Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, May 20, 2009

Resepi: Isi ikan goreng rangup


BAHAN-BAHAN:
120 gm isi ikan
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil jus lemon
5 sudu besar tepung jagung

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Gaulkan ikan dengan garam, serbuk kari, serbuk cili, minyak jagung dan jus lemon selama 20 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan sehingga kekuningan.
sebutir kata:
Cubalah tengok.. pasti laki hangpa suka.. heh.. heh..

[+/-] Read More...

TV TERKINI


Seorang promoter mempamerkan duit syiling bersebelahan dengan panel televisyen terbaru LCD keluaran LG Display yang merupakan panel televisyen paling nipis di dunia semasa pameran di Seoul, semalam. - AFP


SEOUL 19 Mei - Syarikat Korea Selatan, LG Display hari ini mengumumkan bahawa ia telah berjaya mencipta televisyen paparan kristal cecair (LCD) lebih nipis daripada sebatang pensil dan paling nipis di dunia.

Panel televisyen berukuran 42 dan 47 inci itu menggunakan sistem pencahayaan belakang diod pancaran cahaya (LED) yang membolehkan ia direka senipis 5.9mm, demikian menurut LG Display dalam kenyataannya.

Pengeluar televisyen LCD kedua terbesar dunia itu berkata, produk terbarunya itu hanya seberat 6.1 kilogram dan 7.3 kilogram, iaitu separuh daripada berat televisyen konvensional.

"Paparannya dapat menghasilkan warna seperti semula jadi dengan ketepuan sehingga 80 peratus," demikian menurut kenyataan itu.

Televisyen terbaru itu juga dikatakan dapat menghilangkan kesan pergerakan samar dan mempunyai resolusi definisi tinggi.

Naib Presiden Eksekutifnya, Chung In-jae berkata, produk terbaru menunjukkan teknologi terkini yang digunakan LG membolehkan rekaan televisyen ternipis direalisasikan.

LG Display dan pesaing tempatannya, Samsung, kini mendahului dunia dalam pengeluaran skrin panel rata di pasaran global dan sedang bersaing untuk menghasilkan panel lebih nipis untuk televisyen berdefinisi tinggi. - AFP


BUJANG SUSAH: Sikit hari lagi tv boleh masukan dalam poket seluar.. lipat mcm kertas.. mana tau kan.. jangan ketawa .. dulu semasa telephone belum tercipta, mungkin ramai yang ketawa bila org kata kita boleh berbual dengan org di negara lain tanpa pergi negeri dia.. Ini adalah anugerah aqal yg Allah beri kepada manusia. layannnnnnnnnnnn...............

[+/-] Read More...

BANYAK DUIT EK.. - BIAQPILA



GAMBAQ NI DIRAKAM PADA 10.4.2009 MEMAPARKAN GAMBAQ PM BARU KITA DS NAJIB.LOKASI PAPANTANDA INI ADALAH BERDEKATAN STADIUM BADMINTON CHERAS KUALA LUMPUR.


GAMBAQ NI PULAK DIRAKAM PADA 19.5.2009 TETAPI GAMBAQ PM KITA DAH DITUKAQ DENGAN GAMBAQ MASJID PULA.


SUDAH TUKAQ KA? HARI TU GAMBAQ NAJIB,HARI NI DAH DI TUKAQ DENGAN GAMBAQ MASJID PULAK. BANYAK BETOI DUIT DOK LAYAN BUAT BENDA TU.DUIT SAPA LAGI KALAU BUKAN DUIT RAKYAT.DULU AKU PERNAH CERITA KAT BLOG NI.KLIK SINI

MEMBAZIR SATU HAL,TAKKAN MASA BUAT DULU TAK PIKIAQ BETOI-BETOI GAMBAQ APA YANG SESUAI NAK BUBUH KAT SITU.ATAUPUN MEMANG TIAP-TIAP BULAN DEPA NAK TUKAQ GAMBAQ TU.

INI BUKAN PROJEK CIPUT PUNYA NI.BANYAK MODAL TERPAKSA DIKELUARKAN UNTUK MENGGANTIKAN GAMBAQ TU.KURANG-KURANG PULUH RIBAN JUGAK LA.BERAPA PUNYA BANYAK PAPANTANDA MACAM TU YANG DOK ADA KAT KL SAJA.

