بسم الله الرحمن الرحيم
PUTRAJAYA 26 Feb. - Umat Islam negara ini diajak supaya bekerja keras mengatasi perbezaan pendapat yang masih membelenggu diri sehinggakan tiada kesepakatan dalam isu yang sepatutnya mereka bersatu. Meminta agar direnungi saranannya itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ia merupakan suatu penyakit dalaman yang masih wujud di sana sini. Tegas beliau, fenomena berkenaan amat merugikan umat Islam kerana mereka akan menjadi lemah dan mudah dipermainkan oleh pihak lain. "Sehingga kini umat Islam masih belum dapat menyatukan fikrah, hadaf dan amal demi untuk mengekalkan kemurnian Islam. Kita kini lebih suka berpecah dan dipecahkan kepada kelompok dan ideologi masing-masing. "Sesungguhnya penglibatan umat Islam dalam amalan berpolitik secara kepartian memerlukan kebijaksanaan, kematangan serta pendewasaan agar kita tahu batas sempadan sesuatu perbezaan," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1431H/2010 di Dewan Solat Utama, Masjid Putra di sini pagi ini.
Sumber : Utusan Malaysia, 27/02/2010
Bagaimana Pula Dengan Penyakit Luaran?
Sebagai umat yang digelar “sebaik-baik umat” maka sudah semestinya umat Islam itu merupakan umat yang hebat. Umat Islam itu akan menjadi hebat dan kuat jika dirinya bebas dari penyakit luaran dan dalaman. Saranan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom agar umat Islam mengatasi penyakit dalaman yang dilihatnya masih wujud di kalangan umat Islam sebenarnya tidak mencukupi untuk memacu umat Islam menjadi umat yang hebat di dunia. Sewajarnya beliau juga perlu mengingatkan umat Islam agar juga menjaga diri mereka supaya tidak terjebak dengan penyakit luaran yang sedang membarah dalam kehidupan manusia saat ini. Apakah penyakit luaran itu? Tidak lain dan tidak bukan adalah segala bentuk pemikiran kufur yang kita lihat semakin merosakkan kehidupan umat saat ini.
Sekularisme, nasionalisme, pluralisme, kapitalisme, liberalisme, HAM, demokrasi dan yang seumpamanya adalah penyakit-penyakit luaran yang terus menerus menyerang umat Islam ketika ini. Jamil Khir sewajibnya melihat masalah umat Islam dengan lebih meluas, agar beliau menyedari bahawa penyakit dalaman mahupun luaran yang menyerang umat Islam, kedua-duanya perlu di halang dan dibenteras oleh kaum Muslimin. Lebih utama lagi bagi para pemimpin umat Islam, yang jika kita perhatikan saat ini telah membiarkan diri mereka dan rakyat terus dirosakkan dengan penyakit-penyakit luaran seperti yang dinyatakan di atas. Firman Allah SWT:
“Dan bahawa (yang kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa”. [TMQ al-An'am (6) : 153].
- jebbat.blogspot.com
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Tuesday, March 2, 2010
UMAT ISLAM DIGESA ATASI PENYAKIT DALAMAN - JAMIL KHIR BAHAROM
HUTANG... TUNTUT DI AKHIRAT
بسم الله الرحمن الرحيم
Tak bayar hutang boleh tuntut di akhirat
Salam sejahtera,
Saya lebih cenderung dengan fahaman bahawa jelas hutang perlu dibayar, melainkanlah andai kita berhutang secara bergadai. InsyaAllah tiada dikira hutang andai tidak mampu menuntut semula barang gadaian dengan membayar sejumlah yang telah dijanjikan. Ini berdasarkan keadaan Rasulullah sendiri yang mana baju besi baginda yang digadai tidak sempat baginda tuntut semula sehingga akhir hayat.
Jika kita perhatikan ayat-ayat Quran, sesuatu panduan itu biasanya diberikan pilihan. Contoh hukum qisas. Bunuh, dituntut penggantian dengan nyawa si pembunuh. Itu telah tetap. Bagaimanapun ayat selalunya tidak terhenti setakat itu, tapi ada sambungan; maka boleh dilepaskan sipembunuh andai para waris sanggup memaafkan. Tidak pula ayat berkenaan menceritakan tahap kesucian jika waris enggan memaafkan si pembunuh.
