Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, September 28, 2009

UKM: USRAH KENA DENDA, CONCERT NO HAL PUNYA

Bismillahirahmannirahim..

UKM denda pelajar hadiri usrah RM1,400. Negara islam katanya.. tp nak beramal pon susah...

Oleh INTAN ABDULLAH

KUALA LUMPUR: Akibat menghadiri usrah, sekumpulan siswi telah didenda oleh pengetua sebuah kolej di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada bulan Ogos lalu.

Harakah mendapat maklumat tersebut yang disebarkan menerusi laman web oleh Wakil Umum Majlis Perwakilan Pelajar UKM, Mohd Fikah Sanusi. Aktiviti usrah yang dijalankan di surau kolej berkenaan telah dianggap sebagai pencerobohan oleh pihak pentadbiran kolej dengan alasan ia tidak mendapat kebenaran. Alasan lain yang digunakan juga ialah terdapat beberapa siswi yang datang dari kolej lain yang dianggap menceroboh surau kolej berkenaan untuk menjalankan aktiviti usrah.

"Adakah menjadi satu kesalahan menggunakan surau kolej untuk berusrah? Apakah ia turut mengundang kerugian dan bencana kepada kolej?" tegas Mohd Fikah.

Selain itu persoalan yang turut menjadi kemusykilan kepada para pelajar terhadap penilaian pihak pengurusan kolej adalah sama ada solat berjemaah juga perlu mendapat keizinan pengetua kolej dulu sebelum dilaksanakan. Mohd Fikah mendakwa tindakan tersebut sebenarnya lebih kepada emosi dan rasa buruk sangka yang sangat tinggi pihak atasan.

"Peraturan dan undang undang kolej mana yang dirujuk bila kegiatan usrah boleh didenda?" katanya yang juga merupakan pelajar tahun empat Fakulti Undang undang. Beliau menggesa agar pihak pengurusan yang juga merupakan penganut Islam agar dapat membuat penilaian yang lebih munasabah dan bertimbang rasa memandangkan aktiviti yang dijalankan merupakan salah satu kegiatan yang mendatangkan faedah ke arah pembentukan diri dan sahsiah mahasiswa.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku pada hari Jumaat 14 Ogos sewaktu pelajar lelaki mengerjakan solat jumaat.
Setelah ditangkap, kad matrik mereka dirampas oleh felo kolej dan mereka terpaksa mengadap dan merayu bagi kesalahan berusrah mereka di hadapan pengetua.Setiap siswi dikehendaki membayar denda sebanyak RM50 bagi sekali usrah, tetapi memandangkan sebelum ini mereka telah menghadiri usrah tersebut sebanyak empat kali menjadikan jumlah denda yang dikenakan adalah sebanyak RM200 seorang.

Difahamkan seramai tujuh orang menghadiri usrah tersebut. Ini menjadikan jumlah keseluruhan denda yang dikenakan adalah sebanyak RM 1,400. Walaubagaimanapun, oleh kerana siswi siswi tersebut mengaku dan bercakap benar, maka mereka telah diberi diskaun dengan hanya perlu membayar sebanyak RM350 sahaja iaitu RM50 seorang.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

9 comments:

ayid said...

Ini undang-undang rimba. Bujang susah. UBN memang takut dengan usrah hanya dengan usrag sahaja kita boleh menambahkan istiqamah terhadap jemaah.

Mari kita lihat firman Allah bagi cicri-ciri memilih pemimpin.

ماري كيت سيمق مقصود فرمان الله تا'الا:
﴿اتتاوبه : 29﴾.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapak-bapak dan saudara-saudaramu itu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran dari pada keimanan, dan barangsiapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" (Attaubah : 29).

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Salah satu jasa kerajaan Barisan Nasional...

mamawana said...

Doa yang tak putus semoga diberi ketabahan dan istiqamah dlm mengerja kebaikan dan menentang kebatilan....

Nas said...
This comment has been removed by the author.
Nas said...
This comment has been removed by the author.
websmaster.info said...

aku datang cuma untuk numpang baca2 aja deh
salam kenal

Unknown said...

Bujang Senang,
Kesimpulan dari story :
Munafik tu tempatnya adalah lebih bawah dalam neraka berbandingkan dgn orang kafir.
Dilaknat Allah swt dan seisi alam kepada mereka yg menghalang dakwah Islam.
Berdoalah semoga kita semua sentiasa berada dibawah rahmatNya.

Anonymous said...

biasa latu..mse ak blaja kt uitm tahun lepas lagi sial..klu lelaki bersekedudukan dngn perempuan hnye kne gantung u jerk..klu bercium or maen ringan2 klu kantoi x silap rm50...klu maen politik mmg kne buang u terus..lagi sial bile pengarah uitm slalu bwt program2 brain wash..program wajib tuk semua student..ingtkn ape..bile g duk dngr ceramah menghina ulama pastu ceramah politik bn..ckp x leh maen politk..tp klu diorng maen x pe..pastu duk cte pasal bangsa dan melayu dr pagi sampai petang..nk termuntah ak..x prnh plak bwt program wajib untuk majlis ilmu keagamaan..yg diorng tau program bangsa melayu je memanjang,pastu duk hina bangsa laen..pastu duk hina ulama..apa pnye bodoh la pengurusan.ingt bdk2 u bodoh cam pengikut bn ke..dah tu masalah akhlak dan sosial student berlelusa..sbbnye bila masuk u dh x blaja agama,mak bapak x de dh..nk pakai seksi2 x de sape nk halang..cbe la bnykkan program wajib berbentuk keagamaan sket..knp x leh nk bwt walaupun satu.kn ada kuasa..gunakanlah kuasa dngn betul tuk perbaiki akhlak remaja islam yang makin rosak ni

Wrightelyn said...

Bujang Senang, Kesimpulan dari story : Munafik tu tempatnya adalah lebih bawah dalam neraka berbandingkan dgn orang kafir. Dilaknat Allah swt dan seisi alam kepada mereka yg menghalang dakwah Islam. Berdoalah semoga kita semua sentiasa berada dibawah rahmatNya.