Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, May 8, 2010

' BUKAN NIAT SAYA NAK SEKSI '

بسم الله الرحمن الرحيم

Justifikasi Seorang Artis Untuk Menghalalkan Yang Mungkar




BABAK Haliza Misbun tampil seksi dengan gaun mendedahkan sebahagian besar payudaranya dalam filem Andartu Terlampau...21 hari Mencari Suami!, bakal mencetuskan kontroversi. Apakah Haliza yang juga penerbit filem ini sengaja paparkan babak itu untuk melariskan filem itu?

Maklumlah, ini filem sulung terbitan syarikatnya, BIG Productions Sdn Bhd dan mengeluarkan bajet yang besar, RM1.2 juta, sudah tentu mengharapkan pulangan lumayan apabila ditayangkan di pawagam pada 20 Mei nanti. Namun, Haliza menafikan perkara itu. Katanya, tiada niat untuk tampil seksi seperti itu sebaliknya ada alasan sendiri. "Sebenarnya, saya tidak dapat gambaran ketika penggambaran babak itu. Saya tidak tahu jurukamera akan shoot dari atas. Seandainya, babak itu orang kata saya seksi, terus terang, saya memang tidak sengaja melakukannya. Lembaga Penapis Filem (LPF) juga meluluskan filem ini tanpa sebarang potongan," katanya ketika ditemui selepas pratonton filem ini, baru-baru ini. - Sumber: Harian Metro 01/05/10

Ukuran Seksi Bukan Bergantung Pada Niat, Tetapi Syariat Islam

Lucu mendengar dan membaca kata-kata manusia yang bergelar artis. Ketika mana mereka seksi dan tidak menutup aurat, banyak sungguh dalih dan justifikasi yang digunakan untuk menghalalkan apa yang mereka lakukan. Bagi mereka, matlamat akan menghalalkan segala cara yang mereka lakukan tidak kira samada ianya bertentangan dengan syariat Islam atau tidak. Jadi, tidak hairanlah jika Haliza Misbun sendiri berdolak dalih dan menjadikan “niat” sebagai justifikasi menghalalkan tindakannya mendedahkan sebahagian besar auratnya. LPF yang menjadi badan penapis bukanlah badan yang menggunakan kriteria yang digariskan oleh syariat Islam dalam penapisannya. Hakikatnya LPF telah meluluskan banyak filem yang tidak sejajar dengan syariat Islam jadi tidak hairanlah jika LPF juga meluluskan filem yang dilakonkan oleh Haliza Misbun ini.

Situasi seperti ini tidaklah menghairankan kerana umat Islam sekarang sudah dipengaruhi oleh pemahaman liberal dan sekular. Sistem kapitalis yang dijalankan pula tidaklah membantu dalam mengembalikan Islam dalam kehidupan malah menggalakkan lagi maksiat. Artis oh artis… bilakah kalian akan insaf dan bertaubat di atas apa yang kalian lakukan!

-- blogspot.com


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

MENTERI PERDANA KORANG NI PERNAH KENA TANGKAP BASAH DENGAN ARTIS?

بسم الله الرحمن الرحيم

Email : cubaan bongkar kisah Najib di Port Dickson
Artikel dibawah ini bukan tulisan che'GuBard tetapi ia adalah petikan dari email pembaca yang memetik dari sebuah blog yang dikenali sebagai blog milosuam. Baca dan nilai sendiri. Beri komen di ruangan komen dan ulasan akan menyusul dalam posting akan datang.

sedang CiLiK© sibuk mencari maklumat di internet melalui enjin carian google, terkejut CiLiK© apabila secara tidak sengaja menemui keyword "Skandal Najib dan Ziana Zain" sebagai salah satu keyword popular di Google. Keyword ini membawa CiLiK© kepada beberapa link Forum terkenal, salah satunya ialah Forum Tempur Maya MyKMU.net iaitu forum milik Pemuda UMNO.



Sebelum ini seorang kawan CiLiK© yang tinggal di Negeri sembilan pernah mendedahkan hal ini. Seorang kawan berkata Isa Samad (MB Negeri Sembilan) adalah hero Najib, beliau takkan disingkirkan dari UMNO hanya kerana kesalahan rasuah yang dilakukan kerana Najib telah terhutang budi kepada beliau. Terkejut CiLiK© dengan kata-kata itu. CiLiK© bertanya semula benarkah kenyataan itu? Dia berkata kebanyakkan orang Negeri Sembilan terutama masyarakat Cina tahu tentang cerita sumbang Najib dan Ziana Zain ini. Kawan CiLiK© kemudian berjanji untuk memberikan bukti yang
kukuh mengenai hal ini. Kita tunggu dan lihat dalam pendedahan akan datang.

Berikut CiLiK© dedahkan beberapa sumber-sumber yang diperolehi dari internet. Nampaknya memang ramai yang telah mengetahui skandal Najib ini. Berikut pendedahan dari Forumer UMNO sendiri di Forum Pro UMNO MyKMU.