Ada banyak lagi ayat-ayat seumpama yang menetap suatu hukum namun ada pilihan yang lebih baik atau disaran Allah. Contoh dalam soal kahwin hingga 4 isteri. Memang jelas dihalalkan umat Islam untuk berkahwin terhad seramai 4 orang pada satu masa. Bagaimanapun ayat berkaitan meletakkan syarat andai mampu berlaku adil. Pun jika tidak mampu, maka kahwin dengan seorang itu lebih baik.
Samalah dengan soal berhutang. Telah jelas hukum wajib bagi hutang perlu dibayar dan ianya suatu yang dibawa hingga akhirat. Adapun Islam turut sarankan adalah sesuatu yang mulia andai seseorang yang beri hutang boleh lupuskan hutang seseorang, terutama yang meninggal dunia tanpa meninggal harta bertimbun. Pun begitu, menjadi hak si pemberi hutang sama ada kekal menuntut mahupun sebaliknya. Namun tiada dosa anda dia tidak hendak halalkan hutang yang diberi. Mungkin dia turut ada keperluan akan hutang berkenaan. Untuk meletakkan pemberi hutang yang tidak menghalal hutangnya sebagai tidak suci, saya tidak fikir ianya adil. Juga apakah nas sahihnya?
Adapun seseorang muslim itu memasuki syurga adalah atas Rahmat Allah, bukan status kesucian atau kadar dosanya. Soal masuk syurga bukan hak manusia tentukan. Waima kepada guru tasauf, apa yang menjamin dia layak ke syurga? Jadi apa kelayakan untuk kata yang tidak halalkan hutang tidak suci serta tidak layak ke syurga?
Sekadar itu yang pernah sampai kepada saya yang dipelajari. Kefahaman di atas terbatal andai memang ada dalil sahih yang boleh dikemukakan untuk menafikan.
Waullahu'alam.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
1 MALAYSIA... PERGI MATI SAMA RAKYAT , JANJI AKU KAYA RAYA
بسم الله الرحمن الرحيم
Pada 24 Oktober 2009, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mengumumkan penggunaannya dilaksanakan mulai hari ini selepas dibantah sebelum ini.
Yusoff juga membantah syarat mewajibkan pembelian kotak berinsulasi itu hanya daripada KF Marketing Sdn Bhd (KFM) yang ditaja Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Katanya, monopoli KFM itu bersifat menindas rakyat kerana semua kos tambahan akan disalur kepada mereka, walhal lima kilang lain bersetuju menjual kotak sama pada harga lebih murah.
Ahli jawatankuasa Persatuan Import dan Eksport Malaysia, Tan Chee Meng, berkata sebahagian besar pengimport ikan dari Johor, Selangor, Kedah dan Perak nekad menghentikan import ikan mulai hari ini. sumber BH.
Hahahaha.. Satu lagi hadiah dari kerajaan 1 malay c aa... Bukannya nak cari jalan mengurangkan beban rakyat... tetapi menambahkan beban lagi..., mangkuk hayun punya menteri... ada muslihat di sebalik penguatkuasaan penggunaan tong ikan ini rupanya..., pusing sana... pusing sini... diorang jugak... yang masyukkkkk...tgk sikit hari lagi amacam harga ikan.. Mampos korang xleh nak makan ikan.. makan biawak jer la nampaknya..hahahaha.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Monday, March 1, 2010
TELADANI SIFAT TERPUJI RASULULLAH: USTAZ NAJIB TUN RAZAK
بسم الله الرحمن الرحيم
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mahu umat Islam mencontohi dan mengambil teladan empat sifat Nabi Muhammad iaitu sidiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana) kerana ia adalah ciri-ciri penting untuk mencapai kecemerlangan.
Perdana Menteri berkata, empat sifat itu hendaklah dijadikan inspirasi dan diadaptasikan bagi memacu meningkatkan ummah yang progresif.
