Friday, August 13, 2010

TINGGALKAN DOLLAR - BELI EMAS UNTUK LEBIH SELAMAT

بسم الله الرحمن الرحيم

KELANTAN MAHU GUNA MATA WANG SYARIAH BAYAR GAJI KAKITANGAN -minsider

Selepas empat tahun Dinar Kelantan dilancarkan, kerajaan negeri itu memperkenalkan mata wang syariah — emas dinar dan perak dirham.

Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata adalah menjadi hasratnya untuk melihat Kelantan mempelopori penggunaan mata wang syariah dalam semua urusniaga, termasuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri.

Bagaimanapun, kata beliau masih banyak soal teknikal yang perlu diatasi oleh kerajaan negeri sebelum dapat melaksanakannya.

“Kita bercadang mengamalkan semua urus niaga dan membayar gaji kakitangan menggunakan mata wang syariah iaitu dinar emas dan dirham ini secara menyeluruh tidak lama lagi,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis pelancaran dinar emas di sini, hari ini.

Dinar emas dan dirham itu dikendalikan oleh Kelantan Gold Trade (KGT) iaitu anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

NOTA:
ini langkah paling tepat.
tinggalkan mata wang yang tidak bersandarkan dengn emas.
ringgit bersandar kan dollar – dollar adalah fiat money
fiat money ialah duit yng nilainya dipaksakan ke atas dunia
oleh federal reserve. Paksaan ini dapat dijalankan kerana jual beli
minyak wajib menggunkan dollar.

awas – salah satu sebab saddam di serang kerana saddam telah
meninggalkan dollar dan menjual minyak dengan menggunkan
pelbagai mata wang. -TT



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

3 comments:

  1. salam,
    ini maklumat baru, pelajaran juga bertambah. banyak istilah baru yang saya kurang 'pas' seperti matawang syariah yang sebelumnya tidak pernah didengar. pertanyaan saya, adakah nilai gaji seseorang kakitangan akan dibayar dalam bentuk kepingan emas/perak nanti?

    ReplyDelete
  2. ya satu hari nanti dollar akan jatuh!
    tapi emas tidak akan jatuh malah semakin naik :)

    tgh plan juga nak convert saving kepada emas.. ada sesapa boleh bantu??

    visit me http://www.scottishajjar.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. salam shanaz,
    maybank ade buat mende2 ni,
    cumenye yg saya musykil,
    die just ade buku je, emas betul tiada, tapi kalu nak beli mas betul ade kat sesetengah branch maybank, lagi satu, maybank x menyediakan zakat emas, saya agak musykil cara pembayaran zakat emas ni.

    ape2 pon dinar mas ni terbaik,
    n valid aroung d world,
    negara mane x beli mas?
    hahahaha...
    perkara ni pon pernah digebangkan oleh madey,
    cumenye madey ni cakap je lebih,
    action tarak... hahahah...
    kusangkakan bijak si madey ni,
    rupenye jahanam gak, bijak putar belit lagi ade...

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.