Berikut adalah yang saya petik dari blog Mazidul.
Dia Terus Meracau
Saya keliru berhubung sikap blogger pernah saya dedahkan identitinya sebelum ini.
Dia gila menghantar spam ke blog ini dan saya mula berasa penat memadamkannya. Jika dilihat raut wajah, dia kelihatan seperti manusia normal dan profesional, biarpun hakikatnya tidak.
Ditampalkan wajahnya dalam 2 gambar berbeza beserta butiran dirinya dengan harapan dia memberhentikan kegiatannya kerana dia kini dikenali namun setakat ini usaha itu kelihatan sia-sia.
Pelbagai kaedah digunakan sebelum ini, dia dinasihati secara lembut dek beberapa bloggers lain serta dimarahi mereka tetapi jiwa kacaunya terus meronta dan meracau.
Saya memohon bantuan rakan bloggers untuk menasihatkan dia.
Boleh?
Dia pembaca regular blog ini.
Terima kasih semua, jasa anda amat saya hargai.
Nukilan Mazidul Akmal Sidik Jam 2:34 AM - mazidulakmal
Note: Kah..kah..kah..kah.. Buat laporan polis jer la.. kot ye betul-betul gila boleh la daftar kat Tanjung Rambutan... Kah..kah..kah..kah..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
0 comments:
Post a Comment