"Maka sudah tentu pemimpin masyarakat, pentadbir, golongan profesional dan seluruh umat umumnya perlu berusaha memiliki sifat ini dan mencontohi tingkah laku Rasulullah dalam setiap tindakan dan pekerjaan," kata Najib dalam perutusan sempena sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah, hari ini.
Najib berkata, agenda Rasulullah yang memperkukuh institusi perpaduan sesama manusia bagi memperkasa ummah secara progresif sewajarnya disuntik ke dalam setiap denyut nadi umat Islam agar terus terpahat kukuh sepanjang zaman.
“Begitulah hebatnya kegigihan Rasulullah dalam mendidik umat yang pada peringkat awalnya adalah masyarakat jahil, bersengketa dan berpecah-belah akhirnya bersatu padu dan bersatu hati.
"Oleh itu, sempena kita memperingati Maulidur Rasul, bersamalah kita merintis perpaduan melalui kepelbagaian kaum, agama dan kepercayaan bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang utuh lagi kukuh," katanya.
Najib juga berkata, dalam sirah perjuangan Rasulullah, tiada kejayaan yang mudah diperoleh Baginda dan sahabat melainkan melalui perancangan, perundingan dan pelaksanaan yang penuh strategi dan konsisten.
Peristiwa Peperangan Khandak misalnya membuktikan Rasulullah dan sahabat Baginda menggunakan minda yang efektif melalui mesyuarat untuk merancang dan bertindak secara kolektif dan kreatif melalui kepelbagaian strategi.
Maka dalam peperangan itu, tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah berjaya mengalahkan musuh, katanya.
Najib berkata, sebaliknya dalam peperangan Uhud, oleh kerana pasukan Baginda tidak berdisiplin dan tiada perancangan sistematik, mereka menerima kekalahan.
“Sesungguhnya Allah memberi isyarat dan menunjukkan dengan jelas betapa pentingnya perancangan yang strategik dalam menentukan kejayaan.
“Iktibarnya, kita juga memfokuskan beberapa perancangan dan misi besar untuk memaju dan memakmurkan negara,” katanya.
Katanya, bagi mentransformasi dan membina negara bangsa, selain Gagasan 1Malaysia dengan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, tonggak lain ialah Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Ekonomi Baru (MEB), Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan Wawasan 2020.
"Gagasan 1Malaysia akan memacu bangsa Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020, manakala MEB dan RMK-10 adalah komitmen serta landasan terakhir kita untuk dinakhodai 10 tahun akan datang sebelum menjelangnya 2020,” katanya. - Bernama
Sumber: Berita Harian, 28/02/2010
Wahai Najib contohilah Rasullullah dengan sebenar-benarnya!!!
Alhamdulillah, Najib nampaknya telah mula mengintai cara islam dan mula mengambil teladan dari Rasullullah. Namun, mungkin Najib masih kabur hingga beliau hanya nampak empat sahaja ciri yang boleh diteladani dari Rasullullah.
Sepatutnya beliau harus benar-benar mencontohi Rasullulah sebagai ketua negara dengan menerapkan Islam secara syumul yang dengan itu pasti umat akan mendapat perlindungan daripadanya. Najib seharusnya mencontohi Rasullullah dalam menerapkan sistem pemerintahan Islam, sistem ekonomi Islam, sistem sosial Islam, sistem perundangan Islam, polisi pendidikan Islam, polisi luar negeri Islam dan merealisasikan Daulah Khilafah.
Wahai Najib berubahlah dengan menghilangkan kejahilan kepada pengetahuan dan keimanan. Kamu telah diberi kuasa memimpin sebuah negara, maka gunakanlah peluang ini untuk mendapatkan keredhaan Allah yang cukup mulia dengan mengubah sistem sekular yang kamu warisi ini kepada Islam!!!
- jebbat.blogspot.com
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
SELAMA NI KORANG MAKAN BEBOLA BABI KOT ...?
بسم الله الرحمن الرحيم
JANGAN MAKAN LAGI FISHBAL, NUGGET KALAU ANDA TAK KENAI /TAHU SIAPA PEMBUATNYA TERUTAMA DI PASAR MALAM.