SELAIN DARIPADA PAPANTANDA DI HADAPAN STADIUM BADMINTON KL,KELIHATAN JUGA PAPANTANDA DI JALAN LOKE YEW YANG TURUT DIGUBAH SEMULA PENAMPILANNYA DEMI MEMENUHI SELERA PEMIMPIN SERTA MEMENUHI KOCEK KRONI-KRONI SEMENTARA RAKYAT SEKADAR MELOPONG TENGOK PAPANTANDA GERGASI ITU.


JALAN LOKE YEW..MULA-MULA TU...



JALAN LOKE YEW..LA NI..

LAYAN SAJA LA TELATAH UMNO BN NI....



BUJANG SUSAH: Ramai lagi org susah kat malaysia ni .. siap masuk dalam bersamamu lagi... duit tu kasi kat mereka yg memerlukan kan lagi baik... ermmm.. sokong la lagi umno/bn tu... (BN = Bodohnya Nau'zubillah)

[+/-] Read More...

BENAR ATAU KONSPIRASI ? - Anak Raja Petra Mengaku Salah Tuduhan Mencuri



SHAH ALAM - Anak lelaki penulis blog, Raja Petra Raja Kamaruddin, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap empat pertuduhan mencuri dan memiliki harta curi. Raja Azman Raja Petra (foto), 32, yang beralamat No 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini, mengaku bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah pada pukul 11.30 pagi. Dia didakwa mencuri sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ milik Mohd Syaiful Setapa, 24, seorang operator pengeluaran, membabitkan kerugian RM8,000 di No 65, Jalan Batas 2, 19/6b, Seksyen 19 di sini, pada 9.30 pagi 20 Mac lepas. Tertuduh yang ditangkap pada 6 Mei lepas juga mengaku memecah masuk ke dalam rumah Mohd Syaiful dan mencuri beg duit mengandungi kad pengenalan, wang tunai RM20, cukai jalan, kad ATM Maybank dan BSN serta lesen memandu Mohd Syaiful di alamat, masa dan tarikh yang sama. Raja Azman juga mengaku mencuri telefon bimbit dan seutas jam tangan bernilai RM3,850 milik seorang pelajar, Saipul Adli Mohamed Yunus, 21, di rumah mangsa di No 16, Jalan Sastera, U2/1K Seksyen U2 di sini, pada 10 pagi 24 April lepas. Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, turut mengaku bersalah memiliki sebuah motosikal curi kepunyaan seorang pelajar, Ahmad Firdaus Jalaluddin, 23, bernilai RM6,000 di depan rumah No 3, Tingkat 1, Blok 1, Apartmen Kinrara Court, Puchong pada 10.40 malam 5 Mei lepas. Majistret Norkamilah Aziz mengenakan ikat jamin RM10,500 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 19 Jun ini untuk menjatuhkan hukuman. Tidak ada sesiapa yang menjamin Raja Azman manakala bapanya juga tidak kelihatan dalam mahkamah.

Nota : [Ramai yang tertanya-tanya, apakah kes ini ada kaitan dengan kehilangan "Raja Blogger" itu sebenarnya?. PDO juga amat terkejut dengan kes ini, dan sesuatu yang agak janggal kenapa anak beliau mengaku salah dan tidak mahu dibicarakan?. Apakah ia adalah satu skrip yang dicipta untuk mengaburi mata rakyat, walhal selama ini anaknya tidak pernah dikenali. Malahan amatlah tidak masuk akan bila beliau mencuri motosikal tersebut dan dirinya tidak diwakili oleh seorang peguam pun. Kemungkinan besar kesemua motorsikal itu adalah kepunyaan rakan-rakan beliau sendiri dan kes ini dijadikan asas untuk membuktikan bahawa kehilangan Raja Petra "bersebab". Tambahan pula beliau juga dilihat tidak hadir ke mahkamah semasa kes itu dijalankan. Malah isterinya yang begitu kerap ke mahkamah semasa kes Raja Petra juga tidak kelihatan untuk menjamin anaknya itu. Inilah yang menimbulkan persoalan sebenarnya? Apakah semua ini satu konspirasi terbaru terhadap RPK].