Nampaknya Skandal Najib ini telah menjadi buah mulut orang di internet. Malah salah seorang ahli keluarga penolong pendaftar Mahkamah Syariah tempat Najib didakwa juga ada mengeluarkan kenyataan berikut,


Assalamualaikum...

Semasa kes khalwat Najib dgn Ziana kebetulan adik saya jadi pendaftar Mahkamah Syariah di Seremban... baru lepas grad UIA pada masa tu.

Dia pun tahu kes tersebut... semua diarah off record oleh Isa Samad pada masa tu...

Bila jumpa dia... saya cuba korek-korek, dia pun takut nak beritau sbb baru keja kat Mahkamah Syariah... akhirnya pecah rahsia jugak.

Kes Najib dan Ziana ditangkap khalwat adalah benar, cuma nak tuduh lebih dari tu saya tak berani sbb tak nampak.

Cuma, bila berdua-duaan dlm bilik oleh bukan mahram faham-faham ajelah... ia sesuatu memalukan kpd seorang pemimpin tertinggi negara. Apatah sekali-sekala bercerita bab moral dan bab Islam, malah pernah perlekehkan ulamak...

Ibn_Irsyad

Berikut screenshot dialog tersebut, sila klik untuk membesarkan image,




CiLiK©: Boleh tahan juga ye si Najib ni... Miang macam kucing jantan

- chegubard


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Friday, May 7, 2010

WAJAH WAJAH PEMBELA MELAYU

بسم الله الرحمن الرحيم



Balai Polis yang terletak bersebelahan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat di Merchant Square, Petaling Jaya dianggap sebagai tunggul kayu yang tidak berfungsi apabila gagal bertindak terhadap kumpulan yang mengaku mewakili Majlis Gabungan NGO Pembela Negara dan Perkasa yang berhimpun dan menunjuk perasaan sambil membakar patung Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Datuk Zaid Ibrahim.

Sehubungan itu Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail kesal dengan pihak polis yang tidak profesional apabila gagal menghadirkan dan mengambil tindakan terhadap kumpulan tersebut.

"KEADILAN menghormati hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun secara aman tetapi kumpulan tersebut bertindak biadap.

"Mereka telah mengeluarkan kata-kata kesat dan beraksi lucah yang boleh disifatkan sebagai provokatif dan ianya boleh mencetuskan kacau bilau ketenteraman awam," kata Saifuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, KEADILAN telah memaklumkan kepada pihak polis untuk sekurang-kurangnya menempatkan anggota polis untuk mengawal dan memerhati keadaan.

Namun katanya pihak polis yang kebetulan mempunyai balai di sebelah ibu pejabat parti mengatakan mereka tidak mendapat arahan untuk berbuat demikian.

"Perkara seperti ini tidak mungkin berlaku jika perhimpunan ini dibuat di hadapan pejabat Umno-Barisan Nasional.

"Institusi polis sekali lagi menunjukkan sikap "double standard" dan hanya mengikut telunjuk kerajaan Umno-BN," kata Saifuddin lagi.


Note: Ni ke taraf penyokong2 umno dan pemimpin Persatuan Katak Semalaysia (PERKOSA). Menyalak tak tentu hala. Bertekak mcm budak2.. Bila ajak berdebat habis kecut semua buah masing2. Ibrahim Ali tak pandai mengajar anak2 katak nampaknya.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

NAJIB, IBRAHIM ALI.. TOLONGLAH RAKYAT SUSAH NI.. JANGAN DOK MENYALAK TAK SUDAH-SUDAH..

بسم الله الرحمن الرحيم



اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه

Sahabat Semua;

Alhamdulillah kita semua diberi kesihatan oleh Allah untuk terus menikamati kehidupan yang selesa dan dapat mencari rezeki untuk terus mengecapi kemewahan dari rezeki yang dikuniakan oleh Allah.

Di celah-celah masyarakat ini ada insan yang amat mengharapkan bantuan dari saudara2 yang sangat suka membuat amalan jariah dengan menderma.

Pada 3 tahun lepas, saya telah hadir ke UiTM Shah Alam kerana mendaftar anak saya....Bersama mendaftar dengan anak saya ini adalah sahabat karib beliau yang sama dari Sekolah Teknik Sungai Buluh. Masing-masing pada waktu itu berumur 18 tahun.

Yang saya ingin fokuskan adalah sahabat karib anak saya ini yang bernama Mohd Toriq. Beliau datang mendaftar hanya bersama ibunya dan bila ditanya mana ayah..beliau cakap ayah sibuk.

