بسم الله الرحمن الرحيم
Mana perginya BERSIH 3.0?
Sekarang ni setiap hari ramai yang berteka teki bilakah pilihanraya akan diadakan. Bagi puak2 umno/bn tarikh pilihanraya bukan satu masalah besar. Sifir mereka mudah.. bila SPR beri isyarat kepada najib bahawa semua kerja2 jahatnya untuk memastikan kemenangan UMNO/BN sudah selesai, najib akan istihar bubar parliment.
Apa pula persediaan bagi pihak Pakatan Rakyat, adakah PR rasa mereka juga akan berjaya ke putrajaya?
Jika kita lihat secara keseluruhan.. rakyat memang tahu dan dapat melihat kepincangan2 umno/bn.. diperakui majority sokongan rakyat juga memang beralih pada PR sejak PRU 12 lagi.. tapi kita lupa.. kita tak ambil tahu.. kita buat2 tak tahu saja dengan segala mcm perancangan serta penipuan umno/bn. Kita sedar mereka tipu.. tapi kita buat apa? kita ikut saja join dalam pilihanraya walaupun kita tahu mereka menipu.. jadi sampai bila kita nak berjaya?
PR memang tidak akan menang dalam pilihanraya sekaligus tidak akan berjaya sampai ke putrajaya.. Kenapa saya berkata sedemikian? Sebab bagi saya PR tak buat satu kerja yang paling penting. Kerja yang saya maksudkan ialah tuntutan bersih 2.0. Adakah walaupun satu dari lapan tuntutan BERSIH yang dah dipersetujui oleh SPR? Jawapannya tiada..
SPR bersama sama JPN dah 85% siap kerja2nya.. itu strategy mereka cuba menang dalam pilihanraya dengan cara menipu.. tapi Pakatan Rakyat masih lagi cenderung dengan strategy beri penerangan dengan cara berceramah. Bukan itu tidak penting tapi yg pastinya memberi penerangan sahaja tidak akan mampu mengubah apa apa.
Penipuan dan perancangan jahat SPR berkaitan 2.3 juta Pati yang diberi kad pengenalan seterusnya layak mengundi, undi Pos, pengundi hantu, persempadanan semula, kebebasan media, dakwat kekal dan seribu satu macam penyelewengan yang tiada kesudahan.. apa tindakan PR dalam permasalahan ini? Cukupkah sekadar bongkar segala penyelewengan mereka kemudian tidur dengan lenanya? Adakah PR rasa umno/bn dan sekutunya SPR ini akan terasa malu dengan segala pembongkaran yang dilakukan dan kemudian mereka akan insaf dgn sendirinya? Sudah barang tentu itu suatu yang mustahil.
Pakatan rakyat setiap hari sekadar berceramah menangkis fitnah dan tuduhan2 dari umno yang setiap hari dicacai oleh media perdana mereka. Siapa yang nak dengar ceramah kita? Orang kita sendiri yang dengar pemimpin kita berceramah.. Cukup ke itu dijadikan sandaran untuk mencapai kemenangan?
Yang pastinya SPR tidak akan bersih dengan sendirinya.. pilihanraya di Malaysia juga tidak akan bersih.. sampai bila lagi kita akan ditipu? Ghadafi tidak disukai oleh rakyatnya namun disetiap kali pilihanraya parti ghadafi menang 99.9% kerusi.. apa beza najib dan ghadafi? apa beza rakyat Malaysia dan rakyat Libya?
Pembangkang di Libya bangun melawan.. Tak boleh dengan pilihanraya mereka turun ke jalanraya.. Pembangkang di Malaysia hanya buat satu kerja.. berceramah menangkis fitnah.. mengikut rentak nyanyian umno yang tiap2 hari mengulang ulang isu2 basi.. Kita pula dok menjawab berulang2 kali sedangkan tiada satu pun jawapan kita yang terpapar di media perdana.
Ini kerja gila !!! perkara remeh yang dicipta oleh puak2 umno untuk melalaikan kita dari menganggu kerja2 jahat SPR. Dengan niat agar kita lupa bahawa hanya satu jalan yang kita ada iaitu SPR harus diBERSIHkan dahulu baru kita boleh berjaya.
Dan akan tiba masanya nanti kita hanya mampu berdoa mengharap keajaiban menang dalam pilihanraya.. doa tanpa usaha pastinya akan sia2.. Usaha bukan sekadar dengan penerangan.. usaha bukan sekadar dengan kata2.. dimana usaha kita untuk membersihkan pilihanraya?
Menjerit2 kata pilihanraya tak adil tapi tindakan tiada.. tiap2 hari bongkarkan penyelewengan SPR dan JPN.. namun tiada langsung tindakan susulan.. adakah harapan untuk menang? Pemimpin PR jangan terus tidur lena.. Selagi SPR tak dibersihkan melangkah ke putrajaya hanyalah satu mimpi yg sia sia.
Bak kata TT.. Malaysia.. jika pilihanraya boleh mengubah apa apa, dan lama umno haramkan..
Bak kata perpatah seorang sahabat juga.. selagi SPR x dibersihkan walau tinggal seorang saja dalam malaysia ni yg mengundi umno/bn.. keputusan SPR tetap berpihak kepada umno.. wallahualam
JOM BERSIH 3.0 !!!!!
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
1 comments:
fitnah la banyak2 ye saudara. fitnah lagi. biar bertimbun2 dosa dapat. finah la lagiiiiiiiii,, moga2 Allah bukak hati pemfitnah2 sekalian agar bertaubat.
Post a Comment