Sunday, October 9, 2011

MENTERI ADALAH TUHAN ORANG UMNO?

بسم الله الرحمن الرحيم

Rezeki peniaga disekat kerana tak hadir program menteri

SEORANG peniaga buah hilang mata pencarian hanya kerana tidak dapat menghadiri program bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar.

Tapak sewaannya di Pasar Tani tempat beliau mencari sesuap nasi telah digantung. Bayangkan, bagaimana beliau mahu mencari rezeki? Bagaimana beliau mahu menyara anak dan isterinya?

Lihatlah bagaimana pemimpin menggunakan kuasanya dengan sesuka hati untuk membuli rakyat bawah. Pemimpin bersenang lenang di kerusi empuk, di dalam bilik berhawa dingin menekan rakyat susah.

Sudahlah mereka ini susah bagaikan "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang", hanya kerana tak dapat hadir program bersama pemimpin yang suka diampu ini, mata pencariannya disekat.




Klik pada imej untuk besarkan

Negara ini negara rakyat, pemimpin dipilih untuk menguruskan negara supaya dapat menaikkan taraf hidup rakyat. Tapi menteri tak sedar diri menggunakan kuasa untuk menekan rakyat susah.

- milosuam


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

4 comments:

  1. Ini ke yang orang2 terdahulu nak tunjukkan pada generasi akan datang? Berpuak-puak dalam parti politik sehingga perpaduan atas dasar Islam tiada. Kesal atas perkara tersebut sehingga soal di dalam masjid dan surau perlu mengikut parti politik sehingga ada yg bermasam muka. Saya sebagai generasi muda perlukan contoh yang baik. (Text ini juga dihantar kepada blog parti lawan anda)

    ReplyDelete
  2. Marilah kita berlawan di alam maya. Kalau berani silakan.

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.