti"
Sekian untuk makluman.
Minta Sebarkan sebanyak mungkin pada yang lain. Kerjasama anda semua didahului dengan ucapan jutaan terima kasih
- anakmuaallaf
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
GADAI NYAWA CEKAP PERAGUT
بسم الله الرحمن الرحيم
BUTTERWORTH: Bagaikan aksi dalam filem, dua lelaki mempertaruhkan nyawa mengejar seorang peragut bermotosikal sejauh 15 kilometer sebelum memberkasnya dengan bantuan orang ramai. dekat Titi Timbul, Teluk Air Tawar, di sini, semalam.
Sebelum itu, Nor Azihir Noraziz, 31, dan Fairuz Rosli, 28, beberapa kali nyaris terbabit kemalangan ketika mengejar suspek yang meragut beg seorang wanita dekat Taman Chai Leng, Prai, kira-kira jam 11.15 pagi. Dalam kejadian itu, suspek berusia 40-an menunggang motosikal Yamaha 135 meragut beg tangan Tan Hui Bing, 22, yang baru keluar dari keretanya untuk ke kedai makan.
Kebetulan kejadian itu dilihat Nor Azihir yang bekerja di sebuah syarikat binaan lalu mengambil motosikalnya sebelum mengejar peragut terbabit.
Nor Azihir yang sebelum ini berhasrat menangkap peragut berkata, dia hampir kehilangan suspek namun terus mengekorinya hingga ke bulatan Seberang Jaya.
“Menyedari tidak mampu mengejar suspek seorang diri, saya memanggil seorang penunggang Yamaha RXZ (Fairuz) dekat bulatan Seberang Jaya sebelum kami mengejar suspek.
“Suspek memasuki Jalan Permatang Pauh dan menggunakan pelbagai taktik bagi meloloskan diri, tetapi kami terus mengejarnya,” katanya, semalam. Dia yang menyifatkan dirinya sebagai ‘antiperagut’, berkata suspek kemudian memasuki Jalan Raja Uda sebelum keluar melalui persimpangan Kubang Buaya, Butterworth.
“Kami beberapa kali nyaris bertembung dengan lori kerana suspek meneruskan perjalanan walaupun ada lampu trafik.
“Pada satu ketika, saya cuba menendangnya supaya terjatuh, tetapi dia pula bertindak balas, malah lebih menyakitkan hati suspek sempat berpaling dan melemparkan senyuman,” katanya. Sehingga di persimpangan Titi Timbul, Teluk Air Tawar-Penaga, dia berjaya menghalang suspek sebelum Fairuz melanggar motosikal suspek menyebabkan ketiga-tiga mereka terjatuh.
Mulanya suspek cuba melawan, tetapi bertindak terjun ke dalam parit sebaik melihat orang ramai berhenti apabila dimaklumkan ada kes ragut. Bagaimanapun, suspek ditahan sebelum diserahkan kepada polis.
Jurucakap polis mengesahkan kejadian itu dan berkata, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah.
Siasatan mendapati suspek tinggal di Jelutong, Pulau Pinang pernah dipenjarakan kerana kesalahan membunuh, malah mengaku menghisap ganja sebelum meragut.
Motosikal digunakan untuk meragut disyaki motosikal curi dan menggunakan dua nombor pendaftaran. - Hmetro
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
RELA DIRI MENJADI BODOH KERANA INGIN MEMPERTAHANKAN UMNO
بسم الله الرحمن الرحيم
USAH DILAYAN ORANG YANG GILA MEROYAN..gila pada nama dan kontroversi..kalaulah ada anugerah Malaysia book of record, pertubuhan bangang paling suka buat laporan polis, ia mesti dapat pada PERKOSA..pertubuhan bangang yang selalu eksploitasikan nama Sultan. Hanya orang kampong yang hanya baca Utusan sahaja percaya kat propaganda NGO UMNO nih..Dah takda isu ke wahai ngo ntah apa-apa ni..memeningkan polis adalah..dah la mereka ada masalah suka jadi koboi yang suka tembak orang..ditambah pula bebanan kerja nak layan laporan polis NGO katak ini..kalaulah saya diberi 100 juta pun, saya tak sanggup cemar maruah masuk NGO tak betul ini..Apa ke halnya buat laporan pada Tok Guru Nik Aziz dan Lim Guang Eng..