Pada hujung minggu selepas minggu suaikenal anak saya telah membawa Mohd Toriq ini datang kerumah saya. Dari situ saya bertanya lebih lanjut tentang dia dan keluarganya. Walau keberatan dia mencerita sedikit demi sedikit tentang keluarganya;

Beliau adalah anak ke tiga dari 9 adik beradik…dua abangnya bekerja kilang/sendiri serta berumah tangga. Dia dan 6 lagi adiknya (2 perempuan dan 4 lelaki) tinggal bersama ibu dan disarai sepenuhnya oleh ibunya. Rumah yang beliau tingak merupakan Flat di Damansara Damai yang sudah sampai notis untuk dilelong kerana sudah lama tidak dibayar ansuran disebabkab ibunya tidak mampu. Tetapi pihak bank masih lagi memberi kelonggaran membenarkan mereka tinggal sehingga satu masa yang akan diberitahu kelak.

Ditanya tentang ayahnya, beliau mencerita rengkas, ayahnya dah lama tidak balik dan kalau balik pun agak lewat tengah malam dan awal pagi sudah keluar.. kemana? Entah kerana ayahnya tidak mempuyai kerja yang tetap dan isterinya ada 4 termasuk ibunya(isteri pertama)anak entah berapa.Baginya sukar untuk menatap wajah ayah apa lagi untuk memanggil ayah. Hanya ibunya yang menjadi ketua keluarga dan menyara mereka semua dengan membuat kerja jualan kitab dan bahan2 agama dari meja- ke meja direstoran dan komplek belibelah. Agak malang lagi 2 tahun lepas ibunya telah diceraikan.

Amatlah menyayat hati kami sekeluarga, apabila mendengar cerita beliau,.. . Memandangkan beliau amat memerlukan wang kerana baru masuk U dan banyak keperluan masih belum dibeli dan PTPTN baru saja memohon, pada malam itu saya bawa beliau ke surau Addin Seksyen 27 Shah Alam untuk memohon sumbangan dari jemaah dan Alhamdulillah dari simpati jemaah beliau mendapat hampir RM800.00. Pada keesokannya saya bawa beliau untuk beli barang keperluan asas dan hantar beliau keasrama dan wang selebihnya di gunakan untuk membeli alat tulis.

Oleh kerana saya selalu bertanya khabar tetang beliau dan ibu serta adik nya datang kerumah saya dan kami menanggap beliau sebagai anak angkat kami. Beliau adalah merupakan pelajar yang pintar dan keputusan Exam Semester beliau biasanya mendapat CGPA 4. Dan beliau telah di anugerahkan Biasiswa Majlis Raja-Raja Melayu.

Namun beliau tidak lupa akan 6 lagi adik2 yang masih belajar, dari duit biasiswa beliau cuba meringankan beban ibu beliau. Adik beliau semuanya pintar belajar dan seorang adik beliau baru mendapat keputusan 4A dalam SPM tapi tak mohon mana2 IPTA kerana keadaan kehidupan keluarga yang sedang dialami…

Tetapi dugaan paling besar beliau dan adik2nya hadapi adalah pada hari ini, apabila ibu yang menanggong segala keperluan mereka telah kembali keRahmatullah jam 1.00tgh malam Rabu-5/5/2010…setelah koma selama 46hari kerana kemalangan jalanraya dimana kereta yang meraka naiki meletup dan terbakar bersama adik bongsu mereka. Adiknya yang juga tenat baru saya sedar dari koma beberapa hari lepas. Jenazah ibunya telah selamat dikebumikan sebelum zohor tadi di Tanak Perkuburan Kuang, Sungai Buluh.

Cuba bayangkan kesukaran kehidupan untuk 7 beradik ini akan menghadapi dimasa-masa mendatang disamping kesedihan kehilangan ibu tersayang yang banyak bekorban untuk mereka…..Semoga Allah member perlindungan kepada mereka semua dan dimudahkan urusan perjalanan hidup mereka.


Untuk itu saya memohon sahabat sahabat yang prihatin dan berkemampuan dapatlah kiranya menghulur sumbangan ikhlas kepada 7 adik beradik ini sekurangnya dapat membantu sara hidup makan minum dan pelajaran mereka. Kalau nak niat sebagai zakat pun boleh kerana mereka adalah penerima zakat yang tidak berkala dari PPZS.

Untuk sumbangan dan pertanyaan:

Nama : Mohd Toriq Bin Mohammad Mahir
No Tel : 017-2489175
AC Maybank : 114209597406

Sila SMS atau call sekiranya bank-in dengan menyatakan jumlah sumbangan.

Selepas ini saya akan cuba bantu keluarga ini samaada adik2 beliau untuk mencari keluarga angkat atau lain-lain cara termasuk memohon sumbangan dari baitulmal dan Pejabat Kebajikan Masyarakat. Sekiranya dipersetujui oleh keluarga mereka.

Diatas sumbangan sahabat semua diucapkan jutaan terima kasih, semoga mendapat ganjaran pahala oleh Allah.

