Bismillahirahmannirahim..
Kisah Dari Tanah Suci ini untuk iktibar bersama. Kisah ini mengenai seorang wanita Muslimah Melayu berasal dari Perak yang menunaikan haji kira-kira enam tahun lalu.
Wanita ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah. Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja. Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya. Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap. Maka terkenallah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya.
Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.. Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.
Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.
Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.
Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah. Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.
Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.
Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..
Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solihah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.
Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.
Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.
Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin. - lanh
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
11 comments:
Kisah yg menarik. Berbahagialah mereka yg pengasih lagi penyayang pd haiwan yg lemah. Mama love cats too..
peristiwa di antara 1001 peristiwa. Suatu yang menakjubkan. Saya menunaikan haji tahun lepas, banyak pengalaman yang di perolehi, contoh nya saya sendiri mempunyai penyakit dan alhamdulillah Allah swt. sembuhkan penyakit yang saya alami bertahun-tahun. Insyallah kalau ada ruang saya akan bercerita tentang pengalaman di Mekkah.
Salam BS..
Rumah kak zai sering dikunjungi oleh kucing2 misteri..ada seekor tu lagi misteri..tak pernah mengiau..selalu masuk rumah kak zai..dan bermain dengan anak2 tapi sangat cerdik..bila nak kencing atau berak dia akan turun dari apartment kak zai dari tingkat 7 sampai tingkat bawah dan buang najisnye kat situ lepas tu dia akan naik balik guna tangga ke rumah kak zai tapi yg peliknya dia cuma datang sesekali ke rumah kak zai tapi tak pernah bunyi mengiau mcm kucing lain..mmg pelik dan sekarang sering rindukannya..entah kemana menghilang...
Salam ziarah tuan empunya blog...
Nice blog. full of infos.
ade mase jengah la blog sy
http://nahdatulizah.blogspot.com
Sy pon suke sgt dengan kucing...alhamdulillah stakat ni kucing yg dibela tak byk buat masalah...
Salam sifu,kakzai,dulu kat umah saya pun ada juga kucing macam tu,kucing bisu.kucing kat umah sy ni ada penyakit sawan,kadang2 dia menggelupur tak tentu pasal.tapi akhirnya dia mati kena langgar kereta.kesian juga kat dia.
bujang, ana tak suka bela kucing..
salam..
aku xbnci kucing..
cme aku xsukekannye..
len mksdnye tu..
aku xlh la..
aku geli..
huhuhu
sayang-menyayang tak kira makhluk..
alhamdulillah,
terima kasih ats peringatan dan pelajaran yang bermanfaat
kucing ni ada perasaan...
dulu nenek...tok ada pelihara sekor.masa nakg mekah dia ikut belakang van....
sayuja tok kalau ingat kucing tu
sayang sangat2 kat kucing :)
Kat rumah saya ada kucing, tp bila suami saya batuk2, bapa mentua saya menuduh sebab kucing suami saya jd batuk. Saya sedih sgt2 bila kucing saya di tuduh begitu
Post a Comment