KEPALA BATAS - Jika anda penggemar makanan berasaskan bebola ikan, wajar siasat semula kaedah pengeluarannya untuk mengelak termakan benda haram.
Ini kerana sebuah kilang di sini yang mengeluarkan makanan tersebut sejak lima tahun lalu, dikesan mencampurkan daging dan perut babi bersama isi ikan dan tepung untuk membuat bebola ikan.
Malah, kumpulan wartawan yang menyertai serbuan ke kilang itu bersama 20 pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKSPP) turut terkejut apabila melihat sebuah periuk besar berisi minyak masak yang dipercayai digunakan berulang kali untuk menghasilkan produk makanan di situ.
Lebih menjijikkan apabila minyak masak itu yang ditempatkan di dalam periuk di luar kilang, sudah bertukar rupa menjadi hitam serta likat seperti minyak pelincir kenderaan.
Ideris Mohamad menunjukkan minyak masak kitar semula
yang sudah bertukar menjadi hitam tetapi masih digunakan
di kilang membuat bebola ikan di Kepala Batas, Pulau Pinang .
Ternyata serbuan yang diketuai Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan JKNPP, Ideris Mohamad bakal membuka mata ramai pihak terutama penggemar makanan berasaskan bebola ikan dan golongan peniaga mengenai status kebersihannya.
Pengusaha kilang ini menyimpan perut dan daging babi bersama
bahan mentah lain termasuk ikan di dalam satu peti penyejuk
"Alasan mereka daging berkenaan adalah untuk kegunaan para pekerja juga tidak masuk akal kerana kuantiti bahan yang disimpan itu terlalu banyak dan hasil siasatan mendapati memang mereka mencampurkan daging babi itu untuk membuat bebola ikan," jelas Ideris.
Produk dari kilang berkenaan dipercayai dipasarkan secara meluas khususnya di Seberang Perai hingga meliputi Kulim dan beberapa kawasan lain.
Menurut Ideris, kilang itu pernah diserbu setahun lalu dan diarah tutup selama dua minggu atas kesalahan terlalu kotor. Namun, serbuan semalam membuktikan tidak banyak perubahan berlaku. Justeru, pihaknya telah merampas semua bahan makanan di kilang itu yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 selain pengambilan sampel produk untuk ujian.
Berada di bahagian stor bahan mentah kilang dengan periuk
merebus bebola ikan berada di bawah dalam serbuan
di Kepala Batas
Jelas Ideris, jika disabit kesalahan, pengusaha kilang boleh didakwa di bawah Seksyen 13B semalam.Akta Makanan 1983 kerana memproses makanan tidak mengikut spesifikasi dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lapan tahun. Kilang itu juga diarah tutup selama 14 hari./ end
-alhusseyn-
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
RM10 SEORANG UNTUK DENGAR CERAMAH ZAHID HAMIDI
بسم الله الرحمن الرحيم
Melihat rakyat kurang memberi sambutan kepada program mereka, Umno terpaksa "merasuah" RM10 kepada setiap penduduk Guar Jering di Penanti, Pulau Pinang yang rela hadir ceramah anjuran parti itu bagi menggelakkan terus dimalu.
Apatah lagi ahli Umno di situ tidak mahu menjatuhkan air muka Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang hadir pada ceramah tersebut.
Ketika mendedahkan perkara ini Naib Presiden KEADILAN Azmin Ali berkata Umno terus mengumpan rakyat melalui amalan rasuah dan imbuhan material bagi mendapat belas kasihan serta perhatian semula rakyat.
"Umno rasuah RM10 kepada penduduk Guar Jering untuk tarik penduduk hadir majlis Umno yang diadakan pada hari yang PKR membuat ceramah tapi penduduk di sini tidak termakan pujuk rayu duit haram yangingin disampaikan.
"Halal haram Umno tidak peduli lagi, yang penting bagi mereka janji rakyat boleh dibeli supaya Umno boleh berangan-angan kembali merampas kembali kawasan mereka kalah," kata Azmin pada ceramah isu semasa dan menolak fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Guar Jering, Penanti bersama Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mansor Othman semalam.