Mahadi Abu Bakar
Setiausaha Surau Addin, Seksyen 27, Shah Alam


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

POLIS MALAYSIA NI GILA SEKS PLAK

بسم الله الرحمن الرحيم

CHERAS - Dua wanita mendakwa menerima ganggungan seksual melampau daripada seorang anggota polis di satu sekatan jalan di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Cheras, Taman Midah, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian pertama, seorang wanita mendakwa diminta beraksi lucah selain dipaksa memberi sogokan RM15 supaya dia tidak ditahan atas kesalahan memandu melebihi had laju.

"Selepas meminta kad pengenalan dan lesen memandu, polis itu meminta saya menanggalkan baju tetapi saya enggan berbuat demikian.

“Dia kemudian menyuruh saya melakukan aksi ghairah di hadapannya serta menunjukkan wajah seksi, malah lebih menjijikkan dia bertanya sama ada saya memakai baju dan seluar dalam atau tidak,” kata mangsa, semalam.

Insiden itu berlaku jam 1.15 pagi ketika mangsa dalam perjalanan ke KL Sentral untuk mengambil teman lelakinya yang baru pulang dari Sabah.

Selepas mengambil teman lelakinya, wanita terbabit terus membuat laporan di Balai Polis Pudu pada jam 2.39 pagi.

Sementara itu, selang beberapa minit, di lokasi yang sama, seorang lagi wanita berusia 23 tahun, mendakwa menerima nasib serupa apabila diganggu secara seksual dengan kata-kata tidak senonoh sebelum diminta memberi sogokan wang oleh anggota polis sama.

“Jam 1.50 pagi, saya dari Kuchai Lama menghala ke Shamelin apabila ditahan polis trafik.

“Apabila saya menurunkan cermin kereta, polis itu berkata kaki saya cantik dan dia mengarahkan saya keluar dari kereta kerana dia mahu melihat kaki saya," katanya.

Mangsa berkata, apabila dia enggan berbuat demikian, polis itu mengugut untuk menyamannya kerana memandu melebihi had laju, walaupun itu tidak benar.

“Kemudian dia minta saya memberikan RM50 jika tidak mahu kena saman.

"Saya membuat laporan di Balai Polis Pudu pada jam 4.30 petang, 4 Mei," katanya, dalam sidang media di pejabat Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, semalam.

Kedua-dua wanita dipercayai ditahan polis trafik sama berdasarkan maklumat lokasi, masa dan gambaran fizikal. - sinarharian

NOTE: Malas nak cerita.. benda ni semua dah lama berlaku.Ramai dah yang kena macam ni.cuma mereka takut nak tampil kedepan untuk membuat aduan. Di atas adalah dua contoh mereka yang berani membuat aduan, namun begitu tak pasti sehingga peringkat mana kes ini akan dibawa.



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

TANDA - TANDA KIAMAT

بسم الله الرحمن الرحيم


gorgon1383



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

APA KATA PEJUANG MELAYU ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Peniaga Kecil Cina Boleh Mohon Pinjaman Tekun



SIBU, 6 Mei (Bernama) -- Peniaga kecil kaum Cina sekarang boleh memohon pinjaman di bawah dana khas Tekun Nasional.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata walaupun pinjaman Tekun itu bagi membantu ahli perniagaan Bumiputera, tetapi kerajaan kini memutuskan untuk memanjangkan kemudahan itu untuk kaum Cina, selain kaum India.

"Ini adalah selaras dengan gagasan 1Malaysia, inisiatif Perdana Menteri.

"Seramai 10 peniaga Cina memperolehi kemudahan ini di Hulu Selangor baru-baru ini. Dan hari ini, tiga peniaga di Sibu turut mendapat manfaat yang sama," katanya kepada pemberita selepas melancarkan seminar keusahawanan Tekun melibatkan 700 peserta dan juga pelancaran Kelab Komuniti Usahawan Tekun yang pertama di negeri itu hari Khamis.

Sejak 2008 sejumlah RM35 juta pinjaman telah diberikan kepada kaum India, katanya.

Noh berkata untuk permulaan sebanyak RM1.5 juta telah diperuntukkan untuk dana khas Tekun bagi membantu ahli perniagaan Cina. - bernama



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

JUDI HALAL JIKA BERLESEN KATA AWANG ADEK?

بسم الله الرحمن الرحيم

Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram. Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.
-bernama



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

POLIS TAK TAHU UNDANG-UNDANG

بسم الله الرحمن الرحيم

20 Das Tembakan Ke Arah Aminulrasyid?



Adakah keadaan terlampau ekstrem sehingga polis perlu menggunakan senjata api untuk menembak mati adik Aminulrasyid?

“Kita tengok, jumpa parang dalam bonnet (dakwaan polis), apa bahayanya? Saya tak nampak apa bahaya, kecuali kalau parang itu diayunkan (wave) pada polis. Tapi kalau diayunkan pada polis, (itu pun) dalam kereta sahaja. Melainkan (ayunan parang) dalam keadaan bertentang muka (confronted, face to face).”