[+/-] Read More...

Umno ditalkinkan di Sabah...



gambar ini dihantar melalui email. Menurut sumber tersebut peristiwa ini berlaku di kawasan Naib Presiden Umno dari Sabah, ia merupakan protes penduduk setempat kerana tidak puas hati dalam isu tanah.

Umno telah mati di hati rakyat !!

[+/-] Read More...

Tok Mat 'nakal' tembak peluru angin...


Hari ini che'GuBard mendapat ratusan sms, panggilan telefon dan email mengenai benarkan dua ADUN keADILan akan meletakkan jawatan ?

Ruangan Nasional, Berita Harian melaporkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan bahawa sekurang kurangnya dua wakil rakyat pembangkang akan meletakkan jawatan.

Kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan ini sebenarnya hanya menggambarkan 'kenakalannya' dan umpama menembak peluru angin.

Kenyataan ini lebih kepada usaha Pengerusi Umno tersebut yang mahu mengalihkan isu dan perhatian ahli Umno dari krisis dalaman yang berlaku dalam parti Umno dan Bn itu sendiri.

Bn di peringkat pusat sedang bergolak dengan kenyataan dan pergeseran terbuka. Umno yang takut akan kuasa rakyat yang bersungguh - sungguh mengelakkan pilihanraya sedang ditempelak oleh rakanya dalam MCA dan Gerakan yang mahukan pilihanraya di Perak. Pergolakan dalaman PPP mula sudah membabitkan pemimpin lain di dalam Bn.

Di Perlis Umno yang gagal menyelesaikan masalah dalaman terus melantik Menteri Besar sebagai Pengerusi Perhubungan dimana telah menyebabkan sekurang kurangnya 1000 ahli Umno keluar parti secara terang menyertai keADILan.

Di Terengganu walaupun di pangku oleh Naib Presiden merangkap Menteri Dalam Negeri gagal mengawal dan menenangkan pertembungan kem bekas Menteri Besar dan kem Menteri Besar sekarang sehingga membawa kepada ancaman bunuh.

Di Pahang Umno Bahagian teruk bertembung dengan Menteri Besar Pahang dengan saling membogelkan diri dalam pendedahan isu rasuah. Namun Polis mahupun SPRM gagal menjalankan peranan masing - masing dalam menyiasat pendedahan yang dilakukan.

Di Selangor protes senyap kem penyokong bekas calon Timbalan Presiden dan bekas Pengerusi Perhubungan serta kem bekas Menteri Besar Selangor yang kalah Ketua Pemuda makin terasa. Usaha melantik bekas calon Ketua Pemuda sebagai Ketua pemikir Umno Selangor tidak memadamkan sama sekali protes senyap yang masih berterusan.

Di Negeri Sembilan khususnya masalah dalaman Umno makin parah. Seorang ahli Parlimen yang pernah kononya menuduh 'seorang budak pejabat bank' dihantar oleh Anwar untuk membelinya sedang heboh mempersiapkan diri sebagai bakal MB kononya kerana hubungan baiknya dengan Presiden Umno. Antara serangan yang dilakukan kepada Pengerusi Umno Negeri Sembilan ialah orang Pak Lah, budak Khairy Jamaluddin dan menguruskan Umno secara adik beradik. Tuduhan orang Pak Lah atau budak Khairy cukup ditakuti dalam Umno setelah melihat bagaimana Khairy diperlakukan oleh Najib dengan tidak menamakan beliau dalam kabinet walaupun menang Ketua Pemuda.

Bukan menjadi rahsia tuduhan ahli Umno yang menyatakan betapa pengurusan Umno dan Kerajaan negeri dikuasai oleh Mohamad Hasan, Azman Hassan (abangnya) dan adik beradiknya yang lain. Malah dalam banyak perkara Azman (Datuk) dilihat lebih berkuasa dari Mohamad.

Tidak tahan dengan tekanan yang diberikan maka sebaik sahaja sah Najib menjadi Presiden Umno, Mohamad perlu cepat membuat penyesuaian semula. Maka abangnya terpaksa berundur. Protes dari bahagian Umno masih kuat seperti dari Umno Bahagian Seremban.