Laporan polis pada Nik Aziz, Guan Eng
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKOSA) Selangor hari ini membuat laporan polis terhadap Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Laporan terhadap kedua-dua pemimpin parti pembangkang itu dibuat oleh Yang Dipertua Perkasa Selangor Abdullah Mansor di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 3.25 petang tadi.
Abdullah berkata laporan dibuat terhadap Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan kerana mempertikaikan larangan Sultan Selangor supaya tidak berpolitik di masjid dan surau yang tidak mematuhi Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1996.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau berkata laporan yang dibuat terhadap Lim adalah berhubung kenyataannya pada sesi penggulungan di sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini yang menuntut supaya Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan.
Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu merupakan satu prejudis dan hasutan yang boleh menimbulkan ketidaktentuan, rasa gelisah dan persepsi buruk rakyat terhadap Polis Diraja Malaysia, katanya.
"Ia juga merupakan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong di mana pelantikan Ketua Polis Negara adalah dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Katanya dalam laporan itu, PERKASA juga meminta Lim tidak lagi menggunakan nama Khalifah Umar Abdul Aziz dalam mana-mana ucapan, penerbitan atau lain-lain bentuk komunikasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam.
Main sebat je kata Nik Aziz langgar Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1996. Entah dia tahu ke tidak peruntukkan tuh..buat malu je..meh saya ajar sikit, kalaulah benar kenyataan Nik Aziz tu, di mana dia buat,..bukankah di Kelantan selepas balik dari Hulu Selangor..kalau di Kelantan, titah Sultan Selangor mana boleh sampai kat Kelantan..lagipun mahkamah Syariah bukannya macam mahkamah sivil..mahkamah sivil rayuan hanya ada di Putrajaya je..sedangkan Mahkamah Syariah ada di setiap negeri..lagi satu bahawa Tok Guru tak sebut pun nama Sultan Selangor..jangan bertindak macam budak tadika permata kata tok guru hina Sultan..memang banganglah pengerusi Perkosa Selangor ni. Cerdik lagi pengerusi rukun tetangga hospital bahagia..
Pasal lim guang eng….woii kuali, saya pun ada desak Musa Hassan letak jawatan..adakah ia dikira sebagai menghina YDPA..yang Perkosa suruh MB Selangor letak jawatan tu, tak dikira hina Sultan Selangor yang lantik MB itu??jawablah dan fikirlah secara waras..setiap orang di Malaysia asyik minta Najib letak jawatan sebagai pm, adakah ia dikira hina YDPA yang lantik kawan baik Sayfoool bukhari tuh…memang IQ pengerusi Perkosa ni dah tahap kritikal. Pastu suruh pula jangan sebut nama Umar Abdul Aziz…wooiii sudu, pelajar sekolah rendah cina pun selalu sebut nama Nabi Muhammad dalam kelas moral mereka..
KalaULAH NAK GLAMER SANGAT, nak Ibrahim katak jadi calon UMNO dalam Pru akan datang, buat je laporan polis tentang Awang Adek yang nak halalkan lesen judi..bukanke dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1996 menyebut judi haram dan sesiapa yang menganjurkannya dianggap menghina Sultan..ada berani ke PERKOSA..mati ditikam keris berkarat pun puak tiga suku ni takkan buat..mereka sebenarnya buat laporan polis bukannya apa, kerana UMNO dan laba politik..bukannya nak menjaga maruah bangsa dan raja-raja Melayu yang sentiasa mereka ong-ongkan (bunyi katak) tu. - tunhisyamuddin
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Monday, May 10, 2010
DIPERKOSA KETIKA BERURUT
بسم الله الرحمن الرحيم
Pemandu lori ‘diperkosa’ ibu tunggal
SUNGAI PETANI: “Dia merenung saya dengan penuh ghairah sebelum tiba-tiba menyelak kainnya dan merangkak ke atas tubuh saya,” kata seorang pemandu lori berusia 40-an yang mendakwa ‘diperkosa’ seorang tukang urut wanita di Bedong, dekat sini, pertengahan bulan lalu.