Adakah keadaan terlampau ekstrem sehingga polis perlu menggunakan senjata api untuk menembak mati adik Aminulrasyid?

“Kita tengok, jumpa parang dalam bonnet (dakwaan polis), apa bahayanya? Saya tak nampak apa bahaya, kecuali kalau parang itu diayunkan (wave) pada polis. Tapi kalau diayunkan pada polis, (itu pun) dalam kereta sahaja. Melainkan (ayunan parang) dalam keadaan bertentang muka (confronted, face to face).”

Syarat tangkapan tanpa waran

Raja Badrol Hisham bermula dengan Seksyen 15 Kanun Prosedur Jenayah, yang menyatakan tiga cara tangkapan polis, iaitu menyentuh tubuh badan, mengurung badan orang yang ditangkap dan ketiganya, orang yang ingin ditangkap menyerah diri.

Menurut Seksyen 23 Kanun Prosedur Jenayah, tangkapan tanpa waran memerlukan syarat seperti bersandarkan aduan munasabah (reasonable complaint) dan informasi yang credible. Sambil berseloroh mengandaikan dirinya pendakwa raya di mahkamah dalam kes ini, Raja Badrol Hisham berkata polis mungkin memberi justifikasi dengan prasyarat ketiga, iaitu “telah wujud syak yang munasabah di mana orang yang nak ditangkap terlibat dengan jenayah”.

Jelasnya, perilaku jenayah yang dimaksudkan termasuklah kononnya arwah Aminulrasyid membawa kereta dengan laju, melepasi dua atau tiga lampu trafik, lari dari kereta dan tidak berhenti apabila dikejar polis.

Pensyarah undang-undang ini kemudiannya memetik seksyen 15 (2) Kanun Prosedur Jenayah yang membenarkan polis untuk menggunakan kekerasan ketika mencegah orang itu daripada melarikan diri. Raja Badrol Hisham mengingatkan, sungguhpun undang-undang membenarkan polis menggunakan segala langkah yang perlu untuk melakukan tangkapan, termasuk tembak mati, tetapi ia terikat dengan syaratnya.

“Misteri” parang terjawab

“Tembak sampai mati? Boleh, tetapi mesti jatuh kepada jenayah yang mungkin dilakukan itu ialah satu jenayah yang boleh dihukum mati, sekiranya dia disabitkan salah di mahkamah nanti.”

Malah, Raja Badrol Hisham menambah, selain hukuman mati, tembakan sampai mati juga dibenarkan untuk kesalahan jenayah yang mengundang hukuman penjara seumur hidup. Kenyataan ini mungkin menjelaskan mengapa “parang misteri” dikatakan ditemui dalam kereta Aminulrasyid, kerana hukuman untuk jenayah rompakan bersenjata adalah penjara seumur hidup.

“Bila penjara seumur hidup, boleh ditembak sampai mati,” kata Raja Badrol Hisham, sambil mendakwa bahawa tuduhan parang ditemui itu adalah untuk menyelindung polis semata-mata (to cover their back).

Biarpun bersetuju dengan kenyataan Ketua Polis Negara bahawa “kereta digunakan sebagai senjata”, namun Raja Badrol Hisham mempertikaikan, “Apakah bukti cukup?” Berhubung dakwaan ini, beliau mencadangkan agar pakar forensik mengenalpasti sama ada kereta arwah Aminulrasyid berundur, kerana kesan tayar pada jalan akan berbeza jikalau kereta mengundur.

Syarat menggunakan senjata api

Beliau membacakan syarat yang terkandung dalam Perintah Tetap Ketua Polis Negara, ketika polis menggunakan senjata api, iaitu “jika seseorang sedang diserang dengan cara yang boleh mendatangkan perasaan takut, iaitu akibat daripada serangan itu boleh mengakibatkan kematian atau cedera parah”; lantas menjelaskan bagaimana dakwaan bahawa “arwah mengundur keretanya untuk merempuh polis” sebagai justifikasi polis melepaskan tembakan.

Beliau menambah, “menembak orang hanya dengan tujuan untuk mencederakan orang, menjatuhkan orang itu atau menahan kesalahan itu daripada berlaku.” Malah, beliau menyambung, “jika keadaan mengizinkan, haruslah ditujukan kepada kaki orang itu.”

Bagaimanapun, ketika syarat tersebut diaplikasikan ke dalam kes Aminulrasyid, Raja Badrol Hisham mengakui bahawa polis tidak dapat menembak kaki arwah kerana arwah memandu dalam kereta, tetapi harus dihalakan ke arah roda kereta.

Pensyarah undang-undang ini beberapa kali mempertikaikan, apakah situasi ketika kejadian berlaku begitu “ekstrem” dan merbahaya, sehingga memerlukan polis untuk menembak, malah dikatakan kira-kira 20 peluru ditaburkan ke arah kereta arwah Aminulrasyid?