Kenyataan Pengerusi Umno Negeri Sembilan tersebut telah dibantu dengan penulisan berita yang sengaja berniat jahat dengan menyataakn penafiaan dua ADUN keADILan iaitu ADUN Sikamat dan ADUN Ampangan.

Semua ini che'GuBard sekali lagi menganggap ia cuma usaha nakal dan terdesak Mohamad. Ini menggambarkan Umno yang tak henti - henti berpolitik.

che'GuBard mengajak Mohamad selaku Menteri Besar Negeri Sembilan untuk henti hanya bermain politik sebaliknya memberikan tumpuan kepada isu pentadbiran dan kebajikan rakyat.

Pusat Khidmat Rakyat Rembau (PKR) yang dikendalikan oleh keADILan Rembau sendiri mempunyai berpuluh kes keluarga miskin dan susah serta Aduan rakyat yang lama tidak selesai dalam DUN Rantau yang diwakili Menteri Besar sendiri.

Hampir semua pengadu menyatakan bawah mereka telah pergi mengadu ke Bn atau kerajaan namun setelah gagal diselesaikan baru dibawa ke pengetahuan keADILan Rembau. Tanpa ada sumber keADILan Rembau tetap terus membantu rakyat termasuk dalam DUN Rantau yang tidak mendapat perhatian Menteri Besar.

Lebih parah lagi bantuan dari kerajaan seperti dari Jabatan Kebajikan telah dipolitikan. Ada keluarga atau individu layak diketepikan hanya kerana mereka dikaitkan dengan parti selain Bn dan menambah lekib parah lagi apabila Datuk Ishak, Ketua Bahagian Umno Seremban sendiri menyatakan kes kepayahan rakyat yang diketengahkan oleh beliau juga diketepikan, mungkin kerana dia tidak sebulu dan pernah membuat laporan rasuah mengaitkan Mohamad Hasan sekeluarga.

Jika Menteri Besar berhenti bermain politik dan 'berniaga' sebaliknya menumpukan kepada kebajikan rakyat maka sudah tentu rakyat akan lebih bertuah. Malangnya tidak di Negeri Sembilan, rintihan rakyat tidak dilayan. Menteri Besar yang sibuk berpolitik dan berniaga ini pula sering menggunakan media dengan memberikan liputan luar biasa terhadap usaha sedikit seperti menyampaikan beras sekampit dan sebagainya. Bantuan JKM mahupun pusat zakat diberikan imej Umno dan rakyat dipaksa berterima kasih dengan Umno.

Dalam Rembau di mana Mohamad sendiri Ketua Bahagian Umnonya, telah muncul perbagai isu yang tidak berkesudahan seperti Isu tanah Sendayan. Sekurang kurangnya 13 keluarga Melayu lagi masih tergantung kesnya di mahkamah. MB seharusnya perihatin tetapi sebaliknya hanya berkeras memberikan kata dua dan tawaran tanpa mendengar rintihan masalah sebenar.

Pemilik tanah adat di Kampung Chengkau, Kampung Waris dan kawasan sekitarnya yang terjejas kerana projek landasan berkembar keretapi langsung tidak mendapat perhatian Mohamad. Tanah mereka akan dirampas dibawah Akta Pengambilan Tanah dengan harga RM1.20 sekaki. Harga yang terlalu jauh lebih murah dari harga yang diletakkan oleh jurunilai. Penduduk berkeras isunya mudah pampasan tak masuk akal, mereka bukan menolak pembangunan sebaliknya memohon hak tanah mereka. Mereka mahu tanah mereka diganti di dalam kawasan Rembau semula. Tanah Adat (tanah rizab Melayu) ini maruah keluarga mereka mereka tidak mahu melihat keluarga mereka hilang tanah. Mereka telah pergi ke banyak pihak termasuk cuba berjumpa Mohamad namun gagal mendapat perhatian. Jika tidak kena gaya dua minggu dari sekarang 40 buah rumah akan menyembah bumi, akan sekali lagi peristiwa Kampung Berembang, Selangor akan berlaku. Mohamad tidak punya masa buat mereka, keADILan Rembau semalam telah bertemu dengan wakil penduduk terbabit.