Lelaki terbabit yang mahu dikenali sebagai Mail berkata, dia tidak menyangka, malah terkejut apabila wanita berusia 50-an itu bertindak demikian kerana hanya mengetahui wanita terbabit menyediakan khidmat mengurut.
Difahamkan, wanita terbabit yang juga ibu tunggal hanya memberi khidmat mengurut kepada lelaki selain turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.
Tukang urut wanita itu menjalankan kegiatan berkenaan sejak beberapa tahun lalu di rumahnya yang turut didiami bersama dua anaknya. Malah, ketika memberikan ‘perkhidmatan’ itu, kedua-dua anaknya berada di ruang tamu manakala dia bersama pelanggannya ‘beraksi’ dalam bilik.
Mail ketika ditemui berkata, dia yang sebelum ini tidak tahu-menahu mengenai kegiatan itu pergi ke rumah wanita berkenaan kira-kira jam 5 petang bagi mengurut badan yang sakit selepas diberitahu rakan berhubung urutan wanita itu kononnya sangat berkesan.
“Saya diberitahu supaya datang mengurut selama tiga hari berturut-turut dengan bayaran RM30 setiap kali urutan,” katanya.
Katanya, pada hari kedua, wanita terbabit mula bertindak pelik apabila tiba-tiba mengurut kemaluannya. “Dia kemudian dengan ghairah tiba-tiba menyelak kainnya dan meniarap ke atas saya yang terlentang. Lebih mengejutkan, dia tidak memakai seluar dalam,” katanya.
Mail yang terkejut dengan tindakan wanita itu segera menolaknya hingga jatuh sebelum mencapai pakaiannya serta bergegas keluar dari rumah wanita terbabit.
Katanya, berikutan kejadian itu, dia tidak pergi ke rumah wanita berkenaan untuk mengurut pada hari ketiga kerana menyesal serta terkejut dengan tindakannya.
“Saya kesal dengan perbuatan wanita itu kerana mengambil kesempatan terhadap pelanggan yang mendapatkan perkhidmatannya. Sepatutnya dia hanya mengurut, sebaliknya sanggup mengajak melakukan hubungan seks.
“Selepas kejadian itu, saya diberitahu rakan bahawa wanita itu memberi perkhidmatan urut kepada orang lelaki saja dan perkhidmatannya itu sudah berlarutan selama beberapa tahun dan sering menjadi tumpuan golongan lelaki,” katanya.
Mail berkata, dia dimaklumkan ramai di kalangan pemandu lori sering ke rumah wanita terbabit bagi mendapatkan khidmat urutnya terutama pada sebelah petang dan malam. Katanya, wanita itu menjadi tumpuan kerana masih cantik dan ramping walaupun usianya sudah melewati 50 tahun. Sementara itu, jurucakap Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, ketika dihubungi, berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kegiatan wanita itu tetapi berjanji akan melakukan siasatan.
hmetro
Note: Untuk para pembaca yg lelaki. Jangan lepas baca ni nanti diam diam pegi Sungai Petani plak...
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
AZAN BERKUMANDANG 24 JAM SEHARI
بسم الله الرحمن الرحيم
Azan berkumandang 24jam sehari...
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,
Aku bersaksi bahawa Muhammad Pesuruh Allah, Marilah mengerjakan solah, Marilah menuju kejayaan,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada Tuhan melainkan Allah.
Maksud kalimah-kalimah ini mengikut ulama adalah lebih luas daripada tujuh lautan tetapi secara ringkas ialah bahawa Allah mengatasi segala-galanya dan bahawa Tuhan hanyalah satu dan Muhammad adalah rasulnya. Lakukanlah solat untuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Bahawa Allah adalah di atas segala ciptaanNya dan bahawa Allah hanya satu.
Dari segi sejarahnya, dikisahkan Azan mula diamalkan pada tahun pertama hijrah umat Islam dari Mekah ke Madinah pada abad ketujuh Masehi.
Mengikut Hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar bin al-Khattab r.a. tiada orang yang menyeru atau melaungkan Azan ketika orang Islam berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang pada mula-mula umat Islam berhijrah ke Madinah.