Tambah Azmin, Umno juga terus menipu rakyat dengan sengaja mereka cerita bahawa beberapa ahli Pakatan Rakyat telah keluar parti tetapi realiti menunjukkan keahlian Pakatan Rakyat terus meningkat menyebabkan Umno tergugat.
"Ditangan saya ada lebih daripada dua ratus ahli yang baru mendaftar menjadi ahli Pakatan Rakyat tetapi puak ini (Umno) sengaja membuat cerita untuk mencalar imej kita," kata beliau.
Apabila Umno hilang arah dan tidak mampu mencapai dasar-dasar yang dijanjikan mereka merancang untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat supaya rakyat mengalih perhatian tetapi malangnya bagi mereka akyat tetap bersama Pakatan Rakyat manakala Umno terus ditinggalkan kata Azmin lagi.
"Kita tidak perlu bagi 10 sen pun rasuah kepada rakyat kerana rakyat tetap terus membanjiri semua majlis yang dijalankan. Ini membuktikan rakyat memberi sokongan tanpa batasan kerana mereka yakin kepada Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional.
"BN yang zalim dan rakus hanya mahu mengaut keuntungan haram dan oleh sebab itu mereka akan terus disingkirkan. Kewujudan mereka hanya merosakkan negara dan anak bangsa tidak mampu dibela," katanya lagi.
Jelas beliau jika kezaliman dan penyelewengan Umno berterusan negara akan tergadai.
Ini kerana Umno ingin melihat kemusnahan negara selepas mengaut keuntungan. -SK
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
LEMBU BODOH HARGANYA MAHAL... UMNO BODOH...???
بسم الله الرحمن الرحيم
Kenapakah la UMNO ada ketua PEMUDA macam nie.. nie boleh dikatakan statement bingai je..macam orang tak reti nak berpolitik dan lulus tahap TADIKA UMNO jaa nie... takan bila ada rombakan KABINET kat PUTRAJAYA sana lalu kira menteri tu pon bingai laa tak boleh buat kerja bodoh tunggul... jadi patut laa selama nie seorang menteri tu pegang jawatan sampai REPUT dan BERAKAQ kaki sebab dia layak... layak apanya kalau org macam SAMY VELLU dan KAK FIDAH tuu dok bukan main lama paa jawatan menteri tuu.. Tujuan tukaq adalah nak mempelbagaikan idea.. cuba tengok cara menteri Kerja Raya dulu dan sekarang pada hemat saya sudah jauh bezanya.... itu tujuan tukaqnya....nie tak TUKAQ sikit terus hukum orang tak reti....
Kalau macam hang kata nie kira MB Negeri Sembilan pon sama la jugak macam Kedah... EXCO dia pon kira bingai laa sebab Mat Hassan nak rombak jugak EXCO dia.. Mat Hassan tu kan BN/UMNO... jadi kira hang kata nie serupa laa Kedah Dengan Negeri Sembilan.. Tak gitu..... tapi Mat Hassan kata lain pulak... eishhhh awat otak hangpa pikaiq tak selaras dgn 1Malaysia nie..
Apa laa tak reti bercakap baik diam lagi baguih org tengok hang...kusyuk dan tohmadinah... kalau bercakap macam nie la jadinya...
Rombakan Exco mudahkan BN rampas Kedah: Badrol
ALOR SETAR - Pergerakan Pemuda UMNO :Kedah menyifatkan tindakan merombak barisan Exco negeri seperti yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak secara tidak langsung menunjukkan adanya kepincangan dalam kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Kedah.
Ketuanya, Badrol Hisham Hashim berkata, rombakan yang dijangka dibuat dalam seminggu dua ini membuktikan terdapat beberapa anggota Exco sedia ada tidak mampu melaksanakan tanggungjawab.
Exco Kerajaan Negeri Sembilan akan dirombak
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan akan merombak barisan Exco Kerajaan Negeri tidak lama lagi, selaras agenda untuk menambah lonjakan pres-tasi pentadbiran Kerajaan Negeri pada tahun ini.
