Tuesday, January 4, 2011

MINUM TEH BOLEH BAWA MAUT

بسم الله الرحمن الرحيم

Awas, Teh Sukat Punca Kanser! Apa Tindakan kepada Pengilang?

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak pengambilan berterusan air teh sukat yang banyak dijual di gerai-gerai teh tarik bagi mengelak risiko penyakit kanser.

Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Mustafa Ali Mohd. berkata, bahan pewarna sintetik yang banyak dipakai dalam industri mewarna kain menjadi pilihan kerana kosnya lebih murah.

"Bahan pewarna ini mempunyai pelbagai jenis dan kumpulan. Salah satu daripadanya ialah karsinogen yang sangat berbahaya kerana ia tidak boleh dihadam dengan baik.

"Ia juga boleh mengganggu sistem DNA manusia sekali gus mendorong pertumbuhan pelbagai jenis barah dalam tisu hidup,'' katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi semalam.

Antara jenis barah berpunca daripada karsinogen ialah barah paru-paru, hati, prostat dan usus.

Katanya, teh itu tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di kebanyakan kedai runcit serta menjadi pilihan ramai pengusaha makanan dan minuman.

Mustafa berkata, serbuk teh murah itu jika dicampur dengan air panas serta-merta mengeluarkan warna kuning pekat.

"Tindak balas itu menandakan wujudnya bahan pewarna sintetik.

"Bagi serbuk teh asli tanpa bahan pewarna sintetik, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeluarkan warna, malah ada jenis yang airnya kita perlu kacau sebelum keluar warna kekuningan," katanya. - Kosmo


P/s: Apa tindakan kerajaan terhadap pengilang? Sekadar denda beberapa ribu RM? Sedangkan tindakan lahanat mereka mungkin telah mengakibatkan banyak nyawa yang terancam kerana menghidap pelbagai kanser.

Sebelum ini, kerajaan melalui agensi penguatkuasanya mendedahkan tindakan pengeluar mi kuning yang menggunakan asid borik secara berlebihan agar mi yang dikeluarkan lebih tahan lama, namun apa tindakan yang diambil kepada pengilang? Nama syarikat dirahsiakan, mereka masih lagi beroperasi, dan hanya dikenakan denda yang tidak setimpal dengan sikap lahanat mereka.

Sebenarnya, dalam banyak hal, pengeluar, peniaga lebih dilindungi dalam banyak hal berbanding dengan nasib pengguna!

Hati-hati minum teh tarik di restoran. - duniacacamarba



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

7 comments:

  1. salam.... sedap teh dan dah lama minum

    ReplyDelete
  2. emm..sy dah tahu lama ttg ni, mmg pekat pewarna yg digunakan.. nak tahu, cube amik sesudu cawan air teh, then masukkan ke dlm segelas air kosong, u can see that!

    ReplyDelete
  3. Saya buat teh di rumah...cair-cair aje.

    ReplyDelete
  4. AGAK-AGAK SAMA STANDARD NGAN AIR SUNGAI KLANG DAK?

    ReplyDelete
  5. wahwahwahhhh sungai klang dah bersih dah der... dibwaham pimpinan PR, sungai klang yg dulu kotor, kini semakin sembuh!!

    ReplyDelete
  6. punyalah ramai cerdikpandai baru sekarang dapat trace benda tu...

    ada doktor dah perabih duit sampai iss...rupa rupanya ada banyak benda lagi yang tak terkaji...

    ingatkan bawa roti canai kat atas tu dah tamat kajian dah...

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.