Ini menyebabkan pada suatu hari Rasullullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat dan membincangkan cara mengingatkan umat Islam waktu solat telah masuk dan mengajak mereka ke masjid melakukan solat berjemaah.
Solat bagi umat Islam bukan sahaja sekadar menyembah Pencipta alam semesta tetapi juga merupakan ikrar mematuhi peraturan hidup yang ditetapkan olehNya di samping memohon petunjuk dan rahmat
Pada mesyuarat itu, ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera, ada yang mengesyorkan ditiupkan serunai atau terompet dan ada juga yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng, namun semua usul itu ditolak Nabi Muhammad s.a.w.
Umar kemudian mencadangkan supaya diteriakkan ayat "telah datang waktu solat" dan ini diterima Nabi, tetapi Baginda menukar lafaznya kepada "assolatu jamiaah" yang bererti "Marilah solat berjemaah".
Sehinggalah pada suatu malam Abdullah bin Zaid bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk menghebahkan solat dengan mengumandangkan Allahhu Akbar (dan seterusnya...)
Semasa diberitahu kepada Rasullullah s.a.w pada paginya, (Umar juga menyatakan bermimpi yang serupa), Baginda bersabda: "Mimpi itu mimpi yang benar", maka Nabi memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan azan itu.
Untuk solat Jumaat, Azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama menandakan masuk waktu Zohor untuk memanggil orang Islam ke masjid dan kali kedua sejurus sebelum Imam memulakan Khutbah Jumaat.
Begitu juga Azan Subuh diamalkan semasa zaman Rasullullah s.a.w. dikumandangkan dua kali seperti yang dilakukan di Masjidil Haram -- pertama selepas berlalunya separuh malam untuk memberitahu muslimin bahawa waktu Subuh sudah hampir dan waktu itulah mereka digalakkan bersembahyang sunat tahajjud dan sebagainya atau bersahur untuk berpuasa. Azan kedua diperdengar ketika masuk waktu Subuh dengan tambahan lafaz "as-salatu khayrun min an-naum (solat itu lebih baik daripada tidur).
Selain untuk tujuan sembahyang, Azan sunat diamalkan untuk dibisikkan ke telinga bayi lelaki baru lahir atau suatu ketika dulu sebagai isyarat untuk memaklumkan kepada umat Islam waktu mudarat atau bahaya seperti bencana alam, kebakaran dan perang.
FENOMENA AZAN
Namun yang menarik perhatian ialah keajaiban yang banyak dibincangkan termasuk di Internet bahawa Azan berkumandang 24 jam di seluruh dunia berdasarkan perbezaan waktu dan tempat.
Ribuan bilal akan melaungkan seawal kira-kira 5.30 pagi, Azan Subuh yang bermula di bahagian timur, Indonesia dan proses itu akan bergerak ke barat kepulauan Indonesia dengan perbezaan waktu timur dan barat kepulauan Jawa adalah 90 minit.
Belum pun laungan Azan itu selesai di seluruh Indonesia, mengikut perkiraan, ia akan bergema di Malaysia, kemudian disambut di utara, di Myanmar, China dan seterusnya.
Dalam tempoh satu jam bermulanya Azan Subuh di Jakarta, Azan akan bersahutan di Bangladesh dan bergema pula di India.
Belum berakhir di Pakistan, laungan Azan Subuh akan dilaungkan di Afghanistan dan Oman.
Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad, Iraq dianggarkan satu jam, maka dalam jangka masa ini juga Azan Subuh dikira akan dilaungkan di Emiriyah Arab Bersatu, di tanah suci Mekah dan Madinah dan negara-negara lain.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik dalam jangka masa sembilan jam setengah, tetapi sebelum Azan Subuh bergema di situ, Azan Zohor sudah berkemundang di Indonesia semula.