Rangkaian Command Center

Ketika mengulas kes ini, Raja Badrol Hisham berkata, “Dalam kejar-mengejar ni, dia (polis) akan refer kepada command center. Dapatkan maklumat. Semasa mengejar, kalau dia dapat nombor kereta tu, dia boleh gunakan rangkaian command center. Di setiap daerah (district), dia ada command center daerah. Ada juga command center negeri (state), dan di Bukit Aman dia ada command center nasional.”

Dengan kata lain, polis sebenarnya boleh mengenalpasti sama ada kereta yang dikejar itu kereta penjenayah atau tidak kerana mereka dapat akses kepada Jabatan Pengangkutan Jalanraya. Malah, sesetengah kereta rondaan kini dibekalkan dengan kemudahan yang canggih, termasuk komputer untuk mendedahkan polis kepada maklumat yang diperlukan semasa rondaan.

Tidak cukup dengan itu, Raja Badrol Hisham mengingatkan bahawa kejadian tembakan berlaku di kawasan perumahan, di mana itulah kawasan yang sering dironda polis. Beliau berkata, dalam kawasan perumahan, dua kereta yang menutup kedua-dua penghujung jalan sudah memadai untuk menghalang seorang budak daripada melarikan diri.

Tembak mati: “Jimat”

Raja Badrol Hisham berkata, “Daripada itu, mereka (polis) mengambil jalan pintas. Tembak mati lagi senang. Ikut kawan saya yang ada dekat D9 (Jabatan Siasatan Jenayah) itu, quote word dia orang, ‘jimat’.”

“‘So, kita (polis) tutup semua. Jimatkan keadaan’. Untuk mereka (polis), jimat duit rakyat,” katanya itu mengundang ketawa hadirin, sebelum beliau melontarkan soalan, “Tapi, bolehkah kita jimat keadilan? Keadilan tidak boleh dikompromi.”

Ketika menyimpulkan pembentangannya, Raja Badrol Hisham berkata,“kematian arwah (Aminulrasyid) ini sebenarnya boleh dielakkan, sekiranya pihak polis faham IGSO (Inspector General Standing Order atau Perintah Tetap Ketua Polis Negara) itu sendiri.”

Lebih mengejutkan, apabila beliau mendedahkan, “Saya rasa terkilan juga, bila IGSO ini hanya dibekalkan kepada Ketua Polis Daerah. Pegawai-pegawai biasanya tak dapat. Kalau kita nak didik anggota polis ni, tentang kuasa mereka, maka setiap seorang mereka mesti ada IGSO. Dan setiap satu OCPD pun patut ada CPC (Kanun Prosedur Jenayah).”

Beliau berkata sedemikian kepada kira-kira 100 orang yang hadir dalam forum keadilan untuk adik Aminulrasyid, bertemakan “Bersatu pertahan Hak Asasi Rakyat”, anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bersama Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.

Selain Raja Badrol Hisham, ahli panel yang diundang termasuklah peguam bagi pihak keluarga arwah Aminulrasyid, N.Surendren dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, Wong Chin Huat. Moderator forum ini ialah Presiden PKPIM, Mohammad Faisal Abd Aziz. Forum ini dimulakan dengan bacaan puisi berjudul “Jeritan Senja September” oleh sasterawan negara, A. Samad Said.

Forum keadilan untuk adik Aminulrasyid (Bahagian Kedua, tamat)

Segala-galanya bermula dari “kesilapan ringan”. Keluar malam, mengambil kereta kakak dan memandu tanpa lesen, bergeser dengan kereta lain… hampir setiap kesilapan itu pernah dilakukan oleh orang biasa. Namun, ia berakhir dengan sesuatu perkara yang serius, apabila tembakan bertalu-talu dilepaskan oleh polis ke arah seorang budak yang usianya belum mencecah 15 tahun.

“You are dealing with a 14-year-old frightened boy, you are not dealing with Bruce Willis in the Die Hard movie! (Anda berdepan dengan seorang budak berusia 14 tahun yang berada dalam ketakutan, anda bukan berdepan dengan Bruce Willis dalam filem Die Hard!)”

Demikianlah luahan daripada peguam keluarga arwah Aminulrasyid, N.Surendren ketika berucap dalam forum keadilan untuk adik Aminulrasyid, bertemakan “Bersatu pertahan Hak Asasi Rakyat”, anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bersama Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.

Selain N.Surendren, ahli panel yang diundang termasuklah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, Wong Chin Huat dan Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Raja Badrol Hisham. Moderator forum ini ialah Presiden PKPIM, Mohammad Faisal Abd Aziz. Forum ini dimulakan dengan bacaan puisi berjudul “Jeritan Senja September” oleh sasterawan negara, A. Samad Said.

Bagai penggambaran filem…

Namun, apa yang berlaku pada awal pagi 26 April cukup mendebarkan, seolah-olah penggambaran filem, sebagaimana yang disifatkan oleh salah seorang saksi kepada N.Surendren. Tembakan dilepaskan bertubi-tubi oleh polis ke arah kereta arwah Aminulrasyid, semasa kejar-mengejar, tanpa amaran oleh polis melalui pembesar suara.

