Wednesday, January 26, 2011

JATUH KAFIR MEMPERSENDAKAN HUKUM ALLAH

بسم الله الرحمن الرحيم



Note: Jatuh kafir bila seorang islam itu mempersendakan hukum Allah. Bagaimana pula mereka-mereka yang menyokong serta tiada mengambil tindakan yang wajar kepada si kafir harbi yang mempertikaikan hukum islam? Tak ambil tindakan tu satu hal.. yang lebih teruknya baekkkkkk punya sokong kafir ni mempersendakan agama sendiri..

Lagi jahanam islam di Malaysia bila seorang Menteri Besar yang mengaku islam berkata "Jangan mengundi calon PAS, jika tidak.. Parti Islam itu akan memotong tangan anda jika mencuri"

Manusia macam ni masih boleh dikatakan islam ke? Tahniah buat penyokong-penyokong manusia yang merosakkan islam ini. Semoga anda akan diberi syafaat pahala oleh pemimpin anda di sana nanti.



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

2 comments:

  1. alhamdulillah kita dpt byk penerangan terperinci oleh Ust Azhar Idrus. Sekarang ni byk juga ahli agama (ustaz, ustazah dan juga mufti) yang membuatkan org ramai jadi confuse.

    Cth yg nyata Dr Mashitah, Ust Kazim dan Harussani. Ust Kazim tu akak suka dgr cerama dia tapi tu bila sampai bab pemimpin ni dia jadi pelik sikit :(

    ReplyDelete
  2. ustaz kazim tu sengal2 ubi kak finaz. ustaz x berapa nak jadi. nak tegakkan islam tapi takut dgn pemimpin. takut kena ban pastu terus x laku pada umno.

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.