Begitulah seterusnya bilal-bilal di serata pelusuk dunia akan sahut menyahut melaungkan keagungan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w setiap detik, sepanjang waktu
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
SI BODOH BERBICARA TENTANG EKONOMI
بسم الله الرحمن الرحيم
KERAJAAN SUDAH ABIS DUIT - TINGGAL AIR LIOR
Harus diakui pada hari ini
tanyalah :
pegawai kerajaan dari pegawai tinggi hingga ke peon.. semua akan mengatakan bahawa – KERAJAAN TAK ADA DUIT !
kemudian sila tanya orang berniaga pula... jawapan yang di terima pun sama.
kemudia tanya para kontrektor... jawapan yang di terima adalah sama.
kerajaan hari ini tidak ada duit!!!! ini hakikat..!!!
najib ini bercakap bangang... kalau eropah meleset maka barang ekpot kita tidak ada pasaran.. kenapa bangang sangat ?
angka? angka? angka ini boleh dibuat, boleh laporkan pertumbuhan ekonomi 5 peratus, boleh laporkan pertumbuhan ekonomi 6 peratus ini bukan susah – media di negara mandul – tak ada kang kong dari universiti yang akan mempertikaikan angka yang dikeluarkan.. ini pun kalau kang kong ini boleh membaca
lihat dan kaji:
eropah dalam krisis besar, greece, sepanyol, portugal dan itali sedang nazak. ini belum lagi diambil kira negara greec baru jadi ahli. greece – rakyat sedang bertempur – bertempur dijalan raya mogok berterusan.. semua sedang dalam nazak warga greece sedang menentang kemasukkan IMF – ini petanda baik
rakyat eropah sedang bangun menentang agenda satu dunia yang sedang di rancang oleh elit politik - elit pemodal dan para bankers.
cakap cakap mengatakan ekonomi kita baik adalah cakap orang bangang.. kita mengekpot barangan ke amerika dan eropah kalau amerika dan eropah nazak sapa nak beli barang yang kita buat? bangang punya cakap!
cuba tanya: 100,000 graduan mundar mandir tak ada kerja kenapa mer eka tak ada kerja ?
EKONOMI NEGARA SEMAKIN PULIH – PM
Najib Razak yakin ekonomi negara dapat dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh perancangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Menurut Perdana Menteri, pencapaian tersebut hasil perancangan teliti kerajaan melalui dasar fiskal dan kewangan negara.
“Kedudukan ekonomi Malaysia hari ini, dari sudut pemulihan, saya boleh katakan bahawa kita berada di atas landasan pemulihan yang amat meyakinkan, lebih-lebih lagi jika dibanding dengan negara-negara lain.
“Dalam masa beberapa hari lagi, angka pertumbuhan ekonomi negara bagi tempoh tiga bulan pertama akan saya umumkan,” katanya.
KAH KAH KAH….
woit… BUKAN KE MALAON INI YANG CAKAP ….. OUR ECONOMY HAS NO PRPBLEM…. kah kah kah..
kah kah kah….OUR FUNDUMENTAL IS STRONG?...... kah kah kah..
woit… BILA PULAK EKONOMI KITA SAKIT…kah kah kah..
kah kah kah…. KALAU SEKARANG NAK PULIH…. ERTINYA DULU KITA SAKIT….kah kah kah…
woit… TAPI CAKAP OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM…. kah kah kah - TT
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
TERKANGKANG
بسم الله الرحمن الرحيم 
Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.
Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry" Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki" Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.
Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?
Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?
Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.
Orang Tua: Emm... bukan.
Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.
Orang Tua: ...pun bukan.
Pelajar A: Habis tu?
Orang Tua: Emm.. habis 2 (two), 3 (three) laaa...
Pelajar B: Pakcik jgn la main2.. kita org tanya betul2 ni...
Orang Tua: Hahaha.. alaa.. gurau sikit pun nak hangin... ok laaa... sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang...
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Sunday, May 9, 2010
POLIS MENGGILA ATAU POLIS SEKARANG MEMANG DAH GILA ?
بسم الله الرحمن الرحيم
Lagi remaja ditembak, konstabel digantung tugas
Seorang konstabel polis digantung tugas dan ditahan selepas didakwa menembak remaja remaja berusia 17 tahun yang enggan memberhentikan motosikalnya ketika dikejar kereta peronda di persimpangan Kampung Ujong Pasir, Jalan Seremban-Jelebu, 3.30 pagi tadi.
Anggota polis itu dipercayai baru berkhidmat kira-kira setahun. Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota polis berkenaan digantung tugas serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa sebab kukuh dirinya terancam.
“Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa," katanya.
Cedera parah
Pada kejadian itu, Mohd. Azizi Aziz, 17 cedera parah di bahagian perut setelah terkena tembakan yang dilepaskan seorang anggota polis keran enggan berhenti.
"Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tembus ke bahagian usus," kata Osman kepada pemberita.
Mangsa yang dipercayai berasal dari Senawang itu menjalani pembedahan di perut dan usus kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.
Osman berkata mangsa dalam satu kumpulan kira-kira 20 orang yang menaiki motosikal berhampiran sebuah pasaraya di Jalan Datuk Siamang Gagap dan kumpulan itu berpecah apabila terserempak dengan sebuah kereta peronda polis, manakala angsa melarikan diri arah Jalan Seremban-Jelebu.
"Anggota polis yang melepaskan tembakan ini mendakwa dia melepaskan tembakan amaran tetapi dalam keadaan kereta yang laju dan mangsa juga menunggang motosikal secara bahaya.
"Satu das tembakan telah dilepaskan dan selepas kira-kira dua kilometer baru mangsa dapat ditahan dan mendapati mangsa terkena tembakan di bahagian perut."
Mengulas kejadian itu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop yang ditemui Bernama ketika merasmikan lapang sasar polis bantuan Felda di Felda Bukit Rokan berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bertolak ansur dalam kes tersebut.
"Bagi kita, perkara ini sangat serius. Kita akan meneruskan dengan siasatan dahulu. Kalau anggota polis terbabit terbukti bersalah, kita akan mengambil tindakan mengikut prosedur yang diperuntukkan.
"Dalam kes ini kita masih menyiasat dan buat masa ini anggota polis terbabit telah ditahan kerja," katanya.
Bapa terkilan
Abu Seman turut melawat mangsa di HTJS. Beliau meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk melihat keadaan mangsa. Turut hadir Osman dan dua anggota exco kerajaan negeri Datuk Ismail Lasim dan Datuk Ismail Taib. Sementara itu, Bernama melaporkan ayah mangsa, Aziz Omar, 42, berkata beliau sangat sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu.
"Saya dihubungi pihak hospital pada pukul 4.20 pagi tadi yang menyatakan anak saya mengalami kecederaan dan kini berada di hospital. Saya kemudian bergegas ke hospital dan baru mendapat tahu bahawa anak saya cedera ditembak polis.
"Dalam hal ini saya amat terkilan kerana yang menghubungi saya adalah pihak hospital tapi mengapa tidak polis. Mohd Azizi adalah anak sulung daripada enam orang adik beradik," katanya. - malaysiakini
Note: Mat rempit yang menganggu lalulintas serta memerbahayakan pengguna jalan raya yg lain memang menyusahkan semua. Namun itu bukan alasan polis boleh tembak org sesuka hati. Agak2 la klau nak menipu pun. org lain pun polis jugak. xkan tak tahu undang2 melepaskan tembakan amaran? Kalaupun budak tu "superman" pun bukan atas udara yang sampai boleh terkena tembakan hanya dari tembakan amaran yang sepatutnya dihalakan ke atas. Wira abu seman ko org melaka kan. Org melaka ni memang kaki pusing. Jangan nanti janji tinggal janji jer nak siasat.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Saturday, May 8, 2010
IBRAHIM ALI BUKAN SAJA MULUT, MALAH HATI PUN BUSUK..!!!
بسم الله الرحمن الرحيم
Polis bertopeng lengkap bersenjata serbu Sultan Mei 7, 10 7:43pm Bila Agaknya Berahim PERKASA Nak Bakar Gambar Najib?
Bebaru ni beberapa juak Berahim dari PERKASA telah membakar gambar Zaid Ibrahim kerana mendakwa Zaid telah derhaka pada Sultan selangor. Mengikut affidavit Sultan Kelantan yang terbaru:
Dalam afidavit itu, Tengku Muhammad Fakhry berkata mereka diarahkan keluar daripada kenderaan tersebut. Katanya lagi, baginda sultan tidak bersetuju dengan arahan untuk dibawa ke HUSM. Tengku Muhammad Fakhry juga menceritakan bagaimana kumpulan lelaki tersebut menolak bondanya keluar daripada lif di HUSM, serta turut dihalang lagi daripada memasuki bilik rawatan Tuanku Ismail Petra.