Beliau berkata, rombakan itu juga berikutan tempoh pelantikan Exco sedia ada selama dua tahun tamat Mac ini dan lantikan semula perlu dibuat selepas itu. “Kita lantik (Exco) selama dua tahun sejak Mac 2008 dan saya akan buat pelantikan semula. Saya akan susun semula portfolio untuk memperlihatkan agenda lonjakan prestasi tahun ini,” katanya.
- Anakkedahoo7
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
UMNO PULAU PINANG TAKUT TENGGELAM : GURU-GURU JADI MANGSA FITNAH
بسم الله الرحمن الرحيم
Petang kelmarin, sorang kawan aku berjawatan Guru Besar di sebuah sekolah di Pulau Pinang maklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) mula panggil cikgu-cikgu sekolah dan pegawai-pegawai di JPN dan PPD untuk disoal siasat kerana dituduh sbg pro parti pembangkang (PAS dan PKR). DAP takdak pun, pasai bangsa Cina tak pernah buat naya kpd kaum sendiri walaupun depa bukan beragama Islam.
Katanya cikgu-cikgu ni dituduh manjadi anggota atau ahli PAS atau PKR dan ada juga yang dipanggil kerana dianggap menyokong Pakatan Rakyat. Maka ramailah yang kena panggil. Aku dimaklumkan juga seramai 42 guru dan pegawai telah dipanggil dan depa ni disoalsiasat bertubi-tubi dan diperlakukan seperti penjenayah perang.
Yang heran tu, arahan ni mai dari Perhubungan UMNO Pulau Pinang. Senarai nama katanya dihantar oleh Bahagian-bahagian UMNO di Pulau Pinang. Zahid Hamidi dikatakan telah bawa senarai nama dan pertuduhan tu kepada Pengarah JPN Pulau Pinang, Haji Ibrahim Bin Ahmad. Pengarah JPN P.Pinang ditekan dan dipaksa untuk ambik tindakan kpd guru-guru ni. Kalau Pengarah JPN tak ambil tindakan kepada guru-guru, maka Zahid Hamidi akan ambil tindakan kepada Pengarah JPN P.Pinang.
Akibat tekanan hebat ni, maka Timbalan Pengarah JPN dan beberapa Ketua Sektor JPN P.Pinang telah turun ke setiap daerah dan menyoal siasat guru-guru ni. Ada guru yang katanya terpinga-pinga dan tidak percaya dengan tuduhan yang dilemparkan kpd depa. Ada juga guru yang dipaksa mengaku terlibat dengan PAS dan PKR. Ada guru yang pi kuliah agama dengar ustaz baca kitab pun dituduh PAS. Mcm-mcm lagi dakwaan yang kawan aku habag.
Yang peliknya pasai apa UMNO P.Pinang dok kacau JPN? JPN dan cikgu-cikgu ni bukannya depa yg bayag gaji. Lagipun UMNO ni bukannya kerajaan. Dia hanya parti politik. DAP yang memerintah P.Pinang pun tak pernah ambil tindakan kpd kakitangan Kerajaan Negeri yang pro UMNO dan BN. Malah DAP bagi kebebasan dan hak kpd kakitangan Kerajaan Negeri untuk pilih mana-mana parti yg depa mau.
Kalalulah mcm ni pun angkara bermakna amat durjanalah UMNO. UMNO masih kolot dan primitif dan otordog.
UMNO sebenagnya pelingkup Melayu. Penuh dengki khianat. Hati busuk dan penuh dendam kesumat. Nampaknya Lim Guan Eng lebih cerdik dan dihormati. Tak sama dengan Zahidi Hamidi yang bodoh, dungu, jahat dan berhati iblis. Zahid Midi ni penjahanam dan pelingkup Melayu.
Ingatlah masa hampa akan sampai. Kalau dalam PRU-13 nanti Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, siaplah hampa. Talibarut yang jahat dan durjana yg dok jadi informer di JPN dan PPD seluruh negara akan dihukum kerana dosa menjahanamkan bangsa sendiri. Hampa ingat hampa akan berkuasa selamanya ka?
