Ganggu Ceramah Mat Sabu : Mat Rempit ' Terkantoi ' Mengaku Diupah RM 10

"Saya diupah RM10, dan isi minyak motorsikal penuh oleh Ayub" jawab mat rempit ini.
Dengan upah RM10, dan tangki minyak motorsikal yang penuh. Sekali lagi mat rempit-mat rempit upahan regim Umno ini mengganggu program ceramah Pakatan Rakyat di Kg Tahang Rimau, Segamat. Bagaimanapun kali ini untuk mereka mengulangi sekali lagi kebiadaban seperti di Labis sehingga seorang anggota Unit Amal mendapat 7 jahitan kerana dibaling objek dipercayai besi tidak kesampaian.
Dengan kekuatan Unit Amal dan komrad anak muda SAMM dari seluruh Johor. Kali ini kita lebih bersedia. Seperti yang dijangka, ketika che'guBard menyampaikan ceramah, provokasi daripada mat rempit-mat rempit upahan Umno ini bermula.
Mereka dipercayai berpecah kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama membuat bising dan kecoh di laluan utama dan kumpulan kedua membaling mercun di laluan belakang tapak ceramah. Bagaimanapun kawalan di belakang tempat ceramah agak kurang kerana ramai anak-anak muda SAMM dan Unit Amal yang berkawal di laluan utama. Baru sahaja dianggarkan 7-8 buah motorsikal melalui laluan jalan utama sambil membuat bising mereka sudah dikepung oleh orang ramai dan komrad SAMM. Ketika semakin ramai orang membantu menahan mat rampit-mat rempit inilah dipercayai kumpulan mat rempit kedua melalui laluan belakang pentas ceramah dan membaling mercun bola.
Kerana persediaan dan kawalan yang lebih rapi, maka kali ini tidak ada seorang pun mat rempit daripada kumpulan pertama ini terlepas. Dengan keadaan mabuk dan mulut berbau arak akhirnya mereka mengaku menerima upah dan arahan daripada Ayub (dipercayai ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat) sebanyak RM10 dan minyak motor yang diisi penuh. Menurut anggota Unit Amal yang bertugas di Labis tempoh hari, mereka mengecam kumpulan mat rempit ini adalah kumpulan yang sama bertanggungjawab membaling objek ke muka seorang anggota Unit Amal ketika program ceramah Sdr Tn Hj Md Sabu.
Bagaimanapun apa yang mengecewakan, polis meleraikan kepungan dan memberikan arahan untuk melepaskan kumpulan mat rempit ini sebaik saja nama 'Ayub' disebut. Atas dasar menghormati arahan daripada pihak berkuasa, kumpulan mat rempit ini akhirnya dilepaskan dengan selamat tanpa cedera walau sedikit pun!.
Jika benar bahawa kumpulan-kumpulan mat rempit ini diupah oleh Datuk Ayub maka terbuktilah bahawa mereka adalah terdiri daripada pemuda Umno di kawasan Parlimen Sekijang. Lebih memalukan mereka sekadar menggunakan sekumpulan mat rempit untuk mengganggu program ceramah Pakatan Rakyat yang sudah mendapat permit daripada pihak berkuasa.
Jika benar mereka tidak puas hati dengan kehadiran Tn Hj Md Sabu, silakan hantar ketua atau wakil Umno untuk bertemu. Bukan menabur wang RM10, minuman keras dan tangki minyak motorsikal diisi penuh sebagai upah membuat provokasi. Lebih bacul lagi, jika kejadian seperti di Labis berulang sehingga seorang anggota Unit Amal yang tidak berdosa menerima tujuh jahitan.
Rakyat sudah muak dengan regim, mereka dahagakan maklumat. Kehadiran warga Segamat pada malam itu cukup menakutkan mereka. Cara terbaik untuk menakutkan rakyat, provokasi!.
Apapun tahniah kepada anak-anak muda SAMM yang sanggup datang jauh antaranya daripada Seremban, Gelang Patah demi untuk menghambat anjing-anjing provokasi ini, sehingga kumpulan mat rempit pulang menikus tidak berbunyi.
Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.