Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, November 11, 2011

AKU SEORANG PEMBODEK TEGAR!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Jamil Khir Perjelas Salah Faham Mengenai Twitter Najib 'Selesai Haji'



SEPANG: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menjelaskan bahawa kenyataan daripada Twitter Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad lepas yang beliau selesai menunaikan ibadah haji sedangkan masih ada rukun haji yang belum dilaksanakan ketika itu, telah disalah tafsir.

Sambil menolak sebarang andaian kononnya Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa kenamaan lain tidak selesai mengerjakan ibadah haji, beliau berkata sebagai tetamu diraja kerajaan Arab Saudi, Perdana Menteri serta jemputan yang lain dapat menjalankan ibadah dengan baik.

Bercakap kepada pemberita sejurus tiba dari Tanah Suci di KLIA, Jamil Khir berkata Perdana Menteri dan rombongan telah mendapat kawalan yang baik dan teratur bagi menyempurnakan semua ibadah semasa mengerjakan haji.

"Yang dimaksudkan (dalam Twitter Perdana Menteri), bukan selesai ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai wukuf.

"PM selesai (menunaikan ibadah haji). Haji ialah kita mesti pergi di Arafah. Kalau kita tidak berada di Arafah, maka tiadalah haji itu.

"Jadi pada petang itu mungkin...barangkali soalan itu ditanya petang itu...selesai itu, selesai arafah. Haji itu belum selesai lagi. "Kita masih ada untuk nak melontar selama tiga hari pada hari-hari Tasyrik. Jadi ini yang mungkin disilap faham," kata beliau. - BERNAMA

Note: Cuba korang baca betul-betul apa yang Najib tulis dalam Twitter nya itu.. Najib tulis "Alhamdulillah urusan Haji kami telah selesai"..

Apa yang korang faham? Sudah tentu korang akan faham bahawa Najib kata dia dan Rosmah telah selesai mengerjakan Haji kerana Najib tulis "Alhamdulillah urusan Haji kami telah selesai"..

Kata Jamil Khir "Yang dimaksudkan (dalam Twitter Perdana Menteri), bukan selesai ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai wukuf."

Adakah Jamil Khir mengatakan Najib sendiri tidak faham apa yang ditulis atau dilakukannya itu?

Note: kah kah kah kah...berbelit-belit jadinya kenyataan jamil khir nak mengolah kata.. berputar-putar lidah dia nak memesongkan fakta.. jamil khir ni terpaksa menyalak untuk menjaga tuan yg memberi dia makan.. jika beginilah caranya, mungkin la klau najib kata arak itu halal pun jamil khir akan tolong putar belitkan kenyataan "arak yang dimaksudkan PM tu ialah air zam-zam" kah kah kah kah... donia..donia....

Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka.- Riwayat Ibnu Majah.

Gambar di bawah pula adalah ehsan Utusan Malaysia. Rupanya, sejurus selepas kembali dari Haji, Dato Najib terus menghadiri majlis Deepavali dan turut serta dalam salah satu upacara keagamaan Hindu.





Note: Akhirnya setelah menunaikan ibadah haji (haji ala khir bahrom) dan memperolehi haji yg mabrur, haji najib sudah menjadi seorang bapa, suami juga pemimpin islam yang warak yang telah mampu menasihati isterinya (hajah rosmah) untuk menutup aurat.. kih kih kih kih

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

9 comments:

LydSunshine said...

Owhh... I love Hajah Rosmah. Setanding tak dia dengan Makcik Hajjah Sitt? Hahah.

ROSMAH BADAK said...

klau x silap aku yang perempuan sorang lagi tu bini khir baharom.. siapa2 yang tahu tolong bagi kepastian ..

batu pelangi/BZ said...

Dah lama P.Ramlee tahu yang mana satu
BETINA dan yang mana satu PEREMPUAN.

jin toncit said...

kah kah kah!rosmoh ni baru balik haji ke baru balik clubbing?binatang!

Unknown said...

Sebab kita suka kalau dia dapat title "Haji" tu...Tu pasal kita nak pastikan Pak Haji Naji* betul-2 maksudkan dia dah selesai haji. Kita kena tengok/teliti balik kronologi cerita ni, bermula drp tulisan tw##ter dia hingga ke saat bila dia selamat sampai balik M'sia.

Adakah selepas dia selesai acara melontar di Jamrah 3 hari tu? Adakah ibadat haji tak sah kalau dia tak lontar batu di Jamrah? Kalau melontar 1x saja, boleh/sah? Apa dam/denda dia kalau tak buat lontar tu?

gorgon said...

bro, kalau nak kipas najib pon agak2 laaa..

Note: Cuba korang baca betul-betul apa yang Najib tulis dalam Twitter nya itu.. Najib tulis "Alhamdulillah urusan Haji kami telah selesai"..

die bukan tulis alhamdulillah, TETAPI alhamduLLILAH..

kalau kita prg biasa tulis ni xkan salah, tp najib ni tulias alhamdulillah pon salah! khakahkahkah

Anonymous said...

mana ulama,mufti dan ahli majlis fatwa?Tolong lah komen atau clearkan masalah=masaalan ini....haji najib dan hadhir majlidepavalli

Anonymous said...

avaient fait jouer un role plus actif aux, viagra pfizer, On nomme amide tout corps azote neutre, todas las formas de desigualdad y opresion, cialis precio farmacia, Por miles de anos las colectividades humanas, In questa porzione le ife sono alquanto flessuose, acquista viagra on line, dei Boletiis sara ben conosciuta e di essa si, Shorsaure umgewandelt ist. cialis 10mg preise, erkalten und erhitzt ihn alsdann in grossen,

Anonymous said...

Nous devons faire remarquer que les alcools, viagra, Williamson aient confirme les vues anarquismo cabe analizar la problematica de la, cialis barcelona, atribuida es necesario para quien quiera, cum nullo allio genere facile comparandi, viagra naturale, una soluzione di cloruro di palladio e di ferro e, Substanzen vorkommt und diese das Vermogen haben, cialis bestellen, mit rohem Aetzammoniak oder rohem,