Jelas Baginda Sultan Kelantan diperlakukan seperti penjenayah dan sampah. BIla Agaknya Berahim PERKASA hendak membakar gambar Najib Tun Razak pula? Ataupun Berahim PERKASA ni memang bangsa "Mengata Dulang Paku Serpih" - Tulang Besi
Note: Ibrahim katak ni bukan apa apa pun. Hangpa jangan marah sgt pada dia. Dia ni terpaksa membusukkan mulut serta hatinya kerana PRU13 dah hampir. PRU 13 umpama bakal menyaksikan tamatnya karier politik si bapa katak ini. Pastinya PAS tidak akan memberi peluang si bapa katak ni untuk mengisi kerusi PAS di Pasirmas seperti dulu. Kalau nak bertanding atas tiket bebas comfirm la hilang wang pertaruhan. Nak bertanding atas tiket BN..? Mati hidup balik pun BN xnak. So apa lagi yang dapat dilakukan oleh berahim katak ni? Tak lain tak bukan inilah masanya dia nak tunjuk yg dia tu hero. Nak tunjuk kat najib yg dia tu masih berbisa walaupun dah ganyut. Untung2 najib rasa kesian kat dia, untung2 dia diberi perhatian...untung2 dapatlah dia jadi senator mcm ezam kotak.
Lihat saja tindak tanduk katak ini. Ibrahim katak kini adalah lebih layak digelar haiwan paling ganas menyerang Pakatan Rakyat secara membabi buta. Seperti anjing bulldog yg dilepaskan tuannya untuk menyerang mangsa gayanya (X caya tengok muka dia betul2). Kalau tuan dia yg buat salah relax jer muka dia.
1. Kuala selangor : walaupun mejoriti di sana adalah melayu, namun MIC yang dijadikan calon. Apa kata Ibrahim ali? "Kami menyokong sebulat suara". (Artikal barkaitan di sini)
2. Kedah: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata, Dato' Ahmad Bashah Md. Hanifa untuk mempengaruhi para imam di negeri Kedah Darul Aman untuk mengingkari titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Apa kata berahim? Hanya membisu seribu bahasa. Mana katak2 yang membela RAJA? (Artikal barkaitan di sini)
3. Apa tindakan persatuan katak2 ni bila org cina dari parti komponen BN mengatakan persatuan katak semalaysia ni (PERKOSA) ni rasis? Ibrahim ali kata bagi la dia org dua keping buku. (Artikal barkaitan di sini)
4. Johor: Kampung melayu denai pinggiran dirobohkan oleh kerajaan umno. Apa kata brahim ? Tak kata apa pun.. biarlah melayu merempat, sebab apa saja kerajaan UMNO/BN buat dia mesti mengatakan "BETUL". (Artikal barkaitan di sini)
Dimana Ibrahim ali dalam isu di atas? jangankan muka bulldognya, suara kataknya pun tiada kedengaran. Seribu satu contoh lagi yg aku boleh berikan. Boleh sampai muak klau korang nak baca. Namun prsoalannya adakan ibrahim ali berjuang untuk rakyat melayu islam ? jawapannya adalah "TIDAK". Jadi untuk apa atau siapa katak ini berjuang ?
IBRAHIM ALI BERJUANG DEMI PERHATIAN NAJIB...!!!
IBRAHIM ALI BERJUANG KERANA PANGKAT DAN KEDUDUKAN..!!!
IBRAHIM ALI BERJUANG KERANA SISA-SISA KARIER POLITIKNYA HAMPIR KEPENGHUJUNG...!!!
IBRAHIM ALI BERJUANG KERANA DIA ADALAH KATAK SEJATI...!!!!
JANGAN ADA DIANTARA GENERASI AKAN DATANG MENGATAKAN IBRAHIM ALI SEBAGAI PEJUANG BANGSA.. KERANA IBRAHIM ALI SEBENARNYA PETUALANG DAN PENGHIANAT BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM SELAMANYA...!!!!
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..