Menurut N.Surendren , seorang lagi saksi kejadian mendakwa dirinya mendengar bunyi tembakan, dan disusuli bunyi hentaman yang kuat kemudiannya (kereta arwah melanggar tembok), lantas menyangkal dakwaan polis bahawa arwah Aminulrasyid cuba merempuh polis dengan mengundur keretanya ke arah polis. Seandainya mengikut versi polis, maka saksi akan mendengar bunyi hentaman dan kemudian disusuli tembakan.

Malah, peguam yang berpengalaman dalam pembelaan mangsa keganasan polis ini berkata, setiap kali berlakunya kejadian sebegini, pihak polis atau kerajaan akan mengeluarkan kenyataan yang sama (same standard statement), menuduh bahawa senjata seperti parang atau kapak ditemui dalam kereta mangsa tembakan. Beliau juga menyelar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abd Jalil yang cuba mengalihkan kesalahan kepada keluarga kerana tuduhan “membiarkan anak keluar lewat malam”.

Turut hadir semalam, mangsa keganasan polis, Norizan bt Salleh yang terkena lima das tembakan polis pada awal pagi 30 Oktober 2009. Tuduhan yang hampir sama turut dilemparkan terhadap ibu tunggal ini, tetapi tiada pendakwaan ke mahkamah setakat ini. Bahkan, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein pernah berjanji untuk menyiasat aduan Norizan, namun belum memperlihatkan hasil siasatannya sehingga hari ini.

Tragedi yang menunggu untuk berlaku

N.Surendren tidak terkejut dengan kejadian arwah Aminulrasyid, apabila memulakan ucapan dengan berkata, “Kes Aminulrasyid ini, adalah satu tragedi yang hanya menunggu masanya (untuk berlaku).”

Beliau menjelaskan, peguam hak asasi manusia, NGO, pembangkang telah berjuang bertahun-tahun, malah berdekad-dekad untuk memastikan pihak polis tidak menyalahkan kuasa ketika menggunakan senjata api, tetapi tidak diendahkan.

N.Surendren mengungkit satu peristiwa yang berlaku sekitar pertengahan tahun 1990-an, apabila bekas Presiden Majlis Peguam, Raja Aziz Addruse tegas mengkritik penembakan sebegitu. Perdana Menteri ketika itu, Mahathir Mohamad menyatakan kepada media, “Apakah perasaan Raja Aziz jikalau penjenayah mengajukan pistol pada kepalanya?”

N.Surendren berkata, “Soalnya bukan sama ada penjenayah meletakkan pistol pada kepalanya, tetapi soalnya jika ada penjenayah di sana, apakah cara pihak polis perlu (gunakan) untuk menangkap mereka? Adakah dengan cara menembak sewenang-wenangnya? Bermakna kita tak perlu mahkamah, tak perlu peguam bela, tak perlu DPP, tak perlu hakim… terus sahaja menghukum?”

Keresahan ini turut dikongsi bersama oleh Raja Badrol Hisham yang memperingatkan, “Seorang penjenayah pun ada hak untuk dilindungi dalam perlembagaan. Hanya undang-undang yang boleh mengambil hak itu, termasuk hak nyawa. Hak nyawa (yang dirampas) dalam undang-undang ialah gantung sampai mati, kalau didapati salah. Tetapi apa yang berlaku di sini ialah polis bertindak sebagai hakim.”

“Mereka (polis) memutuskan siapa hidup siapa mati,” tambah beliau.

Institusi berperangai suka menyeksa

Ketika merumuskan kes keganasan negara, yang berlaku sama ada dalam bentuk pembunuhan di luar hukum atau kematian dalam tahanan, yang mana mangsanya merentasi kaum, Wong Chin Huat menuding jarinya ke arah “institusi yang berperangai suka menyeksa”.

“Kalau arwah Aminulrasyid seorang berketurunan India, maka saudara Uthayakumar (pemimpin Hindraf, Setiausaha Agung Parti Hak Asasi Manusia) akan berkata ini adalah institutional racism, kerana ‘polis suka tembak orang India’. Tetapi arwah Aminulrasyid bukan orang India, puan Norizan bukan orang India, polis tembak juga, kan?”

“Saya kira itu institutional sadism, perangai suka menyeksa yang sudah bersifat institutional,” katanya. Malah, Wong Chin Huat menganggap masyarakat Malaysia sebenarnya bermasalah, kerana mempunyai budaya menerima keganasan – menolak hanya seksaan terhadap warga baik, tetapi membutakan diri apabila keganasan berlaku terhadap penjenayah.