Di Selangor berita gembira buat rakyat orang Asal apabila kerajaan Pakatan Rakyat Selangor membatalkan saman terhadap tanah orang asal yang mahu diambil kerajaan Bn dahulu. Malah hak milik diperolehi oleh orang asal terbabit. Malangnya di Negeri Sembilan, penduduk orang asal yang telah meneroka tanah sejak ratusan tahun di Kampung Tangai Gua Batu Maloi (sempadan Rembau - Tampin) sedang tidak nyenyak tidur apabila tanah mereka hendak dirampas untuk membangunkan kawasan pelancongan. Mereka yang tidak mempunyai hak undang - undang ke atas tanah itu sudah mendapat surat arahan 'menghalau' dengan mengosongkan tanah. Mereka juga sudah pernah naik bas ke Seremban untuk bertemu MB namun gagal. keADILan Rembau juga sudah bertemu wakil mereka berbincang mengenai masa depan mereka.

Itu baru cheGuBard singkap masalah dalam rekod Pusat Khidmat Keadilan Rembau.

Keadilan Rembau yang tidak mempunyai sumber, tidak mempunyai kuasa malah ditindas dihimpit dengan menggunakan perbagai aparat di bawah regim tetap terus menghayun langkah tidak kira semak atau rimba, siang atau malam, hujan atau panas akan terus membela dan memperkasakan rakyat.

Kepada Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan yang dikenali sebagai tokoh korporat berhentilah 'berpolitik dan ' berniaga' berikanlah tumpuan pada rakyat.

[+/-] Read More...

TOSAI TELUR KAU Ada berani ??


Awas kepada pengemar tosai. Nak order makan, comfirmkan betul2, pelayan kat kedai mamak tidak semua faham bahasa malaysia. Terutama yg gemarkan tosai telur.

Jika berani, anda boleh order TOSAI TELUR BAWAH..lepas tu jangan lupa hantar email kat wak, apa rasa agaknya...hamis..masin..atau masam ? Adehhhh...!!
[Nama restoran mamak dirahsiakan untuk jaga telurnya dimalukan-wak]

[+/-] Read More...

KASIH TAK KESAMPAIAN


Salam.. nak cerita sikit... ermm.. sikit jer.. 24hb bersamaan hari ahad ni, bekas awek aku nak di ijab kabulkan dengan jejaka pilihannya.. huk...huk...huk.. tu pun aku baru jer tau mlm tadi dari kengkawan dia... time aku tgh menulis ni plak hujan turun mencurah2.. mcm tau2 jer aku tgh sedih.. huk..huk..huk.. time2 mcm ni teringat aku kenangan2 silam.. huk..huk..huk.. tp seperti yg telah di janjikan.. jodoh pertemuan dan ajal maut itu ketentuan Allah.. Kita sebagai hambaNya kena sentiasa bersyukur dan redha atas segala ketentuanNya. Mungkin inilah dugaan buatku, dan sesungguhnya setiap kegagalan itu akan menjadikan kita lebih tabah untuk mengharungi kehidupan yg penuh pancaroba ini. wallahualam...

Aku nak layan lagu jap.... layannnnnnnnnnnn......huk..huk..huk..





[+/-] Read More...

Nyalaan lilin: MP dan ADUN DAP ditahan - malaysiakini


May 19, 09 9:07pm
Dua wakil rakyat DAP dan sembilan pekerja parti itu ditahan polis ketika menyertai acara nyalaan lilih sebagai "tanda berkabung matinya demokrasi".

dapsy seputeh vigil arrest 02Dua wakil rakyat DAP itu ialah ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Chin dan ADUN Teratai Jenice Lee.

Mereka ditahan ketika mengadakan nyalaan lilin di Seputeh pada jam 8.20 malam ini.

Nyalaan lilin itu - yang diadakan di luar pejabat ahli Parlimen DAP Teresa Kok - disertai berpuluh-puluh mereka yang memakai baju-T hitam.

Menurut pihak penganjur, nyalaan lilin itu diadakan sebagai menandakan "pembunuhan demokrasi oleh kerajaan haram Perak".

dapsy seputeh vigil 190509 03Mereka sebelum itu berkumpul di luar satu kawasan kosong yang terletak berhadapan dengan bangunan pejabat DAP serta membawa poster mendesak supaya DUN Perak dibubarkan.