Aku pesan kat member aku tu, supaya senaraikan nama-nama talibarut UMNO yang dok jadi hantu dan bangsat di sekolah, PPD dan JPN. Masa akan sampai untuk depa pulak. Depa yg memulakan permainan jahat ni, dan depa pasti akan dihukum bila tiba masanya.......kesian cikgu-cikgu di Pulau Pinang.....tak pasai-pasai kena panggil mengadap dan dituduh serta dilayan mcm penjenayah oleh Ketua Sektor Pendidikan Pulau Pinang yang mnjadi jurucakap UMNO semasa sesi soalsiasat......-kedahLama
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
MENTERI MALAYSIA... PELIK LAGI AJAIB
بسم الله الرحمن الرحيم
Kementerian Pelajaran komited tingkat martabat bola sepak negara
SHAH ALAM 27 Feb. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kementerian Pelajaran komited dan akan meneruskan usaha bagi meningkatkan mutu bola sepak negara menerusi penganjuran liga bola sepak. Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi memperkukuhkan program sukan bola sepak di sekolah, liga bola sepak Kementerian Pelajaran dianjurkan sejak 2008 lagi. "Sekolah sudah tentu mempunyai peranan dalam usaha membentuk pasukan bola sepak negara yang pada masa dahulu digeruni di peringkat Asia serta layak bertanding dalam dua Sukan Olimpik iaitu pada 1972 di Munich dan di Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia,” kata Muhyiddin semasa berucap pada majlis pelancaran dan Sepak Mula Liga Bola Sepak KPM 2010 di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 di sini hari ini. Malaysia juga pernah memenangi pingat gangsa di Sukan Asia 1962 di Jakarta dan 1974 di Tehran, katanya. Selaras dengan itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kementerian telah melaksanakan program sukan berprestasi tinggi di sekolah-sekolah, di mana bola sepak merupakan salah satu daripada tujuh sukan yang dimajukan mulai tahun 2008. - Bernama
Sumber : Utusan Malaysia, 27/02/2010
Pelik Lagi Ajaib: Menteri Yang Jaga Pelajaran Bercakap Berkenaan Bolasepak?
Apa nak jadi dunia umat Islam hari ini. Apakah sihir permainan bola sepak sudah memasung pemikiran Menteri Pelajaran? Apakah seseorang itu akan hebat di sisi Allah SWT jika mereka hebat dalam permainan bola sepak? Apakah Brazil yang menjadi kuasa besar bola sepak dunia pada hari ini, yang telah melahirkan ramai bintang-bintang bola sepak di peringkat antarabangsa mampu keluar dari belenggu kemiskinan yang bermaharajalela dalam kehidupan masyarakat di sana?y Inilah faktanya apabila seorang manusia itu tidak mengetahui dan tidak memahami apakah matlamat kehidupan di atas dunia ini. Keglamouran dan sanjungan manusia yang dikejar manusia, bukannya redha Allah SWT. Bergembiralah musuh-musuh Islam terutamanya Barat apabila orang Islam berfikiran seperti mereka bahkan mungkin lebih teruk dari mereka.
Seharusnya Menteri Pelajaran memikiran persoalan masalah syahksiah pelajar di Malaysia yang nampaknya semakin hari semakin teruk dan kronik. Baru beberapa hari lepas akhbar yang sama melaporkan seramai 6,000 pelajar menengah di Terengganu disifatkan sebagai bermasalah:
“24/02/2010 : [KUALA TERENGGANU 24 Feb. - Seramai 6,000 orang pelajar sekolah menengah di Terengganu dikenal pasti terlibat dengan gejala ponteng sekolah, mat rempit, jenayah dan penyalahgunaan dadah. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, walaupun angka itu kecil berbanding 250,000 pelajar sekolah menengah di Terengganu, tetapi kerajaan negeri tetap memandang serius masalah itu. Katanya, kerajaan negeri dan jabatan pendidikan negeri sedang mengambil tindakan bagi membendung gejala tidak sihat itu. "Apabila ada seorang pelajar berisiko tinggi duduk di sebuah sekolah, ini akan menyusahkan semua guru dan pelajar yang lain,” kata Ahmad Razif. Katanya, pihak polis telah memberikan taklimat kepada kerajaan negeri dan juga jabatan pelajaran mengenai sekolah-sekolah yang berisiko tinggi di Terengganu. – Bernama].
