Friday, January 28, 2011

BENDERA PADA KENDERAAN PERLU PERMIT

بسم الله الرحمن الرحيم


Kanak-kanak ini semestinya telah mempunyai permit, jika tidak masakan tiada apa-apa tindakan dari pihak polis...

LABIS - Polis memaklumkan tindakan mengibarkan bendera parti pada kenderaan menyalahi
undang-undang kerana menyamai aktiviti berkempen.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Abdul Majid Mohd Ali berkata, parti politik perlu mendapat permit terlebih dahulu untuk berkempen.

Beliau mengingatkan pengguna supaya berhenti melakukan perbuatan itu sebelum dikena tindakan.
Selain itu katanya, polis turut mempunyai senarai nama individu yang dijangka melakukan kekacauan menjelang hari mengundi Ahad ini.

Individu tersebut, menurut beliau, akan diperhatikan setiap masa dan akan ditahan jika didapati menggugat ketenteraman awam.- Bernama

Note: Mungkin polis ni tersalah sebut.. Mungkin ayat yang sepatutnya..

"Kenderaan dari pihak pembangkang sahaja yang perlu memohon permit untuk mengibarkan bendera parti mereka, tetapi jika penyokong umno/BN tiada permit pun tidak mengapa.. kibarkanlah sepuas-puasnya"

Kah..kah..kah..kah...

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

6 comments:

  1. APA BOLEH BUAT .... ITU UNDANG-UNDANG..... UNDANG-UNDANG BODO .... BANGANG....

    ReplyDelete
  2. no problem, lagi ditekan, lagi pakatan makin kuat, rakyat menyampah dah kat umno / bn dan pekakas mereka: spr,sprm,pdrm...buat la apa saja untuk kebaikan tuan anda...

    ReplyDelete
  3. nampak sgt BN takut kalah.. poyo...
    jual beli agama sendiri... sialan..

    ReplyDelete
  4. berapa sen le dapatnya budak budak tu...itu pun silap silap kena tipu..takda apa pun di bagikan..

    ialah..umno bee end kan bapak segala penipu..dari pm sampai ke ahli ahli semua...

    bodoh nak mampus...

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.