Wong Chin Huat kemudiannya mengajak hadirin untuk mengkaji masalah institusi polis, “Masyarakat kita tak kurang orangnya, yang setiap kali institusi negara dikecam kerana melanggar hak asasi manusia, ada orang yang kata, ini adalah ancaman kepada institusi Melayu, kerana institusi polis itu adalah majoritinya Melayu. Institusi kerajaan itu Melayu dan sebagainya…”

“Saya rasa adalah penting bagi kita untuk melihat bahawa kalau kita ada satu institusi yang berperangai suka menyeksa, maka tak kira apa warna kulit kita, apa kepercayaan kita, kita mempunyai peluang yang sama untuk menjadi mangsa,” simpulnya.

Siasatan bermula selepas setiap tembakan

Menurut Wong Chin Huat, mereka yang mati dalam tahanan polis atau penjara dari tahun 2002 hingga 2009, mencatat angka 1,704 orang. Malah, statistik juga menunjukkan United Kingdom yang mempunyai populasi hampir satu kali ganda lebih daripada Malaysia, mencatat angka dua orang ditembak mati, berbanding dengan Malaysia, 39 orang yang ditembak mati (menurut rekod NGO), pada tahun 2009. Lebih mengejutkan, tiada rekod tembakan polis yang menyebabkan kematian pada tahun 2007 dan 2008 di UK.

Keadaan ini berlaku kerana setiap tembakan yang dilepaskan oleh polis di UK, akan disusuli dengan penyiasatan secara automatik, tidak kira tembakan tersebut salah atau betul dari sisi undang-undang. Untuk Wong Chin Huat, kita memerlukan satu mekanisme pemantauan dalam institusi polis, misalnya IPCMC untuk memastikan agar arwah Aminulrasyid menjadi mangsa terakhir.

Pengasingan kuasa

Untuk Wong Chin Huat, kuasa tunggal ke atas institusi polis yang dipusatkan kepada kerajaan persekutuan adalah antara faktor yang menjurus kepada masalah institusi polis hari ini. Sambil mengakui masalah tekanan yang dihadapi polis, beliau menegaskan bahawa kritikan terhadap institusi polis tidak harus dilihat sebagai memusuhi polis secara individu.

Malah, Raja Badrol Hisham juga bersetuju dengan pandangan untuk membantu agar institusi polis diperbaiki, setelah berlakunya tragedi hitam sebegini. “Di negeri lain, mereka menggunakan kesilapan atau kesalahan untuk memperbaiki institusi tersebut. Tetapi di Malaysia, kesilapan satu-satu institusi itu cuba diselindungi.”

Wong Chin Huat mengupas dari rangka politik, memperlihatkan bagaimana dengan pemusatan kuasa pada kerajaan persekutuan, institusi polis menjadi perkakas politik kepada kerajaan persekutuan. Gambarannya cukup jelas apabila tenaga polis dikerah untuk menjadi perisik (special branch), dan menghalang “perhimpunan haram”. Sebaliknya, salah laku polis terus dilindungi kerajaan kerana berkhidmat untuk kepentingan politiknya.

Justeru itu, beliau menyarankan agar kuasa terhadap polis diasingkan (decentralized) antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Dengan kata lain, polis akan mempunyai dua “bos”, satu di Putrajaya, dan satu lagi di ibu negeri masing-masing. Keadaaan ini akan menjurus kepada keadaan di mana kerajaan negeri perlu mengambil perhatian, seandainya kerajaan persekutuan enggan mengendahkan aduan rakyat terhadap polis.

- *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu. sumber – Kelab Greenboc




UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

SOLVING THE PHENOMENA OF YOUNG GENERATIONS MORAL

بسم الله الرحمن الرحيم

While our country is considered peaceful and we love living in our country Malaysia, there are challenges faced by government and the society about our new generations morality. Here, I would like to emphasis on the relationship of females and males as friends or more than friends.

We enjoy the freedom that our parents have given us and also the majority of the society thinks that's not their problem to interfere with any personal life. However, these mentality has brought dangers to our society and our next generation.

For example, they are free to bring in the other sex into their houses / rented apartment or flats (we call rumah bujang) and "mat rempits" problems.

As we know we have lots of young men and women in our demography. That's why it's important to help and ponder over this matter.

I think, we should abolish rental of apartments or flats to young men and women who is not married whether mix or not mix. Most of them, they are away from their parents from afar. They don't have someone to guide them or advice them if they have done something bad.

We also can create a place with a community support or they live in a system where they are monitored by a warden, like the university or college students. Because they are young and their age is about the college students' age. This warden must be paid or hired by the government. The government can charge a service fee to this teenagers / singles to look after them, irregardless whether they are female or male for all races (Malay, Chinese and Indian).

This idea is a pure idea from me. If we can do this, there are a lot of problems regarding the working teenagers and singles can be solved. Such as drug addict, sexual harrassment or rape, theft, car theft and damages, mat rempit and we can live in society with integrity and loving and peaceful. At the same time we develop a quality community.

What is your opinion after reading this?


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...