Sepatutnya Muhyiddin lebih layak mengulas isu ini berbanding dengan isu bola. Inilah nasib malang yang menimpa umat Islam hari ini yang dipimpin oleh mereka yang menjadikan pemikiran sekular sebagai asas pemikiran yang memandu kehidupan dan cara bertindak mereka termasuklah dalam persoalan pemerintahan.
Wahai umat Islam! Kenalilah para pemimpin kamu saat ini. Rasulullah Saw bersabda :
“Dua macam golongan manusia yang apabila keduanya baik maka akan baiklah masyarakat. tetapi, apabila keduanya rosak maka akan rosaklah masyarakat itu. Kedua golongan manusia itu adalah ulama dan penguasa.” [HR. Abu Na’im].
Sabdanya lagi:
“Akan datang penguasa-penguasa fasik dan zalim. Barangsiapa percaya kepada kebohongannya dan membantu kezalimannya maka dia bukan dari golonganku dan aku bukan dari golongannya, dan dia tidak akan masuk surga.” [HR Imam Tirmidzi ].
- jebbat.blogspot.com
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
MENANGISLAH SEMAHUNYA
بسم الله الرحمن الرحيم 
Ketika kanak-kanak,
menangis ku kerana haus dan lapar..
menangis ku kerana inginkan belaian hangat ibu di tubuhku,
menangis ku kerana inginkan barang permainan,
menangis ku kerana inginkan perhatian dari ayah dan ibu setiap masa.
Ketika usiaku menjangkau awal remaja,
menangis ku kerana rakan-rakanku,
menangis ku kerana gelojak rasa sayang terhadap kaum yang bertentangan dengan jantinaku,
menangis ku kerana aku gagal dalam bercinta,
menangis ku kerana aku gagal atau cemerlang dalam peperiksaan,
menangis ku juga kerana ada ketika aku berjaya menarik perhatian gadis dan jejaka,
menangis ku kerana kesepian tanpa rasa rindu dan cinta pada hamba ciptaanNya.
Ketika usiaku menginjak dewasa,
aku mungkin menangis kerana susahnya menempuh alam pekerjaan,menuntut seluruh kosentrasiku, memerah keringatku,
menangis aku kerana anak-anak ku,
menangis ku kerana isteri atau suamiku,
menangis aku kerana tidak punya kereta besar atau rumah yang sempurna,
menangis ku kerana tidak mampu memberi kesenangan harta benda kepada keluargaku.
Ketika usiaku berada di penghujung..
aku menangis kerana gagal memberi kesenangan kepada keluargaku,
menangis aku kerana kesihatanku yang sudah mula merosot,
menangis aku kerana anak-anakku pergi meninggalkan aku berkhidmad utk keluarganya,
menangis aku kerana jarum silih berganti menusuk kulitku,
menangis aku kerana aku bakal meninggalkan dunia,sedangkan aku masih belum MENANGIS KERANA AKU LALAI PADA PERINTAHNYA! !
mungkin kita tergolong dalam salah satu rentetan usia tersebut.. kita sentiasa menangis untuk perkara2 remeh meliputi hal2 duniawi..tapi kita selalu alpa untuk menangis atas kejahilan kita mengenal YANG MAHA ESA,kita sibuk mengumpul ilmu serta harta dunia,sehingga kita lupa utk menangis atas kurangnya harta serta saham utk alam abadi kelak,kita menangis kerana hilangnya cinta pada kekasih,isteri atau suami serta anak2,tetapi kita alpa untuk menangis atas KEHILANGAN NIKMAT IMAN SERTA KASIH ALLAH KEPADA KITA.Kita menangis kerana kecacatan fizikal yang diberi Ilahi,namun kita gagal untuk menangis tanda syukur atas nikmat lain yang diberi tanpa meminta secebis balasan sekalipun..
renung-renungkanlah ..saya mengingatkan diri saya yang selalu lupa untuk MENANGIS keranaNya..sebagai panduan kita bersama..
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..