Ketika mereka hendak melancarkan kempen mengumpul tandatangan, mereka dikepung oleh ramai anggota polis.

Seorang pegawai polis kemudiannya mengarahkan mereka supaya bersurai kerana mengikutnya ia adalah satu perhimpunan haram.

Selain dua wakil rakyat berkenaan, mereka yang turut ditahan dikenali sebagai Lam Kah Hon, Alex LC Ling, Koh Weng Ken, Chua Yew Choong, Lim Jen Yow, Tan Hak Lian dan Fong Kok Leong.

BUJANG SUSAH: Hehehehe... polis malaysia memang suka buat kerja2 mcm ni.. tangkap org nyalakan lilin, tangkap org pakai baju hitam, tangkap org ceramah, tangkap org solat hajat... hehehe.. perompak, perogol, pengedar dadah, penjenayah, pembunuh, peragut dan banyak lagi laa.. semua dia buat x tau jer... mcm xder pape jer.. yer la kan.. maklumlah nak tangkap penjenayah ni susah.. tangkap org pasang lilin kan senang jer.. x payah main kejar2.. hehehehe.. Polis Raja Di Malaysia (PRDM) hehehehe...

[+/-] Read More...

Industri Tempe Selangor Terjejas - malaysiakini


Soal ini aku tak setuju lansung!!! Kerana ianya melibatkan rakyat Selangor..., giler ke apa... kalau dah macam tu... perusahaan tempe di Selangor pasti akan terjejas... dah la ekonomi tengah gawat, mana nak cekau duit... dah tu semua elaun dan kemudahan sebagai Raja Tempe turut digantung sekali.

Siapa lagi yang aku maksudkan kalau bukannya Tauke Tempe seantero Selangor Mohd Khir Toyol yang dijatuhkan hukuman oleh Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor daripada menghadiri sidang DUN selama setahun.

Oleh kerana Raja Tempe telah di jatuhkan hukuman dan berkemungkinan besar perusahaan tempe Selangor bakal tergendala buat beberapa hari atau setahun, aku berharapkan rakyat Selangor mencari sumber makanan alternatif sebagai penganti buat masa setahun ni.

Tadi aku sempat bertanya dengan Raja Tempe macam mana dia nak teruskan kehidupan selepas sumber kewangannya turut terjejas.

"Beliau memberitahu, dia takda hal punya sebab duit sumbangan dari Puteri Balqis masih banyak lagi, duit sewa di Mekah pun masih boleh menampung perbelanjaan, duit tanah yang dijual di Kajang masih tak berusik lagi... dan banyak lagi duit lebihan sewaktu bisnes sedang rancak suatu masa dulu..., so apa ada hal.... setakat nak pergi Disneyland 20 ke 30 kali ulang pun masih boleh lagi.... keputusan pengantungan ini tak mencabar lansung" katanya sambil tersenyum kelat pahit.

Dan beliau menambah lagi, "keputusan ini betul-betul membuatkan beliau terpaksa memerah kepala otak untuk memikirkan banyak benda yang harus di fikirkan."

Entahlah... part tu aku tak paham apa yang dia katakan, tadi kata keputusan pengantungannya itu tak mencabar... lepas tu banyak pula perkara yang nak dia fikirkan... mungkin sebab dia dah jadi ahli pemikir kot.... atau itu simptom atau tanda penyakit GILA peringkat awal mula menyerang kot.... ha...ha...ha....

Isa: Adussss..... dah jatuh kena timpa dengan penyapu pulak.... Adusssss... mana aku nak dapatkan stok tempe ni.... dah ketagih nak makan tempe ni.... harap utusan meloya dan berita hairan dapat menyiarkan kesengsaraan yang bakal di hadapi oleh rakyat selangor di muka hadapan akhbar esok....


BUJANG SUSAH: Ada org cerita.. asalnya ialah seekor toyol.. tetapi setelah melakukan botox, terus jadi rupa manusia.. tp pada zahirnya jer la manusia.. akal serta perangainya tetap toyol jugak... hehehe... tu yg suka jer rembat duit sana rembat duit sini tu.. klau dah toyol tu toyol jugak laa... hehehhee

[+/-] Read More...